BAB1
DI DALAM rumah agam yang terbentang indah itu kedengaran suara seseorang yang
sedang membebel. Suara orang itu kedengaran sedikit keras. Entah apa yang
dibebelkannya tidak tahu. Tapi raut wajah itu kelihatan sangat bengis sekali.
Seperti big foot yang tidak mendapat
sebiji pisang di dusun akibat petani itu yang mengambilnya terlebih dahulu.
Mulutnya sedari tadi terkumat-kamit. Sudah tentu sedang menyumpah seranah.
Orang kaya, biasalah.
“Hei pompuan,
kau pekak ke hah! Nak tercabut anak tekak aku panggil kau. Kau ke mana hah! Kau
jangan nak curi tulang la pompuan, kau ingat sikit. Kau tu orang gaji je dalam
rumah ni.” Hamunnya ketika ternampak kelibat perempuan itu masuk ke dalam
rumah. Merah padam muka lelaki itu menahan marah. Dadanya sudah turun naik. Bila-bila
masa sahaja akan pecah.
Mardiyah yang
baru melangkah masuk ke dalam rumah tersentak. Langkahnya yang tadi kini pegun.
Seakan sudah dipaku kemas dilantai. Matanya tepat memandang lelaki yang sedang
bercekak pinggang di tepi sofa. Mencerlung mata lelaki itu. Tajam tepat terkena
matanya.
Tidak lama, Mardiyah cepat-cepat menunduk. Takut melihat lelaki itu.
Beberapa kali bibirnya beristiqfar.
Makin panas
hati Ammar melihat perempuan itu hanya diam. Benci dia melihat raut disebalik
tudung labuh hijau pucuk bercorak bunga kiambang itu. Hatinya makin panas bila
saja terpandang perempuan yang bermata coklat cair itu. Jiwanya makin
bergelodak hebat. Terasa masih belum puas menyakitkan hati insan dihadapan itu.
“Kau pekak ke
hah!” jerkahan Ammar membuatkan bahu Mardiyah sedikit terangkat. Terkejut bila
disergah begitu. Dia masih lagi menunduk. Hatinya tiba-tiba berdebar yang maha hebat.
Dalam benaknya bermacam-macam perkara yang sedang terlayar.
Lama.
Baru dia
mendongak memandang tepat wajah kacak itu. Lelaki dihadapannya masih lagi
berwajah bengis. Bila-bila masa lagi akan memakan mangsanya. Mardiyah menarik
nafas panjang sebelum bersuara.
“Sa... saya
keluar bagi ikan dalam kolam makan encik. sa... saya minta maaf lambat.”
tergagap-gagap Mardiyah menuturkannya. Makanan ikan yang sedang dipegangnya
digenggam kuat. Cuba mengambil sedikit kekuatan.
Lelaki itu
tersenyum sinis. Tahu takut. Desis hati lelaki itu. Lama dia memandang wajah
takut perempuan dihadapannya itu. Sempat dia mengerling ditangan perempuan itu
terdapat sebungkus plastik makanan ikan. Hatinya puas, bila orang yang dibenci
takut dengannya. Langsung tidak berbekas dalam hatinya melihat wajah itu. Yang
pasti lagi lama dia memandang wajah itu, lagi sakit hatinya.
“Aku nak...
kau masak untuk makan malam, malam ni. Pastikan sedap. Menu dia..., ayam masak
manis, sambal udang dan kari kepala ikan.” Suara lelaki itu masih tegang.
Langsung dia tidak memandang wajah Mardiyah. Bila bercakap tadi, dia hanya
memandang ke atas. Tangannya diseluk kedalam poket seluar jeans yang
dipakainya. Lagak seperti bos yang sedang memberi arahan pada hambanya.
Tapi, dia
sememangnya bos. Bongkak dan angkuh sungguh perwatakannya itu.
Tanpa
menunggu, dia terus berlalu untuk naik ke tingkat atas sambil bersiul senang.
Tangannya masih lagi berada dalam saku seluarnya. Kepalanya didongak ke atas.
Tiba di anak tangga yang terakhir dia sempat berpaling. Saat melihat perempuan itu masih lagi kaku di tempat
tadi, hatinya makin panas. “Kau tercegat kat situ buat apa hah bodoh! Kau tak
nampak ke dah pukul berapa! Kejap lagi diorang balik nak makan. Kau ni, hesy...
benci aku dengan kau ni lah! Dah cepat! Ke kau nak aku tampar dulu baru kau nak
buat kerja?” tengkingnya. Lelaki itu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas
kuat.
Mardiyah
beristiqfar. Tangannya mengusap dadanya yang masih lagi berdebar. Hish, masa ni
la kau mengelamun Diyah oi... Kan tak pepasal dah kena maki. Marahnya pada diri
sendiri yang sempat termenung tadi. Dia cepat-cepat berjalan ke dapur. Sebelum
itu sempat dia singgah di aquarium untuk meletakkan makanan ikan yang dibawa
tadi. Tangannya lekas meletakkan makanan ikan.
“Maaf la
makanan ikan oi, tak pasal kau jadi ronyok. Aku tak sengaja tadi. Bila
berhadapan dengan singa-singa dalam rumah ni, aku jadi lemah. dah nasib kau la
yer!” sempat lagi mardiyah membebel. Tapi suaranya perlahan. Sempat dia
melingkas kiri dan kanan, takut tuan rumah mendengar apa yang diperkatakannya
sebentar tadi. Dia melepaskan nafas lega. Tiada orang.
Biarpun dia
terasa hati dengan layanan Encik Ammar sebentar tadi, cepat-cepat dia
menyedarkan dirinya. Dia bukan sesiapa! Hanya orang gaji! Memang patut orang
gaji diperlakukan begini. Dia cuba bersikap tenang. Wajahnya yang merah menahan
rasa sedih dibuang jauh-jauh.
Sedih, kau
jangan datang lagi! sekarang masa aku kerja. Kau jangan kacau aku time ni. dah, pergi main jauh-jauh...
sempat lagi si Diyah ni menghalau. Bukan si sedih ni tahu. Ke dia tahu?
Tanpa
berlengah, dia melulu ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk tuan rumah.
MARDIYAH menghempas tubuhnya ke atas tilam nipis dengan kuat setelah menyudahkan
solat isyaknya. Adoi... jerit batinnya. Macamana boleh lupa hanya lantai
berlapikkan tilam nipis disini. Tu la berangan nak jadi anak orang kaya lagi.
bebelnya dalam hati.
Gara-gara
melihat katil empuk di rumah agam tadi, semasa dia di suruh untuk membersihkan
bilik Cik Nurin. Sempat dia mencuba duduk di birai katil. Empuk. Tu baru birai.
Kalau kat tengah konfom lena terus. Dan itulah kali pertama dia merasa katil
yang begitu empuk sekali dalam hidupnya. Nasib baik tuan punya bilik tak ada.
Jika tidak sudah tentu dihamunnya.
Pinggul yang terasa sakit di urut perlahan.
Matanya terpejam rapat. Menahan rasa sakit.
Baru ingin
menutup mata ketukan di pintu bilik menyedarkannya kembali. Dia bingkas tegak
kembali dari tempat duduknya. Pintu bilik dibuka. Wajah Mak Imah tersembul
disebalik pintu. Bibir tua itu mengoyak senyuman kepadanya. Mardiyah membalas
senyuman wanita itu.
“Diyah dah
makan ke? Tadi mak tengok Diya terus masuk bilik.” Soal Mak Imah. Dia duduk di
sebelah Mardiyah. Sebentar tadi dia melihat Mardiyah masuk kebilik tanpa makan.
Makanan yang terhidang di atas meja makan langsung tidak dijamah. Sebab itu Mak
Imah masuk menjenguk Mardiyah.
Mardiyah
hanya tersenyum. “Dah mak, tadi diorang bagi makan. Sedap tau mak. Mak dah
makan ke? Kalau belum, mak pergi la makan. Nanti mak sakit pulak. Kalau sakit
Diya tak tahu nak buat apa mak.
Duit pun kita
tak ada. Kita ni, nak beli beras pun tak cukup duit mak. Nasib baik tuan rumah
bagi makan tadi. Boleh la kita berjimat sikit....” Suaranya dikawal sebaik
mungkin. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Bukan apa untuk menyedapkan
hati orang tua itu.
“Pelik,
selalu diorang tak bagi makan pun.” Mak Imah berwajah pelik. Dia memandang
Mardiyah. Bibir Mardiyah masih lagi dengan senyuman. “Betul ke diorang bagi
makan kat kamu? Mak bukan apa, kasian tengok kamu. Bekerja kat tempat bukan
sepatutnya. Kamu tak tanya Sufi, ada kerja kosong tak kat tempat dia kerja.
Nanti senanglah sikit.” Sambung Mak Imah. Dia kasihan melihat anaknya. Belajar sampai
ijazah tapi, kerja jadi orang gaji.
“Betul lah
mak, diorang bagi makan tadi. Ntah la mak, Diyah tak tanya lagi Sufi. Nanti
Diyah cuba tanya dia mak. Mak pun dah mengantuk tu. Pergi la mak tidur. Esok
nak menganyam tikar lagi kan?”
“Yer la, mak
pun dah mengantuk ni. Esok nak kena siapkan tikar tu. Lusa ada orang nak datang
ambil. Tak apa la kalau Diyah dah makan. Mak takut kamu tak makan lagi je tadi.
Tu yang mak masuk bilik kamu ni. Diyah tidurla, nanti lewat pulak kamu nak
pergi kerja esok.”
Mak imah
berdiri. Dia berlalu kepintu. Dia keluar. Bilik pintu dikatupnya. Diyah
mengeluh.
“Maafkan
Diyah mak. Diyah tak berniat nak bohong mak. Diorang tak bagi makan pun mak.
Mak ingat diorang nak bagi Diyah makan? Diorang tengok muka Diyah pun diorang
dah benci. Ni nak ajak makan pula. Dalam mimpi boleh la mak.” Monog Mardiyah
perlahan. Ada sendu sedikit dalam suaranya itu. Peristiwa tadi berlayar kembali
dalam mindanya.
“Hoi sial!
Terhegeh-hegeh. Kau tak nampak ke hah! Perut aku dah lapar ni. Taruk nasi pun
lambat.” Marah Encik Nuriman kepada Mardiyah. Mardiyah yang sedang meletakkan
nasi kedalam pinggan tersentak. Cepat-cepat dia mengangguk. Bagai lipas kudung
dia dibuatnya. Nasi diletakkan di atas meja dihadapan Encik Nuriman.
“Kau tunggu
apa lagi hah! Dah pergi sana. Tengok muka kau ni buat aku tak lalu makan je.
Pergi...! Kau pekak ke hah! Apa, kau ingat kitorang nak ajak kau makan sekali?
Boleh blah la...” Rupanya marah Encik Nuriman belum berakhir. Ditengkingnya
Mardiyah dihadapan tuan rumah yang lain. Mardiyah yang sedari tadi pegun,
cepat-cepat berlalu kedapur.
Sebelum dia
berlalu kedapur telinganya sempat mendengar kata-kata dari Cik Nurin. Kembar
Encik Nuriman. “Alah, kalu dah bodoh macam tu la Angah. Dia tu, kalau dah sial
memang macam tu la. Jangan dilayan sangat. Nanti sial berjangkit kat kita.
Entah bila la dia nak pergi dari hidup kita ni yer? Hidup menyusahkan jer.
Makin lama, makin benci aku tengok muka dia. Betulkan long?” Ditahan juga telinganya hingga dia berlalu kedapur.
Sempat juga dia mendengar gelakan dari mereka sehabis mengutuk dirinya.
Bibirnya diketap sehabis mungkin.
Dia bersandar
pada dinding dapur. Perlahan-lahan dia terduduk di lantai. Dadanya sudah perih.
Sesak. Sakit sekali mendengar cacian dan tomahan dari mereka sekeluarga. Lebih
sakit, apabila melihat mereka yang lain hanya senyum mengejek kepadanya.
Tangannya naik menggosok dadanya. Dia berselawat beberapa kali untuk
menenangkan hati yang sakit. Air mata yang cuba mengalir ditahan sekuat tenaganya.
Hujung tudungnya
di pegang dan membawa kemuka. Allah... dia meraup beberapa kali mukanya.
Matanya terpejam rapat.
“Ya Allah,
apa dosa aku yang sebenarnya. Apa salah aku pada mereka sekeluarga. Sakit Ya
Allah. sakit, sakit sekali bila mendengar mereka mencemuhku. Apa salah aku. Tiap
masa pasti ada yang tidak kena pada mereka. Aku tak kuat Ya Allah. Ya Allah,
tabahkan aku. Aku mohon.” Rintihnya. Perut mula memainkan irama kencang. Dari
pagi tadi lagi dia tidak makan. Sabar Diya. Kau masih ada Tuhan.
Bila
mengenangkan hanya tinggal sedikit nasi saja dalam periuk pagi tadi. Dia
membatalkan hasratnya untuk makan. Biarlah Mak Imah yang makan. Lagi pula,
keadaan sekarang duit poket yang makin kurang. Nak beli beras juga tidak mampu.
Kena berjimat sikit. Dia muda. Dia boleh bertahan. Itulah, yang diucap untuk
memberi semangat kepada diri sendiri.
“Syy...
perut, kau sabar la. Ada sisa yang mereka makan nanti aku makan la. Kau
janganlah berbunyi perut. Nanti diorang dengar. Tak pasal-pasal aku tak dapat
nak isi kau.” Mardiyah memegang perutnya yang berbunyi. Terlalu lapar. Wajahnya
juga sudah terlalu pucat.
Agak lama
Mardiyah menunggu mereka semua siap makan. Setelah mendengar kerusi ditarik dia
cuba menjenguk ke luar. Tuan rumah sudah berjalan masuk ke bilik mereka
masing-masing. Perlahan-lahan dia melangkah ke meja makan. Kecur air liurnya
melihat makanan yang sesedap itu. Ayam masak manis dan sambal udang yang tidak
dihabiskan oleh mereka.
Tanpa
menunggu. Dia mula mengemas meja makan. Ayam yang tidak dihabiskan tadi dia
masukkan ke dalam plastik secara senyap. Melilau matanya kekiri dan kanan
semasa memasukkan ayam tadi. Sepatutnya makanan yang tidak habis perlu dibuang
ke dalam tong sampah. Itu yang diberitahu oleh tuan rumah. Mereka tidak makan
makanan yang telah mereka makan. Mereka akan makan makanan yang baru sahaja.
Orang kaya,
belum pernah merasakan hari susah untuk mereka.
Siap semua
kerjanya. Dia melangkah ke pintu utama sambil membawa ayam tadi. Tanpa menunggu
dia pecut pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, dia menghabiskan semua
makanan yang diambilnya tadi.
Walaupun
tidak baik makan ketika berdiri dan berjalan. Dia tidak boleh berhenti. Suasana
jalan yang gelap memang menakutkannya.
BAB2
MARDIYAH sedang leka memandang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan.
Sesekali bibirnya menggariskan senyuman bila melihat keletah anak-anak kecil
sedang bermain gelungsur dan buaian. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi
yang berdekatan. Matanya masih lagi tidak lekang memandang kanak-kanak itu.
Hari ni dia
cuti. Tuan rumah sedang bercuti, mereka pulang ke kampung. Bestkan balik
kampung. Tapi bukan dia. Tudung yang senget akibat ditiup angin dibetulkan
kembali. Perasaannya menjadi kaku bila melihat ibu bapa yang sedang membawa
anak mereka bermain di taman. Bahagia sekali wajah-wajah mereka.
“Woi
Diyah...!”
Mardiyah
tersentak. Suara yang begitu lantang dari belakang amat membingitkannya.
Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Wajahnya tiba-tiba bertukar bengis.
“Assalamualaikum...” perli Mardiyah.
“Waalaikumsalam...”
Sufi tersengih. Diyah, asal kau malukan aku depan orang ramai ni. Kan tak pasal
orang baru nak takcle aku lari balik.
Gerutu hati Sufi. Ceh, perasan jugak si Sufi ni. Masuk bangkul angkat sendiri.
Sempat dia
memandang pada lelaki yang duduk tidak jauh dari mereka. Lelaki itu turut
tersengih memandang mereka. Sufi membalas senyuman itu. Mukanya merah menahan
malu. Rupanya ada perasaan juga si Sufi ni. Tadi bukan main kuat suaranya.
Mengalahkan speaker masjid kat
kampung.
“Kita ni
orang islam kena bagi salam. Bukan hoi, woi, bro... Mak kau tak ajar ke hah!”
Mardiyah masih lagi memerli Sufi, sahabatnya. Entah dari mana datangnya.
Tudungnya berserabai habis. Sufi mencebik. Bibirnya dah sama macam angsa
belakang rumah. Mardiyah tergelak bila mengingatkan angsa Mak Imah yang garang.
Pantang nampak orang. Mesti nak dikejarnya.
“Lama woi tak
nampak kau Diyah. Kau pergi mana?” soal Sufi. Dia mengambil tempat duduk
berhadapan dengan Mardiyah. Dia menyambung lagi. “Asal kau gelak sengsorang tu Diyah?” dia memandang Mardiyah
pelik.
Mardiyah
berdehem sedikit.
Kontrol ayu
la tu. Bisik Sufi.
Matanya
memandang wajah Sufi. “Aku tak pergi mana. Ada je kat rumah. Tak ada la, aku
ingat kat angsa belakang rumah aku tu.”
“A’a... aku
pun baru lepas kena kejar dek angsa Mak Imah tu la. Ni kau punya pasal lah...
aku jumpa Mak Imah kat tepi jalan tadi. Aku tanya kau. dia kata kau ada kat
rumah. Tu yang aku cari kau kat rumah tu. Aku bagi salam macam nak tercabut
kepala tak seorang pun yang menyahut... Bodoh pulak aku ni,”
Sufi menggaru
tudungnya sebelum dia menyambung kembali. “bukanlah tak seorang, dah sah-sah Mak
Imah tak ada kat rumah tadi. Tapi kau tak menyahut, tu aku cuba pergi cari kau
kat belakang rumah. Kau tak ada juga. Memang putus angin la aku. masa aku nak
balik tadi, tetiba angsa Mak Imah ada kat belakang aku. apa lagi, aku lari
la... dan yang bolehnya, angsa Mak Imah kejar aku jugak. Aku pecut la sampai
taman. Tak sangka jumpa pulak kau kat sini.” Cerita Sufi. Gayanya dibuat
sehabis mungkin dengan lenggoknya. Sekali tengok, dah macam orang dari wad
orkid dan kenanga sahaja.
Mardiyah
ketawa sakan. Perutnya ditekan sehabis mungkin. Senak. Sufi, Sufi... bila dah
datang biulnya semua tempat dia sambar.
Pap! Sufi
menampar peha Mardiyah. Terbelalak mata Mardiyah. Sakit.
“Kau, aku
cakap kau gelak. Gelak lagi, gelak...” marah Sufi. Matanya sudah terjengil
memandang Mardiyah. Bibirnya bergerak-gerak. Seperti Joyah lagaknya.Tangannya
diangkat, seperti mahu mencekik Mardiyah. “Aku penat-penat selamatkan diri kau
boleh gelakkan aku. benci la aku.” Sufi buat ala-ala gaya orang tengah merajuk.
Dia berpaling ke belakang.
Mardiyah
mencebik. “Kau nak merajuk? Eleh, aku takkan pujuk pun. Suka hati kau lah. Dari
pujuk kau, baik aku tengok budak-budak main.” Matanya terus terarah pada
budak-budak yang sedang bermain bola. Kadang-kadang matanya mengerling pada Sufi
yang sedang membelakanginya.
Kelihatan
peluh membasahi baju kurung Sufi. Betulla tu apa yang dikatakannya tadi. Jika
tidak, masak peluh begini banyak. Ditambah pula dengan tubuh XXXL milik Sufi.
Mengeleng Mardiyah.
Sufi pantas
berpaling. Mukanya masam mencuka. Bibirnya sudah muncung sedepa. Sempat Mardiyah
menjeling kepadanya.
Mengeleng
Mardiyah melihat Sufi. Sufi, Sufi... kau tak boleh merajuk punya. Desis hati Mardiyah.
“Kau kerja
kat mana sekarang?” soal Sufi tiba-tiba. Dia memandang lelaki yang ada di
kerusi sebelah. Matanya tidak lepas memandang wajah itu. Kadang-kadang dia
tersengih seorang sambil membetulkan tudung yang dipakainya. Tangannya pula
dibuat sebagai pengelap pipi.
Mengelap
peluh lah tu. Maklumlah, jejaka idaman depan mata. Kena ayu sikit.
Bukanlah...
aku dah memang cantik dari dulu lagi pun. Bangkang betul Sufi bila kata hatinya
membelot.
“Aku?” tanya
Mardiyah. “Atau kau tanya mamat kat sebelah tu?” sambungnya lagi sambil jarinya
ditunding ke arah lelaki yang berada di sebelah kerusi sana.
“Yerla takkan
aku tanya pokok pinang kat belakang kau.” balas Sufi selamba. Mulutnya sedari
tadi masih terbuka memandang lelaki itu. Kacak! Lelaki itu pusing kanan nampak
kacak, pusing kiri nampak kacak. Bila dah berkenan, semua nampak kacak. Matanya
masih lagi belum berkalih.
Oi Sufi,
kawan kau kat sini. Bukan kat situ. Hatinya berbicara. Diamlah! Benaknya
menyangkal pula. Sufi senyum. Tuan punya badan dengan kepala otak dah sama ja, kong.
“Owh, cakap ngan
aku. ingat kau tanya mamat tu. mana aku tahu.” Mardiyah mencebik. Bangang pun ada. Bercakap tentangnya, tetapi
mata sebelah lain. Rasa nak hempuk jer kepala si Sufi ni. Matanya dikalih pada
pada lelaki itu. Lelaki itu sedang membaca buku. Di telinganya terdapat earphone.
“Kau ni
kan...!”
“Okey,
okey... aku kerja kat rumah agam tu... la Sufi... Nak kerja kat mana lagi.
nasib baik diorang bagi kerja tu kat aku. Alamatnya kebulurlah aku ngan Mak Imah.”
Mardiyah mengeluh. Cuma sekejap. Dia menunduk. Wajahnya diraup beberapa kali.
“What...!”
melongo si Sufi memandang Mardiyah. Lelaki yang dimanati Sufi memandang ke arah
mereka. Masa kontrol ayu telah hilang dek rasa terkejutnya itu. Matanya sudah
berkalih 90 darjah. Keluar habis bahasa inggerisnya.
Setahu Mardiyah,
Sufi kurang pandai bab bahasa inggeris. Setahunya, dahulu Sufi selalu didenda
akibat tidak menyiapkan essei bahasa inggeris. Setiap minggu, mesti figura Sufi
yang berdiri di atas kerusi di luar kelas. Jadi model sambilan sambil tangan
diletakkan di atas kepala.
Tak heran la,
Sufi terkenal di sekolah dahulu. Tukang kebun pun kenal Sufi.
“Kenapa kau
ni Sufi?”
“Kau gila ke apa ni Diyah? Tu kan rumah kau. asal kau kena jadi orang gaji
pulak? Diorang kan, dari dulu sampai sekarang tak nak berubah. Asal hah,
diorang tu benci sangat dengan kau? apa salah kau yang sebenarnya?
Sakit hati betullah aku dengan abang dan kakak kau tu. Bukan harta diorang
pun. Tu kan harta bapak kau. sesedap diorang je nak guna harta mak bapak sesuka
hati. Sepatutnya kau tinggal kat situ. Bukan tinggal kat rumah buruk tu. Kalau
aku ada depan diorang tu, dah lama aku bom. Biar jadi katak. Eh, mati katak la.
Baru senang hati aku.” Bagai bom yang dilempar kuat ke Israel yang dihambur
oleh Sufi. Bom... Bomm... kuat sound effectnya.
Marah betul Sufi terhadap keturunan Abdul Halim itu. Seperti dia anak dalam
keluarga itu. Tangannya sudah dikepal. Pap,pap bunyinya.
“Ish, kau ni. Biarlah diorang. Aku tak kisah pun. Yang kau kisah tu kenapa?
Aku tak heran lah. Aku tinggal dengan Mak Imah pun dah bersyukur tau! Aku kena
berterima kasih la pada diorang tu...” seloroh Mardiyah.
“nasib baik diorang bagi aku kat Mak Imah, kalau diorang campak je aku
bawah jambatan dulu tak ke naya? Mesti aku dah tak ada kat sini sekarang.” sambung
Mardiyah bersahaja. Walaupun keluarganya tidak mahu menerima kehadirannya. Dia
tetap menghormati mereka. Mereka tetap keluarganya. Biarpun itu terlalu jauh
dari gapaiannya. Orang kata itu mimpi disiang hari.
“Kau tak sedih ke diorang buat kau macam tu?” Sufi memegang tangan
Mardiyah. Matanya tepat memandang wajah cantik dihadapannya. Wajah yang terlalu
mirip. Kulit putih kemerahan, bibir merah merekah dan yang paling cantik warna
mata yang berwarna coklat cair. Sekali pandang seperti memakai konteks lens
sahaja. Tapi ia seratus peratus asli buatan Tuhan. Tidak sepertinya yang
inginkan warna mata seperti Mardiyah, sanggup berhabis duit membeli konteks
lens warna coklat cair juga.
“Macam apa? Macam sampah? Tak ada la. Aku tak kisah pun. Aku pun sebenarnya
tak rasa pun yang aku ada adik-beradik lain. Aku rasa aku ni macam anak tunggal
Mak Imah je. Ayah aku pun, aku tak pernah kenal Sufi...” akhir ayat yang
dituturnya diselangi dengan rasa sebak yang bertandang. Wajah ayah tidak pernah
ditatapnya. Ibu? Terlalu jauh, jauh dari sini. Mardiyah menunduk. Kepalanya
digeleng beberapa kali. Perlahan-lahan Mardiyah menarik nafas.
Sufi tidak dapat menebak perasaan Mardiyah ketika ini. Dia bersuara,
matanya difokuskan pada Mardiyah yang sedang menunduk. “Ntahlah, aku tak tahu
nak cakap apa dengan kau ni Diyah. Macam manusia tak ada perasaan pulak aku
tengok. Selamanya ke kau nak kerja kat situ?”
Mardiyah mengangkat mukanya. Dia memandang Sufi. Bibirnya terlukis senyuman
buat sahabatnya. Cakaplah apa pun Sufi. Sakit aku, aku yang rasa. Hidup aku,
aku yang tentukan. Biarlah ia berlaku Sufi, aku dah lama reda.
Aku tidak boleh menganyam bahagia Sufi, jika akhirnya aku yang rebah. Lebih
baik aku hanya diam, menunggu saat tibanya matahari dalam mendung yang panjang.
Walaupun aku sendiri tahu ia tidak akan pernah berlaku.
“Kau dah ada kat sini kan, aku nak tanya kau sikit boleh?” wajahnya cuba
diceriakan sebaik mungkin bila bertanya hingga menampakkan barisan giginya yang
teratur. Sufi yang melihat mula menangkat keningnya beberapa kali. “Kau tak
payahlah nak buat kening ala ziana zain gitu. Aku tengok dah macam adibah noor
tercekik biji nangka pulak aku tengok.” Selamba badak Mardiyah menuturkannya
tanpa mempedulikan wajah Sufi yang dah macam cuka.
“Apa?” wajah Sufi masih mencuka. Pandangannya dikalih memandang lelaki tadi
yang masih lagi duduk ditempat tadi. Leka betul baca buku, tak macam aku, kena
tibai dengan penyangkut baju kat mak baru nak buka buku. Desis Sufi. Dalam
merajuk pun, sibuk lagi dia mengelamun.
“Erk... kat tempat kerja kau ada kerja kosong tak? Aku nak join kalau
boleh,” was-was Mardiyah menuturkannya. Dalam hati berdoa panjang. Moga ada
kerja kosong untuknya. Jadi cleaner
pun cleanerlah, dia sanggup. Janji
setiap hari tak kena maki.
“Jap, kenapa kau tak kerja je dengan abang dan kakak kau tu dekat syarikat
bapak kau? syarikat ada. Terkenal lagi tu. Asal?” ye lah, bapak punya kaya
takkan nak kerja dengan orang lain. Aku ni... kerja pun kerani cabuk je. Sebab
kau malas nak belajar!
Diamlah! Sufi mengetuk kepalanya.
“Banyak cakap la minah ni. Kau nak bagi ke tak ni? alah... senang aku cakap
camni, kau ingat diorang nak bagi kat aku kerja dengan mereka? Mati hidup balik
pun belum tentu aku dapat kerja kat situ tahu?”
“Ada-ada... Kak Dibah, akautan tu
dah berhenti sebab dia ikut suami dia kerja kat Jordan. Kau ambik jurusan
akautan kan? Kira boleh la. Nanti aku tanya bila diorang nak ambik akautan
baru. Tapi kau kena tahanlah sikit... sebab, bos aku tu miang sikit. Nanti tak
pasal kau dia goda.”
“Alah, tu aku tak heranlah... aku pakai macam ni bukan taste dia la... kira
kau tanya ek... tak sabar aku. boleh jumpa kau tiap hari.” Balas Mardiyah
ceria. Bibirnya tidak henti menguntum senyuman.
“Sip... jangan risau la. Nanti aku tanya. Aku pun happy jugak, tak ada la aku nak makan sorang-sorang kat pejabat.”
Sufi juga turut tersenyum. Lebih manis dari Mardiyah. Bukan apa, lelaki tadi
menghadiahkan senyuman kepada Sufi bila pandangan mereka bertembung. Patutlah.
Ingatkan pasal Mardiyah nak kerja kat tempatnya.
“Alah...” kedengaran Sufi tiba-tiba mengeluh.
“Kenapa?” Mardiyah berpaling kepada Sufi. Keningnya terjongket sedikit.
“Ala, dia dah anaklah Diyah... melepas aku.” gumam Safi. Hujung tudungnya
dipintal dengan kuat. Naik senget tudungnya. Mardiyah mengalihkan pandangannya
ke arah lelaki tadi. Kelihatan kanak-kanak lelaki sedang memeluk lelaki itu.
Mardiyah tergelak. “Ha...ha...ha... padan muka kau.”
“Benci...!”
cerpen ni dah abis or ade sambungannya?xkan laa abis cam ni jer?
ReplyDeletehuhu xad idea nk sambung wak
ReplyDeletehuhu xad idea nk sambung wak
ReplyDeletehuhu xad idea nk sambung wak
ReplyDeleteAla trgntung 😢😢sambung please
ReplyDeletesyuhaila : huhu.... sy dh tak tau nak sambung cmne lg wak
ReplyDelete