Jun 24, 2013

cerpen: dia dihati

Mataku ralit memandang wajah seserorang yang sedang menangis di atas kerusi berhampiran tembok di taman. Wajah itu langsung aku tidak dapat melihat dek wajahnya yang ditutupi oleh tudung yang dipakainya. Suara itu masih lagi kedengaran.

Bagaikan ada tarikan magnet untukku terus menghampirinya. Laju kaki aku hayun ke arahnya.

“Hai,” sapaku. Tepat berdiri di hadapannya.
Kepala yang ditutupi rambut aku, garu. Dia dengar atau tidak kata-kataku tadi.

“Hai,” sekali lagi aku menegur. Diam. Aku buntu.
Wajahnya  dipanggungkan. Tajam matanya memandang ke arahku.

“Kalau tak ganggu orang tak boleh ke hah!” tengkingnya.
Air liur aku telan kesat. Garang juga perempuan ni. Menyesal aku tegur tadi.

“Err, maaflah, saya risau aje kenapa awak sengsorang kat sini sambil menangis. Mana tahu perkara buruk terjadi kat awak ke,” ucapku lembut. Matanya aku tenung. Menghadirkan satu perasaan halus dalam hati ini.

Diam. Wajahnya kembali menunduk dan menangis. Aku mengeluh lemah. Susah bercakap dengan perempuan. Dan sememangnya aku tidak pandai bergaul dengan perempuan!

`````````````
Jam ditangan aku pandang lagi. Dah lebih satu jam! Dia masih tidak kunjung tiba lagi. Air horlick aku hirup lagi. Sebelah lagi tanganku sibuk mengetuk meja. Berdetak bunyinya. Sama seperti detaknya jantung ini bimbangkannya.

“Assalamualaikum,” sapa satu suara.
Kepalaku aku angkat. Serta merta bibirku mengoyak senyuman manis. Sampai pun!

“Asal lewat?” suaraku sedikit merajuk.dia senyum. Dia melabuh punggung di hadapanku.

Sorry...,” wajahnya dimaniskan, tangannya pula diangkat tandap minta maaf. Lesung pipit jelas terlihat. comel mukanya bila dia membuat begitu.

No, I dont want it,” rajukku lagi

“Hah!” terlihat wajahnya beriak terkejut.

I will give you my forgivenes if you married me!” tekanku. Kali ini aku melamarnya secara rasmi.

“Hah!” buntang matanya. Comel!

“Ha...ha...ha...ha...” aku gelak sakan.

``````````

“Sayang...,” pinggangnya aku peluk erat. Diam. “Kenapa ni sayang? Sakit ke?” gesaku lagi.
Tanganku yang memeluknya dileraikan. Keningku bertaut. Badannya dikalih menghadapku. Tangannya naik mengusap pipiku, terasa lembut dan perasaan tenang mengalir  membuai dalam jiwa.

“Terima kasih sebab sudi terima Ara sebagai isteri abang, Ara gembira sangat.” Ucapnya bersama senyuman yang cukup manis. Matanya berair.

Tanganku memeluk erat pinggangnya. Bibirku membalas senyumannya. Mataku merenungnya tanpa berkelip. Jelas terlihat wajahnya yang berona merah itu. Cantik! Pipinya aku usap dengan kasih yang menggebu. Tiada lain dalam hati ini. Tanganku mengesat pelupuk matanya yang basah.

I love you more and more sayang...,” menggoda suaraku. Berada dekat dengannya membuat naluriku bergetar hebat. Dia menunduk mukanya.

“Sayang?”

“Hmm..,” dia masih menunduk. Bibirku mengoyak senyum. Suka bila melihat dia blushing.
“Abang sejuklah, jom masuk...,” meleret suaraku. Aku senyum. Dia masih membatu. Bagai patung yang tak bernyawa. Akhirnya, tubuhnya aku angkat dan dukung masuk ke bilik.

“Abang ni gatallah...!” marahnya. Dadaku ditumbuknya lembut.

“Ha...ha...ha...” dengan isteri abang aje abang gatal sayangku. Lampu bilik aku padam. Seterusnya aku membaringkannya di atas katil. Aku turut berbaring disisinya.

“Sayang, abang nak...,” terhenti di situ suaraku. Aku memandangnya. Moga dia mengerti apa yang aku mahukan.

Dia mengangguk dengan mukanya yang pucat. Hahaha, sayang takut kat abang ek... “Ara hak abang, semua yang ada pada Ara adalah milik abang.”

“Abang sayang Ara bukan kerana nafsu, tetapi kerana hati abang sudah lama diberi kepada Ara. Ingat tu sayang, sampai bila-bila. Assalamualaikum,” ucapan permulaan dalam perhubungan.  Bibirnya yang mereka itu aku cium. Moga sinar kebahagiaan selamanya untuk kami.

``````````
“Sayang...., where are you,” dah sekeliling rumah aku mencari isteriku. Namun tiada. Hatiku dipagut rasa gelisah. Aku takut kehilangan isteriku. Sedangkan pergi bekerja sahaja aku sudah merindukannya. Inikan pula sekarang dia tiada dirumah.

“Apa abang ni? Orang adalah, kat belakang.” Mulut comel itu terkumat-kamit membebel. Aku ketawa. Laju kaki aku hayun ke arahnya. Tubuhnya aku rangkul erat.

“Ish, busuklah. Dia tak reti nak mandi ke?” tubuhku ditolaknya.

“Amboih, bukan selalu sayang suka ke kalau abang peluk?” dagunya aku cuit. Dia ketawa. Keningku terangkat. Berseri lain macam wajah isteriku hari ini. Lain dari yang lain!

“Abang mandi dulu okey, Ara nak makan buah mangga ni kejap.” Tangannya mengawang menunjukkan buah mangga muda. Sehiris demi sehiris masuk ke mulutnya. Aku yang melihat sudah berkerut. Masam!

“Sayang ni, buah masam pun nak makan. Tunggulah buah tu masak dulu.”

“Alah, sedaplah. Abang nak cuba?” hulurnya. Kepala aku geleng. Tidak suka! Benda-benda masam.

“Rugi,” dia melabuh punggung di atas bangku. “Abang tunggu apa lagi? Pergilah mandi nih, Ara ada suprise untuk abang. Siap mandi, turun makan tau.” Sambungnya.

Haish, terlebih banyak pula mulut isteriku hari ini. Aku mengangguk. Tak sabar nak tunggu suprise darinya! Aku berlari anak naik ke bilik sambil menyayi kecil. Bahagia itu milikku.

```````````
Happy birthday abang, nah bukaklah.” Kotak yang besar yang berbalut corak pelangi dihulur kepadaku.

“Apa ni sayang, abang sendiri pun lupa befday abang, sayang ingat ye? Thanks sayang. Love you so much.” Kotak itu aku capai. Letak atas meja.

Love you too abang, ucapnya. Aku senyum. Laju tanganku mengoyak pembalut hadiah. Penat. Itu yang mampu aku ungkapkan. Satu demi satu kotak aku buka, dari yang besar 
hingga yang kecil. Akhirnya kotak terakhir terbuka juga.

Mataku membulat. Tidak percaya! “Betul ke sayang?” tanyaku.
Dia mengangguk dan terseyum manis. “Yup, hadiah Ara untuk abang.”

“Terima kasih sayang. Syukur Alhamdulillah. Ni lah hadiah yang paling bermakna dalam hidup abang. Ara permaisuri abang, dan dia jantung hati abang.” Bertalu-talu pipinya aku kucup. Menyatakan bahawa kasihku untuknya tidak pernah berkurang.

“Sama-sama. Ara pun sayang abang.” Pipiku dikucupnya. Bulat mataku. Perilaku spontan isteriku terhadapku. Akhirnya terletus juga senyuman pada bibirku.

Pukul tiga pagi! Mataku menyorot memandang isteriku yang sedang berteleku di atas tikar sejadah. Sejak kebelakangan ini isteriku sering bangun awal pagi untuk menunaikan solat sunat. Itulah rutinnya sebelum berkahwin hingga sekarang.

“Assalamualaikum sayang,” sapaku di cuping telinganya. Dia mendongak. Bersih dan bersinar wajahnya. Aku bertuah memiliki isteri sebaik dan semulia dirinya.

“Waalaikumsalam bang, dah bangun pun, pergilah mandi dulu, nanti boleh solat tahajjud bersama. Ara nak sangat abang jadi imam Ara selalu.” Gesanya. Kepalaku aku angguk. Patuh pada arahannya.

“Abang bacakan Ara surah Luqman, Yusuf dan Al- Kahfi.” Itulah tugasku setelah selesai menunaikan tahajjud sambil menunggu masuknya waktu subuh. Berlainan surah setiap hari. Katanya, supaya anakku mendengar kalimah Allah dari janin. Semoga Allah pelihara anakku dari gangguan syaitan.

````````
Dari kiri, aku ke kanan. Dari depan, aku ke belakang. Entah mengapa dadaku terasa sesak. Nafasku langsung tidak berjalan teratur. Hatiku dipagut rasa bimbang. Gelisah tidak menentu!
Sekali lagi tanganku menilik telefon. Kosong! Sudah berpuluh kali aku menelefon rumahku. 

Tiada siapa yang  bersambut! Ke mana isteriku!

Briefcase dan kot aku capai kasar. Laju kaki aku hayun ke arah pintu. Laungan dari setiausahaku langsung aku tidak endahkan.

Sayang...!” laungku ketika sampai dimuka pintu rumah. Tiada. Laju kaki aku langkah ke arah ruang tamu. Buntang mataku. Isteriku terbaring di atas karpet.

“Sayang, bangun sayag....” diam. Kaku. “Sayang, jangan buat abang macam ni!” suaraku ditekankan. Jantungku berdetak hebat. Ya Allah. Tubuhnya aku cempung dan bawa ke kereta. Pedal minyak aku tekan habis.

`````
Air mataku menitis entah kali yang ke berapa. Khair Muhammad Amer lena dalam pangkuanku. Susana sedikit mendung langsung tidak mengganggu lenanya. Polos wajahnya. Mirip dan terlalu sama dengan Nur Syafara Aisyah!

“Sayang, ni anak kita, Amer...,” bisikku dalam hati. Amer menggeliat. Tanda dia mula tidak selesa berlama dalam keadaan tadi. Matanya terbuka luas. Comel! Berkelip-kelip matanya memadangku. Bibirku menguntum senyuman. Pipi gebu anakku aku cuit sayang.

“Amer, ni ibu sayang...,” paha anakku aku tepuk berkali-kali. Matanya tepat memandang ke arah hadapan. Bagaikan mengerti kata-kataku. Aku senyum. Berair matanya memandang ke arah hadapan.

Dia menangis. Tangannya dihulurkan seolah-olah isteriku sedang menghulur tangan untuk mengendongnya. “Ish, sayang ayah..., shhh..., sayang ayah kuat. Jangan jadi cengeng nak.”

Anakku masih lagi tidak berhenti menangis. Lidahku kelu sendiri. Anakku rindukan ibunya. Sama sepertiku yang terlalu rindukan Ara. Pelupuk mata kembali bergenang. “Sayang, ni anak kita rindukan sayang. Abang juga rindukan sayang.” Serak suaraku menahan tangis.
-       
“You want to know something abang? Ara gembira dan bersyukur abang sudi terima Ara sebagai isteri. I love you more and more. Hanya abang dalam hati Ara.”
-      
“Abang, boleh Ara minta something? Ara nak abang jaga anak kita sama macam abang jaga Ara. Tapi, biarkan kasih sayang abang  kepada anak kita lebih banyak dari Ara. Percayalah, sedikit pun Ara tidak cemburu.”
-   
    “Jika satu hari nanti sesuatu terjadi pada Ara, janji abang akan mencari seorang ibu untuk anak kita.”

Khair berhenti menangis. Tidur rupanya. Mungkin penat dari tadi menangis. “Sayang abang balik dulu yer? Nanti abang datang lagi. Abang sayang Ara. Tunggu abang dan anak kita di sana yer? Assalamualaikum.”

Khair Amer dalam pangkuanku. Tanganku sebelah lagi memegang payung kuning emas. Berhati-hati langkahku menyusuri kubur ke arah kereta. Pegawai peribadi walid setia menunggu di situ.

“Im so sorry Arman. Nampaknya kuman telah jauh merebak hingga keseluruh otaknya. Nampaknya perkara yang I bimbangkan telah pun terjadi. Setahun dulu I pernah cakap padanya. Yang dia harus cepat membuat pembedahan. Tapi dia degil tidak mahukannya.
Sekali lagi I mintak maaf. Wife you Puan Aisyah I tidak dapat selamatkan. But, congrates! You dapat bayi lelaki. Comel. Wajahnya sama seperti you dan Aisyah.” Kata-kata Doktor Karen bergema dalam kepalaku. Rupanya sejak dulu sebelum kami berkahwin lagi isteriku telah menderita! Sampai hati sayang susahkan diri sendiri.

Pon...!!!

Belum sempat aku menoleh, terasa tubuhku melayang di udara bersama Amer dalam pelukanku. Berguling badanku di atas jalan raya. Allah, hanya itu yang mampu aku ucapkan. Rasa sakit yang amat sangat pada tubuh. Terasa cecair pekat mengalir dikepalaku. Senak! Perut rasa nyilu.

Tubuhku terasa kebas. Amer masih ketat dalam pelukanku. Amer tidak menangis! Bahkan kepalanya berdarah! Allah, dugaan apa pula kali ini. Terketar-ketar tanganku menyentuh Amer. Dia diam lagi. Langsung tidak bergerak!

“Abang...” dalam keadaan sakit, rasanya telingaku mendengar seseorang memanggilku. Sedaya upaya aku mengangkat wajah. Sayang! Pegawai peribadi walid sibuk mengangkatku.

“Abang, jom. Ara nak bawa abang pergi rumah Ara. Amer pun ada ni. Jom. Amer, panggil ayah sayang.” Isteriku berdiri di hadapanku. Dia sedang mendukung Amer. Isteriku memakai baju kurung putih serta tudung labuh putih. Amer memakai kain putih yang membaluti tubuhnya.

Amer memeluk erat tengkuk isteriku. Pelupuk mataku basah. Mungkin aku sedang menangis. Amer memandangku polos. “A... ayah... jom. Ibu panggil.” Allah, sejuk rasanya hati ini Amer apabila memanggilku ayah. Makin deras air mata ini mengalir.

Perlahan kepalaku aku angguk. Orang ramai semakin berkerumun. Terasa tubuhku ringan. Sebelum semuanya kelam begitu sahaja....

The End


Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...