BeGins
--------
Prang!!! Berkecai hatiku.
Air mata yang hendak mengalir pantas di tahan. Lelaki di hadapanku masih lagi tersenyum sinis. Genap hari ini lima bulan aku bergelar seorang isteri. Isteri yang tidak pernah diiktiraf kedudukannya. Sudah gugur talak buat diriku tika ini dan saat ini. Aku masih lagi melutut memandang permaidani di ruang tamu. Terasa kepala ku seakan berputar. oh dunia, jangan kau kelam!
Jiwa ini dahulunya kental. Kini telah berubah segalanya. Kata katanya yang bagai duri dahulu aku masih lagi boleh menelannya. Kini kata kata piatnya itu telah menggoyahkan kedudukan aku. Dari terus berada di paksi kini telah condong. Bahkan senget dan bila bila masa sahaja akan jatuh. Bukan itu! Tetapi telah jatuh yang sebenarnya!
Lelaki di hadapanku ini masih lagi dengan senyumanya memandangku. Mungkin kini jiwanya ini telah tenang. Lega. Melepaskan aku dari hidupnya. Rambutnya dilurutkan kebelakang. Jelas menampakkan ketampanan pada wajahnya. Sayang seribu kali sayang. Dari awal berkahwin hinggalah aku bergelar janda. tiada sekelumit perasaan sayangnya untukku.
Bahkan perkahwinan ini hanya atas sikap simpati. jika bukan kerana Datin Ainon, aku rasa sudah lama dia berkahwin dengan dengan pilihan hatinya. bukan denganku! tapi desakan demi desakan yang di tutur Datin Ainon akhirnya aku terpaksa menerima juga.
Keluarga itu pernah porak peranda kerana desakan perkahwinan ini. Berbulan lamanya lelaki ini merantau ke negara orang. Sejak dari itu, Datin Ainon sering sakit. Berbulan lamanya terlantar di hospital. Akhirnya lelaki itu pulang kembali dan bersetuju dengan perkahwinan ini.
Sehari berkahwin. Dia tidak pernah menyentuhku. Bahkan jijik terlalu untuk bersamaku. Enggang ingin bersama dengan pipit. Itu mustahil! Dia keluarga berada. Sedangkan aku yatim piatu dan orang gaji dalam rumahnya.
Perkahwinan ini hanyalah sebagai ehsan untuk ibunya. Kini hari ke hari sakit Datin Ainon makin sembuh. ya, aku seharusnya bersyukur. Orang yang banyak menolongku akhirnya mampu kembali sihat dengan ada anaknya di sisi. Biarlah, aku reda. Biarpun aku tidak pernah dilayan sebagai sepatutnya.
Hari ni aku ingin memberi khabar gembira buatnya, tetapi sebaliknya yang aku terima. Berita sedih, luka semuanya bercampur menjadi satu.
Tiada guna aku harus berada dihadapannya. Dengan langkah lesu aku berdiri melangkah ke arah tangga menuju ke bilik.
Dari jauh kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Begitu teruja sekali kedengaran suaranya.
Pintu bilik dikuak. Aku melangkah masuk menuju ke almari pakaian. Beg pakaian dicapai. Baju bajuku yang lusuh semuanya aku lipat dan diletakkan di dalam beg pakaian. Walaupun hati ini meraung sakit. Namun tiada sesiapa yang mampu mengubatnya.
Setelah semua pakaian siap di simpan. Aku melangkah ke meja solek. Orang lain semuanya penuh dengan alat make up. Tetapi tidak aku. Satu pun tiada. hanya sikat yang terletak di atas meja kecuali barang persendirian milik lelaki itu. Dia langsung tidak pernah mengambil tahu tentangku.
Sakit aku. Aku sendiri yang tanggung. Jika aku mengadu. Jawabnya pelempang sebagai galangnya. Sudahnya, berbekalkan ubat panadol sahaja aku telan.
Tudung yang senget aku kubetulkan sedikit. Langkah ku mengorak turun dari tangga. Kelihatan lelaki itu masih lagi duduk di sofa. Aku menghampirinya.
Tanganku hulur untuk bersalam dengannya walaupun aku tahu ia takkan bersambut. Kata katanya yang dulu masih lagi terpaut kemas dalam kotak memoriku.
"Kau jangan sentuh aku! Jijik kau tahu tak! Aku kahwin dengan kau pun, kau patut bersyukur. Ingat aku hadap sangat dengan kau! Ingat! Aku haramkan kau sentuh aku!" Sejak dari itu. Aku langsung tidak menyentuhnya.
Agak lama tangan tidak bersambut. Akhirnya aku menurunkan tanganku. Dengan langkah yang amat terkilan aku melangkah ke pintu utama.
"Anak ibu, sekarang hanya tinggal kita berdua saja. Anak ibu jangan sedih ya. Ibu sayang anak ibu. Anak ibu adalah harta yang paling ibu sayang. Besarlah kau nak di hadapan ibu. Ibu ingin melihat anak ibu." Bisik hatiku sambil mengelus lembut perutku yang kini berusia tiga bulan. Langkah di atur meninggalkan rumah itu buat selamanya.
Bibir ku ketap menahan sendu. Akhirnya esakan halus kedengaran juga bersama dengan linangan air mata. Aku sudah tidak mampu menahannya lagi.
Anak ini yang terhasil dari sikapnya yang mabuk. Sebagai ganti untuk menebus maruahku malam itu, sejumlah wang dilempar pada wajahku. Begitu sekali maruahku. Boleh di beli dengan wang ringgit. Dia tidak melayanku sebagai sepatutnya. Aku yang halal untuknya.
Siapa sangka takdir Tuhan. Sekali dia menyentuhku. Aku hamil anaknya!
Ya Allah, moga hari esok lebih baik dari hari ini.
***** pArt2
"Ibu"
Aku berpaling ke belakang. Seorang kanak kanak comel berbaju tadika sedang berlari kepadaku. Tangannya didepakan. Senyuman menghiasi bibirnya. Aku duduk bertinggung dan mendepakan tangan. Dia terus memelukku. Pipiku di cium berkali kali. Begitu juga aku. Betapa rindunya aku padanya.
"Tak nak peluk Tok Nek?" Umi duduk bertinggung di sebelahku. Anakku meleraikan pelukan dariku dan terus memeluk umi. Umi hanya ketawa melihat telatah anakku ini.
"Abang balik dengan siapa?" Soalku kepada anakku. Anakku yang kini menginjak umur 3 tahun petah bercakap dan agak nakal.
"Tu.." Sepatah yang keluar dari mulut comelnya. Bibirnya di muncungkan ke arah hadapan. Aku memanggung kepala memandang ke hadapan. Wajah Fatimah kelat ke arah sini.
"Kenapa tinggalkan akak? Dah tak sayang akak ya? Lain kali akak tak nak ambil Zikry lagi. Zikry balik sendiri la bila-bila." Rajuk Fatimah. Budak perempuan yang berusia 12 tahun dan kini menunggu keputusan UPSR. Anak tunggal kepada Umi Isyah.
"Tak pe la nanti abang balik sendiri." Ucap anakku pelat sedikit.
Ya Allah anakku, nakalnya. Selalu bangkang kata-kata. Aku mengusap lembut kepala anakku. Wajahnya yang comel begitu mirip sekali dengan wajah...
"Astaqfirullah." Aku beristiqfar. Mengapa aku harus mengingati kisah lalu? Kisah yang membuat hatiku terluka.
"Abang, tak baik tahu kata macam tu! Ibu tak suka abang bercakap macam tu dengan kakak. Dengan orang lain pun ibu tak nak abang bercakap macam ni. Faham!" Ucapku sedikit tegas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akanku cuba mendidik anakku sebaik mungkin.
Wajah anakku sudah mendung bila dimarahi olehku. Dia hanya menunduk. Aku hanya tersenyum. Sebijik macam ayahnya! Nakal!
"Abang jangan nangis ek, jom akak belanja aiskrim. Nak tak?" Fatimah memujuk anakku. Dialah kakak kepada anakku. Sentiasa bersama dengannya biarpun di mana. Kemana pergi mesti berdua. Begitu akrab sekali perhubungan yang wujud di antara mereka.
"Horey.. yeay... jom kak." Zikry melompat-lompat keriangan. Aku mengeleng kepala. Cepat sangat hilang rajuk bila si kakak yang pujuk. Umi di sebelahku turut tersenyum.
"Kita makan dulu ya! Atuk-atuk, nenek-nenek semua dah tunggu kita kat dalam. Nanti baru beli aiskrim. okey?" Fatimah mengangguk. Dia berjalan berpimpingan tangan Zikry masuk ke dalam rumah.
***** pArT3
Aku mundar mandir sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Fikiranku berkecamuk. Mata-mata yang sedang memandang pada beg pakaianku di tangan, sudah aku tidak pedulikan. Mungkin mereka akan mengatakan bahawa aku baru datang dari kampung. Dengan pakaian ku hanya berbaju kurung lusuh dan bertudung.
Kepala terasa berpusing. Aku melangkah masuk ke surau berdekatan. Ingin mengambil rehat yang cukup dan solat. Sementara aku berfikir ke mana arah tuju. Aira Mardhaih bukan orang lemah!
Usai menunaikan solat, aku berbaring di bahagian paling belakang dalam ruang solat wanita. ingin berehat sedikit. Sekadar untuk menghilangkan sakit kepala.
Aku membuka pelubuk mataku perlahan-lahan pabila terasa ada sentuhan pada tubuhku. Mataku membulat. Seorang lelaki sedang duduk bertinggung di sisiku. Aku cepat cepat berkalih untuk bangun.
"Eh, anak jangan takut. Pak cik ni imam kat sini. Dari tadi lagi pak cik lihat anak terbaring kat sini. Anak sakit ker?" Soalnya. Serban dikepalanya dibetulkan sedikit. Wajahnya mengoyak senyuman nipis.
"Err, sekarang dah pukul berapa pak cik?"
Dia memandang sekilas jam tangannya. Dia memandang ke arahku semula sambil tersenyum.
"Sekarang dah pukul 9.30 malam nak. Kenapa?"
Astaqfirullah, lamanya aku tertidur. Aku terbabas solat maghrib.
"Tak apa la pak cik. Saya nak solat dulu ya?"
"Owh, okey la macam tu, pak cik pun dah nak balik ni. Nanti anak tolong tutup pintu ya!" Ucapnya sambil berlalu pergi. Aku hanya mengikut langkahnya dengan ekor mata sahaja.
Usai solat isyak dan menghada solat maghrib aku berlalu keluar dari surau. Kepala masih lagi pusing. Aku bersandar pada pagar apabila aku rasakan sudah terlalu penat. Agak lama aku berjalan. Akhirnya aku terlelap di tepi pagar.
Silau cahaya mencucuk-cucuk mataku. Aku kelipkan mata beberapa kali. Seorang wanita sedang membaca alunan ayat suci al quran di sampingku. Wajah itu mengukir senyum bila melihat diriku.
Dah bangun? Apa yang anak rasa sekarang, masih lagi sakit?" Soal wanita itu penuh perihatin.
Jawapan untukknya tadi aku jawab hanya dengan mengeleng sahaja.
"Saya kat mana ni puan?" Soalku pula kepadanya.
Dia masih lagi senyumanya. "Anak kat rumah makcik. Pagi tadi, masa mak cik nak pergi solat subuh mak cik lihat anak sedang terbaring di atas jalan sana tepi pagar rumah mak cik."
Aku mengangguk. Mengiakan kata katanya.
"Kenapa ramai orang di sini mak cik?" Aku memandang keadaan sekeliling. rumah ini di penuhi dengan warga tua. Kesemuanya sudah berumur. Mataku tertancap pada seorang budak perempuan yang sedang melayan seorang warga tua tidak jauh dari situ.
"Owh, ini rumah Ar Rahmah, rumah orang tua tua."
Aku masih lagi pegun memandang suasana di sini. Kelihatan semua orang gembira.
"Makcik nak tanya sikit boleh?” Aku memandangnya.
"Anak mengandungkan?"
Senyuman hambar yang boleh aku beri. Anak, tanda kasih sayangku pada yang tak sudi.
"Baru 3 bulan mak cik..."
"Isyah. panggil Umi jer. Suami anak tahu ke yang kamu mengandung?"
"Err, dia tak tahu mak cik. Kami dah bercerai sebenarnya."
Lukanya hati ini. Umi terus memelukku. Kku menghamburkan tangisanku padanya.
***** ParT 4
Hatiku dipagut rasa gusar. Sudah lama aku menunggu di kerusi kat taman. Mataku liar mencari kelibat dua manusia. Siapa lagi kalau bukan Zakry dan Fatimah. Ke mana anak anakku ini. Katanya tadi ingin membeli aiskrim di Kedai Runcit Pak Tam di sebelah taman. Hingga sekarang masih belum pulang juga.
Sekejap aku berdiri. Sekejap pula aku duduk di atas kerusi. Tudung yang senget di tiup angin ku betulkan. Jam ku kerling sekilas di pergelangan tangan. Sudah satu jam mereka keluar. Sampai sekarang bayang-bayang pun tiada.
“Umi! Aira keluar kejap! Nak cari budak budak ni.” Laungku dari luar rumah. Kaki di atur menuju ke pagar rumah.
“Ibu!”
Kedengaran suara sedang menanggilku dari luar. Akibat pagar ini di perbuat dari kayu jati dan melepasi ketinggianku membuatkan aku tidak Nampak kelibat orang yang lalu lalang.
“Ibu! buka pintu. Abang dah balik.” Sekali lagi suara itu kedengaran. Aku mengucap syukur. Anakku sudah pulang. Hati yang tadi berdebar kini sudah beransur hilang. Aku maju ke arah pintu kecil. Pintu itu dibuka. Membolehkan Zikry dan Fatimah untuk masuk. Aku mengukir senyum.
Senyumanku mati! Mataku sudah dipaku. Begitu juga dengan matanya. Kami saling bertatapan. Lama.
Luka lama berdarah kembali.
“Aira…” sepatah yang keluar dari mulutnya.
Aku menundukkan wajah.
“Ibu, pakcik bagi ni pada abang.” Anakku bersuara. Aku memanggungkan kepala memandang Zikry yang masih berada atas dukungan lelaki itu. Ditangannya terdapat sebungkus coklat cadburry. Mulutnya sudah kotor di simbahi coklat tadi.
“Abang, berapa kali ibu cakap, abang tak boleh makan coklat? Kakak, kenapa biarkan abang makan coklat?” tegurku kepada anakku dan Fatimah.
“Abang yang merengek nak coklat tadi. Nasib baik pak cik ni ada kat situ tadi.” Jawab Fatimah perlahan. Di tangannya juga terdapat sebungkus coklat.
“Siapa yang beli coklat ni kakak?”
“Err… pak cik yang belanja tadi.” Aju Fatimah takut takut.
“Tak apa la, hari ni ibu maafkan. Lain kali jangan makan lagi tau. Kakak bawa abang masuk, basuh mulutnya ya. Nanti ibu masuk.”
Aku melangkah untuk masuk.
Ehem
Aku berpaling semula ke belakang. Macam mana boleh terlupa lelaki ini masih di sini. Kepala yang tidak gatal ku garu.
“Erm... Jemput masuk encik.” Pelawaku. Lelaki itu membututiku dari belakang. “Jemput duduk.” Aku melabuh punggung di atas kerusi di beranda rumah. Lelaki itu duduk berhadapan denganku. terasa kekok pula diriku ini.
“Aira sihat?” dia bersuara setelah lama suasana sepi. Aku membalasnya dengan mengangguk kepala. Suasana sepi semula.
“Encik…” aku memandangnya. Kata kataku mati. Dia merenungku. Kenapa aku rasa lain benar dengan renungannya kali ini. Wajahku pula terasa membahang. Ayat yang cuba aku ucapkan tadi kini berterabur. Aku diam sebentar. Menyusun semula ayat yang ingin di ucapkan tadi.
Kedengaran tawa halus dari bibirnya. Aku mengetap bibir. Terus aku mengambil keputusan untuk diam sahaja.
“Aira nak Tanya abang apa tadi?”
“Erk, encik sihat?” dapat juga aku luahkan. Dia memandangku sambil mengoyak senyumannya. Dia pantas mengangguk.
“Siapa tu Aira?” tundingnya ke arah Zakry yang sedang bermain. Aku hanya diam.
“Dia anak abang kan?”
“Tak…”
“Kenapa dia panggil Aira ibu?”
“Semua orang boleh memanggilnya.”
“Jangan tipu abang!” naik oktaf suaranya.
“Siapa nak tipu?” dalihku.
“Dia anak abang. Masa abang lihat dia tadi di kedai, terus abang datang menerpanya. Wajahnya sama macam abang. Matanya sama macam Aira. Masa abang tanya nama, budak perempuan tu cakap nama dia Muhammad Daniel Al Zikry bin Muhammad Daniel Al Hafidz. Kan tu nama abang?” Dia memandangku serius.
“Kalau ya kenapa?” soalku.
“Kalau betul, abang yang paling gembira. Sebab abang dah jadi seorang ayah. Aira, abang nak minta maaf kat Aira. Abang mengaku, abang tidak dapat menerima Aira masa kita kahwin dulu. Sebab masa tu mana- mana perempuan abang jadi dingin.
Abang frust bila abang putus cinta. Teman wanita abang main kayu tiga. Sebab tu abang dah tak percaya pada perempuan. Masa abang ceraikan Aira fikiran abang tengah berserabut.”
Aku mengetap bibir.
“Masa abang masuk bilik lepas Aira keluar dari rumah tu, abang terjumpa pregnant test. Masa tu abang rasa gembira sangat, sebab abang akan jadi ayah. Baru abang sedar, perasaan menjadi seorang ayah dan suami buat isteri. Tapi Aira dah tak ada. Abang cuba kejar Aira. Sampai sekarang abang cari Aira. Maafkan abang Aira. ”
Matanya kelihatan sudah berkaca. Rambutnya dilurutkan ke belakang. Aku juga cuba menahan sendu.
***** ParT5
Hampir setiap hari setelah kejadian itu berlalu Hafidz selalu berkunjung di sini. Tiap kali dia datang, aku akan cuba melarikan diri dari betembung dengannya. Kata kata rayuan darinya supaya aku kembali semula kepadanya sudah cukup menggetarkan jiwa ini.
Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Kedengaran suara orang sedang ketawa dari laman rumah. Aku mengintai di celah celah tingkap. Kelihatan Zikry sedang sedang bermain dengan Hafidz. Melihat si anak bermain dengan ayahnya cukup membuatkan jiwaku terasa lapang.
Tanpa sedar, bibirku mengukir senyuman.
Aku melangkah ke ruang tamu untuk melayan orang-orang tua. Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Kepala ku lentokkan di atas bahu Nek Mah. Nek Mah menepuk lembut bahuku. Rasa rindu kepada mama bertamu dalam hati. Apa khabar mama hari ini? Empat tahun aku langsung tidak bertemu dengannya.
“Ibu, papa panggil.” Aku menoleh kepada Zikry. Haih anakku, sudah pandai memanggil ayahnya dengan panggilan papa.
“Kenapa papa nak jumpa ibu, abang?”
“Tak tahu.”
Dengan malas aku menghampiri Hafidz. Ku lihat dia sedang duduk di atas kerusi. Matanya terpejam. Hatiku dapat rasakan dia sedang menanggung satu beban. Aku duduk di hadapannya. Aku berdehem.
Dia membuka matanya. Senyuman di beri untukku. Aku hanya memandangnya sahaja. Ikutkan hati ingin sahaja aku membalas senyumannya. Tapi ku tahan.
“Aira, sebenarnya abang nak bagitahu yang mama dah sebulan terlantar kat hospital. Dia kena kencing manis. Hari tu, abang ada cakap yang abang dah jumpa Aira. Mama cakap mama nak jumpa Aira. Aira datang ek jenguk mama? Abang harap sangat.”
Mataku membulat. Mama sakit! Wajahnya kelihatan muram. Jika aku ini halal untuknya, ingin sekali aku memujuknya.
Kami berjalan masuk ke HKL. Zikry dalam dukungan Hafidz. Mulut Zakry sedari tadi lagi pot pet pot pet. Mungkin pelik kami ke sini. Hafidz pula sentiasa menjawab soalan dari anakku. Kadang kadang dia mencuit pipi dan hidung Zakry. Zakry ketawa mengekek sambil memeluk tengkuk ayahnya.
Aku di sebelah hanya mampu mengoyak senyuman. Sejuk ubun ubun melihatnya. Kadang kadang mata Hafidz tidak lekang memandang ke arahku. Naik malu pula aku rasa.
Akhirnya kami berheti di salah satu bilik yang menempatkan VIP, tertera nama mama di pintu. Hafidz menguak pintu bilik tersebut. Tersembul susuk tubuh yang sedang terbaring di atas katil. Aku menghampiri mama. Sebuah kucupan hinggap di dahi mama.
Mama membuka matanya. Terus dipelukku erat. Aku turut membalasnya.
“Mama sihat?” soalku kepada mama. Mama memandangku dan tersenyum.
“Sampai hati Ira tinggalkan mama. Sedih mama tau.” Rajuk mama. Aku ketawa mengekeh. Perangai mama macam budak budak. Sebab tu arwah papa terlalu sayangkan mama.
“Ma,”
Serentak aku dan mama menoleh kepada Hafidz. Bibirnya mengoyak senyuman nipis.
“Ni, cucu mama, Muhammad Daniel Al Zikry bin Muhammad Daniel Al Hafidz. Abang pergi salam nenek.” Arah Hafidz. Hafidz meletakkan Zakry dibawah. Zakry berlari terkedek kedek ke arah katil. Aku menepuk dahi. Lupa nak kenalkan Zakry pada mama.
“Ya Allah, ni cucu nenek? Comelnyer. Hafidz tak cakap pun yang Ai dah ada anak hari tu? Cuma dia cakap dia dah jumpa Aira jer. Sampai hati Hafidz.” Pipi tembam Zakry di cubit manja. Aku mengangkat Zakry untuk duduk di atas katil.
Hafidz datang menghampiri. Dia berdiri di sebelahku. Mama yang sedang meriba Zakry tesenyum kepada kami. Aku menundukkan muka. Malu.
“Abang jom keluar. Papa bawa abang jalan jalan kat taman nak? Nanti kita makan aiskrim sama sama.”
“Horrey...” bingit telingaku. Mendengar teriakan dari Zikry. Tangannya di depakan. Hafidz mendukung zakry. Aku menghantarnya dengan ekor mata sahaja. Sebaik mereka hilang dibalik pintu mama bersuara. Aku berpaling pada mama sambil menjongketkan kening.
***** Part EndinG
“Mama nak minta tolong dari Aira boleh?”
Aku merenung wajah mama. Wajahnya masih lagi dengan senyuman.
“Nak minta tolong apa mama?”
“Tolong terima semula Hafidz dalam hidup Aira. Mama yakin dia dah berubah. Masa Aira keluar rumah hari tu, tiap masa dia menyalahkan diri dia tahu? Mama ada tanya sebab? Dia tidak pernah jawab. Sebab tu mama diamkan jer. Boleh kan Aira?”
Terjegil mataku. Apa ni mama? Main paksa paksa pulak? Mana aci. Tak romantik langsung! Main orang tengah nak pujuk.
Seminggu aku menunaikan solat istikharah. Nak tahu apa? Seminggu jugak la wajah lelaki tampan itu yang muncul dalam mimpiku. Hari pertama memang muka dia. Aku tidak puas hati, hinggalah berlanjutan ke seminggu.
Malam ni malam yang cukup damai. Angin sempoi sempoi bahasa meniup masuk ke dalam ruang bilik. Aku sedang berdiri di tepi balkoni. Di temani bintang bintang yang berkelipan.
Nun jauh di bulan, kelihatan para astronout sedang mengukur jarak bulan ke planet Marikh. Tentu mengambil masa yang agak lama untuk mengukurnya. Yang pasti, satu masa nanti hanya tulang belulang mereka sahaja yang akan di hantar ke Marikh. Tentu raja di planet Marikh terkejut. Para utusan yang di hantar dari bumi yang dahulunya penuh dengan isi kulit kini yang sampai hanya tulang sebatang dua.
“Sayang!!!”
Hampeh!
Berkecai mimpiku tadi. Terasa tangan kekar sedang memelukku dari belakang. Senyumanku terbit dari celahan bibiku. Siapa lagi dia, kalau bukan suamiku. Aku merapatkan pelukannya. Terasa bentuk badannya yang sasa. Aku menelan liur.
“Sayang buat apa kat sini? Dari tadi abang cari tak jumpa jumpa.” Dia memalingkanku untuk bersentang mata dengannya. Seyuman tipis dariku. Bibirnya makin hampir pada wajahku. Terasa panas menyerbu.
Lama.
Bibirku bertaup dengan bibirnya. Tangannya sudah merayap ke seluruh tubuhku. Jantungku pula berdegup tidak sekata. Tika tangannya hampir pada...
Abang!” aku menepis tangannya.
“Maaf sayang. Abang tak bermaksud sebenarnya. Abang tahu sayang belum bersediakan? Abang janji abang takkan kacau sayang. Sampai sayang bersedia.” Wajahnya kelat ketika menuturkan ayat ayat itu. Serba salah pula aku jadinya.
Aku merapatkan bibirku di tepi telinganya. Ayat 1000 dinar di lafazkan. Usai membaca,
“Abang kita sekarang duduk di beranda. Bukan dalam bilik. Abang jangan salah faham pula ya! Aira hak abang. Selamanya hak abang tahu? Aira sayangkan abang. Aira cintakan abang.” Tuturku malu malu.
Terdengar tawa halus dari bibir mugilnya. Dia menepuk dahi.
“Abang lupa la sayang, jom.” Dia mencempung aku masuk ke bilik. Di letakkan aku di atas katil. Dia menuju ke pintu beranda lalu ditutup. Suis lampu utama di padam. Jantungku sudah berdebar-debar.
Dia mapir kepadaku lalu berbaring di sebelahku. “Abang cintakan Aira sangat-sangat. Jangan pernah tinggalkan abang lagi tahu!” aku mengangguk. Dia merangkulku erat. Sekali lagi bibirku menjadi mangsanya.
Kini sudah tiada kedengaran suara darinya. Melainkan desahan-desahan halus darinya. Dia menjalar segenap ruang tubuhku. Aku merelakan. Sesungguhnya aku halal untuknya. Aku merangkul lehernya. Dialah suamiku dunia dan akhirat.
Orang yang paling gembira tentulah Zakry. Dia sudah mendapatkan papanya. Mama pula semakin sembuh dengan perkahwinan ini. Aku teramat bersyukur. Malam ni mama tidur dengan Zakry, katanya tak baik ganggu pengantin. Aku hanya ketawa. Merah padam muka menahan malu.
Semoga cintaku dan cintanya kekal hingga akhir zaman. Amin.
NOTE: Cerita asal dah hilang. semuanya dah complete sampai bab akhir. lastly wifi jem dan laptop restart balik, adoi!!!! naik bangang la rasanya. aku pun dah naik hantu dibuatnya. yang tinggal bab 1 ja. sekarang citer dia pun dah jadi lain. muahahaa.. apa pun. jenmput baca. kerek!
Sweet plus2... Penulisnya mcam dah kahwin JE gamaknya...keep doing..Nice Wiring...
ReplyDeletenot wiring. ERROR typo tu dik. kekeke.. Berkhayal dah berkahwin.
ReplyDeleteahh best lah citer nie:'(hana-
ReplyDeleteIt's a very nice story...wujud juga ya lelaki begini? Hmm
ReplyDeleteTerima kasih 'Hana' dan Halimaton. :) May ALLAH Bless you guys.
ReplyDeletewou....menarik...bestt!!!! kesabaran menjanjikan kebahagiaan,happy ending heehee...
ReplyDeleteFunny how a guy cud write a story like this one. Apa2 pun. Thumbs up writer. Although u cud lengthens the story :. ~nadia
ReplyDeleteAllah . Dah tersilap masuk blog .
ReplyDeletebestla cerpen abg ni mula2 sedih tersentuh sye smpai mleleh air mte..
ReplyDeletethumbs up...great...daebak...gud job abg blogger..
-adila-
Uwahhh......malunye....
ReplyDeletesyukran semua. saya x pandai menulis, tapi menconteng saya ok ja.
ReplyDeleteDikkkk! Betol2 Xsangka writer ni lelaki...seriously, gaya penulisan yg awal2 tu mmg menikam qalbu...nangis akak baca...hebat!!! Good job n all the best
ReplyDeleteCite ni mmang kena ngan cite rase ak.ak suke melelehkan air mate ak ni.terutama part sedih mmang melelh x ingat dunia.nk keluarkn asid dlm mata yg x elok.hehehe..#budak sains.ak x kesah ko lelaki but why name ko PUTERA KATAK??ko suke katak ke...hahaha...gurau je.apepun cite ni best klau boleh buat novel.
ReplyDeleteannoy-
ReplyDeletetak tahu, saya tulis saya tak rasa apa. apa yang otak tengah bercelaru saya cipta watak2.
dilla- erk... geli kut kat katak.. tp tula. zaman nerd, x thu nak wat nickname apa. hagaggaga
# for all readers thanks for reading.
#fullamak, broken english siak
How nice a guy like you could wrote this story.Keep it up boy.Well if you could improve the grammar it would be better dear.
ReplyDeleteannoy: tq...
ReplyDeletesweet ❤
ReplyDeleteheee...
DeleteWow
ReplyDeleteTak sangke laki dpt bt cerpen cm nie.. Best
ReplyDeletewow..pndainyer wat cerpen sweet..ingatkn pompuan je..rupenyer laki wat pon x kurang hebat + sweet...buat bnyak2 lgy..
ReplyDeleteNice story, but still tergantung .
ReplyDeleteBest222 x
ReplyDeleteCool and that i have a super present: House Renovation What Order house to renovate
ReplyDelete