Oct 28, 2012

Secret garden versi mihrab



 Sebuah taman yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapapun.. sebuah taman yang dipenuhi alam flora dan faunanya,,, semua hidupan hidup dengan bebas. Sesiapa yang melangkah masuk, pasti akan terkena jerat. Begitu kuatnya jerat yang dipasang, hinggakan mereka yang melangkah tidak merasa mahu keluar. Kerana terpesona dengan tamannya.
Disisi siripnya, terdapat sebuah air terjun yang mana airnya yang menjunam kedalam kedengaran begitu merdu.. unggas bermain bebas didalam tasiknya. Sebuah aspura ditengah tengahnya. Sekelilingnya bertatahkan emas, candiliernya diperbuat daripada balang Kristal.
Ramai yang cuba memasuki aspuranya. Namun tiada seorang pun yang berjaya memasukinya. Barang sesiapa pun tidak Berjaya memasuki tempatnya. Sesiapa yang cuba menceroboh, akan ditimpa malang. Secret Garden dikelilingi bermacam jenis haiwan berbisa. Setiap penjuru ia dikawal ketat semua binatang tersebut. Hinggakan mereka tidak berjaya untuk memasukinya. Bahkan jika mereka itu datang hanya sehampir 60 hasta akan diburu dan dikejar binatang tersebut.
Antara binatang yang berkawal di darat ialah ular tedung, ular sawa, harimau, beruang, manakala mereka yang berkawal dalam tanah seperti semut, kala jengking dan anai anai. Mereka mengangkat sumpah taat setia untuk tidak berpecah belah dan bersama menjaga Secret Garden.
Keliling Secret Garden diliputi tumbuhan berduri yang menjalar pada kesemua tamannya. Bahkan sesiapa yang melihatnya akan berperasangka ianya lubuk puaka yang menyeramkan. Sesiapa pun tidak berani memunculkan diri mereka disana.
Secret Garden dimiliki oleh seseorang. Dia bernama Mihrab. Kehidupannya hanya berseorangan. Ia hanya bergaul dengan orang orang tertentu sahaja. Setiap hari setiap masa, dia keseorangan. Dia tidak pernah mempedulikan akan hal dunia luar. Baginya hidup begini sudah mencukupi buatnya. kehidupannya hanya berkisarkan sendirian sahaja. Namun kekuatannya telah membuka satu jalan yang besar tanpa pengetahuan umum.
   
Sebuah magis terjadi. Dengan kekuatan yang ada, dia telah membuka satu cabang yang telah mewujudkan satu suasana yang mendamaikan. Pintu pagarnya, diperbuat daripada emas, manakala lampunya merupakan sebuah cendilier yang diperbuat daripada kristal. Apabila tangannya diangkat, para penjaga pintu yang terdiri daripada tikus tikus segera memutarkan palang untuk membukakan pintu tersebut. Pakaian tikus tikus tersebut lain benar, ia diperbuat dari sutera hijau yang lembut dan bersinar. Pintu pagar yang setinggi 60 hasta itu segera terbuka.
Dia menuju langkah ke dalamnya. Sungguh mengasyikkan, suasana menghijau di tutupi kanopi yang mendamaikan.setiap penjuru dan tepi jalan terdapat bunga bungaan yang wangi dan cantik. Setiap kali dia melangkah, akan di kelilingi debunga yang menyanyi menyambut kehadirannya. Didalamnya terdapat berbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Suasananya begitu tenang. Unggasnya, serta haiwannya bermain dan menikmati alam. Semua hidupan bebas melakukan aktiviti mereka dimana mana sahaja, tanpa ada kedudukan seorang manusia, kecuali pemiliknya, Mihrab.
Mihrab berjalan mengelingi tamannya. Ia bermain dengan haiwan yang terdapat disitu. Semua haiwan amat menyenangi pemiliknya. Mereka bermain dengan girang sekali, tiada sedikit pun perasaan bosan. Mereka bernyanyi dengan penuh seni, alunannya yang merdu membuatkan hari semakin panjang.. itulah kelebihan di taman tersebut. Sehari di taman tersebut, seminit lamanya di alam nyata. Begitu takjub masa yang diberi.
Mihrab berjalan melalui denai yang berhampiran sungai. Dilihatnya seekor ikan emas yang hampir mati melekat pada rumput. Sungguh kasihan, ekornya yang hampir hancur bisa memungkinkan yang ianya akan mampu berenang didalam air. Begitu sayu sekali. Lalu mihrab meletakkan ikan emas  tersebut ke dalam kedua telapak tangannya. Lalu diletakkan didalam kolam yang berada di tengah aspura. Kolam tersebut diperbuat dari balang kaca zaitun yang bersilau gemerlapannya.

*****

Mihrab termenung memikirkan perkara yang terjadi kepada dirinya di dunia nyata. Dalam dunia nyata, kehidupannya penuh derita. Tiada sesiapa pun yang dapat mengubatinya. Di dunia nyata. Kehidupannya penuh terluka, setiap hari lukanya makin membesar. Dia seorang yang penyabar, namun kerana sifatnya yang penyabar, ramai manusia yang mempermainkannya. Itu menambahkan lagi lukanya.
Setiap hari, dia merintih. Minta semuanya yang berlaku hanya mimpi. Dia tidak sanggup menghadapinya. Semakin hari, semakin parah lukanya. Dia sering termenung, bila memikirkan tentang hidupnya, dia akan mula terasa marah. Marah dan dendam pada manusia yang durjana. Dalam hatinya, tersimpan seribu rahsia yang belum terungkap. Sebuah rencana yang belum tentu akan dilakukannya.
Dahulu, kehidupannya hanya berseorangan. Hanya ditemani oleh ahli keluarga dan beberapa orang sahabat. Hidupnya hanya seorang, tapi penuh kegembiraan. Tiada seorang pun orang luar yang hadir dalam hidupnya. Taman taman hidupnya penuh warna warni. Namun segalanya telah berubah. Seorang sahabat telah membawa dirinya keluar ke dunia luar. Sejak itu hidupnya berubah dikelilingi ramai manusia. Menjadi seorang yang girang, bergurau senda dengan mereka. Hilang semua kesunyian selama ini.
Dirinya bergembira sesama mereka. Walaupun telah keluar dari dunianya yang dahulu, dia masih lagi seorang yang baik, pendiam dan penyabar. Dia mula mengenali ramai orang. Pada mulanya mereka kelihatan amat baik, bermanis mulut bila bercakap. Namun, lama kelamaan semuanya terbongkar. Rupa Rupanya mereka itu hanya manusia yang bertopeng. Segalanya musnah.
Mihrab mendiamkan diri sahaja. Sepanjang hidupnya dia hanya menahan di dalam hati. Kesedihannya hanya terjadi didalam hati. Setiap saat dirinya menangis. Namun tiada sesiapa pun yang tahu. Kerana Mihrab tidak pernah menangis pada luaran. Hanya menangis dan merintih dalam hati. Lama kelamaan lukanya bertambah. Hidupnya penuh gundah, benci menguasai dirinya. Terkunci kemas dalam dirinya.
Mihrab terlantar diatas aspura Secret Garden. Tanpa sedari air matanya keluar tanpa henti. Ya.. inilah kali pertama Mihrab menangis. Dia terlena dalam airmata kecewa. Kecewa dengan sikap manusia. Di luar, dirinya hanya menjadi boneka hidup yang dijadikan permainan untuk mereka bersuka ria. Tanpa memikirkan hati dan perasaan dirinya. Apabila diperlukan, dia akan di jaga bagai menatang minyak yang penuh, tetapi.. bila tidak diperlukan, dirinya akan dibuang jauh jauh.. Mihrab baru tersedar siapa dirinya yang sebenar.
“ Aku benci kau! Aku benci sangat sangat engkau! Keluar kau dari hidup aku! Aku benci engkau! Benci yang amat sangat..!!” Mihrab melaung sekuat hatinya. Dalam hatinya perasaan marah dan benci sedang membara. Seperti gunung berapi yang menghembuskan lavanya ke luar dan memusnahkan apa sahaja yang ada disekelilingnya.
Semakin hari, semakin bercambah perasaan bencinya pada manusia. Dia akan mula marah apabila terkenangkan sikap manusia terhadapnya. Nun dalam hati, dia berkata, engkau akan terima pembalasan dari aku.. suatu hari nanti. Dengus Mihrab.
“Ah.. sakitnya...” begema suara Mihrab didalam bilik. Ya Tuhan, sakitnya dada aku. Mengapa ia begitu sakit? Aku tidak mampu mengharunginya. Terasa pedih dan sakit pada bahagian dadanya. Sakit ini hanya kadang kadang bertandang. Namun, setiap kali ia datang, pasti menyeksakan dirinya. Tapi dia harus kuat, kerana itu ujian dari Allah.
Dia meringkuk disebalik selimut. Menahan rasa sakit yang amat. Dia teringat sesuatu, seorang sahabat yang amat rapat dengannya telah pergi meninggalkannya untuk selamanya akibat sakit pada bahagian dada. Ya Allah, aku tidak mahu mati lagi. Tolonglah hambamu ini Ya Allah. Dia merayu dalam sakit.
Setiap hari, perasaan benci dan marahnya semakin membuak buak.. dia tidak tahu lagi bagaimana untuk menanggung semua luka di hatinya. Hanya mampu berserah sahaja kepada Tuhan. Dia sedar, tiada gunanya dia menyimpan dendam, jika akhirnya dia sendiri yang terluka.
Mihrab terlena dalam sakitnya. Akhirnya dia sampai di sebuah tempat yang indah, iaitu Secret Garden. Dia berhenti pada sebuah pohon yang kering di tamannya. Begitu dingin suasana di taman. Luas saujana mata memandang.

*****

Dia berbisik sesuatu pada pohon tersebut. “Wahai pokok, engkau sememangnya sudah kering, namun engkau tetap teguh berdiri untuk tatapan semua. Wahai pokok, andainya lah dirimu akan lupus suatu hari nanti, apa yang akan terjadi? Sesungguhnya aku percaya. Dirimu tidak akan patah, kerna ramai yang menyayangimu. Sesungguhnya, amat bertuah dirimu ini. Biarpun dirimu sudah kering, namun engkau amat bermanfaat. Engkau masih lagi berkhidmat untuk sang burung yang keletihan berterbangan untuk menumpang rehat, untuk sang tupai, sang semut menumpang untuk tinggal bersamamu disini.memang bertuah dirimu.”
Mihrab berjalan sekitar Secret Garden. Dilihatnya semua haiwan dan tumbuhan sedang bersukaria bermain. Dia tersenyum puas. Inilah dunia yang paling tenag buat dirinya. Dia menyusuri lembah lembah kecil diatas bukit. Disitu dia berhenti untuk berehat. Dia memandang keadaan sekeliling, begitu menakjubkan. Mungkin tiada sesiapa pernah datang kesini.
Dia meneruskan perjalannya. Tetiba, “argh!!!! Sakit…” itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Dia memegang kedua dua tangannya di kepala. Dia terduduk menahan rasa sakit yang amat sangat.            “ tolong.. sakit.” Rintih Mihrab. Ya Allah.. sakitnya kepala aku. Mengapa ia harus terjadi begini Ya Allah. Sayu Mihrab merintih. Sakit yang ditanggung olehnya sejak berumur 11 tahun lagi. Dahulu, sakit kepalanya jarang bertandang. Namun sejak akhir akhir ini dalam umur dewasa, sakitnya kerap datang. Tambahan pula, sakit pada bahagian perut pula kian terasa.
Amat pedih sekali. Sesekali dia menahan rasa sakitnya. Namun, dia hanya insan yang lemah. Tidak mampu bertahan. Tapi, kerana Tuhan, tetap digagahi juga akannya. Dia tersedar dari tidurnya yang panjang. Sakit pada bahagian dada dan perut masih terasa lagi. Bila agaknya ia akan hilang.
Dia menuju ke kamar mandi, lalu dibasahkan tubuhnya. Selesai mandi, segera mengambil wuduk. Setelah itu, ia menuju ke bilik untuk menunaikan solat.
“ Aku benci kau! Aku benci sangat sangat engkau! Keluar kau dari hidup aku! Aku benci engkau! Benci yang amat sangat..!!”. masih terngiang ngiang lagi dalam kepala mihrab akan kata katanya pada hari itu. Dia termenung. Orang yang sangat dikasihinya sanggup menyakiti hatinya. Sanggup melakukan perkara begitu terhadapnya. Begitu sakit hatinya. Dia berharap, orang sanggup menyakiti hatinya pergi jauh jauh dalam hidupnya. Namun jauh di sudut hati. Dia masih lagi menyayangi dan amat merinduinya.
Bila teringatkan kembali, ingin sahaja dia musnahkan mereka yang menyakitkan hatinya itu. Tapi kasih sayang masih lagi wujud dalam jiwanya. Jika tidak sudah lama mereka tiada di atas dunia ini.
Penat yang amat sangat dirasainya. Ingin sahaja dia meninggalkan dunia ini selamanya. Tidak sanggup menghadapi segala cubaan dari manusia bertopeng.
Mihrab menyandar pada titian Secret Garden. Dia terlena. Walaupun dirinya sudah tidur, tetapi akalnya masih lagi bergerak. Dalam mindanya, dia mula membina sebuah singgahsana untuknya beradu dalam taman itu. Cahaya memancar keseluruh kawasan dan membentuk seperti sebuah katil. Sebuah singgahsana yang bertatahkan emas berkilau apabila terkena sinaran sinaran matahari. Di celah celahnya pula, terdapat kristal yang berkilau. Ia bercahaya pada waktu gelap. Sinaran itu bisa membuatkan suasana yang tenang dan nyaman.
Dia membina pula sebuah pintu yang tingginya setinggi 240 meter. Mungkin itu pintu yang paling tertinggi di Secret Garden. Sebuah pintu yang ditutupi perak itu kelihatan amat besar. Mihrab berbicara, “ wahai pintu sakti, akan aku buka untuk sesiapa memasukinya. Selagi mereka tidak melangar peraturanku, mereka akan teselamat. Sekiranya mereka berdusta, akan aku binasakan mereka tanpa ada sebarang belas kasihan dari aku. Sesungguhnya, jika aku berkata aku amat membenci, bermakna selamanya aku benci. Wahai pintu sakti engkau akan menjadi saksi ku pada hari ini.”
Mihrab tersedar dari tidurnya. Di dapatinya terdapat sebuah singgahsana dan pintu yang amat besar di sisinya. Baru dia sedar bahawa dia yang telah mewujudkan keduanya. Lantas dia mengeluarkan sebiji kristal yang terdapat padanya. Lalu diangkat tinggi kristal tersebut. Terpancarlah sinaran kristal itu seluruh pelusuk taman. Lalu ia berkata, “ inilah kristalku yang telah aku wujudkan Secret Garden. Barang sesiapa tidak boleh mengambilnya dari aku. Sesiapa yang ingkar akan aku hukum sampai binasa.” Kristal itu berwarna kaca kilauan keemasan. Lut sinar nampaknya.
 Semua haiwan dan tumbuhan kelihatan akur dan tiada setitik pun tidak senang hati pada diri mereka. Mereka semua bergembira.
 Entah dari mana silapnya, sekumpulan manusia mula memasuki Secret Garden tanpa pengetahuan Mihrab. Mereka semua kelihatan sungguh kaku. Barangkali terpesona dengan tamannya. Mereka kelihatan sedang meneliti hampir kesemua taman. Ada pula diantara mereka sedang menikmati alam tersebut.
 Mihrab mula memasuki tamannya. Dia tidak perasan bahawa sudah ada manusia telah memasuki tamannya. Mihrab melaui jalan yang diperbuat dari kaca. Kelihatan bersinar dan memancar. Dia melihat alam sekeliling. Terpana, ada sekumpulan manusia sedang berehat berhampiran singgahsananya.
Mihrab mengalu alukan kedatangan mereka. Mereka semua kelihatan sungguh gembira. Mereka dibawa melihat sambil menikmati suasana secret garden. Mereka begitu asyik memerhati keadaan sekeliling. Sungguh indah sekali. Inilah tempat yang paling indah yang pernah mereka lihat.
Kelihatan mereka sedang bertengkar sesama sendiri. Semua binatang lari menjauh dari mereka. Mereka bertumbuk lagi. Mihrab menghampiri mereka. Kerena tidak tahan dengan karenah mereka. Mihrab telah memanggil ular tedung yang berkepala lima datang kapadanya. Mereka yang melihatnya bertempiaran lari.
Mihrab tersenyum puas. Akhirnya mereka berjaya juga diusir. “ pengawal pintu! Tutup semua pintu masuk, aku larang sesiapa untuk memasukinya. Melainkan mendapat izin dariku.”
Tikus tikus itu faham. Dia segera menurut perintah Mihrab. Pintu telah ditutup rapat rapat. Utara selatan, timur dan barat telah tertutup. Tiada sesiapa yang dapat masuk kedalamnya lagi.
*******

Suasana suram sedikit, apabila keadaan seperti ingin hujan. Mihrab berdiri berhampiran jendela. Memerhati kanak kanak yang sedang bermain dengan lagaknya. Asyik nampaknya mereka bermain. Sakit dalam dada masih lagi belum hilang. Bila agaknya ia akan sembuh seperti sedia kala ya. Itulah yang bermain dalam benak Mihrab.
 Dia membelek novel novel yang diberi oleh abang angkatnya sewaktu berkunjung ke kuala lumpur hari itu. Sebanyak 5 naskah ada ditangannya. Jika ikutkan hatinya, nak ambil semua novel yang ada disitu untuk di beli. Maklumlah kan.. ada orang yang nak tolong bayarkan. Tapi apakan daya, nak ambil banyak takut dikatakan pula dia ni over sangat.. ambil ajela 5 naskah. Tu pun dah habis kesemuanya dibaca.
Kesemua novel berkisarkan alam percintaan, Kesedihan dan kesengsaraan. Dia terasa seperti dalam cerita novel itu pula. Yelah kan.. hidupnya tak pernah aman sejak mengenali manusia bertopeng. Lagi la hancur hatinya. Semalam dah disapu ubat pada dadanya, tapi sakit tu hilang sekejap. Bila teringatkan wajah manusia bertopeng, semakin sakit pula dadanya. Sakit sangat sangat.
Sekejap lagi dia akan ke bandar bersama rakannya yang baru balik untuk cuti semester. Kenapa la agaknya semester  tidak sama ye? Mihrab cuti lebih awal manakala rakannya seminggu lagi untuk mihrab memulakan semester baharu, baru kawannya cuti. Tak sempatla nak bermesra dengan rakannya. Boleh la hilangkan sikit perasaan marah pada manusia bertopeng.
Almaklumlah kan.. sejak mengenal manusia bertopeng, hatinya selalu tergores, sakit dan kecewa. Kalau boloeh dia ingin melupakan manusia bertopeng itu secepatnya. Biarlah dia yang menderita. Asalkan mereka semua bahagia. Korban diri demi mereka, apa salahnya. Betul tak?
 “Argh!!!!!!! Benci aku.. mengapa la kau selalu hadir dalam ingatan aku? Tak cukupkah lagi kau membuat aku terseksa sejak mengenalimu. Aku benci kau. Benci sangat sangat. Kenapa kau segar dalam ingatan aku? Tak cukupkah apa yang telah kau buat pada aku hah? Ak sakit, terseksa kerana kau? Ada kau faham perasaan aku? Aku benci kau.. benci!!!”. Bentak Mihrab pada lamunannya, yang tiba tiba hadir manusia bertopeng di dalamnya. Ya Allah, mengapa ia segar dalam mindaku. Aku benci akannya. Aku mahu bebas darinya. Kerana dialah yang selalu membuatkan aku terguris, merana, betapa sakitnya hatiku Ya Allah. Aku benci dia. Aku tak mahu ingatkannya. Biarlah dia hilang dalam hidupku. Rintih Mihrab.
Terngiang ngiang lagu sudah cukup sudah nyanyaian dari Nirwana Band. Lagu ni sebijik apa yang terjadi atasnya. Kesedihan menimpa dirinya. Alangkah bahagianya jika orang yang kita sayang juga menyayangi kita seperti mana kita sayang padanya. Mengapa tidak aku? Menyayangi dirinya. Tetapi aku tidak tahu sejauh mana kebenaran bahawa dia juga menyayangi aku. Kata kata sayang yang diucapnya seperti tidak ikhlas, seolah olah untuk mengambil hati kau semata mata. Seperti aku dipermainkan olehnya sahaja.
 Mengapa aku tidak boleh menyayangi orang lain. Sedangkan ramai diluar sana yang sayangkan aku. Aku buntu. Mengapa aku sangat menyayangi dirinya. Tetapi aku juga seperti sedang dipermainkan olehnya sahaja. Jika benar aku dipermainkan.. owh.. begitu terlukanya diri aku. Begitu bodoh kerana menyayangi dirinya sedangkan aku tak ubah seperti permainan olehnya. Seperti boneka hidup yang kehausan. Bodohnya aku..
 Mengapa engkau hadir dalam hidup aku? Mengapa sejak kehadiranmu aku bertambah terluka? Mengapa? Sejak engkau hadir aku sentiasa dalam kesedihan. Sejak kau hadir, aku tidak pernah terasa gembira? Hanya keresahan yang ada dalam diri aku. Mengapa engkau tega melakukan ini pada aku? Adakah engkau tiada hati perut? Tidak nampakkah engkau betapa diri aku merana kerana engkau? Aku sakit tapi aku cuba kawal perasaan sakit aku. Tapi masalah lain pula yang timbul. Aku sakit dada. Jantung aku sentiasa berdegup kencang. Mengapa bala terus menimpa aku? Apakah engkau tidak kasihankan aku? Aku merayu pada kau, lepaskanlah aku. Bagilah aku hidup dengan aman di dunia aku. Biarlah aku menjadi pengemis. Asalkan engkau melepaskan aku.
 Aku tidak pernah gembira sejak bertemu denganmu. Apa yang telah engkau lakukan pada aku? Memang aku senyum, tapi aku terpaksa pura pura semata mata untuk hilangkan marah aku pada engkau. Tapi apa yang engkau lakukan? Memang sukar untuk aku hilangkan perasaan marah aku pada engkau. Mengapa ia harus terjadi? Aku sedih sangat.. rintih Mihrab dalam hati kesunyian.
Dahulu aku hanya sendirian. Tapi tiada pun sedikit kedukaan. Tapi sejak kenal engkau, bertambah parah luka hatiku hari demi hari. Naik gila aku memikirkannya. Kadang kadang aku bercakap seorang diri. Semata mata untuk melupakan wajahmu yang selalu membuat aku derita. Tapi bila sahaja aku terasa kosong, tiba tiba wajah engkau pula yang muncul dalam fikiranku. Bertambah celaru aku dibuatnya. Mengapa harus engkau hadir dalam hidup aku, jika semata mata untuk menyakiti hatiku yang sememangnya sudah tergores. Rayunya lagi dalam keheningan fajar.
Sesekali Mihrab membelek telefonnya. Dahulu setiap hari telefonnya berbunyi. Tapi sekarang, sudah agak jarang kedengaran. Hidupnya macam tidak keruan sekali. Benci dan marah yang tidak sudah pada manusia bertopeng. Kerana dia aku menderita.
Manusia hanya tahu berdusta desis hatinya. Akhirnya dia terlena. Ya... lena yang lama. Dia membuka matanya. Sang burung hinggap di atas dadanya. Biarkan ia berlalu. Aku gembira dengan dunia aku... Secret Garden tempatku untuk selamanya.
Pintu Secret Garden bercahaya terang. Cahaya itu mengelilingi berbentuk pusaran. Akhirnya semua tersergam indah. Mihrab tersenyum. Manusia akan terima akibatnya.

TAMAT….

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023