I feel
the wind blow in this place,
There I see the stars beyond this window pane,
Shining so bright, in here this night,
Here I feel the sense of love.
There I see the stars beyond this window pane,
Shining so bright, in here this night,
Here I feel the sense of love.
Malam yang cukup indah sekali untukku. Puncak bukit ini
menjadi pilihanku. Tempat yang cukup sunyi. Sesuai untukku untuk menyendiri. Jauh
dari gangguan manusia amnya.
Tanganku memeluk tubuh kejap. Sejuk bertandang. Mataku
kuyu memandang ke arah hadapan. Lama. Rasanya diri ini menyukai Suasana di
sini. Nafasku, aku tarik dengan lembut. Dalam kepala ini cukup berserabut
rasanya. Namun, aku masih di situ. Melupakan perkara yang telah berlaku.
Nun jauh di angkasa, bintang saling berkelipan. Saling
menunjuk siapa yang lebih berkilau dan cantik. Suasana di sampingku sepi. Hanya
sang cengkerik sahaja yang memainkan irama mereka. Terdapat ketenangan di situ.
Badanku kini berkalih tempat. Dari memeluk tubuh, aku
memeluk lutut. Peristiwa yang telah berlaku banyak merobekkan hatiku ini. Kini
rasanya aku sudah tidak cukup kuat untuk menanggung semuanya.
Terpejam rapat mataku. Biarlah. Akan aku cuba sedaya
upaya aku!
Deep
in my heart I cry for you,
Every tear that falls fells like wound,
The stars in the sky, gently shine,
Taking away my pain.
Every tear that falls fells like wound,
The stars in the sky, gently shine,
Taking away my pain.
Kini aku sudah teresak-esak sendiri. Kuat suaraku.
Memecah hening sunyinya malam. Bergetar dadaku menahan rasa hati. Kini telah
tumpah tepat di atas puncak bukit ini. Kuat aku memeluk lutut. Air mata
dibiarkan jatuh di atas lututku.
Kata-katanya dahulu bagaikan terlayar kembali. Oh Tuhan,
sakitnya hati ini. Kuat tanganku menumbuk dada. Cuba mengusir rasa sakit dalam
hati ini. Kenapa ia harus hadir dan berlalu tika hati ini mula gembira? Dan
hati ini menangis lagi entah kali yang ke berapa…
Suasana malam seperti ini seharusnya aku hirup dengan
tenang. Tapi kenapa peristiwa dahulu menjengah lagi? Tidak cukupkah lagi
menghukumku. Aku tidak kuat. Tidak kuat menahan rasa hati. Benci! Ingin sekali
aku menghapuskannya.
I hear
voice gently saying,
DON’T BE AFRAID,
I fell the warmth come over me,
as I sleep in their embrace,
DON’T BE AFRAID,
I fell the warmth come over me,
as I sleep in their embrace,
Dalam aku melayan perasaan ini. Tiba-tiba sayup-sayup
kedengaran suara seperti orang sedang berbisik. Tepat ditelingaku.
‘Kau kuat. Kau
bukan yang lemah! Ayuh bangkit! Tunjukkan betapa kuatnya engkau. Jangan mudah
diperdaya. Kau kuat! Ayuh bangkit semula! Tunjuk padanya bahawa engkau masih
lagi mampu berdiri walaupun sudah sepenuhnya engkau musnah.’
Rasanya kepalaku terasa ringan. Bagai berada diawangan
tika ini. Adakah itu satu motivasi untukku? Yang pasti aku yakin itu. Jatuh
bukan bererti kalah. Jatuh juga bukan bererti aku lemah.
Air mata kusapu dengan kasar. Pergilah air mata, pergi!
Jangan datang lagi padaku. Ya, aku harus bangkit. Bukan jatuh bila aku sudah
sedia kalah. Tanganku aku genggam erat. Mengambil sedikit kekuatan.
Perlahan-lahan bibirku menguntum senyuman setelah aku tahu apa yang harus ku buat.
Mencuba lagi apa salahnya. Kaki ini melangkah
meninggalkan bukit ini.
And even though I
Do not have the strength to go on
Even though I try to hold on|
This love will never ever be meant for me
Do not have the strength to go on
Even though I try to hold on|
This love will never ever be meant for me
Walaupun pada dasarnya ku tidak punya sebarang kekuatan
untuk terus ke hadapan, dan setelah aku mencuba untuk memegangnya agar ia tidak
terlepas dariku namun, jika sudah takdirku begitu barangkali. Ia bukan milikku
selamanya. Hanya pada Ynag Esa aku berserah segalanya.
Puas aku merayu dan puas juga aku merintih. Bagaikan
pengemis dijalanan aku meminta simpati. Namun, sayang seribu kali sayang, ia
langsung tidak mengubah apa-apa.
Akhirnya hatiku kambali terluka. Parut lama
tertoreh lagi. Hatiku menangis sekian kali.
Rupanya pertemuan kali kedua langsung tidak membuahkan
hasil juga. Dan aku, terpaksa akur pada suratan takdir. Dia sudah membuangku
tanpa sebab. Adakah kerana hatinya sudah beralih arah?
Wajahnya aku pandang untuk kali terakhir. Dia
memandangku juga. Dalam matanya dia menghalau diriku. Bagaikan kucing kurap
rasanya. Bagaikan mengerti maksud yang dia sampaikan, kepalaku aku angguk.
Penuh perasaan kecewa, aku berlalu meninggalkan tempat
itu. Melihat kanak-kanak dan dewasa yang lain sedang bergembira sedikit
sebanyak membuat hatiku sedikit tenang.
Tidak perlu hidup dalam kesedihan!
But I keep on smiling
Even thought my dreams won’t come true
I’ll remember every moment with you
Like the stars that shine forever
I’ll treasure my love… FOR YOU…
Even thought my dreams won’t come true
I’ll remember every moment with you
Like the stars that shine forever
I’ll treasure my love… FOR YOU…
Sebelum berlalu. Bibirku sempat mengoyak senyuman nipis.
Rupanya semua mimpi itu tidak akan menjadi reality. Begitu juga mimpiku. Aku
harus tahu akannya lebih awal lagi. Mungkin kerana terlalu yakin akannya.
Akhirnya aku terleka sebentar yang Allah lebih segalanya.
Bunga tulip ku usap penuh perasaan. Tulip melambangkan
cinta. Namun bukan bagiku kerana cintaku, sudah lama berkecai. Bagaikan ada gam
yang melekat di kakiku agar aku tidak terus berlalu dari sini.
Segala kenangan indah itu bermula di sini. Dan ia akan
berakhir juga di sini. Lama aku menatap tempat ini. Kenangan lalu kembali
terlayar. Tanpa sedar, sudah lama aku berada di sini. Akan aku bawa kenangan
ini sehingga sampai masanya aku akan kuburkannya.
Biarlah ia terus
bergemerlapan bagai bintang dalam fikiran ini.
Penuh duka, aku membawa cinta ini dari sini tanpa
menoleh ke belakang lagi. Datang tanpa pamit, berlalu juga tanpa pamit. Susah
payah aku bawa cinta ini, akhirnya
kesudahannya sampai di sini.
Dari jauh terdengar sebuah letupan yang cukup kuat.
Namun itu langsung tidak membuatku untuk terus mara ke hadapan dan menoleh.
Bagiku cukuplah sampai di sini sahaja.
Orang ramai semuanya bertempiaran lari. Hotel tempatku
duduk tadi runtuh! Dan dia… masih di situ. Adakah aku harus menolongnya?
Tanyaku pada diri sendiri. Geleng. Tidak
perlu. Dan kaki ini terus melangkah
meningglkan sejarah di sini.