Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Jul 31, 2016

SKIM CEPAT KAYA

Assalamualaikum kepada yang beragama islam
Salam sejahtera kepada bukan beraga islam.

Hari ni, aku nak cerita sedikit tentang sedekah. Sedekah ni, adalah pemberian ikhlas tanpa mengharapkan sedikit imbuhan dari penerima.
Hari ni aku nak ajar matematik sedekah. Formula ni aku belajar dari Ustaz Yusuf Mansur  (Indonesia) melalui ceramah beliau dalam youtube.

Mula-mula dengar ceramah beliau aku dah mula rasa tertarik. Mungkin sebab apa yang beliau cakap disertakan dengan fakta serta logik akal dan mungkin itu kena dengan diri aku yang sama dengannya.

Dalam ceramah beliau, beliau ada bagi formula 'SKIM CEPAT KAYA' melalui sedekah. Dan benda ni aku praktik sampai sekarang bila aku bersekah. Formula matematik sedekah ni diambil dari surah al an'am ayat 160 yang berbunyi:

"Barang siapa yang membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amal balasannya." ( Al- An'am:160).

Mari aku bagi formula. Contoh.

Sedekah RM1 akan dapat RM10. Begitu juga jika sedekah RM10 akan dapat dalam gandaan sepuluh. Beemaksud akan dapat RM100. Begitulah seterusnya.

Aku akan bagi kisah benar yang berlaku pada diri aku ketika menggunakan formula matematik sedekah. Masa ni, ia kali pertama aku cuba nak praktik ayat 160 dari surah Al- An'am.

Masa tu aku bercuti dekat KL. masa dah nak balik ke Kelantan dan berjalan kaki nak ke stesen bas putra tu aku mahu naik tangga ikut jalan jejantas. Sebelum naik stesen LRT Putra tu kan adalah pengemis yang duduk tepi-tepi jalan. Masa tu aku dah tak ada duit. Membeli punya pasal. Hanya ada air buah yang kawan aku beli dekat 7E yang harga RM3. Nak menghulur duit memang tak ada la. Aku pun hulur air buah tadi yang belum aku minum tu. Masa ni aku pegang betul² ayat quran tadi. Yakin dapat komisyen punya.

Pagi tu sampai kelantan. Petang tu, Tetiba abang aku bagi Rm30. Lihat. Benda ni kena yakin. Baru dapat. Start pada hari tu lah, aku yakin dengan formula yang ustaz yusuf bagi.

Ada lagi, masa kengkawan ajak pergi Ipoh, masa ni tengah kering poket.
Dalam hati, melonjak nak pergi. Ye lah, cuma sediakan tiket bas aje. Makan minum diorang tanggung. Lagi pula aku dah Lama tak menjejak Ipoh. Termenung dekat kaki lima sambil tengok hujan lebat. Dalam hati tak putus² mintak, "Ya Allah, aku ada sedekah RM5 dalam tabung masjid hari tu. Sampai sekarang aku tak dapat duit lagi. Bagi la aku pergi Ipoh." (Benda ni sepatutnya kita tuntut kat akhirat, tapi biasalah kalau nafsu nak pergi tu dah melebihi akal.) Balik rumah, gitau mak aku nak pergi Ipoh. Kena bebel. Huish. Duit² tak ada pun nak berjalan. Heh. Sedih betul masa tu. Bukan senang nak berkumpul dengan kengkawan. Dua tiga hari lepas tu, barulah mak aku hulur RM50 buat beli tiket bas. Bapak aku tambah pulak RM50 untuk jajan. Alhamdulillah... Rezeki.

Banyak lagi lepas tu peristiwa ajaib pasal sedekah ni. Aku tak nak cerita. Nanti orang kata riak. Aku bukan nak riak. Cuma aku nak kongsi, SKIM CEPAT KAYA ataupun cara mudah nak dapat income. Kekadang kita sedekah hari ni, tak bermakna esok kita dah dapat on the spot. Macam aku, benda yang aku mintak 2-3 tahun lepas, tahun ni baru dapat atau dipermudah. Mungkin benda yang aku mintak tahun ni, 3-5 tahun depan pulak dapat.

Nota kaki:
-Senang ja nak praktik benda ni, AMAL & YAKIN. jangan ada rasa was-was. Tiap kali nak sedekah ingatlah formula ni dan surah Al-An'am. Gerenti tak menyesal.
-tiap kali aku nak sedekah, automatik otak akan cakap, sedekah seringgit dapat sepuluh ringgit. Biar tak banyak. Asal ikhlas dan yakin membantu orang lain.
-sayangnya Allah dekat kita, kita bagi sikit Dia balas banyak.

Apr 7, 2016

siapakah 'penghibur' yang dinyatakan didalam bible?

Siapakah yang digambarkan dalam Bible sebagai Penghibur?

Sebab jikalau aku tidak pergi, penghibur itu tidak akan datang kepadamu. ( Yohanes 16:7)
Tetapi apabila ia datang, iaitu roh kebenaran, ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran. ( Yohanes 16:13 )

perjanjian lama:

Injil ulangan 18:18,

Ulangan 18:19
Yesaya 29:12
Kidung agung 5:16





perjanjian baru:

yohanes 16:7


Yohanes 16:13

Gospel yohanes 14:16, 
Yohanes 15:26,






Siapakah penghibur itu? Penghibur yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah Muhammad saw. The last prophet. Nabi dan Rasul terakhir. Dalam al quran ada menyebut, "Muhammad itu diutuskan sebagai rahmat sekalian alam." Sama seperti yang disebut; Tetapi apabila ia datang, iaitu roh kebenaran, ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran. ( Yohanes 16:13 ) Kebetulan? bukan, itulah kebenaran yang disorok oleh gereja kalian sendiri.

Sebab utama mengapa kristian tidak memperakui nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan utusan Tuhan.

- Nabi Muhammad berketurunan arab sedangkan para nabi terdahulu dari golongan Bani Israel.

Perbezaan antara Islam, Kristian dan Yahudi:

Yahudi - Mempercayai nabi-nabi tetapi menolak Isa ( Jesus ) dan Muhammad saw.

Kristian - Mempercayai semua nabi kecuali Nabi Muhammad saw.


Islam - Mempercayai semua nabi dan tidak menolak mana-mana nabi. 

Nama MUHAMMAD SAW didalam bible/injil

Benarkah MUHAMMAD SAW tidak dinyatakan didalam kitab INJIL/BIBLE? ---

Jom semak balik dan bukakan minda. Didalam kitab injil/kidung agung, song of solomon bab 5 ayat 16. Jom kita baca apa yang ditulis:





"His mouth is most sweet; yea he is ALTOGETHER LOVELY. this is my beloved and this is my friend o daughters of jerusalem."


Siapakah yang dimaksudkan dengan 'Altogether lovely?'

Jom lagi kita semak kitab injil dalam bahasa hebrew (bahasa isa/jesus)





Song of solomon 5:16


:חכו ממתקים וכלו מחמדים זה דודי וזה ךעי בנות ירושלם


Hekkow mamtaqqim wekullow
MUHAMMADIM
zeh dowdi wazar'ie benowt yurusalem

-mulutnya penuh kemanisan berbicara, yes, dialah MUHAMMAD TERPUJI. Dia adalah kekasihku dan dia juga sahabatku wahai bani israel.
---
Masih tak percaya? Silakan copy word מחמד kepada hebrew kepada inggeris di translator. Perhatikan apa yang keluar. MUHAMMAD!




Kristian bukan ajaran dari kitab INJIL/BIBLE




Kristian bukan ajaran dari kitab INJIL/BIBLE
---
pada zaman awal penyebaran agama kristian di Rome, agama itu ditentang hebat oleh negara rome yang beragama pagan (penyembahan matahari/dewa zeus). ramai penganut kristian pada masa itu, ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh rakyat negara rome. 

pada Februari 313, emperial Rome, kaisar constantine  telah menguatkuasakan EDICT OF MILAN, dimana agama kristian dan agama-agama lain secara rasminya diterima dinegara rome. ini menandakan berakhirnya penyeksaan keatas penganut agama kristian. Secara rasminya Constantine membuat agama kristian sebagai agama rasmi rome. 

permasalahan di sini, constantine bukanlah beragama katolik melainkan beragama pagan (penyembahan matahari/dewa zeus). kerana kuasa pentadbirannya terlalu besar, dia mampu mengubah unsur-unsur keagamaan. 

dan pegangan itulah yang dipegang oleh penganut agama kristian sehingga hari ini.

1- hari beribadah oleh agama kristian jatuh pada hari ahad. sedangkan hari untuk yahudi hari beribadah sepatutnya pada hari sabtu. bukankah isa juga merupakan seorang yahudi? sedangkan isa membawa sambungan untuk kitab musa taurah? kenapa hari ahad? SUNDAY? SUN-matahari DAY-hari (Hari untuk tuhan matahari)

2- mengapakah agama kristian menyambut perayaan natal pada setiap 25 desember? sedangkan dalam bible nabi isa/jesus lahir pada bulan march? dalam kitab bible versi LUKAS & MATIUS menyebut, yesus lahir ketika bulan megemerlapan dan pengambala menternak gembala mereka pada tengah malam. apakah maksudnya? pada waktu siang panasnya terlalu terik sehingga pengembala terpaksa menternak haiwan mereka ditengah malam. ketika bintang megemerlapan mustahil salji akan turun. persoalan kenapa 25 desember? constantine menetapkan pada 25 Desember adalah kerana ianya adalah kelahiran untuk Dewa matahari. pada 25 desember adalah hari hujung yang mana musim bunga bakal menjengah dan inilah matahari akan muncul setelah lama menghilang ketika musim salji pada musim bunga. (setiap 25 desember, Raja namrud/king nimrod (dewa bacchus,dewa wain, dewa matahari) akan mengantungkan bingkisan pada pokok evergreen menandakan hari kelahirannya) dan inilah yang dilakukan oleh penganut agama kristian pada hari ini.

3- constantine telah mengubah konsep ketuhanan yang satu kepada satu konsep iaitu trinity. 
father + mother son = 1 God. 
dalam kitab bible, tiada kalimat yang mengatakan bahawa dirinya adalah Tuhan atau sembahlah aku. tak percaya? rujuk kitab bible dibawah:

gospel yohanes- 14:6, 14:28, 10:29
matius: 12:28
lukas: 11:20
yohanes: 5:30
kisah para rasul: 2:22

kenapakah constantine membuat konsep trinity? kerana ia adalah didalam agama pagan(majusi) dewa matahari/zeus. raja narud/king nimrod pernah mengahwini semiramis iaitu ibu kandungnya sendiri. setelah kematian raja namrud, isterinya merangkap ibunya telah mengandung dan melahirkan. semiramis mengklaim bahawa, anaknya itu merupakan penjelmaan semula raja namrud.
adakah kita masih tertipu?

Mar 8, 2016

Al Masih Ad-Dajjal

Fakta al-masih ad-dajjal
- bermata satu. Dajjal mempunyai sepasang mata tetapi buta sebelah pada belah kanan. Sifat dajjal sering disalah tafsir bermata satu. Salah. Sebenarnya buta sebelah!
- didahi tertera perkataan كفر bererti kafir.
- berambut kerinting jika dilihat dari belakang seperti pokok yang rendang (rambut afro)
- bertubuh sasa dan tinggi.
- berumur dalam lingkungan 8000 tahun tetapi fizik tetap muda kerana ditangguh kematiannya.
- bernama samiri kerana berasal dari samara palestin. Pembuat patung lembu ketika musa dan bani israel terlepas dari tutankhamun.
- diberi kebolehan mengeluarkan rezeki dan menghidupkan orang yang telah mati serta menjelajah dunia layaknya seperti angin.
- hidup didunia selama 40 hari. Sebenarnya dajjal akan hidup selama 1 tahun 1 bulan 1 minggu dan hari seterusnya seperti hari biasa umat manusia.
- tidak mampu memasuki kota bakkah (mekah) dan madinah kerana dikawal ketat oleh para malaikat.
- kematian dajjal adalah ditangan isa almasih.

Mar 6, 2016

MUHAMMAD DALAM BIBLE

Benarkah MUHAMMAD SAW tidak dinyatakan didalam kitab INJIL/BIBLE? -dinidani- (baca sampai habis)
---
Jom semak balik dan bukakan minda. Didalam kitab injil/kidung agung, song of solomon bab 5 ayat 16. Jom kita baca apa yang ditulis:
"His mouth is most sweet; yea he is ALTOGETHER LOVELY. this is my beloved and this is my friend o daughters of jerusalem."

Siapakah yang dimaksudkan dengan 'Altogether lovely?'

Jom lagi kita semak kitab injil dalam bahasa hebrew (bahasa isa/jesus)
Song of solomon 5:16
חכו  ממתקים  וכלו  מחמדים  זה  דודי  וזה  ךעי  בנות  ירושלם:
Hekkow mamtaqqim wekullow MUHAMMADIM zeh dowdi wazar'ie benowt yurusalem

-mulutnya penuh kemanisan berbicara, yes, dialah MUHAMMAD TERPUJI. Dia adalah kekasihku dan dia juga sahabatku wahai bani israel.
---
Masih tak percaya? Silakan copy word מחמד kepada hebrew kepada inggeris di translator. Perhatikan apa yang keluar. MUHAMMAD!

Feb 21, 2016

Sikaya yang merangkak menuju syurga

Rasulullah saw bersabda: "hai abdur rahman bin auf, engkau akan masuk syurga dalam keadaan merangkak!"

"Kenapa ya rasulullah?"

"Duniamu kebanyakan. (Harta melimpah ruah)

Mendengar itu, takutlah abdur rahman bin auf. Ditanya lagi, "bagaimana cara untukku masuk syurga dengan cepat?"

Jawab baginda. "Lepaskan hartamu."

Setelah itu abdur rahman bin auf menjadi ahli sedekah, tapi kekayaannya makin melimpah ruah.

Berkatalah Rasulullah: "kau orang yang paling cepat masuk syurga dengan harta kekayaanmu."

---
Harta dan duit banyak, tapi tak sedar, dalam banyak harta itu masih ada milik orang lain.

Harta yang kita punya sekarang belum menjamin boleh membeli akhirat.

Saat akhir kematian Rasulullah saw

Saat Rasulullah sakit ketika itu, baginda keluar dari rumah beliau dipimpin oleh saidina Ali dan fadl ibnu abbas. Ketika itu saidina abu bakar menjadi imam. Saat rasulullah datang, saidina abu bakar mengundur kebelakang tetapi ditahan rasulullah saw.

Setelah melakukan solat, Rasulullah  berdiri dan berkhutbah dan bercerita tentang banyak perkara.

Rasulullah saw berkata "seorang hamba disuruh memilih antara dua hal, iaitu abadi di dunia atau bertemu Allah disyurga. Hamba yang mengerti akan hal itu memilih Allah."

Ketika itu para sahabat dan para jemaah tiada yang faham.

Saidina Abu Bakar yang mendengar telah menghambur tangis beliau. Setelah melihat Saidina Abu Bakar menangis, dikiri dan kanan  beliau turut sama menangis.

Ketahuilah mereka, sesungguhnya Rasulullah akan dipanggil menghadap Allah.

Rasulullah saw menyambung khutbahnya, "siapa pun diantara kalian, siapa pun diantara kalian, yang pernah aku sakiti, atau aku ambil haknya ataupun aku zalimi kalau ingin mengqisas menuntutlah sekarang saat ini. Aku tidak mahu bertemu Allah dalam keadaan aku menzalimi."

Para sahabat terdiam. Tiada seorang pun yang ingin menuntut qisas. Ketika rasulullah saw ingin menyambung khutbahnya tiba-tiba terdengar suara dari belakang. "Aku yang akan menuntut qisas keatasmu ya Rasulullah."

Para sahabat tercengang. Siapa yang berani menuntut qisas kepada rasulullah. Rasulullah meminta orang itu maju ke depan. Setelah pemuda itu ke depan ternyata semua orang begitu terkejut. Bagaimana mungkin seorang yang didoakan rasulullah yang akan masuk syurga tanpa hisab akan menuntut qisas. Dialah ukasyah.

Ukasyah berkata "aku akan menuntut Ya Rasulullah."

Rasulullah menjawab "silakan."

Saidina Ali yang berada dikanan nabi berkata, "biar aku yang menanggung ya rasulullah."

Fadl ibnu abbas yang berada dikiri nabi juga berkata, "biar aku yang tanggung."

Nabi saw berkata "tidak, ini urusanku dengan ukasyah. Ukasyah apa yang engkau ingin menuntut keatas ku?"

Ukasyah berkata, "ya Rasulullah, masihkah engkau ingat, disaat perang badar, ketika engkau meminta meluruskan barisan perang, engkau telah memukulku dengan tongkat dan ketahuilah pinggangku sakit sekali ya Raaulullah dan sampai ke hari ini aku masih merasakan sakit. Aku akan membalas keatasmu ya rasulullah."

Nabi berkata, "balaslah jika engkau ingin membalas."

Ukasyah berkata, " ya rasulullah, saat engkau memukulku aku tidak memakai baju tapi sekarang engkau memakai baju. Tanggalkan bajumu itu."

Lalu rasulullah menanggalkan baju beliau.

Ukasyah berkata lagi, "saat engkau memukulku engkau mempunyai tongkat. Tapi sekarang aku tidak ada tongkat."

Lalu diberilah tongkat rasulullah saw kepada ukasyah.
Sekali....
Dua kali... Tongkat itu dihayun. Setelah itu dia membuang tongkat itu dan memeluk tubuh rasulullah saw.

Rasulullah berkata, "uksyah apa yang engkau lakukan ini?"

Jawab ukasyah, "ya rasulullah , aku merasakan ini saat akhir kehidupanmu ya rasulullah, izinkan untuk aku menyentuh kulitmu saat engkau masih hidup ya rasulullah..."

Note: sahabat nabi begitu mencintai rasulullah. Bagaimana kita?

عليگ السلام يا رسول الله...
عليگ السلام يا رسول الله...
عليگ السلام يا رسول الله...
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد...

Rasulullah saw pemberi syafaat

Dimana pada hari kiamat, manusia manusia yang duduk dibawah matahari panas, mereka akan gelisah mencari siapakah nabi-nabi yang boleh memberikan syafaat untuk mereka. Maka mereka berduyun-duyun pergi kepada nabi Adam alaihissalam.

Nabi adam berkata: " diriku, diriku, pergilah kamu kepada nabi nuh."

Maka manusia pun pergi kepada nabi nuh. Jawapan nabi nuh juga sama seperti nabi adam as "diriku diriku, pergilah kamu kepada nabi ibrahim alaihissalam."

Maka manusia pun pergi kepada nabi ibrahim as. Jawapannya tetap sama. "Diriku diriku, pergilah kamu kepada nabi musa alaihissalam."

Jawapan nabi musa as juga sama seperti nabi yang lain, "diriku-diriku, pergilah kamu kepada nabi isa alaihissalam."

Akhirnya nabi isa as menjawab, "pergilah kamu kepada nabi muhammad saw."

Semua nabi menolak tidak mampu memberi syafaat kepada umat manusia seluruhnya. Melainkan nabi Muhammad saw.


TERIMA KASIH

ARIGATO TERIMA KASIH PADA YANG PERNAH HADIR SINGGAH & BERLALU SESUNGGUHNYA ANDA LAH PENGUNJUNG BLOG SAYA. ...