Walaupun
kita tidak serupa, aku tetap mencintaimu…
Aku memandang kawasan sekeliling. Tanganku naik
memegang dadaku. Masih lagi berdetak kencang. Sekali lagi aku cuba menoleh ke
arah pintu. Yess, walid tiada. Bibirku mengukir senyum. Alhamdulillah, terima
kasih Ya Allah…
Dengan langkah berhati hati aku menuju ke pintu
utama. Pengawal walid tiada. Lagi bertambah senyumanku tika ini. Aku berjalan
berjengket menuju ke pintu. Sudah seminggu aku di kurung walid di Istana megah
ini.
Seminggu berada dalam istana menambahkan lagi
kebosanan dalam jiwaku. Aku ingin hidup bebas sama seperti yang lain. Kenapa
hidupku tidak pernah sama dengan mereka. Aku hanya mampu berkawan dengan
pengawal, dayang dan juga mereka yang ada dalam istana.
Kehidupanku sangat terbatas. Aku hanya didedahkan
soal pengurusan istana sahaja. Untuk keluar istana pun mesti ada pengawal yang
berada di sampingku. Itu membuatkan bertambah kuno bagi aku. Ye lah, tidak
sekali aku dibenarkan berjalan seorang diri.
Kaki masih ku atur ke pintu istana. “ adinda
Indera!” satu suara kedengaran begitu lantang di belakang aku. Pantas aku
menoleh kebelakang. Kelihatan kakanda sulungku sedang bercekak pinggang dari
arah tangga.
“Adinda mahu ke mana?” soalnya lagi setelah lama aku
membatu diri. Suara kakanda ku ini boleh membuat semua haiwan mati terkejut.
Lantang mengalahkan suara lembu di kandang. Aku masih termagu magu. Memikirkan
cara untuk melepaskan diri.
“Er… adinda mahu ke taman kakanda. Mahu menghirup
udara segar.” Jawabku dengan tergagap gagap. Kakanda ku tidak boleh tahu kemana
aku ingin pergi sebenarnya. Bertambah rumit jika dia melaporkan kepada walid.
Kakanda sulungku tidak sama seperti kakandaku yang lain. Dia lebih rapat dengan
walid.
“Adinda tidak berbohong?” dia menghampiriku.
lagaknya tidak seperti kebiasaan. Raut wajahnya masih lagi merenung ke arahku.
Tanda tidak percaya. Lama dia memandangku, seperti sedang mencari rahsia yang
terselit dalam hatiku. Kalau dadaku boleh dibelah, pasti dia akan melakukannya.
“Yup, betulla.” Aku cuba menghalang dirinya dari
terus mengorek rahsia. Aku hanya memandangnya dengan senyuman. Senyuman yang
manis buat kakandaku ini seorang yang bawel atau lebih dikenali sebagai
menjengkelkan.
“Adinda jangan ulang perkara yang sama. Adinda masih
ingat lagi pesan walid?” soalnya lagi. Pesan walid? Apa yer? Aku pun dah tak
ingat. Yang aku ingat, masa walid marahkan aku, aku hanya buat endah tak endah
sahaja. Otakku masih lagi ligat memikirkan perkara yang disampaikan oleh walid
tempoh hari. Hai otak, cepatla berfungsi.
“Ingat… walid mana?”
“Walid ke Roman dua hari lepas, ada urusan yang nak
di selesaikan kat sana. Malam nanti baru balik. Kenapa?”
“Tak ada apa la. Patutla tak Nampak walid. Okeyla,
Indera keluar dulu. Assalamualaiku.” Hati ku melonjak kegembiraan. Maknanya aku
boleh la keluar sampai petang. Walid balik malam. Yeah…
=========
“Lagi sekali walid dengar kamu keluar dari istana
sesuka hati, walid tidak teragak agak untuk menghalau kamu keluar dari sini.
Biar kamu hidup sendirian di luar sana. Lagi pula umur kamu bukan muda lagi,
sudah menjangkau 24 tahun.” Lantang sekali suara walid.
Aku yang masih lagi bertenggek di atas sofa lembut
hanya memandang sepi ke arah lantai marmar yang di hampar karpet berbunga.
Otakku masih lagi cuba mencerna apa yang di ungkapkan walid sebentar tadi.
Halau? Halau apa pulak walid ni.
“Dengar tak ni Indera Faiq Qawwim? Kamu jangan
sesekali cuba keluar lagi dari istana. Ni bukan sekali walid dengar kamu keluar
dari istana. Tetapi hampir setiap hari kamu keluar. Betul tak? Cuba bagi tahu
walid ke mana kamu pergi yang sebenarnya?”
Aku menelan liur. Walid tahu aku keluar istana
setiap hari? Compress Indera, bertenang. Walid tak kan berani menghalau kau la
dari istana. Walid hanya bergurau sahaja tu. Jantungku berdegup tak sekata.
Bimbang jika walid benar benar mengotakan janjinya itu.
“Faham.” Ucapku sepatah. Walid yang masih lagi
bercekak pinggang sudah tidak dihiraukan lagi. Aku ingin berehat dahulu. Aku
melangkah masuk ke dalam bilik. Sampai di bilik, pintu ku buka dengan hati yang
sebal. Aku menghempaskan tubuhku di atas sofa lembut milikku. Mataku pejam
rapat.
======
Seorang perempuan yang cantik sekali. Dia sedang
berjalan menuju ke arah tasik. Lembutnya wajah, putih. Yang paling aku kagum,
ada nur di wajahnya. Ahh, tanganku memegang dada. Kenapa la kau berdebar hai
jantung.
Mataku dari tadi lagi memerhatikannya. Cantik
sangat, dengan berjubah labuh dan tudung labuh, fuhh, memang ini la wanita yang
ku idamkan sedari dahulu lagi. Dia sedang duduk di kerusi. Di tangannya
terdapat sebuah buku. Kelihatan dirinya begitu khusyuk membaca. Membaca novel
barangkali.
Aku yang juga sedang duduk di kerusi tidak jauh
darinya hanya mampu melihat sahaja. Selalunya aku akan melepak disini sahaja
bila aku memboloskan diri dari istana. Nak berkawan, dengan siapalah aku nak
berkawan. Langsung aku tidak kenal mereka di luar. Memang katak di bawah
tempurung la kau Indera! Desis hati kecilku.
Mana taknya, setiap hari istana la tempat aku
melihat. Nasib baik ada internet. Dapat juga aku merujuk dunia luar melaluinya.
Aku memang berterima kasih sangat pada internet. Kerana dia la aku tahu tempat
yang menarik di luar salah satunya tasik ini. Berkat bantuan google image dan
google maps. Lagi pula ia tidak jauh dari istana. Sebab itu aku hanya berjalan
kaki sahaja.
Owh ya, aku keluar istana pun ikut lubang yang aku
buat masa umur aku 17 tahun melalui taman istana. Hehehe, masa tu aku teringin
sangat nak keluar istana sebab ada Expo bersebelahan istana. Sampai sekarang
aku masih lagi keluar melalui lubang itu. Lubang itu banyak berjasa untuk aku
seorang ini.
Kelihatan perempuan itu senang berjalan ke arahku.
Opss, bukan ke arahku sebenarnya tetapi berjalan ikut jalan kebetulan arah dia
berjalan dari arahku. Memang cantik perempuan ni.
Sedang leka aku memerhatikannya atas kerusi. Seorang
budak kecil sedang menangis dihadapanku. Aku hanya buat buat tak tahu sahaja.
Lagi pula aku tidak pandai bergaul dengan budak kecil. Mataku pula memerhati
apabila perempuan itu berhenti di hadapan budak kecil itu. Dia mengusap ngusap
kepala budak kecil itu. Apa yang diperkatakan oleh perempuan itu aku tidak
dengar kerana kedudukan yang agak jauh sedikit dariku.
Perempuan itu memimpin tangan budak kecil itu ke arah
pakcik yang sedang menjual aiskrim. Mataku terus memandang seraut wajah itu. Ingin
sekali rasanya untukku menghampirinya. Namun aku takut, jika dirinya sudah
berpunya.
Seusai membeli aiskrim, perempuan itu memimpin anak
kecil itu ke arah kerusi. Dalam hati aku berdoa, semoga dia duduk di kerusi
berhampiran denganku. dengan itu aku bisa memandang dirinya sepuas puasnya.
Aku mengucap syukur, dia duduk di kerusi berhadapan
denganku. tanpa sedar aku mengukir senyuman. Ralit aku memandangnya. Tiba tiba,
sepasang suami isteri menghampiri mereka. Entah siapa aku tidak tahu. Mungkin ibu
bapanya atau bukan. Owh hati, sudah tidak tertahan mahu menghampiri mereka. Namun
ku tahan juga..
Pasangan itu membawa anak kecil pergi dari situ. ‘Terima
kasih kerana menjaga anak kami’ itu yang aku dengar. Jadi, mereka itu bukan
orang tua perempuan itu lah yer? Hatiku berbunga riang.
Mataku masih tidak puas memandang raut itu. Dia bangun
dari kerusi untuk berlalu pergi. Dia menghampiriku. dia sempat berhenti
didepanku. Dia mengukir senyuman yang cukup manis sekali.
Merah padam rasanya mukaku. Kantoi… ahh,
senyumannya, bisa membuat aku tidak bisa tidur dengan lena malam ini.. aku
cinta kamu!!! Owh, ingin sekali aku bertempik memberitahunya… dadaku berdegup
makin kencang. Seperti kejap lagi aku terpaksa pergi ke hospital membuat
pemerikasaan jantungku.
bersambung..
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini