Oct 23, 2012

Secret Garden







Hakimi menghentak stereng keretanya. Ahh… dia bertempik. Sepupunya Idhalan masih tertidur. Hakimi mendengus geram. Suasana malam yang pekat menambahkan lagi suasananya yang suram.


Dia tercari cari lampu suluh pada bahagian tempat duduk belakang. Terpisat pisat dia mencarinya. Tujuan kedatangannya ke sini adalah untuk lari dari masalahnya dengan orang tuanya yang tak henti henti menyuruhnya mencari seorang calon isteri akhirnya bertukar menjadi tragedi apabila keretanya mati di tengah tengah hutan.

Nasib baik dia membawa sepupunya Idhalan. Jika tak, mahu mati dia keseorangan di sini. Tangannya sudah mencapai lampu suluh. Dihentak hentak lampu suluh dengan tangannya. Nasibnya baik, lampu masih hidup lagi.

Dia mengambil bilah parang. Bersiap sedia jika apa apa yang terjadi. Dia menyandarkan bahunya ke kerusi. Termenung dengan nasib yang haru dihadapinya kini.

Sedang leka dia termenung. Dia terpandang kelibat misteri yang melintasi keretanya dari hadapan. Buntang matanya. Jantungnya seakan mahu luruh juga tika ini. Dikejutnya Idhalan yang masih lagi tidur. Namun hampa, Idhalan berdegil tidak mahu bangun.

Agak lama juga kelibat misteri itu muncul di hadapannya. Hakimi memerhati. Jika hantu, ia tidak memijak tanah. Getus hatinya. Tetapi apa yang dilihatnya kini adalah lembaga yang menyerupai wanita yang seakan memakai jubah putih dan bertudung. Lembaga itu akhirnya menyelinap dan menghilang ke dalam hutan tebal.

Hakimi mengambil keputusan untuk mengekori lembaga itu. Dia segera turun dari kereta dan menyalakan lampu suluh ditangannya. Hakimi berjalan dalam hutan yang belum pernah dilihatnya. Dia mencari gerangan yang dilihatnya tadi.

Suasana begitu kelam sekali. Bulan mengambang penuh. Lebih besar dari apa yang pernah dilihatnya sebelum ini. Burung burung berterbangan yang melintasi bulan kelihatan begitu indah sekali. Seperti berada dalam dunia magis.

Kicauan cengkerik dan unggas tidak mematahkan semangat Hakimi. Malah menambahkan lagi perasaan berani untuknya mencari lembaga itu.

*****

Sebuah taman yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun.. sebuah taman yang dipenuhi alam flora dan faunanya,,, semua hidupan hidup dengan bebas. Sesiapa yang melangkah masuk, pasti akan terkena jerat. Begitu kuatnya jerat yang dipasang, hinggakan mereka yang melangkah tidak merasa mahu keluar. Kerana terpesona dengan tamannya.

Puteri Cahaya berjalan melintasi hutan tebal untuk pulang ke rumahnya. Dia tahu ada seseorang yang sedang mengekorinya.

Dia tersenyum bahagia. Inilah takdir buatnya. Hanya boleh keluar pada waktu tengah malam.  Dia berjalan di sekitar hutan. Burung burung yang terbang di lambainya penuh kasih. Itulah sahabatnya dalam hutan.

Dia berlari lari anak sambil menguntum senyuman. Di usapnya lembut pokok pokok yang ada di sampingnya. Dia tahu, pokok ini senang dengan kehadirannya.

Bunga bunga yang ada di sekelilingnya dicium penuh mesra. Terasa bebas dirinya waktu ini. Seekor burung hantu putih terbang ke arahnya. Diusapnya lembut.

Burung itu memberi isyarat kepadanya. Puteri Cahaya mengangguk. Dia sudah tahu ada manusia yang tengah mencarinya.

Bunyi cengkerik begitu mendamaikan, lebih lebih lagi dengan deruan air terjun yang menjunam ke bumi. Ahh.. begitu mengasyikkan sekali.

Puteri cahaya berehat disisi sirip.


 *******


“Di sisinya yang  terdapat sebuah air terjun yang mana airnya yang menjunam kedalam kedengaran begitu merdu.. unggas bermain bebas didalam tasiknya. Sebuah aspura ditengah tengahnya. Sekelilingnya bertatahkan emas, candiliernya diperbuat daripada balang Kristal.

Ramai yang cuba memasuki aspura. Namun tiada seorang pun yang berjaya memasukinya. Barang sesiapa pun tidak Berjaya memasuki tempatnya. Sesiapa yang cuba menceroboh, akan ditimpa malang.

Secret Garden dikelilingi bermacam jenis haiwan berbisa. Setiap penjuru ia dikawal ketat semua binatang tersebut. Hinggakan mereka tidak berjaya untuk memasukinya. Bahkan jika mereka itu datang hanya sehampir 60 hasta akan diburu dan dikejar binatang tersebut.

Antara binatang yang berkawal di darat ialah ular tedung, ular sawa, harimau, beruang, manakala mereka yang berkawal dalam tanah seperti semut, kala jengking dan anai anai. Mereka mengangkat sumpah taat setia untuk tidak berpecah belah dan bersama menjaga Secret Garden.

Keliling Secret Garden diliputi tumbuhan berduri yang menjalar pada kesemua tamannya. Bahkan sesiapa yang melihatnya akan berperasangka ianya lubuk puaka yang menyeramkan. Sesiapa pun tidak berani memunculkan diri mereka disana.” Abangnya masih lagi bercerita. Puteri Cahaya masih lagi setia mendengar.

Puteri cahaya tersenyum, masih ingat lagi cerita yang pernah diberitahu oleh abangnya. Dia bersandar lagi pada sirip mimbar.

“ Sebuah magis terjadi. Dengan kekuatan yang ada, abang telah membuka satu cabang yang telah mewujudkan satu suasana yang mendamaikan. Pintu pagarnya, diperbuat daripada emas, manakala lampunya merupakan sebuah cendilier yang diperbuat daripada kristal.

Apabila abang mengangkat tangan, para penjaga pintu yang terdiri daripada tikus tikus segera 
memutarkan palang untuk membukakan pintu tersebut. Pakaian tikus tikus tersebut memang lain, abang telah memberi pakaian yang cantik untuk mereka. Ia diperbuat dari sutera hijau yang lembut dan bersinar. Pintu pagar yang setinggi 60 hasta itu segera terbuka.

 Abang menuju langkah ke dalamnya. Sungguh mengasyikkan, suasana menghijau di tutupi kanopi yang mendamaikan.setiap penjuru dan tepi jalan terdapat bunga bungaan yang wangi dan cantik. Setiap kali abang melangkah, akan di kelilingi debunga yang menyanyi menyambut kehadiran.

 Di dalamnya terdapat berbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Suasananya begitu tenang. Unggasnya, serta haiwannya bermain dan menikmati alam. Semua hidupan bebas melakukan aktiviti mereka dimana mana sahaja, tanpa ada kedudukan seorang manusia, kecuali pemiliknya, abang...” abangnya tersenyum. Wajah sugul abangnya tetap masih kelihatan.

“Abang, Cahaya nak pergi juga boleh?”

“Boleh, pergilah, abang izinkan. Tapi cahaya hanya boleh pergi waktu malam sahaja. Cahaya jangan bmbang, tiada apa yang berlaku. Semua benda menjaga adik abang kat sana.” Abangnya memegang tangannya. Cahaya mencium tangan abangnya.

“Abang... ke mana abang menghilang? Cahaya rindukan abang, abang... pulanglah. Cahaya sudah tidak punya sesiapa lagi selain abang.” Puteri Cahaya masih lagi merengek. Dia amat rindukan abangnya. Abangnya menghilang secara tiba tiba. 


******

Hakimi masih berjalan lagi. Penat sudah tidak mampu diungkap lagi. Dia lepaskan lelahnya dengan bersandar pada pokok besar. Dikesatnya peluh yang mengalir. Matanya terpandang pada gerbang yang terbuka luas. Dari luar, cahaya memancar bersinar.

Pelik, itu yang mampu diungkapnya. Setahunya tiada rumah dalam hutan sebegini. Dikuatkan juga hatinya untuk masuk. Dengan langkah hati hati, dia mendekati pintu itu. Begitu besar pintu itu. Warnanya kekuningan seperti emas.

Terpana wajahnya itu. Suasana yang begitu mengasyikkan. Tidak pernah dia melihat suasana seperti ini. Dia rasakan seperti berada dalam dunia maya. Dunia yang penuh keasyikan. Dia memalu langkah kedalamnya. Lampu suluh ditangan segera dimatikan. Sinaran cahaya didalamnya sudah membuatkan waktu seperti tengahari.

Dia menghirup udara segar. Bau bunga bunga yang berderetan sepanjang jalan menambahkan lagi rasa asyik dan damai. Dia menghidu segenap pokok pokok yang ada disitu. Semuanya mengeluarkan bau yang berlainan. Semuanya wangi wangi belaka.
Dia berdiri di tengah tengah jalan. Memang besar tempat ini. Tapi apakah namanya? Itulah yang bermain dalam benaknya.

Matanya tak lekang memandang keadaan sekeliling. Kelihatan burung burung, arnab, rusa dan kancil sedang berkumpul. Seolah mereka sedang berbual sesama sendiri. Pelik, memang ini dunia maya. Getus hatinya. Jika tidak, mana mungkin makhluk ini boleh berkelakuan seperti itu. Pusing kepalanya.

Dia mendekati tasik yang berkilauan. Luas tasiknya tasik ini. Matanya terarah pada sebuah mimbar yang terdapat ditengah tengahnya. Leka dia memerhati mimbar itu. Mimbar yang juga kelihatan seperti warna emas. Dia terpandang pada susuk tubuh yag sedang bersandar disisi mimbar itu. Ya, perempuan yang dicarinya tadi. Dia menghampiri mimbar itu.


******


Puteri Cahaya bergegas bangun. Lelaki yang mengekorinya tadi ada disini. Bagaimana lelaki itu boleh masuk. Kata abang, hanya dia dan abangnya sahaja yang boleh masuk. Dia menyorok di balik mimbar.

Hakimi tercari cari gerangan tadi. Tadi ada, sekarang tiada. Misteri betul, getus hatinya. Dia masih berjalan lagi mencari gadis itu.

Puteri Cahaya masih lagi bersembunyi. Dia berlari ke sebelah tasik apabila lelaki itu bergerak kearah belakang darinya. Nasib baik, getus hatinya. Wajahnya sudah pucat. Bagaimana orang luar boleh masuk ke sini. Soalan tadi berlegar dalam mindanya.

Hakimi mendengus geram. Dia buntu. Ke mana lagi ingin mencari gadis itu. Dia berpaling, kelihatan wanita tadi sedang berlari kearah belakang. Dia mengejar. Jangan harap dapat lari.

Puteri Cahaya terpana. Dia berlari makin kencang. Bagaimana lelaki itu boleh melihatnya.

“Awak!! Tunggu...” Puteri Cahaya tidak berpaling. Semakin kuat dia berlari. Tidak sanggup untuk berdepan dengan lelaki itu. Entah baik atau jahat dia pun tidak tahu. Dia bersandar pada pokok meranti. Tercungap cungap menahan lelah.

Hakimi tidak berputus asa. Terus dikejarnya perempuan itu. Kemana ia menghilang? Matanya tak lepas mencari perempuan itu. Bunyi suara esakan membuatnya berpaling ke kiri. Seekor kancil sedang menangis rupanya. Dia mendekati kancil itu. Terlihat kaki kancil itu terjerat dahan pokok yang tumbang.

Perlahan lahan dia mencabut kaki kancil itu dari celahan dahan pokok. Usahanya berhasil. Diusapnya lembut kepala kancil itu. Dikucupnya penuh kasih. Ya dia memang sangat menyayangi haiwan. Lalu dilepaskan kembali. Kancil itu seolah tersenyum kepadanya. Dia juga tersenyum. Dia berjalan lagi mencari perempuan itu.

Puteri Cahaya yang melihatnya dari balik pokok tersenyum. Inilah sifat seorang yang bertanggungjawab. Sama seperti abangnya yang amat mengasihi binatang. Mungkin lelaki ini baik. 
Abang kata haiwan disini kenal hati budi manusia yang mana baik dan mana jahat. Jika lelaki ini jahat, sudah lama haiwan ini lari darinya. Dia menyusup keluar dari tempat persembuyiannya.

“Awak, tunggu saya. Saya nak berkenalan dengan awak. Auch...” Hakimi terlentang jatuh. Dia tersadung akar pokok. Matanya terasa kelam. Akhirnya semuanya gelap gelita.


******


“Dah bangun?” Puteri Cahaya tersenyum pada Hakimi. Ketika lelaki itu jatuh, dia jadi tak tentu hala. Nasib baik abangnya pernah cakap, dalam taman ini terdapat air yang boleh menyembuhkan. Lalu tanpa menunggu, dia terus mendapatkan air itu. Abangya pernah menyembuhkan ikan dengan air itu.

Hakimi hanya menganggukkan kepalanya. Terasa pening masih lagi bersisa. Dia memandang wajah perempuan itu. Wajah yang cukup cantik. Dengan senyuman yang amat manis, muka yang bersih dengan pandangan yang redup, cukup membuat hatinya terasa lapang.

“Awak nama apa? Saya Hakimi.” Hakimi memperkenalkan dirinya. Dia ingin mendekati lebih dekat perempuan ini. Hatinya sudah bertaup padanya.

“Saya Puteri Cahaya. Panggil aje Cahaya.” Puteri Cahaya mengukir senyum kepada Hakimi.

“Owh, awak ni Kerabat DiRaja ker?” Hakimi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau Cahaya anak raja, harapan untuk memilikinya amat tipis. Bukan tipis, tapi memang tak boleh.

“Ish, awak ni, tak lah. Saya orang biasa je. Ibu bapa saya yang beri nama ni untuk saya.” Ketawa meletus juga akhirnya.

“Hehehehe, saya ingatkan kerabat diraja. Jika betulla, tipislah peluang untuk saya...”

“Untuk apa?”

“Memiliki awak. Saya rasa saya sudah jatuh cinta dengan awak.”

Puteri Cahaya hanya tersenyum. Merah padam mukanya. Malu bila disebut pasal cinta. Jantungnya juga berdegup kencang. Dia juga rasa apa yang diluahkan oleh Hakimi tadi.

“Ini tempat awak ker?” Hakimi mula memecahkan kesunyian. Dia melontar batu dalam tasik.

“Tak lah, ini tempat abang saya. Saya...” hatinya terasa sebak tiba tiba.

“Awak menangis? Awak sakit?” Hakimi pelik dengan tingkah tiba tiba berubah. Jelas terlihat mata Cahaya sudah berair.

Puteri Cahaya hanya mengeleng. Dikesatnya air mata yang bergenang.

“Kenapa awak menangis?” Soal Hakimi lagi. Hatinya juga dipagut rasa sakit melihat air mata itu. Suasana senyap seketika.

“Saya sebenarnya mencari abang saya. Dia tiba tiba menghilang. Saya selalu datang ke sini. Berharap saya akan jumpa abang saya.” Puteri Cahaya menundukkan wajah. Terasa malu menangis dihadapan orang yang baru dikenalinya.

“Awak sabar yer, saya kan ada. Saya akan jaga awak sebaiknya.” Kata Hakimi penuh yakin. Cuba ditatap mata Puteri Cahaya. Tetapi Puteri Cahaya melarikan matanya ke arah lain. Malu ditatap begitu. Lebih lebih lagi mereka bukan muhrim.

“Awak... saya nak tanya sikit boleh?” soal Hakimi lagi. Dia memandang wajah cahaya.

“Apa?”

“Saya cintakan awak, bolehkah saya menjadi pelindung setia buat awak?” Hakimi berkata penuh yakin.

Puteri Cahaya hanya tersenyum. “Jika jodoh itu milik kita, insyaAllah kita akan bersama. Berdoalah padaNya.”


*******


“Sayang... buat apa tu? Abang balik pun sayang tak perasan.” Hakimi memeluk insan yang amat disayanginya. Dikucupnya ubun ubun isterinya itu.

“Abang, maaf. Tak perasan tadi.” Dikucupnya tangan suaminya. Dia mengukir senyum buat insan yang amat dicintainya merangkap sebagai pelindung setia buatnya.

“Sayang, abang bahagia sayang hadir dalam hidup abang. Abang tak pernah rasa sebahagia ini. Lebih lagi kejap lagi abang akan dapat seorang anak.” Hakimi berkata girang. Tangannya mengusap lembut perut isterinya yang makin membesar.

“Cahaya pun gembira sangat ada abang disisi cahaya.” Puteri Cahaya memeluk erat Hakimi. Hakimi mengemaskan lagi pelukannya, hatinya tenang dan damai.

Mujur mama tidak membantah niatnya ketika menyatakan untuk berkahwin. Malah mama lebih teruja darinya. Selepas malam itu, dia terus pulang ke rumah, nasib baik kereta boleh dihidupkan kembali. Sampai di rumah, kelihatan papanya sedang bercekak pinggang. Mamanya pula sedang bersandar pada sofa. Lantas diterkam mamanya dan menyuakan hasratnya itu. Seminggu kemudian mama terus masuk meminang Cahaya.

Bercerita pasal Secret Garden, ia tetap wujud. Mereka berdua selalu ke sana. Tiada seorang pun yang tahu akan kewujudannya. Tempat itu aka dibiarkan terus rahsia hingga kini. Kebahagian milik mereka berdua.

Abangnya tersenyum bahagia melihat adiknya sudah bahagia disisi orang tersayang. Dia berpaling. 
Diangkatnya tangan setinggi tinggi yang boleh. Cahaya terang terpancar keluar. Dia menghilang dibalik kabus tebal.

TAMAT...

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023