May 14, 2013

CERPEN: Kupilihmu sebagai perantara


Aku turun dari masjid. Tangga masjid aku langkah dengan berhati-hati. Lafaz selawat aku baca dalam hati. Cukuplah untuk hari ini mengajar anak-anak kampung mengaji Al-Quran.
Aku membalas lambaian anak-anak kecil yang sudah pun naik basikal masing-masing. Ditanganku masih lagi memegang kitab suci dan di bahuku selempang sejadah. Sandal yang tersusun di atas rak, aku capai.

Mataku paku pada kereta mewah BMW 5 Siries berwarna hitam metalik yang diletakkan di bawah pokok tanjung. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Sewaktu aku masuk tadi ke masjid, kereta itu tiada. Tapi sekarang kereta itu sedang parking di tempat letak kereta. Mungkin orang sedang bermusafir barangkali.

Cermin yang gelap menyukarkan untukku melihat siapa tuannya. Cermin kereta aku ketuk perlahan. Enjin kereta masih hidup, mesti tuannya masih lagi berada dalam kereta ataupun terlelap.

Cermin kereta terbuka perlahan-lahan. Sekali lagi bagaikan mahu tercabut biji mataku. Terkojol biji mataku. Minah saleh dari mana agaknya.

Aku melangkah ke arah kerusi. Punggung aku labuhkan di situ. Mengingat perihal tadi membuat dadaku berdetak hebat. Cermin mata nipis yang terlorot aku betulkan menggunakan jari.

Dia datang menghampiriku. Aku menelan liur beberapa kali. Tidak sudah-sudah mengucap istiqfar di dalam hati. Aku memandang kiri dan kanan, bimbang akan ada yang menabur fitnah kepada aku.

Dia makin mendekat, dia berdiri betul-betul di hadapanku. Bibirnya tersenyum manis. Menampakkan lesung pipit antara kedua-dua bahagian. Subhanallah, cantik sekali.

“Boleh saya duduk?” tanya dia lembut kepadaku. Aku tersentak. Aku menunduk wajahku ke bawah, berdosa memandang bukan muhrim lama. Perlahan-lahan kepalaku mengangguk.
Dia melabuh punggung di atas kerusi dihadapanku. Kakinya disilang dan menampakkan pehanya yang putih gebu. Berdetak hebat dadaku tika ini. Aku beristiqfar di dalam hati sekali lagi. Bisikan syaitan hampir melalaikan diriku.

“Saya datang membawa hajat.” Ucapnya lembut. Mungkin pabila melihat diriku diam tidak berkutik. Aku mendongak. Menatap wajah cantik dihadapanku.

Keningku terangkat. Meminta dia menyambung ayatnya. Dia tersenyum lagi. makin kuat 
dadaku berdebar tapi ditahan sekuat hati. Songkok di kepala, aku betulkan sambil menatap wajah itu.

“Dengan nama Allah, saya datang melamar Tuan untuk dijadikan suami saya. Jika Tuan izinkan, kereta tu dan duit sebanyak RM 500 ribu ringgit dijadikan hadiah ikhlas saya  sebagai hadiah untuk Tuan.” Jarinya ditunding ke arah kereta BMW metalik itu.

Aku terpana. Mataku membuntang. Tak senonoh perangaiku begini. Terlalu terkejut atas apa yang dikatakan tadi. aku menelan liur, terlalu kesat rasanya dikerongkong.

“Erk...,” hanya itu yang mampu aku ucap. Masih terkejut sebenarnya.
Dia tersenyum kepadaku.

“Tuan jangan bertindak melulu, Tuan solat dulu istikharah. Mohon pada Allah dan minta yang terbaik. Andai bukan jodoh Tuan dengan saya, saya terima dengan ikhlas.
Sedikitpun saya tak marah. Itu hak Allah. Andai Tuan adalah jodoh saya, sesungguhnya saya teramat bersyukur sekali.” Katanya lembut.

Ya, wanita ini kelihatan terlalu moden. Tapi, kata-katanya cukup sopan. Tapi kenapa aku yang dipilih sebagai suami?

“Saya bukan orang senang macam Cik,” jawabku lembut.

Dia mengangguk.

“Tapi, Tuan kaya dengan ilmu akhirat. Itu yang saya cari. Bukan harta dunia semata-mata.” Balasnya pula.

Aku diam. Buntu.

++++++

Aku mundar mandir di dalam bilik. Kepala aku lurut menggosok pelipis. Entah kenapa jantungku terasa berdebar. Keputusan yang bakal aku buat ini akan merubah hidupku. Telefon ditangan aku genggam kemas.

“Amir dah bagitau jawapan Amir?” ibu menjengah masuk kebiliku.
Aku mengeleng. Mengeluh perlahan.

“Amir dah buat solat istikharahkan? Amir dah dapat jawapannyakan?” ibu menyoalku lagi. aku mengangguk. Ibu tersenyum. Bahuku digosok lembut.

Ibu sokong keputusan Amir.” Sambung ibu lagi. dia berlalu. Aku memandang sahaja sehingga ibu hilang dibalik pintu.

Sebulan aku membuat solat istikharah. Sebulan juga aku mencari jawapan. Sebulan juga aku tidak menghubungi perempuan itu.

Perlahan-lahan tangan menekan keypad pada handfoneku.
Lama.

Baru talian bersambut. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

++++++

“Aku terima nikahnya NurArmanina binti Mukhlis dengan maskahwin yang disebutkan tunai.”

Sekali lafaz, aku sah menjadi suami orang. Tika ini hanya ALLAH yang tahu betapa berdebarnya aku rasakan. Tangan bapa mertuaku, aku kucup. Tidak ku sangka bapa isteriku seorang Tan Sri. Kerdil rasanya diri ini.

“Terima kasih sebab sudi terima anak papa.” Bisik bapa mertuaku ditelingaku. Tangannya memeluk diriku. Bahuku digugah lembut. Bapa mertuaku seorang yang baik. Selalu dalam novel, keluarga kaya tidak akan menerima si miskin, tapi berlainan denganku kini.

“Janji dengan papa, didik dan sayangi anak papa sebaik mungkin. Papa serahkan puteri papa kepada Amir. Papa bersyukur Amir pilihan Ana. Papa ingat siapa pilihan hatinya, ternyata orang beragama pilihannya.”

Aku mengangguk. Tangan bapa mertuaku aku genggam erat. Kami saling membalas senyuman.

“Dah, cepat masuk bilik, sarung cincin ni.” Sambung papa lagi.
Aku berjalan penuh debar. Tangga aku daki perlahan-lahan. Bagaimana rupa isteriku ini. Adakah dia sama seperti ketika kami berjumpa di masjid dahulu? Perkara itu bermain dalam benakku.

“Assalamualaikum,” aku memberi salam ketika pintu dikuak. Ibu disebelahku hanya diam.
Mataku terbuka luas. Wanita yang berbaju sedondon denganku yang duduk bersimpuh di atas katil aku hampiri.

“Ni ke menantu ibu?” bisik ibu ditelingaku. Aku mengangguk. Ibu tidak suka ke? Mungkin barangkali.

“Hulur tangan kamu tu Nur.” Sapa satu suara. Yang lain kedengaran ketawa. Naik membahang mukaku. Mataku masih lagi tidak lepas memandang wajah yang sedia menunduk itu.

“Ana...,” sapa lagi suara tadi.

Perlahan-lahan tangan itu di hulurkan kepadaku. Sejuk. Itu yang aku rasa. Wajah itu masih lagi menunduk memandang bawah.

“Hah! Kamu tunggu apa lagi tu Amir? Sarunglah cincin tu.” Bapa mertuaku menyergah dari belakang. Terhinjut bahuku. Yang lain ketawa berdekah-dekah. Malu yang amat. Ketawa halus kedengaran dari bibir mugilnya.

Aku menyurung cincin. Dia mengucup tanganku. Terasa lapang dada ini. Apakah maksud itu? Dia pula menyarung cincin untukku. Dia mendongak. Aku panar sendiri. Ayu sekali wajahnya dengan niqab yang terlilit kemas di wajahnya. Polos matanya memandang wajahku.

“Boleh ibu tengok muka menantu ibu?” ibu sedari tadi hanya memerhati mula bersuara. 

“Yang kau tercegat depan ni kenapa? Tepi sikit ibu nak lalu. Kamu kena sabar, malam ni nak tengok bini kamu sampai pagi pun orang dah tak kisah.” Ibu menepis diriku. Yang lain ketawa lagi. Makin malu aku rasa.

Bapa mertuaku ketawa kuat. Berbahang wajahku.

Aku ketepi sedikit memberi ruang untuk ibu. Tangan ibu membuka pin yang menutup wajah isteriku. Isteriku hanya menunduk. Dia memandang kepadaku. Aku memberinya senyuman yang cukup manis. Dia kembali menunduk. Malu kot.

“Subhanallah, cantiknya menantu ibu.”

Aku juga terkesima. Memang cantik. Mata hazel itu berkelip-kelip. Bibir mugilnya yang merah bagaikan delima yang diselaputi senyuman yang cukup menawan dan menggoda perasaanku.

“Kecantikan itu milik ALLAH, bila-bila masa sahaja dia akan mengambil kembali nikmat-Nya, ibu.” Gemersik suara itu.

Ibu memeluk isteriku. Pipi dan dahi isteriku dicium bertalu-talu. Lebih-lebih pulak ibu. Aku sendiri tidak lagi mencium isteriku ibu pula yang terlebih dahulu mendapatnya.

Aku menampar pipiku saat fikiran kuning menjengah.

“Kenapa Mir?” tanya ibu. Semua memandang kearahku. Aku mengeleng malu sambil menunduk.

++++++

Sepertiga malam itu seperti biasa, aku bangun untuk menunaikan solat tahajjud. Tapi seperti selalu, isteriku dahulu yang terlebih awal bangun dariku. Kini sudah tiga bulan usia perkahwinan kami.

Dia sedang membaca Al-Quran di ruang yang telah aku khaskan untuk solat. Alhamdulillah, berkat kesungguhannya untuk belajar Al-Quran denganku kini dia sudah lancar untuk mengaji. Merdu suaranya.

Dia berpaling kepadaku. Bibirnya menguntum senyuman. Aku membalas senyumannya. Sejuk mata melihat dia berada dalam kain sembahyang. Wajah yang sedia putih, menampakkan lagi betapa cantik dan sucinya dia.

“Abang dah bangun? Abang pergi bersiap dulu yer, Ana nak habiskan juzuk ni dulu. Nanti dah siap, abang gitau Ana ye?” gemersik sekali suaranya menampar gegendang telingaku.

Aku mengangguk. Aku mendekat dengannya. Tangannya memegang lidi yang dijadikan telunjuk untuk membaca Al-Quran.

“Ana tunggu abang ye? Abang nak bersihkan diri abang dulu. Ada tak perkataan yang Ana tak faham?” sapaku lembut.

 Bibir mugilnya masih lagi dengan senyuman. “Abang pergi bersiap dulu, nanti Ana tanya abang. Cepat sikit bang, dah nak pukul tiga setengah ni.” Gesanya lagi.

Aku tergelak. Kepalanya yang ditutupi kain telekung aku usap lembut. Perlahan bibirku mendarat di atas kepalanya. Inilah isteriku, selagi jam sudah lebih pukul tiga pagi dia akan mengatakan yang kami lewat. Dia tidak suka melengahkan solat tahajjud.

“Apa abang ni, busuk...,” dia cuba menepis. Tapi tepisannya itu terlalu lembut. Aku tahu, dia sedang bergurau. Aku mengelang lemah. hariku kini cukup terisi dengan kasih sayang seorang isteri.

Aku berlalu ke bilik mandi. Saat pintu bilik mandi dikuak, kelihatan isteriku sudahpun menyediakan pakaianku di atas katil dan sejadah juga sudah dihamparnya.

Setelah siap, aku mula mengimamkan isteriku solat-solat sunat hinggalah subuh menjelma.

“Abang, boleh tak Ana nak tanya sikit?” ketika itu kami baru sahaja siap menunaikan solat subuh. Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi.

“Apa sayang?” tanganku mendarat di atas bahunya. Pipinya berona merah. Aku tersenyum. Dia terlalu malu jika aku memanggilnya sayang. Dia menunduk sambil tersenyum malu.

Tanganku memegang dagunya supaya dia memandangku. “Sayang nak tanya abang apa tadi?” sekali lagi aku bertanya. Subahannalah, cantik sekali melihat isteriku dalam pakaian sembahyang.

Dia tersenyum manis dan menampakkan lesung pipitnya. Matanya redup memandangku. Kami saling berpandangan. Akhirnya isteriku kalah, dia menunduk malu.

“Abang tak menyesal terima Ana sebagai isteri abang?” tanya dia lembut. Dadaku diusap penuh kasih.

Aku tersenyum dan mengeleng.

“Abang tak pernah menyesal dapat isteri sebaik Ana. Ana adalah jodoh Tuhan yang terbaik kepada abang, Abang bersyukur sangat.” Balasku sambil mencim pipinya. Makin merah wajahnya. Aku tergelak. Pipi yang kemerahan itu, ku elus lembut.

“Kenapa Ana nak abang jadi suami Ana?” kini giliran aku pula yang bertanya kepadanya. Wajah itu aku pandang penuh rasa kasih yang tidak berbelah bagi.
Dia diam. Hanya bibirnya yang terlukis senyuman menawan.

“Terima kasih sebab sudi ambil Ana sebagai isteri abang. Ana bersyukur sekali. Ana harap, Ana mati dalam keadaan isteri abang.” Dia memelukku erat.

"Apa yang Ana merepek ni?” suaraku sedikit meninggi. Aku tidak suka dia mempersoalkan kematian. Aku belum sedia untuk menghadapi kehilangan.

Dia mendongak. Dadaku diusap lembut. Jemari halus isteriku mampu menenangkan perasaanku yang bergolak hebat tadi. kepalanya direbahkan di atas dada bidang milikku. 
Dia memelukku kemas.

Aku membalas pelukannya, kepalanya yang masih bertudung itu aku cium berkali-kali. Menzahirkan rasa cinta seorang suami kepada isteri yang tidak akan pernah padam dan surut.

+++++++

Aku merebahkan diri di atas sofa. Papa sudah naik ke atas untuk berehat. Mata aku pejam rapat-rapat. Terasa jemari halus sedang menggosok pelipisku. Tenang dan nyaman.
Kerja sebagai pembantu CEO di syarikat papa memenag memenatkan. Baru tiga bulan. Belum lagi tiga tahun.

“Sayang?” aku menariknya supaya dia duduk di sebelahku. Wajah yang cukup ceria aku pandang lama. Tidak pernah aku lihat wajah isteriku seceria ini.

“Ada apa-apa ke ni sayang? Happy je abang tengok.” Rambutnya yang disanggul aku lepas klip. Rambutnya yang panjang dan mengurai terlorot jatuh. Cantik. Perlahan-lahan bibirku singgah dipipinya.

Pipinya merona merah. Tangan kasarku mengelus lembut pipinya. Gebu. Aku dekatkan bibirku sekali lagi dipipinya.

“Argh...” adunya.

“Sayang cantik sangat. Tu abang rasa nak gigit-gigit je sayang.” Balasku sambil ketawa. 
Gelora di hati tidak dapat ku tahan. Merah kesan gigitanku dipipinya.

Dia mencubit perutku. Menyeringai wajahku.

“Pak Ustaz ni tak senonoh betul.” bebelnya.

Aku mencuit hidungnya. “Sayang abang je abang buat macam tu.” Balasku lagi.

“Ana ada berita gembira untuk abang ngan papa. Lepas makan malam nanti Ana cakap tau.” Dia bangun dan berlalu ke dapur. Mataku hanya memandang hingga tubuh langsing itu hilang.

Aku bangun. Melangkah kebilik. Berkobar-kobar juga perasaanku ini. Entah apa berita gembira yang ingin disampaikan oleh isteriku itu.

++++++

“Betul ke sayang?” soalku teruja.

Dia mengangguk.

“Alhamdulillah.” Ucap papa pula.

Aku memeluk isteriku erat. Papa di hadapanku langsung aku tidak sedar. “Terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat abang.” Ucapku dicuping telinganya.

“Amboih...” suara papa. Isteriku menunduk malu. Wajahnya blushing habis. Aku ketawa.

“Teruja pa nak dapat anak sulung.” Aku berkata kepada papa. Papa ketawa.

“Cucu papa jugak tu...” balas papa pula.

++++++

Wajah pucat isteriku aku pandang lagi. kenapa wajah itu langsung tidak bermaya? Dia mengukir senyum kepadaku, tapi kenapa cukup terasa hambarnya.

“Sayang okey ke tak ni?” soalku lembut. Pinggangnya aku peluk erat.
Dia mengangguk.

“Ana okey bang, mungkin pembawaan budak kot.” Balasnya lembut.

“Abang pergila tidur dulu, Ana nak solat kejap.” Sambungnya lagi.

“Okey nanti sayang tidur ya? Anak abah, jaga umi elok-elok tau.” Perut isteriku yang 
berusia tujuh bulan aku cium penuh kasih. Ciumanku berkalih pula di dahi isteriku. Penat outstation masih belum kebah lagi.

Sepanjang isteriku mengandung tidak pernah sekali dia meminta benda-benda yang pelik melainkan setiap malam dia hanya memintaku membaca surah-surah dari al-Quran sahaja.

Aku menggosok mataku. Jam didinding ku kerling sekilas. Tiga pagi! Mataku paku pula pada isteriku yang sedang duduk berteleku di atas tikar sejadah. Tangannya di tadahkan.
Kenapa sejak akhir ini perasaanku cukup cemas. Bagaikan ada sesuatu yang berat.

+++++++

“Papa....!” jeritku dari dalam bilik. Pipi isteriku aku tepuk beberapa kali. Masih lagi diam. Cecair putih mengalir dicelah rongga hidungnya. Puas aku mengesat. Cecair itu masih lagi tidak mahu hilang.

“Sayang, bangun sayang....,” isteriku masih lagi diam berkutik.

“Pa, bawa isteri Am ke hospital pa, cepat pa.” Gesaku kepada papa ketika wajah papa tersembul dari pintu bilik.

“Ya Allah, kenapa dengan Nur ni Am? Cepat angkat bawa masuk ke dalam kereta!” wajah papa juga cemas. Dalam hati tak henti-henti berdoa semoga isteriku baik-baik sahaja.

++++++

Qalish Arman dan Qaisara Armani aku pandang lama. Keletah mereka yang sedang bermain mencuit hatiku. Comel-comel anakku. Anak-anakku yang kini baru menjengah masuk setahun umurnya. Wajah yang saling tak tumpah dengan isteriku, terutama Armani. Arman banyak mengikut wajahku.

Kertas ditangan aku telek sekali lagi.

Assalamualaikum abang, moga Allah merahmati abang selalu.
Abang mesti tak percayakan? Saja Ana nak buat suprise kat abang. Comel tak anak-anak kita tu? Mestilah comel. Ikut wajah kacak abang.
Kenapa abang pandang kertas ni macam ni? Abang marah kat Ana ke? J senyum 
bang... baru hensem suami Ana.

Bang, hmm,Ana nak minta maaf. Sebab Ana tak gitau hal yang sebenarnya. Halalkan makan minum Ana ye? Ampunkan dosa-dosa Ana. Hehehe... hidup mati ni semua milik ALLAH bang. J

Abang nak tahu? Kenapa Ana pilih abang sebagai suami Ana? Jeng jeng jeng.... sebab Ana nak suami yang dapat bimbing Ana ke arah Tuhan yang satu. Setelah ana tahu yang Ana mengidap barah otak, Ana takut sekali. Bimbang Ana mati tanpa sempat bertaubat. Sebab tu Ana jalan masuk kampung. Masa tu Ana tak sedar pun Ana kat mana sampailah Ana nampak abang tengah berjalan kaki. 
Macam ada aura yang menarik Ana.

Mula tu, anak ikut abang. Nampak sejuk je mata bila pandang wajah abang. Ada nur. Bersih sungguh. Ana tengok abang masuk masjid. Lepas abang masuk masjid baru Ana masuk. Dalam kereta ana tengok abang mengajar anak-anak mengaji. Lagi ana yakin.

Masa abang tengah lambai kat anak kecil tu, comel la abang. Abang ketuk cermin kereta Ana. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa kuatnya degup jantung ana melihat abang dari dekat.

Balik rumah, Ana buat solat istikharah. Masa tu Ana baru nak belajar agama. Jahilkan Ana masa tu? Seminggu Ana solat istikharah, nak tahu jawapannya? Wajah abang yang Ana nampak. Ana yakin, abang jodoh Ana.

Melihat wajah gembira abang masa Ana cakap yang Ana mengandung membuat hati Ana terasa lapang. Ana akan tinggalkan abang dengan cinta dan sayang Ana kepada abang iaitu anak kita. Taklah abang kesunyian suatu hari nanti.

Setiap malam, Ana minta kat Allah. Ana harap, Ana dapat jadi bidadari abang suatu hari nanti. Abang jaga nak kita baik-baik tau! Cakap kat dia orang yang Ana sayang anak anak Ana.

Ana sayang abang sampai akhirat.... J

Aku meraup mukaku berkali-kali. Abang pun sayang ana sampai syurga. Ana permaisuri abang dan anak-anak kita permata hati abang... Surat pemberian doktor ketika keluar 
dari bilik bedah. Sedar tak sedar dah setahun isteriku pergi tinggalkan aku.

Bagaikan semalam baru kami bersua. Terlalu cepat rasanya. Rengekan anak daraku membuat memori dulu berterabur hilang. Aku berdiri mendapatkan mereka yang sedang bermain di tengah-tengah laman ruang tamu.

“Abang kacau kakak yer.” Tubuh montel milik anak daraku aku angkat. Pipi yang tembam itu aku cium penuh kasih. Wajah isreriku terlayar dengan senyuman manisnya.

Anak terunaku pula yang merenget. Minta didukung juga la tu. Akhirnya dalam dukunganku kedua insan yang sedang memeluk erat tengkukku. Bahagia rasanya.

“Abang sayang Ana. Ana tunggu abang dan anak-anak kita yer?” gambar isteriku yang tersenyum manis ku renung lama. Air mata yang mengalir aku tidak seka. Aku terlalu rindukan isteriku. Jika tidak fikir yang aku sedang mengendong anak-anakku. Dah lama aku meraung. Mengungkap kata rindu yang tiada penghujungnya.


tamat....

Hello 2023