Oct 11, 2012

Kau Juga Yang Terindah





Aku berjalan masuk ke dalam bilik. Aku terlupa di mana aku letak projek pembinaan Masjid Al Hamra. Pelan itu amat penting buatku. Ini adalah projek terbesar yang mengaitkan syarikat dengan kerajaan Yaman.

Aku geledah seluruh bilik. Masih tak jumpa juga. Mana perginya pelan masjid ni. Sedang aku mencari, mata ku tertancap pada sebuah buku yang bertintakan warna emas. Tulisan khat menggamit hatiku untuk mengambilnya.

Satu persatu aku belek muka suratnya. Ini adalah diari isteriku. Segala luahan hati tersemat kemas di dalamnya. Sedang leka aku membeleknya, satu keping gambar terjatuh ke lantai. Aku tangkas mengambilnya. Gambar pernikahan aku dan isteriku rupanya. Aku mengukir senyuman.

Mataku terarah pada helaian berwarna emas. Dengan berhati hati aku membelek muka surat tersebut.

Andai itu yang harus ku lakukan...

Aku tidak mengharapkan payung emas dari Tuhan.
Andai aku dipersoalkan suatu hari nanti oleh Allah di muka pengadilan,
‘ mengapa kamu membenarkan suami mu berkahwin lain? Adakah kerana mengharapkan paying emas dari-Ku?’
jawapan ku untuk-Nya memang mudah…
‘tidak… aku lakukan ini kerana Engkau semata mata. Aku ikhlas kerana Engkau, dan aku reda kerana Engkau. andai pengorbananku ini hanya kerana mengharapkan payung emas. Aku tahu, pasti aku tidak ikhlas kepada takdir-Mu. Dalam agama, lelaki boleh berkahwin empat. Kerana itulah aku membenarkannya. Kerana aku tahu, dia seorang yang mampu untuk melakukannya. Ya Allah, andai ini yang terjadi buatku. Perkukuhkanlah imanku untuk-Mu. Aku tidak mengharapkan syurga dari-Mu. Yang aku harapkan keredaan semata mata.

andai dirimu bukan milik ku, izinkan aku terus pergi dari mu. andai cinta ini bukan milik kita, izinkan juga aku berlalu pergi. jika aku rebah, bukan bereti aku kalah terhadapmu. tapi, aku mengalah dari terus membuat orang yang aku sayang terus merana disampingku. sakit mu, sakitlah aku.. gembira mu, gembiralah aku.. inilah takdir buat aku dan kamu..

*****

Sejak pulang dari rumah mama, wajah Asha sudah berubah. Wajahnya sentiasa sugul. Bila ditanya sepatah, sepatah juga yang diungkapnya. Aku hairan dengan perubahan mendadak isteriku.
Aku hanya mendiamkan diri. Mugkin Asha ada masalah. Biarlah, aku patut memberi ruang untuknya bertenang. Mungkin bila dia sudah selesa dia akan menceritakan masalahnya kepadaku.

“Abang nak air?” Aku lihat Asha yang sedang ke luar dari dapur membututiku dari belakang saat aku turun dari tangga.

“Hmm... sayang buatkan abang air kopi yer. Abang terasa ngantok la, masih banyak kerja yang abang perlu buat.” Ujarku kepadanya. Asha berlalu ke dapur selepas menganggukkan kepalanya. Aku hanya memandangnya dari jauh.

Aku bertuah memiliki isteri yang baik seperti Asha. Seorang isteri yang solehah dan taat kepadaku. kebajikan terhadapku memang tidak pernah terabai. Segala urusan dia yang buat. Dia tidak pernah lupa pada Sang Pencipta. Setiap malam pasti dia akan bangun melakukan qiamullail.

Walaupun aku ini jenis yang jahil agama. Dia tidak pernah persoalkan tentang diri aku. Keluhuran budinyalah membuat aku semakin dekat dengan Ilahi.

“Ni airnya abang...” lamunanku terhenti saat dia mengurut lembut tengkuk ku yang terasa masih lenguh. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

“Thanks sayang... pandai sayang urut abang. Ni buat abang bertambah sayang kat sayang.”  Aku suka menyakat isteriku yang seorang.

“Abang ni, ada ada jer la.” Sepitan ketam membuatkan aku berteriak. Dia masih gelakkan aku. Pantas aku mencium pipinya. Wajahnya mula berona merah. Pasti malu. Hahaha... aku suka tengok isteriku bila dia malu. Wajahnya pasti bertambah cantik.

“Sayang... duduk la kat sini kejap.” Aku menyuruhnya duduk saat dia mahu berlalu ke dapur.

“Tapi...”

“Ala.. sayang buat la kejap lagi. Abang nak cakap sikit ni ngan sayang.” Ucapku lembut sambil menepuk sofa disebelahku supaya dia duduk di samping aku.

Dia duduk disamping aku. pantas aku memeluk pinggangnya. “Ada apa abang?”

“Hmm...” ucapku dengan senyuman yang tak lekang dibibir. “Abang...”

“Abang sebenarnya teringin sangat nak ada anak. Bila yer kita akan dapat anak?” soalku kepadanya.

Dia menundukkan wajah. Langsung tidak menjawab sepatah pun. Aku hairan. Asha berlalu meninggalkanku di ruang tamu terus ke dapur. Aku mengeluh lemah. Kalau asha belum bersedia, aku juga harus menghormati keputusannya.
*****

“Abang... tolong Asha boleh.” Asha menghampiriku. Matanya memandang tepat ke arah mataku. Matanya yang redup membuatkan hatiku terasa lapang saat ini. Dia mengusap lembut dadaku tika ini.

“Apa yang abang boleh tolong untuk sayang?” aju ku sambil mengelus lembut wajahnya. Walaupun dia memakai niqab, jelas kelihatan wajahnya yang cantik. Matanya yang berwarna hazel cukup membuatkan hati ku terpaut padanya.

Dia menarik nafas dalam dalam. Pasti berat masalahnya tika ini. “Tolong nikahi Amera.” Ucapnya sambil menundukkan wajah.

“Apa? Apa yang sayang merepek ni!” aku meninggikan suara kepadanya. Aku terkejut dengan apa yang terluah di mulutnya. Aku melepaskan tangannya. Aku berpaling ke arah luar jendela. Hujan yang lebat tidak mampu menghilangkan rasa amarahku ini.

“Abang...” Asha memeluk ku erat dari belakang. Terasa cairan hangat di bajuku cukup membuatkan hati ku cukup bersalah. Aku tahu Asha sedang menangis. Pantas aku memalingkan badanku.

“Sayang, kenapa nangis ni...” ucapku lembut. Aku mengusap lembut bahunya. Dia masih menundukkan muka. “Sayang...” aku memanggil lagi setelah tiada respon darinya.

Asha memandang wajahku. Sugul wajahnya tika ini. “Abang... jika abang sayangkan Asha, tolong nikahi Amera.” Ucapnya lantas memeluk tubuhku.

Aku mengiringnya ke katil lalu melabuhkan punggungku disisinya. “Kenapa sayang buat abang macam ni?” aku ingin kepastian darinya. Aku hanya mencintai dirinya seorang.

“Sebab... Amera amat cintakan abang. Dia tidak mampu hidup selain dengan abang. Abang nikahi dia ya...” dia melentokkan kepalanya di bahuku.

“Abang hanya cintakan sayang seorang. Dalam hati bang hanya ada Asha, mana mungkin abang berkahwin lain.” Yer.. aku amat mencintai isteriku seorang. Tiada sesiapa yang berhak memilikinya melainkan aku seorang.

“Abang, tolong penuhi permintaan Asha.” Ucapnya. Dia bangun dari katil pantas masuk ke tandas. Kedengaran air paip di buka deras. Aku pasti dia sedang menangis sekarang.

*****

“Sayang memang tak nak hadir masa abang nikah nanti?” Asha hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Buntu hatiku. Aku kahwin juga kerana ikut cakapnya. Jika tak, takkan berkahwin aku dengan wanita yang  aku langsung tidak cintai.

“Sayang nak pergi mana sebenarnya ni?” aku memegang lembut bahunya tika ini. Dia masih membisu.

“Asha nak ke Yaman, Hafiz konvensyen kat sana. Abang pun tahu kan, kami hidup dua beradik jer. Asha patut hadir untuk hari bersejarahnya.” Sayu matanya tika ini. Aku hanya diam. Tak tahu apa yang harus aku katakan. Aku mengeluh lemah. Perlahan lahan aku menganggukkan mukaku.

“Kenapa terlalu cepat sayang. Abang penuhi permintaan sayang untuk menikah Amera. Takkan sayang tak nak hadir.” Dia memelukku erat. ‘Asha terpaksa abang...’ itu lah yang aku dengar saat dia memeluk ku. Dia baca ayat seribu dinar, lalu dihembus di cuping telingaku.

Dialah bidadariku. Sentiasa menemaniku tika aku susah. Hidupku dipenuhi dengan sinar bersamanya. Tika aku susah, pasti dirinya akan membaca selawat atau surah surah tertentu ke telingaku. Hatiku pasti terasa tenang sekali. Dia pandai menyejuk amarahku terhadap kerja dengan alaunan yang merdu ke telinga. Hampir setiap masa dia akan melakukannya.

*****

Aku duduk berhadapan kadi. Semua mata sedang memandang saat ini. Aku berpaling ke arah Amera. Dia sedang tersenyum malu kepadaku. Mama juga aku lihat rapat benar dengan bakal menantunya itu. Tak lepas dalam pelukan. Dengan Asha mama tidak pernah begini. Hatiku terasa sebak tiba tiba.

Asha sudah bertolak ke Yaman petang semalam. Dia melarang aku untuk menghantarnya. Katanya pengantin baru tidak perlu keluar rumah.

Kadi memulakan bicara. Hatiku gusar. Tanganku dipegang kadi. Tak terkata saat ini, hatiku merintih tidak mahu. Aku tidak sanggup menduakan isteri yang amat ku cintai.

“Nanti....” satu suara di pintu utama kedengaran. Mata mata yang tadi sedang memandang aku beralih arah. Semua memandang ke arah wanita itu. Aku melepaskan tangan kadi terus menuju ke pintu utama.

“Kenapa Ida?” soalku pelik.

“Asha...” dengan nada yng tersekat sekat. “Dia.. kemalangan. Sekarang dia berada di hospital.” Ida menangis teresak esak ditepi pintu. “Doktor kata dia sedang mengandung tiga bulan.” Sambungnya lagi.

“Ya Allah...” bagai nak luruh jantungku tika ini. Orang yang aku sayang sedang bertarung nyawa sekarang ini. Aku terduduk. Terasa lemah sendiku.

Ida duduk di samping aku. Dia memegang bahuku. “Nadz... Asha ada cakap, Datin Maria yang memaksa Asha supaya kau berkahwin dengan Amera. Sebenarnya mama kau tak suka dengan Asha. Sebenarnya dia suruh aku rahsiakan semua ini. Tapi aku tak sanggup Nadz.. Asha sahabat aku.”

Buntang mataku. Aku berpaling ke arah mama. Mama hanya terkebil kebil. Pucat saja wajah mama. Pasti takut tembelangnya sudah pecah. Aku menarik Ida. Kami dalam perjalanan ke hospital.

******

“Asssalamualaikum....” aku tersedar dari lamunan. Aku mengukirkan senyuman kepadanya.

“Sayang.. dah balik yer... mana mama?” soalku kepada Adam yang masih memakai pakaian seragam TASKA. Memang comel anak aku ini. Sebijik macam mama dia.

“Tu...” aku berpaling ke arah pintu. Asha sedang tersenyum kepadaku.

“Sorry sayang... abang terbaca diari sayang. Abang nak cari pelan masjid, terjumpa pulak diari sayang. Abang minta maaf yer.” Asha menghampiriku. Di usap lembut bahuku.

“Tak ada apa la abang. Abang berhak untuk semuanya.” Asha masih lagi bersikap tenang.

“Terima kasih sayang...” terus aku memeluk Asha. Betapa sayangnya aku padanya.

“Ala.. nak jugak...” Adam merengek di sisi pahaku. Muncung sedepa  muncungnya saat ini. Pecah ketawa aku dan Asha dengan kerenah anak lelaki ku yang sorang ni.

“Tak boleh, Adam tak mandi lagi. Busyuk...”

“Wekk... papa yang busyuk, Adam dah mandi tadi kat sekolah.”  Adam menjelir lidah kepada aku. nakalnya sebijik macam aku kecil dahulu. Asha pantas menegur Adam. Adam hanya diam.

“Meh papa peluk. Sayang anak papa ni. Jangan merajuk lagi yer. Nanti papa bawa pergi makan aiskrim. Adam suka tak?” aku memujuk anak ku ini.

“Horreyy...” Adam menjerit keriangan. Dia berlari lari dalam bilik. Walaupun umur baru 4 tahun. Adam seorang yang petah bercakap. Kenakalan tak usah nak disangkal lagi. Aku hanya tersenyum dengan keletah anak ku.

“Sayang.”

“Ermm..”

“Abang sayang sayang. Abang cintakan sayang.” Aku mengucup pipi gebu isteriku. Wajahnya berona merah. Walaupun dah ada anak. Dia tetap begitu. Sentiasa malu denganku.

“Asha pun sayang dan cintakan abang jugak.” Dia juga mengucup pipiku. Hatiku berbunga riang.

“Thanks sayang...” Asha masih lagi senyum kepada ku. Senyuman yang bisa membuat aku hatiku  menjadi cair.

Sejak Asha kemalangan. Mama telah banyak berubah. Kini mama dapat menerima asha sepenuhnya. Malah hubungan dengan Asha bertambah akrab. Kekadang aku sendiri rasa cemburu. Apalah dengan aku ini, dengan mama sendiri  juga nak cemburu.

Terima kasih Tuhan....



p/s: nak buat panjang takut jadi cerpen plak.... VCL sedang menanti...

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023