Feb 16, 2012

bidadari kecil itu takkan keseorangan

     Seorang gadis kecil, sedang  bermain  berhampiran taman permainan. Gadis kecil ini, memakai sepasang baju dan blause  yang compang camping dan keadaannya yang berbau busuk. Dia bermain-main dengan tenang di sekeliling kawasan itu.. Orang ramai yang melalui berhampirannya pasti akan menekup hidung, kerana tidak tahan dengan bau yang ada pada gadis kecil itu. Orang ramai melihatnya dengan jijik sekali. Sesekali dia dimaki hamun apabila apabila mendekati gerai-gerai makan yang ada disitu, mereka mengherdik gadis kecil itu, dengan  berkata" hoi budak miskin dan busuk! berambusla kau dari kawasan ni, menyemak aja aku tengok, pergi mampos lah kau! baru aman dunia." si gadis kecil, yang tidak tahu apa-apa hanya memandang dan tidak berkata apa-apa.

     Gadis kecil itu berjalan menyusuri jalan untuk pulang kerumahnya, langkahnya terhenti apabila dia disekat oleh budak-budak nakal yang kebetulan berada disitu. "Budak miskin? apa yang kau buat kat sini? berambuslah kau? benci aku tengok muka engkau, dahla busuk.... miskin pulak tu..." budak nakal itu tiba-tiba menolak si gadis itu dengan kuat, sehingga menyebabkan si gadis kecil itu terhempap diatas jalan. budak-budak nakal itu terus mengherdik si gadis kecil itu. Dalam keadan yang sakit dan berdarah pada lututnya, dengan kudrat yang ada, si gadis itu cuba untuk bangun berdiri. Dengan keadaan yang terhinjut-hinjut itu, si gadis kecil berjalan meninggalkan budak nakal yang sedang ketawa melihat keadaannya. Si gadis itu berlalu, tanpa berkata  apa-apa dan tiada berdemdam di dalam hatinya.

    Oleh kerana menanggung sakit akibat ditolak tadi, si gadis kecil terjatuh tersungkur diatas jalan. Si gadis kecil cuba untuk berjalan dan meneruskan perjalannya, namun dia tidak mampu lagi untuk berdiri. Dia tersungkur diatas jalan buat kali keduanya. Dalam keadaan yang sejuk dan kedinginan, membuatkan si gadis kecil itu terketar-ketar menahan kesejukan. tanpa berbicara sepatah kata pun, dia terus memeluk tangannya..
 
    tiba-tiba datang sebuah kereta lalu berhenti disamping gadis kecil itu. Seorang lelaki turun lantas dia membangunkan gadis kecil itu dan memeluknya. Terasa sedikit hangat oleh gadis kecil itu. lelaki itu mendukung si gadis kecil tadi dan membawanya ke hospital. Dalam keadaan si gadis kecil itu yang berbau busuk, lelaki itu terus membawanya ke hospital. setibanya di hospital, si gadis kecil itu, terus dirawat. lekali itu, menitiskan airmata kerana tidak sanggup melihat si gadis kecil itu. dalam hatinya dia berbisik, "akan aku jagamu wahai bidadari, sampai engkau berjaya kelak.."



kini si gadis kecil itu terus hidup, tanpa ada duka dihati.....

by: dini

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023