Sep 29, 2012

Izinkanku 4


“Hei perempuan, kau dengar sini baik baik, kau jangan ingat kau tu boleh hidup senang dengan kemewahan aku, kau tak layak tau!” Hanis menundukkan muka. Lebih baik diam dari bersuara. Syed Aiman masih lagi merenungnya dengan tajam. Perlahan lahan dia mengangguk.
“Ni bilik kau. kau layak kat tempat macam ni jer.” Syed Aiman sambil menunjuk stor yang sudah tidak digunakan lagi. Hanis memalu langkah ke dalam stor. Ada katil usang di hujung stor. Banyak barang yang tidak digunakan dalam stor. Semuanya berhabuk dan berdebu.
“Kau kumpul barang yang kau tak nak kat luar, nanti aku suruh pembantu lain tolong buangkan.” Ujar Syed Aiman sambil berlalu pergi.
Syed Aiman tersenyum puas. Yer, orang macam Hanis memang patut diberi layanan begitu. Jika tidak, naik minyak. Esok esok nasib kau belum tentu lagi Hanis... ucapnya dalam hati.
Syed Aiman masuk kebilik. Dicapainya tuala terus menghilang disebalik pintu bilik air. Panas hatinya masih belum juga surut.
Hanis mengangkat sedikit demi sedikit barang yang tidak diperlukan dan membawanya ke luar stor. Hanis hanya mengambil katil dan almari usang sebagai barang keperluannya.
Mengalahkan anak jantan. Tu la yang dapat dikatakannya. Hampir tiga jam dia membersihkan ‘rumah’ itu. Penat yang bertandang pantas diseka. Dia tidak mahu melewatkan masa. Takut jadi benda lain pulak.
Usai membersihkan stor,  Hanis mengambil tuala dalam beg. Mak oi... baru teringat, kat mana tandas ni? Alahai... ni kan stor. Mana nak cari tandas. Hanis berlegar dalam stor. Dikuaknya pintu dengan perlahan. Mengintai jika ternampak kelibat tandas di luar.
Nasibnya memang baik, ada tandas diluar rumah. Jauh sedikit kebelakang. Kawasan rumah ni memang besar. Memang patut tandas jauh. Tapi bagus juga, tak la kena terserempak dengan keluarga ini. Jika tak, kompom mati awal.. huhuhu...
“Mak kau opocot..!” Hanis melatah saat dia sedang mengendap tandas. Hanis berpaling. Senyuman malu terbit diwajahnya.
“Puan cari siapa?” soal wanita separuh umur itu.
“Err.. nak cari tandas makcik.hehehe...” Hanis menggaru kepala yang tidak gatal.
“Masuk lah puan, tak ada orang pun dalam tu.” Ujar wanita itu lagi.
“Hehehe, okey makcik. Terima kasih, saya masuk dulu yer.” Hanis mengundur diri. Wanita itu menganggukkan kepala sambil berlalu pergi. Hanis bernyanyi riang. Hilang penat lelahnya.
Usai membersihkan diri, dia menunaikan solat. Setelah itu dihampar badannya di atas katil. Ya Allah, permudahkanlah urussanku.
                Moga hari esok lebih bermakna...

p/s: kerek.. tak sempat nak buat panjang.. esighment sudah memanggil..

4 comments:

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023