Dalam diam aku mencintai dirinya. Kapan pun aku
mencintainya aku sendiri tidak pasti.
Yang pasti bila mereka bercerita tentangnya, aku pasti akan terasa ingin
tahu. Hatiku bagaikan bersemangat saat mendengar kisah tentangnya.
Setiap hari aku pasti bertanya sahabatku tentang dirinya.
Sahabatku selalu bercerita tentang kelebihannya, hati ku mula diterpa rasa
bangga mencintai dirinya itu. Hati ku berbunga riang saat ini. Hingga dulu sampai
sekarang aku tidak pernah berhenti mencintainya.
“Ko dah ada teman hidup ker beb?” tanya sahabatku yang
seorang ni.
“Tak ada lagi, kenapa yer?” sajer aku nak bermain tali
dengannya. Senyuman diwajahku aku sembunyikan.
“Tak kan tak ada yang berkenan kot...” lirik matanya
memandangku. Ketawa aku meletus juga akhirnya.
“Ko ni, aku tanya ni...” mencerlung dia memandangku. Aku
masih dengan saki baki tawaku. Sahabatku sorang ni memang terlebih prihatin.
Hahaha.. aku bersyukur punya sahabat sepertinya.
“Ader la.. mane boleh gitau ko, tak pekdah (berfaedah)
pun...” panjang muncungnya saat aku berkata begitu.
“Bila tiba masanya ko akan tahu jugak..” wajah tidak puas
hati selalu ditonjolnya.
“Ermm” aku tahu dia merajuk. Biarlah, asalkan hati aku
berbunga riang saat ini.
******
Dah bertahun aku mencintai dirinya, dan bertahun juga lah
aku terpaksa menanggung rindu buatnya. Aku tidak pernah sekalipun meluahkan
rasa cintaku padanya. Bermakna, bertahun jugalah aku pendam rasa cintaku
padanya.
Bila la agaknya aku akan dipertemukan dengannya. Rasa
rindu yang menebal, aku rasa sudah tidak tertahan lagi. Aku ingin luahkan
cintaku padanya. Biar dia tahu, betapa aku menginginkannya.
Selalu aku hanya melihatnya dari jauh... bila aku lihat
ramai yang rapat dengannya, hati aku jadi iri. Cemburu tak menentu aku jadinya.
Bila sahabatku bercerita tentangnya, pasti aku akan jadi pendengar yang setia.
Sahabat ku sendiri pelik dengan tingkahku, aku hanya
tersenyum. Senyuman yang cukup membuatkan sahabatku tenang.
“Dini jom pergi makan, aku laparlah..” aku hanya
mengangguk.
Kita nak makan apa yer?” soalku kepadanya.
“Kita makan nasi kukus la, lama kita tak makan.”
“Memang aku nak ajak ko makan tu sebenarnya,” ujarku
kepadanya. Bertambah lebar senyumanku. Makanan kegemaranku akan dimakan kejap
lagi.
“Ko ni memang..” sambil menepuk lembut bahuku.
“biasalah, aku kan, hahaha” tawaku meletus. Walaupun
perlahan cukup didengar olehnya sahaja. Aku memang malu untuk ketawa di tempat
umum.
Kami beratur untuk membeli makanan. Sesudah itu kami ke
meja makan.
“Ko tak rasa pelik ker? ramai yang tengah pandang ko.”
Ucapnya sambil memandang sekeliling.
“Apasal pulak?” aku menjongketkan bahuku..
“Untung la ko ramai peminat dalam diam,” tambahnya lagi.
Aku tahu dia iri lihat aku begini.
“Apa la ko ni...” aku ni kekadang tak faham jugak dengan
sikap sahabat ni seorang.
Eh, cam mane ngan awek yang nak kat ko dulu tu? Soalnya
padaku.
“Aku tak minat kat diorang. Cintaku hanya untuk si dia
sahaja.” Ungkapku dengan spontan. Ya, aku memang mencinta si dia. Senyuman diwajahku
tidak lekang akhirnya. Betapa bertuah mencintainya walaupun cintaku tidak
pernah terbalas.
“Siapa? Gitau la aku, takkan ngan aku pun ko nak berkira
kot...” hahaha, sahabatku ini memang pandai dalam bab pujuk rayu. Pasti cair la
aku kejap lagi.
“Syahidah..” jawabku ringkas. Malas nak layan sahabat ku
ini. Nasi ku suap kemulut.. hmm.. bestnyer.
Untungla..” aku menjongketkan kening.
“Ye lah, dah la ramai peminat, dah tu ada teman hati
pulak...” ucapnya sambil menggosok bahuku.
Aku hanya tertawa dengan gelagat sahabatku seorang ni..
******
Tidak semudahnya,
melupakan dikau
di hari mulia ini
inilah suratan
lumrah kehidupan
dunia yang sementara
rindu terlalu padamu
tiada tertanggung
rindu terlalu padamu
tiada penghujung
sukar mengakui
perasaan hati
kepiluan bersemi
hanya pada doa
memohon padanya
kesejahteraan dikau... aman disana
rindu.. terlalu padamu
tak bisa dihitung
rindu.. terlalu padamu
tinggi menggunung
Ya Tuhan.. tempatkanlah dirinya
di arash yang selamat bayangnya
bersama mereka yang engkau janjikan
sejak mula diri insan beriman
Rindu.. terlalu padamu,
tiada tertanggung
rindu.. terlalu padamu
tiada penghujung..
rindu terlalu padamu
tak bisa dihitung
rindu terlalu padamu
tinggi menggunung
Lagu nasyid di corong radio menggamit perasaan ku ketika
ini. Lagu ini menambahkan lagi kerinduan aku padanya. Ya Allah, pertemukanlah
aku dengannya. Hatiku merintih. Meminta moga ada jodoh antara kami berdua.
“Apa yang ko menungkan tu beb?” Aimi sahabatku
mendekatiku.
“Aku rindu dia la beb... tak tertahan rasanya.” Ucapku
lembut sambil memeluk lutut di beranda. Yup, memang aku merinduinya saat dan
ketika ini.
“Ko ni beb, kemaruk cinta betulla. Tak faham aku dengan
ko ni,” Aimi menjengkelkan mata. Aku tahu dia pelik dengan perasaanku. Aku
menguntum senyuman paling manis buatnya.
“Sumpah, aku memang merinduinya.” Ucapku sambil bangun
untuk ke katil, rasa mengantuk yang amat sangat. Aimi kulihat hanya
menggelengkan kepala sahaja. Mungkin bingung agaknya.
******
Hari ni, hari terasa sungguh memenatkan bagiku. Badanku
terasa penat. Banyak asignment yang harus aku siapkan. Untung pelajar fakulti
lain. Mereka tak perlu bersusah payah seperti aku.
Sebagai seorang pelajar Art and Design, memang banyak
cabarannya. Kini ini merupakan minggu terakhir untuk semester ini. Hatiku
mengucap syukur.
“Jom balik Dini,” Aimi menyapaku dari belakang. Aku
pandang sekilas kearahnya. Kami menuruni curam untuk ketempat parking motor.
“Ko ni beb, asyik termenung jer, kuat betul penangan si
Syahidah tu yer. Sampai sampai ko boleh jadi angau macam ni.” Aku hanya
tersenyum. Yer, memang hebat penangannya hingga aku sangat mencintainya.
“Ko ni Mi, ader ader jer la...” aku menepuk bahu Aimi.
“Sejak bile lagi ko kenal dia beb?” soal Aimi kepadaku.
Aku tersenyum. Aku mendekatinya.
“Sejak pertama kali aku mendengar kisah tentangnya. Pada
saat tu lah, aku mula jatuh cinta padanya. Aku hanya melihatnya dari jauh.
Untuk mendekatinya aku tidak mampu Mi. Aku mencintainya dalam diam.” Ucapku
tenang. Segala isi hati aku curahkan juga akhirnya. Jatuh rahang si Aimi
mendengar ceritaku. Mungkin pelik kot.
“Abis tu, kira dia tak tahu la ko cintakan dia beb?” aku
hanya mengangguk laju.
“Yup, dia tak tahu pun yang aku cintakan dia. Sebab aku
tak pernah gitau dia.” Ucapku selamba.
Aku lihat Aimi menggaru kepalanya. Entah apa yang
difikirkan pun aku tak tahu.
******
Hari hari yang aku lalui hanyalah mengingati dan
merinduinya. Sudah lama perasaan ini ku pendam. Sudah tidak tertanggung
saatnya.
Badanku panas, sedangkan kekadang aku terasa kesejukan.
Aku menggigil walaupun tikanya aku hanya merasai panas. Rupanya aku demam.
Dah dua hari aku tidak kekelas. Badanku tetap terasa
panas. Bosan duduk dirumah, aku mengambil keputusan untuk menulis. Badanku tika
ini terasa lemah, bagaikan aku sedang terbang. Pening yang amat sangat. Aku
tersungkur di atas katil. Aku tidak ingat apa apa lagi.
“Alhamdulillah ko dah sedar beb, bimbang aku tau.” Aimi
mendekatiku. “Badan ko panas lagi ni, jom kita pergi hospital.” Aku menggeleng
lemah. Dia mendengus, mungkin geram dengan sikap ku ini.
“Apa yang ko tulis tu beb?” Soalnya lagi sambil menunjuk
sehelai kertas di sisi ku. Aku cuba bangun, namun kudrat ku saat ini begitu
lemah sekali.
Namanya Syahid,
setiap hari bayanganku hanyalah ingin bersamanya.
aku sangat mencintainya,
aku sangat merinduinya,
Ya Allah,pertemukanlah jodohku dengannya,
izinkan aku mati bersamanya.
betapa nikmatnya saat mati bersamanya.
“Ko nak tahu, ni lah Syahidah, nama sebenarnya Syahid.”
Ucapku lemah. Segala sendiku menggeletar saat ini. “Aku mencintainya sejak
dahulu lagi. Aku selalu merinduinya Mi, aku ingin sangat mati bersamanya. Aku
mahu mati bersamanya.” Air mata terasa mahu keluar. Kerana Syahid, aku rela
jika air mata ku keluar.
“Apa yang ko cakap ni...” ucapnya lagi.
“Mi, dah lama aku meminta dari Tuhan mi, agar aku
dijodohkan dengan syahid. Hati aku sakit bila melihat orang yang tidak berdosa
mati. Perih sangat sangat. Aku mahu membantu mereka mi. Aku nak tegakkan agama
Allah.” air mata ku akhirnya mengalir jua. Aimi pantas memeluk aku.
“Aku faham perasaan ko beb, dah dah jangan menangis.”
Aimi mengusap lembut bahuku. Dialah sahabat susah dan senang aku. terima kasih Ya
Allah kerana mengurniakan aku padanya.
“Mi, doakan semoga aku bertemu jodoh dengan Syahid.”
Ucapku lemah.
“InsyaAllah beb, ko akan bertemu dengannya.” Aku dapat
rasa baju dibelakangku basah. Aku tahu Aimi juga sedang menangis.
*****
Kini hari hari yang kulalui hanya lah menanti saat
tibanya Syahid kepadaku. Hatiku sentiasa merinduinya. Memohon pada yang Esa. Mudahan
aku dan dia dijodohkan.
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini