Mahfuz ilmy
Kawasan shopping complex KB Mall begitu
padat. Mana taknya hari ni hari mingggu, ramai manusia yang bertandang. Aku
melangkah menghampiri askulator di hadapanku. Kakiku melangkah naik ke atas
askulator. Aku hanya memandang terus di atas askulator. Akhirnya aku sampai
juga ke food court. Langkah ku terhenti saat terpandang susuk tubuh yang sedang
bergurau senda di dalam food court. Aku terkesima. Jantungku berdegup tidak
sekata saat ini. Diam. Lama aku membatukan diri. Akhirnya aku putuskan untuk
melangkah turun semula. Aku berpaling semula kebelakang menghadap eskulator
Mungkin pasangan itu tidak perasan aku di sini. Langkah kuatur semula turun ke
bawah. Tidak betah berlama di situ. Perut yang mendendangkan irama kebulur tidak
kuhiraukan. Sabar ya, nanti aku isi untuk kau.
“Awak!”
Satu suara bergendang pada telingaku ini. Aku
kenal suara ini. Aku tidak berpaling, aku memalu langkah berlari keanakan turun
dari askulator. Tidak usah dilayan, getus hatiku. tiba di tingkat bawah aku
menoleh ke atas. Dia sedang berdiri betul betul di tepi askulator. Aku
tersenyum kepadanya sambil berlalu pergi.
Dengan hati yang masih bersisa sedikit
kedukaan aku berlegar dalam shopping complex. Mahu hilangkan dulu rasa kecewa
yang bertandang dalam hati. Biar hati surut dahulu baru aku boleh blah dari
sini. Dengan melihat suasana seperti pasar malam ini cukup membuat hati ku rasa
sedikit tenang. Hilang sikit muka si dia.
Langkah ku atur ke dalam butik Jefferson.
Tanganku lincah membelek belek mafla di situ. Mafla yang bercorak petak petak
berwarna kelabu dan hitam itu ku ambil. Aku bernyanyi kecil sambil tangan
lincah pula memilih necktie. Tie warna hitam berjalur putih itu ku ambil pula.
Lalala… nyanyian kecilku tidak dihiraukan kepada pekerjanya yang memandang aku.
‘Tak penat ke dari tadi ikut aku’. Aku ke situ, pekerjanya ke situ. Aku ke
sana, dia juga ke sana. Ingat aku bak bawa lari ker?
Nada dering istikharah cinta kesukaanku
menghentikan tanganku yang sedang sibuk membelek baju. Laju tanganku menyeluk
poket seluar mencapai telefon. Tertera nama ‘minah’ tu pada screen telefon.
Punat merah ku tekan. Malas nak layan. Lalu ku masukkan kembali ke dalam poket
seluarku.
Sekali lagi ia berbunyi. Aku menyumpah
sendirian. Tanganku masih lagi sibuk memilih baju t shirt. Masih tiada yang
berkenan di hati. Nada dering senyap. Selang beberapa saat mati ia berbunyi
kembali. Aku buat buat tak tahu sahaja. Tanganku sibuk memilih tshirt sambil
aku bernyanyi kecil. Kelihatan pekerja sedang memandang aku. Aku menjongket
kening kepadanya. Dia terkebil kebil memandang aku sambil tersengih. Aku tahu
la aku hensom. Cehh, melaram Nampak.
Ni la susah kalau datang kat butik
Jefferson ni. Tak ada yang aku berkenan dengan baju dia. Semuanya warna kelabu
hitam putih. Warna lain kalau ada pun untuk corak sahaja. Naik jenuh aku
memilihnya. Tanganku gapai sehelai tshirt hitam berjalur biru. Langkah ku atur
ke kaunter pembayaran. Aku letak pakaian yang aku ambil tadi di kaunter.
“Berapa yer?” Baju sahelai RM 80. Mafla
RM 55, Tie RM 35 aku mencongak dalam otak.
“Semuanya RM 170 ringgit.” Aku hulur
kepadanya duit.
“Terima kasih.” Ucapku ketika mengambil
duit baki. Langkah ku atur keluar dari situ. Jam ku kerling sekilas, dah pukul
3 petang. Maknanya dah 2 jam la aku melepak dalam butik Jefferson ni. Mesti
pekerja pekerja kat dalam tu dah muak tengok muka aku. Padan muka.
“Adus… aku memegang lenganku. Sakitnya.
Siapa la yang langgar aku pulak ni. Aku menggosok lembut tanganku. Entah besi
apa la yang menghempap aku ni. Aku membebel sendirian. Baru jer nak rilek,
masalah lain pulak yang timbul. Adoi.. penat penat… malang sungguh hari ni.
“Err maaf encik, saya tak sengaja.” Aku
memadang ke belakang. Terkesima sekejap. Cantiknyer… aku memadangnya tidak
berkelip. Jantung pula sedang berirama indah. Lagu romantic menjalar dalam
hati. Oh, bahagianya hati ku rasa.
“Maafla encik, kakak saya ni bila
berjalan memang tak ingat dunia. Lebih lebih lagi bila bawa troli ni. Macam
bawak kete je la dia. Dia sedang mengamuk tadi tu encik, semua benda dia nak
rempuh. Saya suruh racing kat ampang tak nak. Kat dalam KB Mall ni jugak la dia
nak berlumba.” Tiba tiba budak di tepinya berbicara. Aku berdehem. Tak Nampak
pulak ada orang kat tepi dia. Malu.
“Betul ker?” aku memandang wajah itu. Dia
mencubit lengan budak yang berada di sebelahnya. Budak itu terjerit kecil
sambil ketawa mengekek. Dia menundukkan wajah. Wajahnya berona merah. Mungkin
malu atau marah pada budak disebelahnya. Fuhhh, bertambah cantik pulak aku
tengok.
“Err, kami pergi dulu yer encik.” Dia
berlalu meninggalkan aku. Baru ingin bertanyakan namanya dia sudah menghilang
di sebalik manusia manusia. Aku memegang kejap dada ku. Kau jangan buat hal cik
jantung. Berdegup kencang bagai. Jangan bagi aku sakit jantung sudah. Bagi aku
kenal dulu siapa si dia tadi tu. Aku berlalu meninggalkan shopping itu.
============================================================
Nurul
Izzah Izzati
“Kau ni kenapa kak? Dari tadi kau diam
lepas jumpa mamat tu! Pelik, sebelum ni kau membebel sakan bila keluar
shopping. Tak faham la aku dengan kau ni kak.” Hafiz berjalan beriringan denganku.
Matanya tak lepas memandang keadaan sekeliling. Dia hanya diam setelah lama aku
membisu.
“Asal! Ada aku kisah!” aku lempang juga
budak ni karang. Dari tadi lagi membebel. Tak habis habis nak kenakan aku.
Paling memalukan bila dia kenakan aku depan orang yang aku tak kenal. Balik
nanti siap la kau wahai adikku yang menjengkelkan. Dia mencebik kepadaku. Aku
lempang mulut karang tu baru tahu. Aku menjongketkan kening kepadanya.
“Ala kau ni kak, aku ajak teman beli
barang dapur pun nak berkira. Kau jugak kan yang nak makan. Apa salahnya tolong
aku sikit. Kau ni, pantang aku ajak keluar, mesti nak membebel.” Makin panjang
lebar pulak la si Hafiz ni membebel. Mak aih, boleh hancus la tahi telinga aku
ni. Dia mengambil troli dari tanganku. Pantas ditolaknya. “Lembab.” Bebelnya
lagi. Aku merenggus. Tak ikhlas langsung.
“Ehh, umi suruh kau yang datang, umi tak
suruh aku. Yang kau ni sibuk nak aku teman ni kenapa? Dah tu asyik nak membebel
jer kerja. Dah la tolong umi tak ikhlas. Apa la nak jadi dengan kau ni dik.”
Marah sakan aku padanya. Aku melajukan langkah mengejar Hafiz yang makin
menjauh ke depan. Tak guna punya adik. Kakak sendiri pun ditinggalkan. Bebelku
dalam hati.
“Apa?” aku memandang Hafiz di depanku.
Dia menjuihkan mulutnya pada troli. Aku mendangnya pelik. apa lagi la budak ni
nak. “Apa? Aku tak faham lah…” aku meninggikan sedikit suara. Keadaan yang
panas ini memaksa aku berbuat begitu.
“Tak reti reti nak letak dalam bonet ker
barang barang tu? Aku penat penat tolak troli tu. Takkan kau tak nak tolong aku
pulak.” Rasa mahu terjelepok jatuh ke lantai jer. Hangin satu badan aku rasa.
Aku yang memilih barang yang umi pesan dalam Pacific, dia sedap jer landing kat
tempat menunggu. Aku yang tolak troli, tup tup aku yang kena masuk dalam bonet?
Tak guna betolla budak bertuah ni. Belum sempat aku menarik telinganya dia
sudah membolos diri dalam perut kereta.
Aku medenguh, segala barang yang dibeli
tadi aku letak dalam bonet. Cuaca yang makin panas ni boleh buat aku panas
baran jer. Satu persatu aku check, takut ada yang tertinggal, karang membebel
pulak mak kat rumah nak memasak barang tak cukup. Hitam la aku hari ni. Aku
membelek tangan ku yang terkena cuaca panas ni.
“Kau buat apa lagi tu kak? Lambat betul!”
ee… nak jer aku pulas telinganya tu. Dia sedap sedap jer landing dalam kereta sambil melayan lagu. Haih,
merana la sape jadi bini kau nanti dik, cerewet tak bertempat. Kalau kahwin pun
aku rasa tak sampai dua hari, bini terus lari rumah. Kekeke.. padan muka kau
dik.
Kereta meluncur laju keluar dari kawasan
parking KB Mall. Mak ai, laju giler dia bawak, boleh tercabut nyawa la aku
macam ni. “Dik!! Kau ni tak reti nak bawa slow ker hah? Dah la kereta aku yang
kau bawak. Minyak tak pernah nak taruk. Aku jer yang kena taruk sendiri.”
“Dah kereta kau, tak kan aku pulak yang
kena bank in minyak. Ala, tadi kau bawa troli laju jer. Takkan aku nak bawa
kereta laju pun salah. Ok apa laju macam ni. Baru rasa feel racing kereta dari
racing pakai troli.” Cehh, perli aku nampak. Aku mengetam perutnya. Dia ketawa
berdekah dekah tak ingat dunia. Amboi, bab ketawakan aku nombor satu.
“Umi…” aku menyalami umi ketika membolos
keluar dari perut kereta. Malas berlama dalam kereta tu. Makin bernanah telinga
aku ni. Langkah ku atur ke dalam rumah. “Kak!” aku berpaling ke belakang.
“Apa?”
“Tu… takkan nak letak dalam bonet tu jer
kot.” Dia menjuihkan bibirnya kepada barang barang yang baru di beli tadi.
“Angah la yang angkat naik. Along kau tu
penat. Dari tadi lagi dia yang beli semua tu. Angah jangan ingat umi tak tahu, umi
dah masak dengan perangai angah tu. Angah mesti lepak kat mana mana masa along
tengah pilih barang kan?” bebel umi kepada Hafiz. Umi backup aku. Aku peluk umi
dari belakang. Sayang umi. Yeah.. Aku ketawa berdekah dekah kepadanya. Aku menjelir
lidah kepadanya. Dia merenungku tajam. Marah la tu!
“Mana ada mi…” Hafiz masih lagi tidak
mahu mengalah. Mukanya merah menahan marah. Comel pulak muka adik aku ni.
“Angah jangan nak bantah, cepat angkat naik ke atas semua barang tu!” umi masih
lagi bercekak pinggang.
“Ye la mi… orang angkat la ni.” Muncung sedepa si Hafiz
ni. Tangannya lincah mengangkat barang barang dapur. Tak puas hati Nampak. Hati
ku berbunga riang kena juga adik aku ni. Tu la cerewet sangat…
=============================================================
Mahfuz
Ilmy
Aku mengurut
lembut dadaku ini yang sedari tadi lagi berkocak hebat. Nak pandu kereta tadi
pun dah tak sanngup. Nasib baik tak eksiden. Aku tersenyum sendiri bila
mengenangkan wajah yang baru berjumpa tadi. Boleh jadi gila aku bila
melihatnya. Tak pernah aku lihat wanita secantiknya. Berbaju kurung labuh dan
bertudung labuh. Fuhh, memang lengkap la pakej nak buat isteri.
“Termenung
jauh Nampak anak mak ni. Teringat kat saper pulak tu?” mak datang menghampiri
ku. Aku memberikan senyuman yang manis untuknya. Memang pun mak, teringatkan
pada sang bidadari yang jatuh dari langit tadi.
“Tak ada la
mak, berehat jer ni. Penat sangat hari ni berjalan jalan. Ika tak balik lagi
ker mak? Tak Nampak batang hidung dia pun.” Ceh.. berehat. Padahal jantung dah
macam nak tercabut jer nak pergi kepada perempuan tadi. Haih… bila la dapat
jumpa dengan dia lagi yer.
“Ada tu, kat
dalam bilik. Tak lain tak bukan tido jer la keje dia hari minggu macam ni. Ajak
masuk dapur hampeh,” aku mengeleng kepala sahaja. Apa la nak jadi dengan adik
aku sorang ni. Pemalas betul nak masuk dapur. Makan jer yang dia reti bila
masuk dapur.
“Runsing mak
dengan anak dara sorang tu. Kot nanti berkahwin, dia bagi suami dia makan apa
la agaknya. Kompom kebulur suami dia kat rumah. Haih, melaram la nampaknya.”
Mak meluahkan isi hatinya itu. Ai mak,
Ika baru jer setahun jagung dah pikir pasal kawin. Anak mak yang dah lama
membujang ni tak nak tanya pulak. Apa la
mak aku ni.
Pap! Aduss..
aku menggosok pahaku. Perit yang amat sangat aku rasa. Sakit terkena troli
bidadariku belum hilang lagi kat lengan dah kena yang baru. Tangan kasar mak
memang kuat penangannya. Biarpun perlahan jer dia menepuk tapi berbirat kat
paha aku ni. Haih, untung la ayah dapat
isteri macam mak ni. Kompom tak cari lain. “Kamu bila nak kahwinnya Miy?” soal
mak kepadaku. Aku memandang tepat kewajahnya.
Aku
tersengih sengih kepada mak. “Dah ada mak, orangnya cantik. Baik pulak tu.”
Ujarku. Bila la aku dapat jumpa dia lagi agaknya. Ya Allah, aku sudah jatuh
cinta padanya.
“Siapa? Anak
siapa? Dah berapa lama kenal?” bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut mak.
Dia tersenyum. Pasti bahagia anaknya akan kahwin lepas ni. Maklumlah, aku dua
beradik jer dalam rumah ni. Gembira sakan pulak mak aku ni. Bahagialah bini aku
nanti dapat mertua macam ni.
“Erk… Miy baru
terjumpa dia tadi mak, nama dia Miy tak tahu lagi. Tak sempat nak tanya tadi,
dia dah pergi macam tu jer.” Jawabku kepada mak. Mak memandangku tajam kali
ini. Aku menjongketkan kening, apahal pulak mak aku ni. Tadi happy jer,
sekarang moody pulak. Tak faham betulla. “Kenapa mak?”
Pap! Waduh
waduh buk, sakit bangat… sekali lagi paha ku terkena tamparan dari mak. Kali ni
lebih kuat dari yang tadi. Tempat yang sama pulak tu. Mak aku ni.. habis
sebotol minyak TYT kat bilik nanti. “Kau jangan buat lawak bodoh Miy dengan
mak. Baru kenal dah jatuh cinta? Apa nak jadi dengan kau ni? Kan tak pasal
pasal bini orang yang kau jatuh cinta. Jangan buat hal. Mak tak mengaku anak
karang.” Bebel mak.
“Mak ni,
betul apa? Miy memang dah jatuh cinta kat dia la. Pasal status dia Miy tak
tahu. Nanti miy selidik. Mak doakan lah yang dia tak kawin lagi ek, senang
sikit mak datang merisik.” Ujarku kepada mak. Kali ini tangan mak ingin
mendarat lagi ke pehaku. Pantas aku melarikannya. Tak sanggup. Patutla paha
ayah selalu lebam. Ni mesti kena buli kat mak tiap malam. Mak… mak…
“Dah la,
malas mak layan kamu ni. Makin di layan, makin menjadi pulak. Panggil Ika turun
Miy, suruh dia bantu mak kat dapur nuh. Dah naik jenuh mak mengejutkannya. Tak
bangun bangun jugak anak dara tuh. Haih…” mak berlalu ke dapur. Nampak runsing
benar mak aku ni dengan anak daranya.
“Ika!!! Ooo
Ika!!! Membuta jer kerja kau ni. Bangun cepat! Tolong mak kat dapur tuh. Kau ni
entah mandi ke tak ni? Apa la nak jadi dengan kau ni. Dah besar panjang, berat
tulang mengalahkan aku!” aku menjerit dari bawah. Malas nak naik ke atas.
Karang kalau aku naik tak pasal pasal kena simbah air satu baldi kat biliknya.
Malas nak menyusahkan mak, tetiba pulak kena jemur tilam kat bawah. Nak
harapkan minah sorang ni. Sampai ke tua tak la.
Aku berlalu
ke sofa semula. Ingin melihat apa yang aku beli tadi. Nak buat melaram untuk pagi
esok. Tie yang aku beli untuk sesi temuduga bagi pemilihan setiausahaku yang
baru memandangkan si Gina nak kahwin. Terus letak jawatan. Satu persatu pakaian
yang aku beli tadi ku belek. Cantik pulak, tadi tak cantik masa aku tengok kat
butik Jefferson. Bunyi derapan langkah dari tangga membuat mata ku beralih pada
tangga.
“Apa abang
ni, bising jer memanjang. Bagi la kat Ika masa untuk rilek sikit. Ni kan cuti
minggu. Tak spotting langsung.” Ika menggaru garu kepalanya. Rambutnya kusut
masai dengan pajama tidur. Aku merenungnya tajam. Budak ni nak makan pelempang
free nampak.
“Apa yang
tak spotting? Kau ni tidur jer. Tu mak suruh kau tolong dia kat dapur. Kau ni
besar panjang. Pemalas!!!”
Dah abang
tahu ika tengah tidur, kenapa abang jer yang
tak pergi dapur tolong mak?” melawan nampak budak ni? Aku menunjuk tapak tanganku kepadanya. Dia
tersengih sengih memandang aku dari tangga. Rambutnya di garu entah kali yang
keberapa. Dah macam mak jin pulak aku tengok adik aku ni. “Yela yela, ika pergi
la ni. Huargh….” Dia menguap pula kali ni. Anak
dara ni, kuat bebenor tidurnya. Dia menghilang disebalik dapur.
Kedengaran
mak pula tengah membebel kat dapur. Pasti sedang marahkan si ika ni. Tak ingat
dunia, kan dah kena. Tu la, lain kali jangan emosional sangat. Dah kene
membebel, lama la nak kena tunggu. Mak kalau dah membebel, bukan pandai
berhenti. Pot pet pot pet sampai la sejam dua. Padan muka Ika ni. Baru dia
matang sikit.
Tanganku
naik memegang dadaku. Terbayang wajah tadi terus membuat jantungku berdegup
kencang. Ohh, cantiknya dia. Manis orangnya. Kalau dapat bini macam dia kompom
tak keluar rumah. Adoi, kuat betul aku berangan.
Telefon
bimbit ku berbunyi. Pantas ku capainya. Tertulis nama Fiona. Nama dah macam
bini Shrek pulak. Cuma kulit jer putih, kalau tak dah lama jadi bini Shrek. Aku
menekan butang hijau. “Awak, saya minta maaf. Saya janji tak akan curang lagi.
Please.” Eh pompuan ni, aku tak kata pun dia curang. Tadi aku ingat dia dengan
kawan dia jer. Baguslah kalau dah mengaku. Tak payah aku nak bersusah pula. Aku
tesenyum puas.
“Kita dah
tak ada apa apa lagi. Kita putus mulai sekarang dan aku tak nak kau ganggu
hidup aku lagi. Faham!!!” aku menekan butang merah. Terus ku campak telefon
bimbitku ke sofa. Nak campak kat lantai tak pasal pasal kena beli yang baru.
Dah la mahal. Baik campak kat sofa. Tak payah nak bersusah cari kat kedai lagi.
Hati ku puas.
“Aik bang?
Bila masa pula abang ada makwe ni. Setahu Ika abang sibuk memanjang je kat
pejabat. Sekarang ika dengar dah clash? Pelik?” ika baru keluar dari dapur.
Pasti mak dah berhenti membebel tak pun ika lari keluar. Budak ni ada je yang
dia nak tahu. Menyibuk betul.
“Suka hati
aku la budak kecik. Kau duduk diam tolong mak masak kat dapur sudah. Hal orang
tua jangan nak bantah.” Dia mecebik bibirnya. Aku gunting karang baru tahu. Tak
pasal pasal pergi kampus dengan bibir itik. Dia duduk di sofa dengan
menyilangkan kakinya. Air yang dibawa tadi terus di sua ke mulutnya.
“Eleh, abang
ngan Ika beza lima tahun jer kot. Sesedap jer nak panggil kita ni budak kecik.
Dia yang budak kecik, tak matang langsung! Perangai tak pernah nak berubah.
Memang patut pun makwe abang tinggalkan abang.” Ewah, sedapnya mengata aku. Aku
letak lada burung karang baru tahu. Aku bangun menghampirinya.
“Yang kau
tu, bila nak kahwinnya? Mak dah sibuk nak cari suami untuk kau. Kau tu masuk
dapur pun tak pernah. Nak memasak lagi la jauh api dari panggang. Apa la nak
jadi dengan kau ni dik.” Aku duduk disampingnya. Matanya kelihatan terbeliak.
Terkejut beruk Nampak. Tu la pemalas sangat.
“Betul ker
bang? Mak ni, sesedap dia jer nak jodohkan Ika. Ika masih belajar lagi la. Nak
kahwin? Ika tak pernah terfikir pun. Yang Ika tahu nak single dulu. Cari
pengalaman. Mak ni.” Marah sakan si Ika ni. Nak tergelak pun ada aku tengok
dia. Tahu takut nak kahwin.
“Kalau mak
tak jumpa cari, biar aku jer yang tolong mak carikan untuk kau. Senang sikit.
Tahun depan terus nikah. Tahun sekali lagi, tentu aku dah peluk anak sedara.
Bestnyer…” aku semakin menggiat si Ika ni. Dia melalak. Aku ketawa berdekah
dekah kepadanya.
“Amboi, bab
ika no satu. Abang tu? Bila nak cari yang lain? Umur dah tua.” Dia tersenyum sinis kepada aku. Cehh, perli
umur aku nampak budak ni? Aku menepuk bahunya dengan kuat. Dia tersedak
terbatuk batuk. Aku ketawa sinis.
================================================
Nur
Izzah Izzati
“Along dah
cari kerja ker?” Tanya abah sebaik sahaja aku melabuhkan duduk di meja makan.
Aku hanya mengangguk.
“Dah bah,
esok along nak pergi temuduga.” Aku mencedok nasi ke dalam pinggan abah. Lauk
juga ku taruk atas pinggan abah. Mudah mudahan berjalan lancar la esok pagi.
“Baguslah
macam tu. Tak ada la bosan duduk kat rumah ni kan. Abah harap anak abah lulus
temuduga.” umi yang melihat hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Hafiz
pula mencebik denganku. ewah, budak ni masih merajuk lagi denganku rupanya.
“InsyaAllah
bah…” ucapku sambil menyuap nasi ke mulutku. Abah mengangguk kepalanya. Untung
dapat abah yang spotting macam Encik Haris ni. Tak ada la naik pening kepala
aku kalau perangai abah macam si Hafiz ni. Entah gen mana la yang tersangkut
kat rahim umi ni, keluar jer, perangai menjengkelkan. Aku memandang sekilas
kepada Hafiz yang duduk di hujung meja.
“Along kalau
kerja konfom tak sampai seminggu, mesti dah kene buang. Mana taknya, perangai
mengalahkan budak kecik.” Hafiz tiba tiba bersuara. Budak ni, ada je benda yang
nak menyakitkan hati aku. Aku menjelir lidah kepadanya. Dia menjongketkan
keningnya.
“Tengok la
tu, perangai macam kanak kanak umur dua tahun! Tak matang langsung!” sambungnya
lagi. Kalau ikutkan hati dah lama aku ketam perutnya itu. Nasib baik kedudukan
kaki agak jauh. Kalau tak dah lama kena. Kekeke. Dia menyambung mengunyah lauk
yang ada dalam mulutnya.
“Korang ni,
kalau tak bergaduh sehari tak boleh ker!” jerkah Umi. Aku hanya menunduk, Hafiz
pula aku lihat dia buat buat tak tahu jer. Abah hanya mengelengkan kepalanya
melihat telatah kami. Dia membetulkan kopiah yang sedikit senget di kepala. Hensem
abah aku ni. Muka si Hafiz ni pun sama macam abah.
“Mana ada
mi, Along yang mulakan dulu. Lau kawin nanti mesti pening kepala suami dia nak
jaga bini yang perangai macam budak kecik ni. Tak tahu la.” Hafiz masih lagi
tidak mahu mengalah. Lauk kari ayam diceduknya ke dalam pinggannya. Bab kawin
pula la yang dibangkitnya. Macam tak ada modal lain.
“Along dah
ada calon ker?” abah tiba tiba bersuara kembali setelah lama berdiam diri. Aku
tersentak. Kepala ku didongak mengadap
abah. Aku menggelengkan kepalaku.
“Mana ada
bah. Along tak fikir lagi sal kahwin ni. Along nak kerja dulu. Simpan duit
banyak banyak.” Ucap ku selamba. Abah hanya tersenyum dengan alasanku. Alasan
yang cukup kukuh bagi ku. Kawin? Adus, tak pernah terfikir pun. Ni Hafiz punya
pasal la. Kelihatan hafiz yang sedang mengekek ketawakan aku. Siap kau nanti
dik!
Ehem, aku
pura pura berdehem. Lapan pasang mata termasuk dengan cermin mata abah memadang
kepada aku. Bermulalah aksi ku. “Akak dengar kau dah ada calon isteri dik,
betul ker?” dalam hati adoi, nak terkeluar air mata aku masa ni. Aku perlu
cover sikit. Biar Nampak serius. Adoi, padan muka kau dik! Tarbus yang senget
ku betulkan sedikit.
Dia tersedak
masa ni. Air di telannya buat kali yang keberapa. Mukanya merah padam. Ikutkan
hati nak jer aku gelak kat mulut. Memandangkan umi dan abah ada, tak boleh. Tak
pasal pasal kena tibai kat umi. Aku memandangnya dengan perasaan yang lucu. Dia
masih lagi mengurut ngurut dadanya. Dia hanya tunduk. Ker betul dia ada kapel?
Nampak macam malu jer.
“Mana ada,
akak ni”. Ucapnya malu malu. Cehh, malu konon!
“Ye ker?
Hari tu akak Nampak kau dengan sorang pompuan. Mesra sangat. Tak macam kawan
pun. Siap tolong lagi. Akak confuse sebenarnya ni. Tak kan kawan jer kot.”
Sengaja aku menambah perisa. Memang aku pernah Nampak dia dengan budak pompuan
kat taman. Masa tu tak silap aku diorang tengah buat assighment.
“Betul
along? Angah jangan buat benda bukan bukan. Umi tak mengaku anak la. Jangan nak
rosakkan masa depan angah dan anak dara orang. Karang umi pancung guna parang
buat kopek kelapa pulak kat tengkuk tu.” Ucap umi. Suaranya pula kedengaran
sedikit tegas. Masalah ni. Aku main acah je.
"Eh, kami
kawan jer mi. Mana ada buat apa apa. Kami buat assighment je mi.” eh, betulla
tekaan ku ni? Hahahah, kena jugak adik aku sorang ni. Memang masin la mulut
aku. Tak payah letak garam time masak.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini