sebelumnya- Resepi dari Tuhan bhg- 1
Bab 6
Dari
dalam sangkar, mata Aisyah menangkap kelibat suaminya yang ke hulu ke hilir di
dapur. Kadang-kadang lelaki itu tersengguk di sinki. Dah berapa kali lelaki itu
ulang alik dari sinki.
Aisyah
memegang perutnya yang terasa lapar. Sekarang dia mudah cepat lapar. Perutnya
pula terasa membulat. Bibirnya tiba-tiba senyum sendiri. Perutnya diusap penuh
rasa kasih. Baju kurung yang dipakai nasib baik agak longgar. Jika tidak sudah
tentu sukar untuk dia bernafas.
Wafiy
memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia bersandar pada peti sejuk. Dah
beberapa kali dia ulang alik ke sinki. Pagi ini sudah sepuluh kali dia ke sinki
untuk muntah. Tekaknya tiba-tiba terasa loya. Tidak pernah dia mengalami
situasi seperti ini. Pening. Semua kelihatan berputar sahaja.
Dia
membuka peti sejuk. Melihat apa yang dimakan olehnya semalam. Ayam masak madu.
Itupun dia beli dari kedai makan. Mungkin aku keracunan makanan kot, hatinya
merumus sendiri. Kotak First Aid dicapai.
Dari
dapur sempat dia melihat kelibat Aisyah yang duduk di dalam sangkar sambil
membelai arnab-arnab mamanya. Bibirnya mencebik. Meluat. Benci! Semuanya
bergabung untuk wanita itu. Dia berlalu ke ruang tamu.
Aisyah
mengaduh lapar. Matanya melilau mencari makanan di dalam sangkar. Kot-kot ada
yang boleh dimakan. Matanya terarah pada pokok guava hasil tanaman Dato’ Arman.
Bibirnya terlukis senyuman gembira. Perlahan-lahan dia ke hujung sangkar.
Tangannya
mencapai buah guava pada pokok yang tertanam di tepi sangkar. Tersepit
tangannya memandangkan lubang sangatlah kecil, namun digagahi juga olehnya.
Dapat! Jerit batinnya.
“Alhamdulillah,
ada juga makanan untuk dimakan. Bismillahirrahmanirrahim min awwalin wal akhirin...,”
dia mula menguyah buah guava yang sedang-sedang masak itu. Begitu berselera
Aisyah memakannya.
Bibirnya
masih lagi dengan senyuman gembira. Akhirnya perutnya dapat diisi juga. Tanpa
dia sedar, dari tingkat atas ada mata terbias wajah garang sedang menahan
nafas. Bibirnya terketar-ketar menahan rasa marah. Merah padam wajahnya tika
ini.
Supaya mereka makan
dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan
mereka;
maka patutkah mereka tidak bersyukur? (Yaasiin: 35)
Hasbul Wafiy datang menghampiri Aisyah. Matanya jelas menampakkan sirna
garang. Semakin lama, semakin dekat dia menghampiri. Pintu sangkar dibuka
dengan kasar. Terpelanting pintu sangkar. Arnab-arnab bertempiaran lari.
“Kau sini!” jerkah Hasbul Wafiy. Matanya tajam memandang susuk tubuh di
dalam sangkar. Dadanya sedari tadi berombak kencang.
Aisyah tersentak. Kunyahan terakhir ditelannya. Terketar-ketar badannya
menghampiri suaminya. Hatinya tiba-tiba berdebar. Allah, apa pula kali ini.
Desis hati yang lemah itu.
Buk! “Argh...!!!”
Belum apa-apa Aisyah sudah meraung kuat. Matanya terpejam rapat. Senak! Sakit,
perit! Perutnya dipegang erat. Ya Allah, na’uzubillah, jangan terjadi apa-apa Ya Allah, sakitnya.
Rintihnya. Aisyah mengongoi lemah di atas tanah.
“Tu padahnya bila mengambil harta aku tanpa kebenaran. Hei perempuan! kau
dengar sini, ada aku suruh kau ambil harta aku sesuka hati hah! Ambil harta
bukan milik kita hukumnya haram! Dan untuk kau, aku tak pernah halalkan apa
yang kau makan tadi. Ingat tu!” marah Hasbul Wafiy dengan mata yang membulat.
Dadanya ditepuk beberapa kali untuk melampiaskan rasa marah.
“Kau tunggu sini.” Hasbul Wafiy berlalu masuk ke dalam rumah. Pintu dapur
pula yang ditendangnya. Nampak benci sungguh Hasbul Wafiy terhadap Aisyah.
Entah apa dosa si yatim ini kepadanya.
“Hei
bagunlah!” tempik Hasbul Wafiy. Kini dia sudah berada di hadapan Aisyah. Matanya
tajam menikam wajah lembut yang terbaring kaku di atas tanah. Huh! Dengusnya
kasar. Semestinya dengusan kebencian yang makin menggunung.
Aisyah
cuba mendongak memandang wajah suaminya. Wajah yang tiada perasaan kasihan
belas itu ditenung dengan perasaan sayu. Suaminya pula bagaikan sedang
mengejeknya hanya memandang dengan muka yang garang.
Memang!
Memang Hasbul Wafiy sedang mengejeknya. Kalau boleh ikutkan hatinya, dah lama
dia bunuh wanita itu! Tapi mengenangkan besar dosa membunuh dia membatalkan
hasratnya.
Syaitan
bersorak riang. Yahoo, yahoo...
seorang lagi anak Adam aku berjaya bawa masuk neraka. Hasbul Wafiy lupa, dalam
dia hebat mencipta perkara itu,
percaturan Allah lagi yang Maha Hebat. Demi nafsu dia ketepikan
segalanya.
Lama,
Aisyah masih dalam keadaan yang tadi.
Hasbul
Wafiy menjadi baran tiba-tiba apabila melihat Aisyah yang hanya diam tidak
berkutik. Naik meluat melihat rupa itu lama-lama. Tubuhnya ditundukkan sedikit
supaya membongkok. Dengan kasar, rambut Aisyah disebalik tudung dicengkamnya
kemas.
“Argh...
Encik, tolong jangan apa-apakan saya Encik. tolong kasihankan saya. Apa dosa
saya kepada Encik...,” rayu Aisyah dengan linangan air mata yang tidak berhenti
mengalir. Aku pinta sedikit belas, kasihankanlah aku. aku tidak minta banyak,
cukuplah berhenti sekejap menyakiti aku. Hasbul Wafiy ketawa kuat.
“Hei
bodoh! Buat apa aku kasihankan engkau hah! Kalau kau nak MAMPUS sekalipun, ada
aku kisah...!!! kau ingat dengan air mata kau ni aku akan kesian? ha...ha...ha... rasa nak bagi penyepak aje!” tempiknya lagi ditelinga Aisyah. Pijar mata Aisyah mendengar
tempikan itu. Dia menolak kasar kepala Aisyah sehingga menyebabkan Aisyah
terpelanting agak kuat di atas tanah yang keras itu. Sekali lagi Aisyah menjadi
barang buruk kepada Hasbul Wafiy.
“Allah...,”
hanya itu yang mampu diungkapkannya. Kepalanya terhantuk kuat di atas tanah.
Sakit bukan main lagi. sakit dalam kepala. Rasa macam otak mahu terkeluar dari
celah mata. Senak rasanya mata itu. dia sudah tiada kudrat. Perlahan-lahan,
cecair merah mengalir keluar melalui rongga pernafasannya termasuk matanya.
Hasbul
wafiy mendengus untuk seketika. Rambutnya diramas kasar. Darah yang mengalir
dari hidung Aisyah dipandang sepi. Seakan tidak wujud kesakitan yang ditanggung
Aisyah. Yang ada sekarang, hatinya belum puas menyakiti insan itu!
“Ptuihhh...”
Hasbul Wafiy meludah air liurnya. Tepat terkena muka Aisyah. Aisyah hanya diam
tidak berkutik. Ludah di mukanya langsung tidak dikesat. Fikirannya merawang
jauh. Hanya ibu yang dia mahukan saat ini.
Tubuh
Aisyah dipaksa supaya berdiri. Tapi Aisyah masih membatu diri. Dengan perasaan
marah yang menggunung tubuh Aisyah diseret. Sekali pandang Aisyah diperlakukan
tak ubah seperti bangkai haiwan berat yang diseret.
Walaupun
terasa sakit yang amat sangat pada bahagian pergelangan tangan, dia tiada daya
untuk membantah perlakuan binatang suaminya itu. Dia hanya mampu membiarkan
sahaja.
Pintu
automatik terbuka. Tubuh Aisyah dilambung kasar di atas jalan raya. Sakit Ya
Allah, sampai hati abang. Saya bukan boneka bang, saya ada hati, saya juga ada
perasaan!
“Ni,
kau ambil barang kau semua ni dan mulai hari ni aku tak nak tengok muka kau
lagi. Sekali lagi aku nampak kau, nahas kau aku kerjakan. Aku boleh buat yang
lebih teruk dari ni!” tegas suara Hasbul Wafiy. Dia berdiri dihadapan Aisyah.
Beg
pakaian yang lusuh ditangannya itu dibaling ke arah Aisyah. Tepat terkena
perutnya. Senak. Terpejam mata Aisyah. Makin kuat darah mengalir dari mata. Aisyah
masih lagi diam. Hasbul Wafiy berlalu. Pintu automatik tertutup rapat.
“Dari
Allah aku datang, kepadanya aku akan kembali. Tunggu Aisyah, ibu kat sana...,”
terketar-ketar bibirnya mengungkap perkataan itu sebelum matanya tertutup rapat.
Iaitu orang-orang yang di timpa musibah mereka
mengucapkan” sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami
kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari
Tuhannya dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:
156-157)