BUKAN SESIAPA
Seorang gadis naïf. Hidup yang dipenuhi
dalam kebencian keluarga sendiri. Puas mencari dan menilik kesalahan apa yang
telah dilakukan, langsung tidak membuahkan hasil. Dalam hidup seharian dia
dipulaukan oleh abang-abang dan kakaknya sendiri.
Ibu…
telah lama pergi menghadap ilahi sejak dirinya mula mengenal apa itu dunia.
telah lama pergi menghadap ilahi sejak dirinya mula mengenal apa itu dunia.
Ayah…
menghilang buat sekian lamanya. Setelah kematian ibu, ayah membawa diri sampai sekarang.
menghilang buat sekian lamanya. Setelah kematian ibu, ayah membawa diri sampai sekarang.
Baru pandai bertatih mengenal
huruf, hidupnya telah diserahkan kepada seorang pengasuh yang miskin.
Mak Imah, seorang wanita tua yang
sanggup menggalas beban memikul tanggungjawab untuk memelihara gadis itu. Tidak
pernah terdetik dalam hidupnya, gadis itu menyusahkannya. Baginya itulah anaknya
dunia dan akhirat. Setelah kesemua anaknya Berjaya dalam hidup. Kehidupan wanita
tua itu langsung tidak diambil peduli. Bagi mereka ibunya telah MATI!!!
Rabiah Mardiyah, perwatakan seorang gadis
yang cantik dan sopan. Bertudung labuh hingga paras bawah dada. Merupakan seorang
gadis yang sedia maklum, dipenuhi ilmu akhirat didada. Biarpun hidup sering
dibenci dan diherdik. Langsung tidak berbekas dalam dirinya. Baginya sabar
adalah segalanya. Untuk Tuhan dia serah ketentuannya.
Rumah agam yang terbentang indah,
langsung tidak memberi berkas dalam jiwa. Tidak pernah terdetik dalam hidupnya
untuk tinggal dalam rumah mewah itu. Tidak layak untuknya. Baginya, sangkar
emas itu bukan hak miliknya. Biarlah abang-abang dan kakaknya yang tinggal di situ.
Sedar akan penerimaan keluarga sendiri dalam hidupnya. Bagi mereka, dia
hanyalah pembawa SIAL dalam kehidupan mereka berkeluarga.
Berpeluang melanjutkan pelajaran di
Negeri Sembilan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tiga tahun menghabiskan
pengajian, dia diterima bekerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di
Malaysia. Kepunyaan yang berpangkat Tan Sri.
Sebulan belajar bekerja. Dirinya sentiasa
menjadi bahan cemuhan buat warga dalam syarikat apabila diri dikaitkan dengan
anak pengarah syarikat.
“tidak malu, perempuan jalang,
perempuan murah, ustazah jelik.” Penghinaan demi penghinaan yang diterima. Hanya
zikir yang setia dibibir. Sabar. Itu yang ada. Ikhlas. Pasti Tuhan merancana
sesuatu.
Air yang tenang jangan disangka
tiada buaya. Itulah peribahasa.
Terkadas dalam kancah derita saat
dirinya dikahwinkan dengan anak pemilik IM Holdings. Atas satu kesilapan atau
dirancang oleh sesorang, mereka dikahwinkan.
Air mata ibu tersayang, Mak Imah
terpahat kukuh dalam jiwa. Luluh hatinya bila melihat air mata orang yang dia
ada didunia lebat mengalir membasahi pipi. Wajah penuh kedutan itu menjelaskan
betapa terkilannya anak yang di sayang sanggup berbuat demikian. Biarpun hati
menyangkal keras.
Puas dirinya membela diri, namun tiada
seorang pun yang mempercayai. Akhirnya roboh begitu sahaja pertahananya. Kesalahan
yang tidak pernah dia lakukan!
Air mata bukan jalan terbaik. Dia telah
bersumpah! Tiada air mata dalam kamus hidup.
Adik beradik yang lain hanya
memandang sinis.
“Kau memang pembawa sial! Kau sepatutnya dah lama mati. Sekarang kau dah
hancurkan maruah orang yang tidak bersalah!” tengkingan dan herdikan abang
dan kakaknya masih kukuh. Di hadapan semua orang dirinya dipermalukan. Lebih lagi
dihadapan Tan Sri Idham selaku CEO syarikat tempat bekerja.
Nur Firman, bergelar jutawan muda. Hidup
yang dilimpahi kemewahan.Selaku bakal pemilik IM Holdings. Memiliki rupa paras
yang hensem dan kacak membuat ramai wanita tertewas padanya. Lelaki kasanova
dan berhidung belang. Pantang melihat wanita cantik. Pasti akan digayatnya. Tapi
tidak pada seseorang.
Setiap kali melihat wajah itu,
perasannya membuak-buak penuh kebencian. Entah kenapa, melihat wajah tenang itu
sedia membuat hatinya bertambah sakit. Benci melihat wajah yang tenang. Seolah mencabar
dirinya.
Perkahwinan yang tidak terduga ini
menambahkan lagi kebencian buat wanita itu. Baginya wanita itu adalah puncanya.
Lebih lagi apabila melihat herdikan dari abang kandung wanita itu. Dalam kamus
memori terselit kemas perkataan SIAL untuk wanita itu.
Yang pasti, dia akan memberi pengajaran
yang setimpal untuk wanita itu. Dia akan memastikan wanita itu mula merasai
penderitaan yang akan dilakukan.
Kerana perkahwinan ini, buah
hatinya Edina merajuk dan membawa diri ke Utara dunia. Ini menambahkan lagi api
kemarahan Nur Firhan buat wanita itu.
Setiap hari hanya dendam sahaja
untuk wanita yang bergelar isteri.
“Dah la mak kau tu mati sebab kau! Abang dan kakak kau pun benci dengan
kau. Memang patut pun diorang bencikan kau. Nak tahu kenapa? Sebab kau memang
SIAL. Kau tau sial tu apa hah! B.A.L.A!!!”
“Eh, dah la kau buat-buat tenang macam tu. Kau ingat aku heran sangat. Orang
macam kau ni berlambak kat tepi jalan tau! Kau ni memang sengaja, kan rancang
semua ni? Sebab kau nak harta aku?”
“Dasar sial. Kalau dalam hidup tidak menyusahkan aku tak boleh ke hah! Sebab
kau la Edina merajuk dengan aku kau tahu tak! Argh! Aku tak tahu la bala apa
yang kau bawa untuk aku ni…!”
Rabiah Mardiyah- biar dalam
mengurus hidup sehariannya dipenuhi dengan cacian dan makian dari insan yang bergelar
suami, namun tiada sepatah untuknya cuba melawan. Pegangan agama telah tersemat
kuat dalam diri. Sejahat-jahat mana seorang bergelar suami. Isteri wajib taat
kepada suami kecuali suami melanggar hukum batas dalam islam.
Dibenci suami, tetapi keluarga
mertua terlalu baik buat dirinya. Biarpun tersungkur dalam sangkar bertinta
emas ini,tetapi ada selit perasaan bahagia dalam jiwa.
Panas jangan disangka hingga ke
petang. Rupanya hujan di tengahari. Dalam diam dia mula mencintai insan
bergelar sang suami. Namun dia sedar, cintanya tidak mungkin akan berbalas. Dia
reda jika ini ketentuan-Nya. Tipu la jika dia mengatakan tiada perasaan cemburu
dalam hati setiap kali di bibir lelaki itu hanya perkataan ‘Edina’ setelah dia
kenal erti cinta. Namun itu bukan dayanya untuk menidakkannya.
ALLAHUAKBAR! Bergegar rasanya dunia
ini. Semuanya berputar dengan laju. Air mata yang ditahan selama ini akhirnya
tumpah juga. Mendengar perkataan keramat dari bibir suami cukup membuat hatinya
terluka. Demi memenuhi kehendak seorang kekasih lama si suami sanggup
menggantungnya tanpa bertali. Dunianya sudah gelap. Untuk merintih sudah tiada
daya. Dia hanya insan lemah.
Demi menggapai sebuah cita-cita
seorang suami. Dia membawa diri jauh ke rantau orang. Tanpa sedar, dia turut
membawa insan kecil yang mula menumpang dalam rahimnya.
“Tuan Muda tidak pernah sayangkan
ibu. Bagi Tuan Muda, ibu adalah bala yang besar yang terpaksa dia tanggung. Ibu
yakin, jika dia tahu anak ibu ada dalam rahim ibu pasti akan bertambah benci
dia pada ibu. Anak ibu jangan sedih ya, walaupun anak ibu tiada ayah. Ibu tetap
sayangkan anak ibu sampai syurga nanti.”
Nur Firman- setahun pemergian seseorang
yang bergelar isteri sudah cukup mengharu birukan hidupnya. Papa dan mama juga
sudah bersikap dingin dengannya.
Rahsia terbongkar, pernikahan
mereka telah dirancang oleh rakan seniaga papa. Tujuan utama adalah untuk
menjatuhkan maruah keluarga itu akibat hasad dan dengki.
Kosong... itu perkataan yang mampu
diungkapkan. Entah mengapa dunianya terasa kosong. Semuanya tidak kena. Kehadiran
kekasih hati Edina kepangkuan langsung tidak memberi impak dalam hidup.
Sejak dulu hati langsung tidak
menidakkan akan satu perasaan yang mula hadir dalam hati. Puas ditolak dan
dinafikan. Hari ini dia harus mengaku, dia mencintai insan seorang isteri.
Hati bertambah sakit bila
mengenangkan kisah seorang isteri yang dibenci oleh suaminya. Di gantung tanpa
bertali. Si isteri membawa diri ke Mesir mendalami ilmu agama dengan lebih
mendalam. Tanpa si suami sedar, si isteri telah mengandung dan membawa sama satu-satunya
zuriat ke sana.
Novel hasil karya Rubi Madi cukup
menyentuh jiwa lelakinya. Cerita yang cukup sama dengan kisah hidupnya di dunia
realiti. Terlalu sama perlakuannya terhadap Mardiyah.
Hari yang dinanti telah tiba. Pesta
buku besar-besaran diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Entah mengapa hatinya
melonjak ingin berjumpa dengan pemilik buku Bukan Sesiapa. Dengar kata penulis
itu turun padang. Pertama kali bertemu peminat.
Semakin lama semakin kuat
jantungnya berdegup. Dari jauh sudah ternampak susuk tubuh bertudung labuh dan
berniqab duduk melayan peminat. Ada yang sedang bergambar dengannnya. Langkah Firman
semakin hampir dan hampir.
Mata bertemu mata. Seakan dunia
telah berhenti berputar. Kedua-duanya kelu. Tiada patah yang keluar dari bibir
mereka. Kehadiran seorang bayi lelaki yang menghampiri mereka cukup
menggentarkan hati Mardiyah. Takut, jika Firman tahu segalanya.
Firman, hatinya berdetak hebat. Melihat
kanak-kanak kecil yang didukung oleh Mak Imah cukup membuat hatinya
tertanya-tanya. Wajah kanak-kanak itu begitu polos. Mirip wajah Mardiyah.
Entah mengapa hatinya sayu.
Diperkenalkan Muhammad Nur Aiman Ibnu
Nur Firman kepadanya oleh Mardiyah telah mengungkap segala macam dalam benak,
hatinya melonjak gembira bertemu kembali dengan insan yang dicintainya. Tak terduga
anak itu adalah anaknya. Serasa
air sejuk yang menyejukkan ubun-ubunnya.
Bagi Mardiyah, lebih baik membuka
rahsia dari terus menyimpan. Walaupun tidak akan diterima oleh lelaki itu. Tiada
sesiapa yang boleh memisahkan antara dia dan Aiman, anaknya.
Seminggu lagi sudah berlalu. Kepulangannya
ke Malaysia disambut dengan berita gembira. Ayahnya telah kembali ke rumah agam
itu. Abang dan kakaknya juga telah memohon maaf atas kesalahan mereka. Baginya ini
hadiah yang paling terbesar dalam dirinya.
Kata-kata ayah dan adik-beradik
yang lain cukup menyesakkan jiwa wanitanya. Firman ingin kembali kepangkuannya
semula. Aiman yang sedang tidur dipandang. Terlalu polos. Wajah terlalu sama
dengan Firman. Itulah pengubat rindunya bila mrindukan Firman.
Buntu, itulah ungkapan. Firman mula
mati akal. Sudah bermacam cara dia lakukan untuk memujuk isteri tersayang. Sedar
akan kesalahan diri. Terlalu menyakitkan hati isteri satu tika dahulu.
Bulan berganti bulan, hari berganti
hari. Sedar begitu sukar untuk memujuk hati yang luka. Dia pasrah, andai
Mardiyah bukan untuknya dia reda. Mungkin ini balasan untuknya atas kesalahan
yang lampau. Dia mula melangkah berpaling dari rumah agam itu.
Hangat. Itulah yang dirasainya. Dia
berpaling. Wanita itu memeluknya erat dari belakang. Terasa cairan hangat
mengalir pada bajunya. Mardiyah sedang menangis. Bibir itu tidak lepas melafaz
kalimah maaf. Air mata lelaki gugur juga. Air mata kegembiraan. Bibirnya tidak
lepas mengucap kata syukur pada yang esa.
Papa...
Sejuk ubun-ubun. Anak kecilnya
pertama kali memanggil dirinya papa. Terharu? Sudah tentu. Satu-satunya anak
yang dia miliki. Kanak-kanak itu berlari mendapatkan papa dan mamanya di laman.
Bahagia... itulah diri mereka
sekarang. Tan Sri Idham dan Puan Sri Mariam mampu bernafas dengan tenang. Melihat
anak menantu hidup gembira adalah satu pancapaian yang memuaskan. Mereka hanya
mampu tersenyum dari jauh melihat telatah anak dan menantu yang sedang melayan
kerenah cucu tunggal mereka.
Buang yang keruh ambil yang
jernih...
Hahahaha... entah apa yang aku
merapu gueh enggak tahu. Yang gueh pikir otak gueh jem. Hahhaha.. harap korang
enjoy. Maafla, gueh malas menulis dialog. Nanti cerita berterabur.
even though simple but nice
ReplyDeleteSimple mcm ni pn dh menyedihkn..best!..
ReplyDeleteBest citer ni.
ReplyDelete