Aku memasuki
sebuah lurah yang agak bersemak… aku meneruskan perjalananku, suasana yang
suram membuatkan aku terasa kedinginan.
Perjalanan tetap aku teruskan.
Hampir penghujung jalan aku
terpaku, sebuah bangunan yang berkilauanmembuatkan mata aku bersilau.
Rasa hati yang tidak tertahan, membuatkan aku terus berjalan. Aku terkejut, apabila
disapa seorang pemuda yang tingginya lebih tinggi dari aku, dia memberikan
salam kepada aku dengan penuh santun. Aku menjawabnya dengan menundukkan
sedikit kepala sebagai tanda hormat kepadanya.. ku lihat pakaiannya, bukan
sembarangan pakaian, pakaiannya yang penuh dengan kilauan emas dan permata,
pakaiannya seperti sutera, tetapi bukan sutera, kerana ia lebih halus dari
sutera.
Pemuda itu
mempelawa diri untuk menunjukkan jalan kepada aku, aku tersenyum dan
menganggukkan kepala tanda setuju. Dia membawa aku di satu arah yang mana
kusangka ia sebidang cermin yang rata diatas tanah, rupanya ia adalah sebidang
jalan, aku terpana dengan keajaiban tersebut. Kulihat disamping jalan, penuh
dengan kilauan batu permata yang belum pernah aku lihat kat sini, ia seakan
berlian, yang dijadikan sebagai penghadang jalan.
Aku bertanyakan
kepada pemuda tersebut, apakah benda itu? Dia tersenyum dan berkata, disini ia
dipanggil “kalam”. Tidak pernah aku dengar nama ini sebelumnya. Perjalanan
diteruskan lagi. Kulihat di simpang jalan, terdapat sebuah pondok yang
beralaskan kayu, kayu itu kelihatan masih baru, aku geselkan tangan aku sedikit
pada kayu tersebut, terkejut aku, tidak aku rasa seperti menyentuh kayu, terasa
seperti aku menyentuh kayu yang telah dicalit, tapi kayu itu bukan dicalit, ia
masih lagi kayu yang asal..
Aku
mendongakkan kepala pada sebuah pintu
yang terdapat pada pondok tersebut, kulihat, ramai kanak-kanak sedang duduk,
tekun belajar dan membaca sebuah kitab. Wajah mereka berseri-seri. Aku lihat
seorang lelaki yang memakai jubah dan berjanggut panjang sedang mengajar
anak-anak kecil itu. Orang tua itu, kukira dalam lingkungan 60an. Orang tua itu
tersenyum kepada aku, aku tersenyum dan
menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Pada papan tanda tersebut kulihat tertulis
kalimah jawi yang bertatahkan delima
bermaksud “baitul ilmi” mungkin ini tempat anak-anak belajar, seperti yang di
panggil sebagai sekolah.
Pemuda itu
hanya tersenyum, wajahnya kelihatan amat tenang sekali. Sesiapa yang melihat,
pasti terasa sejuk dihati. Aku meneruskan
perjalanan aku. Pohon-pohon yang menghijau dan merimbun membuatkan
suasana teduh dan anginnya yang nyaman membuatkan aku terasa terlupa tentang
perjalan aku. Di sepanjang jalan aku lihat banyak buah-buahan yang merimbun,
buah tamar, buah delima semua bebas menghidup, seakan tidak pernah diterokai
oleh manusia. Yang aku pelik, buah-buahan tersebut dapat hidup walaupun bukan
ditempat asalnya.
Sepanjang
perjalanan, ramai kanak-kanak dan ibu bapa yang lalu lalang di kawasan
tersebut. Seolah olah satu keluarga yang sedang membawa anaknya jalan-jalan.
Keluarga yang bahagia bila aku melihatnya.
Aku dibawa
kedalam sebuah taman, terpana aku melihatnya. Sebuah taman yang meliputi gunung
ganang bukit bukau, sedangkan apabila aku melihatnya dari luar, ia kelihatan
seperti sebuah kotak yang kecil. Dalam taman tersebut aku lihat penuh dengan
burung yang warna-warni, yang mana apabila ia berada dalam kawasan yang gelap,
bulunya akan mengeluar cahaya. Banyak jenis burung yang terdapat di taman
tersebut, yang aku kenal hanyalah, cenderawasih, kunyit, merak, bangau, unggas
dan lain lagi. Taman tersebut dihiasi dengan cendilier yang berkilau, sesiapa
yang memandang, pasti terasa ingin
tinggal di taman tersebut. Kemerduan suara burung, membuatkan aku terpaku.
Penat aku
berjalan, akhirnya jalan yang cantik tadi berahir dengan dihadapanku sebuah
istana yang yang aku lihat sebelum aku memasuki kawasan tersebut. Indah tidak
dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
Kubahnya yang diperbuat daripada emas membuatkan aku sangat teruja. aku dibawa pemuda tersebut memasuki istana,
pintunya yang agak besar yang aku kira setinggi bangunan lima tingkat yang
diperbuat dari Kristal membuatkan aku terpana. Sekeliling pintu itu, dihiasi
dengan pelbagai permata yang cantik. Pintu itu tertulis “lukluk”.
Pemuda itu
mengarahkan untuk dibuka pintu, para
pengawal membuka pintu tersebut. Lembaran pintu terbuka luas, pemuda itu
mempersilakan aku untuk masuk. Dengan langkah kanan, aku memasuki istana
tersebut, dihadapanku terbentang kolam yang dihiasi air pancut yang diperbuat
dari mutiara. Didalam kolam tersebut terdapat berpuluh-puluh ekor ikan emas
yang sedang berenang dengan bebasnya. Aku berjalan masuk kedalam lagi, sampai
satu sudut, aku terlihat sebuah mimbar yang tiangnya diperbuat dari perak,
alasnya dari sutera, corak batang pokok dari emas dan bunganya dari kilauan
permata dan berlian. Ditengah-tengahnya terdapat mahkota yang diperbuat dari
emas dan permata. Aku cuba memakainya di kepala aku, kelihatan memang secocok
dengan aku.
Pemuda itu
datang menghampiriku dan berkata, aku memang sesuai dengan mahkota tersebut.
Aku hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Dia membawa aku ke ruang makan,
terhidang segala macam benda jenis makanan. Tanpa berlengah, aku duduk di
kerusi yang tersedia. Para dayang masuk ke ruang makan sambil membawa peralatan
untuk makan. Pemuda itu membaca doa makan. Aku makan dengan berselera sekali, Dayang-dayang
aku lihat semuanya memakai pakaian yang berwarna-warni.
Selesai makan,
pemuda tersebut membawa aku ke jalan yang aku lalui tadi. Sepanjang perjalanan,
pemuda itu hanya diam, sepatah kata tidak dia keluarkan. Akhirnya aku sampai di
laluan asal aku dulu, sebelum aku menoleh kebelakang, aku sempat bertanya
kepadanya, apakah nama tempat ini? Dia tersenyum dan memberitahu, nama ini sama
seperti namamu. Aku kebinguan. Dia berkata nama tempat ini “dini” yang ku
ertikan sebagai agama. Aku tersenyum dan memberikan salam aku kepadanya. Dia
menyambut salam aku, dengan mengakhiri
kalimah “semoga Allah memberkatimu”. Aku teruskan perjalanku, hingga aku
ter jumpa jalan yang aku lalui tadi. Aku toleh kebelakang, dan aku lihat,
tempat itu tadi sudah tiada.. yang tinggal hanya sebuah surau.
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini