Oct 20, 2012

Dalam Sujud-Nya 1





Aku sedang menghadap laptop di hadapanku. Kekadang mataku tidak lepas memandang satu susuk tubuh yang sedang mundar mandir di dalam bilikku. Kelihatan si dia sibuk mengemas bilik ini.

“Awak…” aku memandangnya.

“Yer..” jawabku sepatah.

“Baju ni, awak nak basuh ker? Jika nak basuh, saya boleh bawa turun kat bawah.”

“Ermm…” malas aku nak melayannya. Dia turun ke bawah dengan membawa bakul pakaian ditangannya. Aku memandangnya sampai si dia menutup kembali pintu bilik ku.

Hmm.. Aku terpaksa berkahwin dengannya kerana desakan dari orang tuaku. Jika ikutkan hati aku, memang aku tidak mahu berkahwin lagi. Aku masih muda. Aku mahu menikmati kehidupan ini dahulu. Baba aku seorang yang tegas. Jika aku tidak mengikut arahannya, aku akan hilang segala benda yang telah diberikan kepadaku. Aku terpaksa akur. Demi harta yang aku ada sekarang.

“Awak…” dia mendekati aku. Apa lagi yang dia mahukan ni. Bisik hati kecilku.

“Dah nak masuk waktu ni, jom solat.” Dia duduk dikerusi berhadapan denganku. Mataku masih lagi tak lepas memandang screen laptop dihadapanku.

“Awak ni kenapa hah? Kalau nak solat awak pergi dulu la. Jangan nak suruh saya pulak. Awak nak saya solat untuk awak ker?” entah mengapa hati aku terasa panas tiba tiba bila dia mengungkit pasal solat. Aku akur, memang aku tidak pandai solat. Aku menghentakkan meja dengan kuat.
Baba bukan tidak pernah mengajarku. Tapi aku terlebih kepada dunia sosial hingga aku lupa pada ajaran agama.

Kelihatan dia begitu terkejut dengan pelakuanku. Dia menunduk. Dia segera bangun terus ke bilik mandi. Hatiku disapa rasa bersalah pula. Aku mengekorinya dengan anak mataku sahaja.

Pintu bilik mandi dikuak, dia berjalan kearah ruang solat dalam bilikku. Dia mencapai telekungnya. Dia menunaikan solat. Begitu khusyuk sekali dirinya. Aku hanya memerhati. Hilang fokusku pada kerja yang dilakukan tadi apabila melihat si dia menunaikan solat.

******

Aku merebahkan badanku di atas katil. Sejak makan tadi, si dia langsung tidak bercakap denganku. Mungkin dia kecil hati disebabkan aku marahkannya siang tadi. Aku cuba melelapkan mataku.

“Awak…” terasa tanganku disentuh lembut. Jantungku terasa nak guruh dengan sentuhan itu. Sentuhan yang amat lain sekali. Berbanding dengan mana mana wanita yang telah menyentuhku.

Jantungku berdegup kencang mendengar suara lunak itu. Suara yang aku tidak pernah dengar selama ini. Suara yang amat lain sekali.

“Ermm..” aku membuka mataku perlahan. Hampir nak tergolek katil aku tika ini. Aku ingatkan hantu di sebelahku, rupanya si dia yang siap bertelekung.

“Awak ok tak ni?” soalnya kepada aku yang masih pucat. Aku memandangnya tajam. Dia kelihatan serba salah sekali.

“Awak… baba panggil solat, jom…” dia mengukirkan senyuman. Senyuman yang belum pernah aku lihat. Makin berdegup kencang jantungku. Senyumannya memang menawan sekali. Bisa membuat hatiku terasa lapang dan damai.

“Awak pergi dulu, nanti saya menyusur.” Aku memalu langkah kearah pintu bilik mandi.
Usai mengambil wuduk, aku terus ke ruang solat yang terletak di tingkat atas yang selalu digunakan oleh baba.

Aku menguak pintu. Si dia tersenyum kepadaku. Jantungku berlagu resah. Aku buat buat tidak tahu. Baba dan mama juga memandang aku. Aku mengukirkan senyuman kepada mereka. Aku berpaling kepada si dia. Masih lagi tersenyum. Memang murah betul dia dengan senyuman.

Aku bernasib baik, baba yang mengetuai sebagai imam. Usai menunaikan solat, baba memberi ceramah sambil menunggu solat isyak. Hampir 15minit baba memberi ceramah, baba meminta isteriku membaca surah Yusuff.

Ya Allah, alunan suaranya memang merdu sekali. Bacaannya memang membuatkan kalbuku benar benar tersentuh. Merdu sekali. Dia memang pandai dalam soal agama. Tanpa sedar air mata aku jatuh juga.

“Kenapa awak menangis tadi?” dia memandangku dengan renungan yang lembut.

“Kau peduli apa? Suka hati aku lah nak nagis ke nak ketawa ker! Kau siapa!” aku menengkingnya. Bukan apa, setiap kali aku dekat dengannya pasti jantungku akan berlagu rentak yang tidak sekata. Aku mahu mengusir perasaan yang mula  hadir dalam jiwaku.

Dia menundukkan wajah. Dia melulu masuk ke dalam bilik sebelah yang aku jadikan sebagai biliknya. Aku menghampiri pintu biliknya. Kedengaran esekan halus dari dalam. Aku terasa berdosa pula membuat dirinya menangis.

********

“Kau…!!!”

Pang!!! Aku menampar pipinya sekuat tenaga ku. Dia terjelepok jatuh ke lantai. Dia memegang pipinya yang aku tampar tadi.

“Kau ni… memang tak guna betullah. Perempuan jenis apa kau ni hah?” aku menengkingnya lagi.

“Perempuan mana la yang baba KUTIP ni buat jadi bini aku. Langsung tak boleh diharap!” dia terpisat pisat untuk bangun. Aku menolaknya keras. Dia terduduk kembali.

Aku mencengkam bahunya dengan kuat. “Ma.. maafkan saya, saya tak sengaja tadi.” Makin kuat 
aku mencengkam bahunya. Dia memandangku meminta simpati. Air matanya tubir ke pipi. Aku melepaskan cengkamanku. Terasa sakit hatiku bila meihat air matanya jatuh. Aku terduduk.

Dia terus bangun dengan esekannya masuk ke bilik. Aku juga buntu. Fikiranku melayang tika ini.
Aku mengambil kain. Aku mengelap kertas kertasku yang kotor akibat tertumpah air. Esok adalah proses menandatangani MoU dengan syarikat antarabangsa. Semuanya hancur terkena air.

******

Sudah seminggu si dia langsung tidak bercakap denganku. Nasib baik baba dan mama sedang berada di Jakarta. Melawat kakakku yang baru melahirkan anak keduanya. Jika tidak, mahu penggal kepala aku.

Si dia seolah ingin melarikan diri dariku. Jika waktu pagi, makanan sudah tersedia, tetapi si dia langsung tiada. Begitu juga saat aku pulang dari kerja. Si dia juga tiada.

Sejak perubahannya, hatiku terasa kosong. Terasa kehilangan yang amat sangat. Jiwa aku jadi kacau. Aku sendiri tidak pasti mengapa ia seperti ini.

Aku mundar mandir dalam bilik. Hatiku berkata pergi menjenguknya di bilik. Tapi badanku kaku tidak mahu pergi.

Dengan langkah lemah aku menuju ke biliknya. Pintu bilik dikuak, tidak berkunci desis hatiku. Aku masuk ke dalamnya. Si dia tiada. Jantungku seolah mahu luruh. Aku memncari sekitar biliknya, namun hampa. Dia tiada. Aku membuka almarinya, bajunya juga tiada. Aku hampa. Air mata lelaki tumpah juga. Kenapa air mata ini keluar?

Ke mana ia menghilang? Sejak pemergiannya, bohongla jika aku kata aku tidak mengingatinya. Bahkan aku sentiasa mengingatinya. Adakah ia perasaan rindu? Adakah perasaan baru yang mula hadir ini?

Hidupku terasa seperti terumbang ambing. Tiada arah yang mahu dituju. Di ofis, aku banyak mengelamun. Hingga rakanku yang lain Aku buntu sekali lagi. Balik dari ofis, aku terus melulu masuk ke biliknya mengharap agar dirinya pulang kembali. Pintu bilik dibuka seluas luasnya. Hampa… itulah perasaan yang mampu aku ucap tika ini.

Dengan langkah longlai, aku terus ke katilnya. Aku menghempas diri diatas katil. Ahh.. pusing kepala aku tika ini. Aku mengurut lembut pelupuk mataku. Baru aku teringat, aku harus mencari bukti alamat tempat tinggalnya.

Sebelum ini aku tidak mengambil tahu akan perihalnya. Menyesalnya aku rasa. Aku membuka laci meja. Mataku tertumpu pada sebuah buku seperti diary. Memang benar, ia adalah diari milik isteriku.

15 ogos 2012

Ya Allah, aku seorang isteri yang tidak sempurna. Aku gagal untuk menjadi isteri yang solehah untuknya. Rupanya aku memang tidak boleh menjadi isteri buatnya.

Aku membelek halaman seterusnya. Semuanya berkaitan tentang diriku.

18 ogos 2012

Dia seorang yang baik. Namun kerana bukan cinta dia menikahiku, sifatnya jadi tidak menentu. Mungkin kerana baran marah terhadap perkahwinan ini masih bersisa lagi. Ya Allah, aku ikhlas menerima takdir ini.

9 september 2012

Ya Allah, aku isteri yang nusyuz, aku telah menyakiti hatinya lagi tanpa sengaja, aku menumpahkan air keatas kertas kerjanya. Aku derhaka kepadanya. Ya Allah, ampunkan aku. Abang… ampunkan Warah.. Warah tidak layak untuk abang…

Tarikh ini aku masih ingat lagi, yang mana aku aku telah menamparnya. Aku meraup mukaku beberapa kali. Aku berdosa padanya. Warah… ampunkan abang... aku menutup kembali diari. 

Tidak sanggup untuk aku membaca yang selebihnya. Hanya membuat hatiku bertambah bersalah. Satu helai kertas terjatuh kebawah. Aku pantas mengambilnya.

Aku tersenyum. Gambar pernikahan aku dengannya rupanya. Aku membelek belakang gambar itu, kerana aku perasan ada tulisan dibelakangnya.

‘Warah sayang abang, Warah cintakan abang… izinkan Warah menjadi isteri abang walau cuma sementara. Warah tidak minta lebih dari abang, cukuplah cinta abang untuk Warah. Kasih sayang abang buat Warah membuatkan Warah kuat menghadapi barah yang ditanggung. Warah bertuah mendapat seorang suami yang soleh seperti abang.. Warah cintakan abang untuk selamanya…

Izinkan Warah mati dalam sujud kepadaNya… abang…’

Abang pun cintakan Warah juga. Ucapku sambil mencium gambar pernikahan kami. Air mataku tumpas lagi. Entah mengapa sejak akhir ini air mata ku mudah mengalir.

1 comment:

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023