Dec 29, 2012

Aku Bukan Seperti Dia


Tanah perkuburan itu dia tinggalkan dengan segera. Langkah diatur laju meninggalkan tanah yang masih merah itu. Selendang yang terburai ditiup angin pantas diseka kebelakang pula. Surah yaa siin yang dibawa di masukkan kedalam poket baju kurungnya. Dalam tergopoh gapah meninggalkan kawasan itu dia di sapa seseorang.

“Kau!”

Langkah yang diatur tadi terhenti dengan sendirinya. Wajah di angkat untuk melihat siapa gerangan yang menegurnya tadi. Wajahnya beku. Raut wajah itu tersenyum sinis ke arahnya. dia hanya menundukkan wajah setelah perasan siapa gerangan itu. Tangannya menyulam sesama sendiri.

“Apa kau buat di sini hah!” Lantang sekali suara itu.
Langkahnya yang sedari tadi pegun tetiba terasa ingin cepat- cepat meninggalkan tanah perkuburan itu. Air mata yang ingin mengalir pantas diseka. Kau harus kuat! Bisik hatinya.

“Kau pekak ke hah?” sekali lagi suara itu menampar gegendang telinganya.

“Sekali lagi aku tengok kau datang lagi ke sini, nahas kau aku kerjakan!” Terasa perit pada bahagian pipinya. Tangannya naik memegang pipi. Cecair pekat meleleh keluar dari celah bibir. Pelupuk tangannya naik mengesat birai bibir.

Terasa sudah tidak tertanggung lagi rasanya. Laju langkah di atur meninggalkan lelaki yang masih dengan amarahnya. Tanpa sedar, sekali lagi air mata mengalir pada pipi mulusnya.

“Aisya… tunggu akak!”  laung seorang wanita. dia memandangnya sekilas. Meminta sedikit kekuatan. Tanpa menunggu, laju langkah ini di atur. Perit bahagian pipi perit lagi dalam hati. Inikah balasannya. Selama ini tidak pernah disentuh. Kini pipi ini menjadi sentuhannya.

Langkahku terasa pijar. Mata terasa berbalam. Aku bersandar pada tiang bendera. Tudung yang senget ku betulkan sedikit. Tangannya naik memegang pipi. Dulu dia  tidak pernah di sentuhnya. Bahkan terlalu jijik untuk menyentuhnya.

Dia bersyukur. Walaupun sentuhannya bukan belaian kasih, sekurangnya dia sudi juga menyentuh diri ini yang dipandang hina olehnya.

Menara jam pada bangunan sultan Abdul Samad di kerling sekilas. Sudah pukul 5 petang. Dia harus pulang. Sudah lama rasanya duduk di sini. Pasti mak dan abah risau kat rumah.
Langkah di atur meninggalkan dataran merdeka.

======


Bibirnya mengoyak senyuman sinis. Hari ini semuanya terbukti. Mereka amat membencinya. Kenapa hidup ini tidak pernah adil buatnya. Tidak cukupkah lagi selama 20 tahun dia menderita?

“Asya…”     

Dia memalingkan wajah kebelakang. Kelihatan wanita bertudung labuh warna ungu datang menghampirinya. Wanita itu mengukir senyuman manis.
Asya membalas senyuman manisnya.

“Kenapa tinggalkan kakak tadi? Dah tak sayang kat akak yer?” ucapnya sambil tersenyum.
Asya hanya mengelengkan kepala. Baru teringat dia terlalu mengikut perasaan ini hingga sanggup meninggalkannya sendirian di tanah perkuburan.

“Maaf,”

"Asya masih marahkan mereka?” soalan yang terpacul dari bibirnya membuat Asya sedikit tersentak. Kenapa harus soalan itu yang harus ditanya?

“Maaf jika soalan akak tadi buat Asya tersinggung.”

Asya hanya tersenyum kelat.

"Maaf jika soalan akak tadi buat Asya tersingung.” Dia masih lagi dengan senyumannya.
Asya hanya mengeleng lemah. Siapalah aku untuk marahkan mereka. Aku bukan sesiapa bagi mereka.

Kak Asma bangun dan meninggalkan Asya didalam bilik. Hatinya pilu melihat kejadia siang tadi. Biarlah Asya tengangkan fikiran dahulu.

Kak Asma, seorang wanita yang sanggup member kepadanya kasih sayang. Kasih dan sayang yang tidak pernah dia dapat dari sesiapa pun. Melainkan keluarga Kak Asma sahaja. Mereka telah menganggapnya sebagai keluarga sendiri. Aku sayang mereka selepas diriku dan mama.

Mama.. Aisya rindukan mama. Terlalu cepat mama tinggalkan Aisya. Aisya masih lagi terkapai kapai disini mama.. Aisya sayang mama.
Dia merebahkan diri di atas katil. Ya Allah lupakan aku tentang peristiwa hari ini.

======

Pagi ini kepalanya terasa sakit. Mungkin di sebabkan dia terlalu kuat menangis semalam. Matanya kelihatan sembab sedikit. Setelah tudung terletak elok pada mahkotanya yang satu dia memalu langkah ke pintu.

Pintu bilik dikuak. Dengan langkah perlahan  dia berjalan ke arah tangga untuk turun ke bawah.

“Ai…”

Dia menoleh ke belakang. Abang Azwim tersenyum kepadanya. Kelihatan dia santai sahaja. Hanya memakai T shirt polo biru air dan berseluar slack sahaja. Tetapi segak! Aku menoleh kepada pakaianku pula, berbaju kurung biru air dan bertudung putih.

Erkk

“Kita sedondonkan Ai?” ucapnya sambil merenung anak mata Aisya.

Dari renungannya, hati Aisya mula berdetak tidak sekata. Debaran semakin menggila. Dia cuba berlagak tenang, walhal jantung seakan mahu tergolek jatuh. Ya Allah, apa pula ini.

Aisya membalas dengan anggukan sahaja. Wajah pula terasa mula membahang. Dia menundukkan mukanya mengadap lantai. Malu!

Terdengar ketawa kecil dari bibir mugil Azwim. Seronok dia melihat Aisya. Lebih comel bila malu. Rasa nak cium jer pipi mulus itu. Bukan muhrim!
Mereka sama sama turun ke bawah.

“Wah along… dah macam suami isteri pula ya! Sesuai sangat kak Aisya jadi isteri along. Nadia suka. Kak Aisya baik, cantik pulak tu. Memang menjadi dambaan setiap lelaki la katakan.”

Nadia selaku adik bongsu dalam keluarga itu mencelah. Makin malu terasa dirinya tika ini. Aisya masih lagi menekur lantai. Membilang jari kaki. Dia tidak berani memanggungkan muka kepada mereka.

Azwim sedari tadi hanya tersenyum. Cantik! Ingin rasanya memeluk tubuh kecil di tepinya itu. Kalau isterinya. Memang dah lama kena peluk dan cium. Walaupun Aisya sudah lama tinggal dengan mereka dia tetap tidak jemu memandang wajah di sisinya kini.

“Ucu, dahla mengusik kakak Aisya. Tengok tu, dah merah mukanya malu. Dah.. jom makan. Umi dah tunggu kita semua kat meja makan sana. Karang merajuk pula umi korang tu.” Abah mencelah. Bibirnya di muncungkan kepada umi yang sedang duduk di meja makan.

Dia masih lagi menunduk. Betapa malunya saat ini. Abang Azwim hanya ketawa. Tidak langsung cuba membela dirinya. Bibir di ketap kuat. Sakit hati dengan sikap selamba Abang Azwim.

“Asya ok tak ni?” Kak Asma yang sedari tadi berada di dapur menegurnya saat dia menatang dulang ke meja makan. Kak Asma tahu Asya menangis semalam.

Umi yang sedang membawa sayur kangkung menoleh sekilas ke arah Aisya. Baru terperasan mata anak itu sembab. Hatinya di pagut rasa risau. Selama ini tiada apa yang berlaku kepada anak itu.

Nadia pula menjongketkan kening. Juga baru terperasan kepada kakaknya.

“Ai sakit?” Azwim sedikit tersentak dengan pertanyaan Asma barusan tadi. Hatinya gusar. Dadanya terasa tersekat untuk bernafas. Risau betul dia dengan keadaan Aisya. Semalam dia tidak sempat menegur Aisya kerana dilihatnya Aisya berlari anak masuk ke bilik. Nak masuk tidak berani pula. Maklumlah bukan muhrim.

Aisya mengeleng dan melempar senyuman buatnya.

“Ai tak sakitlah, Cuma pening sikit jer ni. Semalam Ai tak dapat tidur. Abang jangan risau okey. Ai tak apa apa.”

“Aisya tak nak pergi hospital? Nanti abah suruh Azwim hantar ke hospital. Along cutikan hari ni?” soal abah kepada Azwim. Azwim hanya menganggukkan kepala.

"Abang teman Ai ya? Lepas makan nanti kita terus ke hospital.” Azwim mempelawa dirinya. Risaunya hati dia. Hanya Tuhan yang tahu.

Aisya hanya menganggukkan kepala. Suasana ketika makan pagi ini hanya didengari dengan celoteh keluarga ini. Merekalah keluarga yang paling bahagia.

Dia dapat rasakan ada tangan yang menggenggam erat tangannya. Dia menoleh kepada Kak Asma di sampingnya. Dia membalas genggaman itu.

Di ukir sebuah senyuman yang cukup manis kepada wanita itu.

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023