21 MEI 2012
Saat cinta
mula hadir untuknya sekali lagi aku diuji. Aku harus tunduk. Itu adalah
kehendaknya yang mutlak. Masih ku ingat lagi, pagi tadi dia datang
menghampiriku ketika aku sedang membancuh air untuk sarapan pagi. Raut wajahnya
masih lagi seperti dulu, langsung tiada raut kemesraannya buat diriku.
“Aku nak
kahwin lagi. Kau setuju atau tak, aku tak kira. Kau kata, kau nak aku maafkan
kau kan? So, aku nak kau tandatangan borang kebenaran aku kahwin lain.”
Itulah ayat yang
dituturkannya. Sejak aku mula mengenal erti cinta, hatiku terasa cukup sakit
dengan kata-kata itu. Kenapa ya, Adakah itu bermaksud aku cemburu? Aku sendiri
tidak mampu melafazkannya.
Jika ia
cemburu, layakkah aku?
23-MEI-2012
Sekarang, aku
sendirian di dalam bilik tidur. Suamiku sekarang tidur di bilik tetamu. Dia
tidak sudi untuk tidur dibilik ini. Itu semua khilafku, andai aku tidak jahat
sudah tentu suamiku tidak akan tidur di bilik lain dan yang paling penting, dia
tidak akan menikah lagi.
Hari ini aku
harus akui segalanya. Dulu aku terlalu sosial, aku terlalu mengikut budaya
negara barat. Itulah yang aku dapat semasa menuntut di negara barat. Pergi
kelab tiap malam dan melepak. Ayah mendapat tahu kegiatanku di sana. Ayah
terlalu marahkan aku. Kerana itu dia menikahkan aku dengan anak orang gajiku,
Arman. Aku menentang hebat. Tapi, ayah punya segalanya. Akhirnya aku harus
tunduk akur.
Sepanjang
kami menjadi suami isteri, aku sentiasa bersikap kurang ajar dengannya. Bagiku
dia tidak layak menjadi suamiku. Dia hanya anak orang gaji, sedang aku anak
majikannya. Bodohkan aku? kerana mementingkan pangkat, aku akan kehilangan dia
satu hari nanti.
Setelah aku
mula sedar khilafku, aku datang meminta maaf kepadanya. Sejak itu sikapnya mula
berubah. Bila aku minta maaf, dia akan ketawakan aku. katanya,
“Hei
bodohlah, siapa yang percaya kata maaf yang keluar dari mulut perempuan macam
kau ni. Memang tak selamatlah hidup dia nanti. Dah, dah... pergi mampos lah
kata maaf kau tu! Meluat aku tengok tahu?”
Aku hanya
pegun dengan kata-katanya. Aku tahu dia menyindir aku. ya, orang seperti aku
mana layak untuk diberi kemaafan kan? Siapalah aku, seorang perempuan yang
dahulunya cukup ego dan sombong. Besar juga dosa aku ya, hingga dia pun tidak
akan memaafkan aku. jahat sungguh aku, cukup kesat kata yang dia ludah
kepadaku. Ya ALLAH berdosanya aku pada dia.
27 MEI 2012
Hari ini aku
cuba bawa berbincang dengannya. Kami duduk di ruang tamu. Suasana hening, tiada
seorang yang mulakan kata. Aku memerhatikannya. Dia sibuk dengan telefonnya.
Kadang-kadang dia tersenyum sendirian.
Akhirnya aku
membuka kaca televisyen dan menonton. Tiada guna untuk berbicara. Dia juga
nampak tidak kisah akan keretakan hubungan ini. Mungkin dia akan mengakhiri
semuanya tidak lama lagi. hubungan yang retak ini tidak mampu untuk pulih
kembali.
Aku sayangkan
dia. Terlalu sayang. Kenapa cinta ini harus hadir bila hatinya mula berubah.
Andai ini yang mampu membasuh dosaku kepadanya, aku reda.
Tapi kenapa
hati ini masih terasa kosong? Sekosong balang yang tidak berisi air. Apakah
yang aku perlukan lagi?
31 MEI 2012
Hari ni dia
mengajakku untuk bertemu bakal maduku. Pagi ini aku hanya mengenakan baju
T-Shirt berlengan panjang dan berseluar jeans labuh. Rambut pula aku aku ikat
satu. Cukup simple.
Aku turun ke
bawah. Arman memandangku tidak berkelip dari sofa. Bibirnya dicebikkan. Lama
kelamaan terbit tawa halus dari bibirnya.
“Bila masa
pulak kau tukar trend ni pompuan?
Dulu bukan main liat lagi kau nak pakai macamni. Asyik dengan skirt paras paha
kau aje. Apa kau kata dulu, tak glam
pakai macamni. Betul tak?”
Dia memang
tengah menyindir diriku. Ya, aku yang salah. Dahulu dia pernah memaksa aku
untuk memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Aku bangkang keras.
Hinggalah dia mengalah. Masa tu betapa kuat rasanya kemenanganku.
Tidak sangka
untuk aku berubah hari ini dia memulang paku keras kepadaku. Jika ayah atau ibu
dan Mak Mah ada, sudah pasti merah mukaku menahan malu. Salahkah aku untuk
berubah? Tidak layakkah aku? Aku sendiri buntu.
Kami sampai
di sebuah restoran makanan thai. Kami berpampasan berjalan beriringan. Suamiku
melambai tangannya. Dari jauh kelihatan seorang wanita turut membalas. Mungkin itu
adalah bakal isterinya. Dapat ku lihat betapa manisnya senyuman Arman kepada
wanita itu.
Aku melabuh
punggung di hadapan wanita itu. Suamiku? Sudah tentu dia melabuh punggungnya di
sebelah bakal isterinya. Bibirku terpaksa mengoyak senyuman biarpun ia terasa
payah. Kami bersalaman. Baru ku tahu, wanita ini adalah setiausaha Arman di
pejabat.
Lama aku
memandang wanita dihadapanku ini. Orangnya cukup lembut. Berbaju kurung dan
rambut pula disanggul satu. Wajahnya
cukup manis. Memang patutlah Arman terpikat. Cakapnya pula terlalu lembut.
Siapa yang tidak cair. Aku sebagai wanita harus mengakuinya.
Mereka saling
bergurau senda. Yang paling aku terasa bila Arman membahas panggilan ‘sayang’
kepada wanita itu dalam setiap patah kata. Aku di sini hanya ibarat patung
cendana sahaja. Kaku ditempat duduk sambil mendengar mereka berceloteh.
“Sayang...
you nak buat majlis kat hotel mana? I akan tanggung semua.”
“Sayang,
sehari tak jumpa you I jadi sasau la.”
“Lepas makan
nanti kita pergi beli barang untuk hantaran yer sayang? I nak semua yang glam.
Biar ia jadi hari paling indah buat kita berdua sayang.”
“You want to
know something sayang? I want to tell you, that I love you... I love you so
much!”
Jika tidak
difikirkan yang ini tempat awam. Sudah lama aku menangis dan meraung. Sakitnya
hati ini. Tanganku memegang dada yang sedari tadi tidak berhenti berdegup
kencang. Ya ALLAH, masih layakkah lagi aku menagih cintanya. Tubir mata yang
terasa mula basah aku kesat dengan kain. Tidak mahu Arman sedar aku sedang
menangis.
Siap makan
kami keluar menuju ke pusat beli belah. Aku hanya berjalan di belakang.
Kehadiranku seperti tidak wujud untuk mereka. kenapa Arman mengajak aku, sedang
dia akan membuat aku cukup sakit. kehadiranku disini hanyalah untuk melihat
kemesraan mereka. Mereka berpimpin tangan masuk ke butik pegantin. Aku pula
melangkah ke kedai buku Popular. Tidak mahu mengganggu pasangan itu.
Lama aku
berdiri dihadapan buku agama. Satu persatu aku memilih tajuk buku. Mataku
tertancap pada tajuk MENCARI MAKNA CINTA SEJATI.
2 JUN 2012
Baru aku
sedar, cinta hakiki adalah cinta kepada TUHAN. Rupanya dalam aku tidak sedar
dan cuba menagih cinta sang suami, aku lupa untuk mencari cinta sejati yang
sebenar. Iaitu cinta kepada ALLAH. rupanya aku lupa siapa TUHANku itu dan aku
terlalu jauh dari-NYA.
Air mata yang
mengalir keluar, aku seka menggunakan tapak tanganku. Aku menyesal, menyesal
kerana meninggalkan TUHAN yang telah memberi kepadaku nikmat merasai kehidupan
yang sementara ini. Bodohnya aku jika difikirkan kembali tentang masa lalu.
Terlalu rugi rasanya.
‘Jika
hubungan kita sesama manusia itu mula rapuh, kita seharusnya menilik dan
menilai diri kita sendiri. Cari, kenapa sikap kita dengan manusia menjadi
begitu. Rupanya, hubungan kita dengan ALLAH tiada. Patutlah Allah rapuhkan
hubungan kita dengan manusia.’
‘Baiki
perhubungan kita dengan ALLAH dahulu, baru kita baiki hubungan kita dengan
manusia. Jika kita sudah membaik pulih hubungan kita dengan ALLAH, untuk
membaiki hubungan kita dengan manusia pasti akan menjadi mudah. Kerana kita
yakin, ALLAH ada bersama kita.’
‘Kita sebagai
manusia terlalu mengejar cinta terhadap manusia. Hingga kita lupa cinta yang
sebenar. Jika kita kehilangan cinta manusia, ingatlah, kita masih punya cinta
yang sebenar. Iaitu cinta kepada Sang Pencipta kita. Oleh itu dapatkanlah cinta
ALLAH. Mudahan kita akan mendapat syurga-NYA kelak.’
Cintakan
bunga, bungakan layu,
Cinta manusia, pastikan pergi,
Cintakan Rasul, cinta sejati,
Cintakan Allah, kekal abadi.
Cinta manusia, pastikan pergi,
Cintakan Rasul, cinta sejati,
Cintakan Allah, kekal abadi.
Aku terduduk.
Betapa besarnya dosaku. Aku khilaf Ya ALLAH. izinkan aku untuk kembali
kepangkal jalan. Bimbinglah aku dalam mencari reda-MU.
15 JUN 2012
Tekakku
terasa mual pagi ini. Sudah dua hari ia berlaku. Segera aku berlari kedalam
tandas apabila siap menunaikan solat taubat dan tahajjuj sambil memegang perut
yang terasa senak.
Hari masih
pagi. Masih tiada apa. Tapi kepala cukup terasa peningnya. Tekak pula terasa mual. Walaupun yang aku muntah
hanyalah air yang keluar.
Aku menilik diri
dihadapan cermin. Serta merta bibirku mengukir senyuman. Cantik aku dalam
berpakaian begini. Aku memusing badan. Melihat diri dalam memakai pakaian
solat. Subhanallah. Cukup sempurna arahan ALLAH supaya hambanya menutup aurat.
Wajahku
tiba-tiba muram. Andai aku mati nanti inilah pakaian yang akan aku pakai. Semua
putih. Jelas menampakkan betapa sucinya. Tapi aku penuh dosa. Adakah TUHAN akan
mengampunkan aku yang masih mentah dalam agama?
Aku berteleku
di atas sejadah. Lembaran suci aku buka perlahan. Menitik air mataku. Terlalu
lama aku meninggalkan kitab suci ini. Masih aku ingat lagi, ketika aku kecil
aku hanya membaca. Semakin aku membesar semakin jauh aku darinya.
Kini dosaku
kepada TUHAN telah terbalas. Hukum karma telah terjadi. Aku akan kehilangan
suami sama seperti aku meninggalkan TUHAN satu tika dahulu. Dosaku telah
terpalit kemas. Aku berdosa kepada ALLAH.
Ayat quran
aku baca penuh khuyuk. Tenang dan damai rasa hati. Tanpa sedar, air mata
menetes lagi. Dahulu aku pernah mengatakan rasa kosong dalam hati. Kini, ia
sudah terisi. Rupanya ruang kosong itu adalah untuk ALLAH. Kini aku mengembalikan
hatiku yang telah kosong kepada ALLAH untuk diisi dengan kisah cinta dari-NYA.
17 JUN 2012
Perlahan-lahan
aku menuruni tangga. Walaupun badan terasa lemah aku gagahkan juga. Hari ini
aku mula mengenakan tudung dan baju kurung. In Sya Allah, satu saat nanti aku
akan mula mengenakan niqab dan jubah. Aku telah membuat keputusan untuk diriku.
Aku ingin membuat sedikit demi sedikit perubahan.
Semua mata
terpaku memandangku. Entahlah, samada ia pandangan mengejek apa bukan. Arman
juga terseyum, bagiku itu adalah senyuman mengejek. Kerana dia tidak pernah
ikhlas senyum kepadaku. Aku hanya senyum. Tiada apa yang aku dapat katakan. Kelihatan
persiapan perkahwinan juga telah siap sepenuhnya.
Wajah mama
dan abah aku perhatikan. Wajah cukup gembira. Dulu ketika Arman menyatakan
hasratnya untuk menikah lagi wajah mama dan abah cukup tenang. Langsung tidak
menentang. Melainkan Mak Imah, ibu mertuaku. Rupanya mama dan abah dah lama
terasa dengan diriku. Sebab itu mereka tidak kisah Arman ingin memadukan aku.
Kunci kereta
aku capai. Aku ingin ke klinik.
Tiada apa
yang dapat aku gambarkan tika ini. Perasaan bercampur baur. Antara gembira
sedih semua bergabung.
GEMBIRA –
kerana aku dikhabarkan dalam rahimku bahawa ada roh yang mula menumpang. Sudah
dua bulan. Alhamdulillah. Segala nikmat hanya untuk ALLAH, TUHANKU.
SEDIH – anak
ini bukan pilihan Arman. Dia pernah berkata.
“Aku dah menang pertaruhan kau kan? Aku dah
buktikan siapa aku. hei, dengar sini baik-baik. Kau buka telinga kau luas-luas
dan teliti apa yang aku katakan ni. Kalau hasil ni menyebabkan kau mengandung.
Kau jangan harap aku akan terima. Hei pompuan, kau tak layak untuk
mengandungkan zuriat aku!”
Dulu aku
bodoh. Aku juga tidak mahu punya zuriat dengannya. Kini, TUHAN telah
menganugerahkan nikmat ini. Aku tarik balik kata-kataku dahulu. Aku sayang anak
aku. biarlah Arman tidak mahukannya. Dia tetap darah daging aku.
Balik rumah
aku masuk terus kebilik. Melakukan solat syukur.
23 JUN 2012
Sekarang aku
kat lapangan terbang KLIA menuju destinasiku iaitu Mesir. Dalam kata yang
sebenar, aku ingin mendalami cinta sejatiku.
Walaupun hari
ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup Arman. Tapi ia bukan hari
yang bersejarah untukku. Arman pernah kata sewaktu makan bersama bakal
isterinya.
“Lepas makan
nanti kita pergi beli barang untuk hantaran yer sayang? I nak semua yang glam.
Biar ia jadi hari paling indah buat kita berdua sayang.”
Itulah
kata-katanya. Mana mungkin aku lupa. Lebih baik aku mengundur. Dari aku
mencacatkan hari bahagia mereka.
Sedih?
Mestilah, aku kan perempuan yang lemah. Tapi, kalau aku meraung dia akan
membatalkan perkahwinan mereka ke? Aku rasa tak. Cinta dia untuk isterinya terlalu
utuh walaupun aku bom cinta mereka. jahatkan aku?
Apa pun, aku
doakan mereka bahagia hingga akhir hayat mereka.
Ha... ha...
ha...
Hi...hi...hi...
Hu...hu...hu...
Aku kena
gelak, kalau aku tak gelak, aku menangis. Nanti orang ramai dalam KLIA kata aku
gila pulak. J smiles always, be
happy.
Okeylah, aku
dah nak gerak. Panggilan kedua dah berbunyi. Aku berpaling kebelakang,
mengharap akan ada keajaiban. Namun hampa, tiada untukku. Akhirnya air mata ini
mengalir juga bersama langkahku yang lesu. Kenapa yer? Apa yang aku harapkan?
15 NOVEMBER 2012
Assalamualaikum
diari. Hari ni baru ana berpeluang menjenguk anti. Anti marahkan ana? Jangan
marah, ana sibuk dengan pengajian ana. Di sini ana telah belajar banyak sekali
tentang ilmu akhirat. Hingga ana terlupa akan kewujudan anti. Sekali lagi ana
minta maaf. :’(
Nak tahu,
rupanya dalam sakit kepala ini selama ini TUHAN telah menganugerahkan ana
sekali lagi nikmatnya. Ana disahkan menghidap penyakit barah atau brain cancer tahap kedua.
ALLAH, tiada
apa yang dapat ana katakan hari ini. Semuanya berlaku dalam sekejap. Tapi ana
terima dengan reda. Mungkin dengan ini ia dapat membasuh semua dosa ana. Jika
begitu ana terima dengan penuh rasa syukur.
Sekarang ana
di atas jambatan. Sungai nil mengalir tenang dibawahnya. Sejak lima bulan ana
langsung tidak mendengar khabar berita dari Malaysia. Abah atau mama, langsung
tidak memberi khabar. Marahkah abah dan mama pada ana?
Mungkin
mereka telah bahagia. Mungkin juga sekarang isteri Arman telah mengandung.
Memandangkan sekarang genap lima bulan mereka menikah. Aku turut gembira untuk
mereka.
Dalam detik
ini, banyak perkara yang ana fikirkan. Tentang anak, bila ana sudah tiada lagi
didunia ini siapa yang akan menjaga anak ana? Sudikah Arman dan isterinya
menjaga anak ana? Adakah abah dan mama sudi menerima kehadiran anak ana?
Memandangkan ana banyak dosa kepada mereka.
Air mata ana
sudah kering. Dalam mencari nikmat cinta sejati, ana hanya akan menangis bila
ana meminta keampunan kepada ALLAH. disini tiada apa untuk ana tangiskan.
Melainkan hati ana tidak tenteram bila ana terkenangkan nasib anak ana satu
hari nanti. Mampukah dia membesar dengan sempurna?
Sekarang
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM atau pembesar yang bijaksana lagi terpuji telah berusia
tujuh bulan. Itulah yang ana pilih untuknya. Ana mahu, dia menjadi seorang yang
bijaksana dalam agama dan boleh mengetuai pelbagai upacara, terutama majlis
tahlil untuk ana nanti.
20 NOVEMBER 2012
Sekali lagi
ana diuji dalam bilik ini. Suasana yang sejuk, langsung tidak terasa sejuknya.
Melainkan airmata ana mengalir deras membasahi pipi. Tangan ana terus melekap
pada perut. Terasa pergerakannya.
“Apa yang
akan saya katakan ini, saya harap puan banyak bersabar. Anak puan disahkan
tidak cukup sifat atau lebih dikenali sebagai cacat. ”
Itulah kata
doktor kepada ana. ALLAH... besarnya dugaan-MU. Barah pun ana tidak terasa.
Tapi bila anak ana jadi mangsanya anak cukup terkilan. Kenapa anak ana turut
terpalit atas dosa ana.
“Jangan
menyalahkan takdir andai satu hari nanti kita akan diuji. Cukup besar salahnya.
Kita dikira tidak bersyukur akan nikmat ALLAH. Seharusnya, kita perbanyakkan
istiqfar dan istiqomah. ALLAH tidak menguji hamba-NYA jika hamba-NYA itu
sendiri tidak mampu untuk memikulnya.
DIA, memberi
kita ujian adalah supaya kita akan selalu ingat kepada-NYA. Ketahuilah
anak-anakku sekalian, ALLAH sayangkan kalian. Terlalu sayang. Oleh itu, sebesar
mana ujian itu terimalah dengan kata syukur kepada ALLAH.”
Kata-kata
ustaz tempohari terngiang-ngiang dalam kepala ana. Perlahan-lahan ana
beristiqfar. Ampunkan hamba-MU Ya ALLAH.
25 NOVEMBER 2012
Ana seperti
biasa akan bersantai jika ada kelapangan di sungai nil. Al quran kecil ana buka
dan mula membacanya. Untuk kesihatan anak ana dalam perut. Semoga syaitan tidak
mengganggu anak ana.
“Assalamualaikum.”
Ana berpaling. badan ana bagaikan patung. Tidak mampu untuk bergerak walau
seinci.
“Waalaikumsalam”
perlahan ana membalasnya. Mata ana melingkas kiri dan kanan. Mencari susuk
tubuh seseorang.
“Aisyah cari
siapa?” tegur suara itu.
Ana
mendongak. “Mana isteri abang?”
Bibirnya
mengoyak senyuman. Dia duduk diatas kerusi disebelah ana. Jantung mula bermain
irama kencang.
“Isteri
abangkan ada kat tepi abang sekarang.” Balasnya senada. Rambutnya dilurut
kebelakang. Jelas menampakkan kekacakannya. Ana beristiqfar.
Ana hanya
mematung. Tanya isteri lain, isteri lain yang dijawabnya.
“Mana madu
Aisyah? Dia tak datang?” Ana bertanya dalam soalan yang detail kepadanya. Mata ana masih fokus pada sungai nil.
Dia berdehem.
Tangannya diletakkan di atas perut ana. Ana tersentak dengan perlakuan
statiknya.
“Berapa
bulan?” tadi ana memberinya soalan. Kini dia pula yang memberi. Jawapan bagi
soalan ana masih belum terjawab.
“Tujuh.”
Jawab ana sepatah.
“Anak papa
apa khabar? Sihat? Papa harap anak papa sihat selalu. Papa rindu dengan anak
papa dan ibu.” Dia mencium perut ana. Terasa pergerakannya.
Ya ALLAH,
kuatkan hamba. Kata-katanya cukup membuat hati ana sebak. Kenapa dia harus
hadir lagi dalam hidup ana. Andai kehadirannya itu hanya untuk membuat ana
terseksa lagi. Cukuplah dosa ana selama ini. Sudah tidak tertanggung.
“Abang kenal
dari mana Aisyah?” soal ana lagi.
Dia masih
senyum. Senyum yang ikhlas. “Mestilah abang kenal. Hanya Aisyah yang boleh buat
jantung abang berdegup kencang.” Tangannya memegang dadanya.
Ana diam. Tiada
apa yang ingin dibualkan lagi.
“Mariam dah
meninggal sewaktu nak ke masjid bagi acara akad nikah.” Soalan ana baru
dijawabnya. Maknanya dia belum berkahwin lagi.
Air mata
tidak mampu ana tahan. Bukan gembira kerana dia tidak jadi berkahwin. Tapi, ana
takut, jika itu juga disebabkan ana.
“Kenapa
menangis ni, abang ada buat salah pada sayang?” ucapnya sambil mengesat pelupuk
mata ana.
Sekali lagi
ana tidak mampu menahan tangis. Pertama kali dia memanggil ana dengan panggilan
‘sayang’. Dia membawa ana dalam pelukannya. Terasa cukup nyaman sekali. Dan
selamat.
“Maafkan
abang kerana selama ini abang banyak membuat salah pada sayang. Maafkan abang
kerana sewaktu sayang meminta maaf dari abang, abang melempar kata-kata kesat
dan maafkan abang juga kerana memperolokkan sayang sewaktu sayang ingin
berubah. Abang ego sayang, abang ego.”
Terasa kain
tudung ana basah. Adakah dia sedang menangis?
“Aisyah yang
patut minta maaf dari abang, Aisyah banyak menyusahkan abang selama ini.
Ampunkan dosa Aisyah.”
Dia
mengeleng. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Ana turut membalasnya.
‘Ujian itu
datang diselangkan dengan kegembiraan. Seharusnya manusia itu bersyukur.’
26 NOVEMBER 2012
“Apa ni
Aisyah? Kenapa tak bagitau abang yang aisyah sakit? Ya ALLAH, apa ni.”
Ana bagaikan
patung. Ditangan Arman terdapat kertas. Adakah itu...
“Aisyah
mengidap barah otak, kenapa tak bagitau abang? Aisyah nak seksa abang lagi ke?”
lirih suaranya. Tangannya terketar-ketar sambil memegang kertas.
Ana
memeluknya. Erat. “Maafkan Aisyah. Aisyah reda jika itu hadiah TUHAN buat
aisyah untuk membasuh dosa-dosa aisyah bang. Aisyah reda.” Bergetar rasanya
ungkapan itu.
“Kita berubat
sayang, kita berubat.” Jelas dada Arman bergetar.
“Abang, Aisyah
ada satu lagi nak bagitahu abang. Maafkan Aisyah kerana tidak mampu memberi
zuriat yang sempurna untuk abang. Anak kita cacat.” Perlahan suara ana. Ya
ALLAH, janganlah anak ana dia membenci kerana sifatnya yang tidak cukup. Doa
ana di dalam hati.
“ALLAH, tak
apa sayang, abang tak kisah. Tu mungkin dosa abang. Abang pernah katakan yang
abang tak nak anak tu dengan Aisyah. Abang bersalah sayang. Ya ALLAH ampunilah
aku. abang sayang anak kita. Dia darah daging kita sayang. Dia anak kita.
Walaupun dia tidak sempurna.”
26 MAC 2013
ALHAMDULILLAH...
hari ini hari yang paling bahagia buat ana. Ana disahkan bebas dari kesan kanser setelah
tiga bulan lalu ana menjalani pembedahan. Kini ana boleh berdiri dan berjalan
seperti biasa.
Kata orang,
sakit itu membuatkan kita tabah menghadapi hidup ini. Betul, ana sokong.
Mata ana melirik
memandang suami ana yang sedang bermain dengan anak kami, Hakimi yang baru
berusia tiga bulan juga. Ana melahirkannya sewaktu proses pembuangan ketumbuhan
dalam otak.
Anak ana yang
disahkan cacat, rupanya sifat sempurna. Tiada cacat cela. Kata doktor ini
adalah keajaiban TUHAN yang paling agung. Ya ana bersyukur sekali. Itulah anak
ana.
Suami ana
tabah menjaga ana dalam sakit, malah menjaga juga anak kesayangan kami selama
ini. Anak amat berterima kasih. Tanpa dia, siapalah ana kan.
Abah, mama
serta Mak Imah, ada di Makkah sekarang. Menunaikan umrah. Abah dan mama boleh
terima ana kembali. Ana bahagia sangat.
Suami ana
yang paling ana sayang. Tapi, ALLAH tetap yang teratas, rasul yang kedua.
Barulah suami ana. Dia faham. Kerana dihatinya juga TUHAN yang teratas. Terima
kasih TUHAN atas anugerahnya.
Menarik..dpt mmbri pgjaran pd smua..
ReplyDeleteBest!!! Cam tak caye je penulis nie lelaki..
ReplyDeletebahasa penulis halus...tahniah! ^_^
sedih tp bez. thumb up
ReplyDeleteSedih tp byk pengajaran..gud job writer..
ReplyDeleteMenitis air mata baca.. Thanks untuk cerpen yang menarik.
ReplyDeleteSy terlebih emosi....
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDeletesaya baca cerpen saya. saya sendiri yang tergelak.
hah sedihnya menitis air mata.. first taim baca karya dari kacamata seorang penulis lelaki... and you are so young, hasil penulisan so superb ...
ReplyDeletetak sangka penulisnye lelaki...sgt best
ReplyDeleteTersedu dgn keajaiban dugaan Allah terhadap hamba-Nya yg digarapkan oleh penulis. Tahniah
ReplyDeleteTersedu dgn keajaiban dugaan Allah terhadap hamba-Nya yg digarapkan oleh penulis. Tahniah
ReplyDeleteBerbakat!
ReplyDeleteBest LA....
ReplyDeleteBest LA....
ReplyDeleteterima kasih awak ��
ReplyDeleteSedihnyaaa.best sgt
ReplyDeletenur sabila- terima kasih wak
ReplyDeleteberkali2 baca pown tetap nangis besh sangat
ReplyDeleteberkali2 baca pown tetap nangis besh sangat
ReplyDeleteDah berapa kali bce x puas pun🙌🙌🙌
ReplyDeleteSaya suka apatah lagi kalau ditambah apa pula yg difikir sang suami dalam perjalan cerita ini..terima kasih atas cerpen yang manis ini.
ReplyDeleteBest sgt tp klau bleh tmbhla skit part suami dgn family dia msa nk kahwin lain tu msti lg menarik...hehe sy cuma bg pndpt trpulang la penerimaan anda apa-apapun crita ni best sgt+byk pngajarn
ReplyDeleteBest² tpi sy ada sdikit pndpt crita ni awk bleh kembangkn supaya lg sdih awk bleh buat yg aisyah tu meninggal semasa bersalin dan suami dgn family dia xsmpt jumpa atau mnta ampun dgn dia cuma part ank tu dh ok lpstu maybe bleh wujudkan stu lg watak kwn kpd aisyah semasa di mesir dia smpaikn pesanan terakhir aisyah dgn diari aisyah so masa tu la arman dgn family dia rsa mnyesal sgt tetapi dh trlmbt...but whatever it is crita ni mmg sgt mnarik cuma idea sy tu trpulangla pda awk tpi sy rsa klau guna idea tu msti lg mnrik dan pngajaran tu msti lg byk especially utk readers supaya kitorang akn xkn mnghukum org lain dgn sgt truk sbb tkut nnti bila mnyesal dh xbrguna...but vrita ni msih sgt mnarik sy always sokong awk:)
ReplyDelete