sebelumnya:
Bab 11
Dato’
Roslan membuka matanya perlahan-lahan. Terasa berdenyut dikepalanya. Dia
memandang sekeliling. Dia sekarang bukan di dalam bilik tidur mewahnya. Tapi
dia sekarang berada di tempat yang dipenuhi pokok-pokok. Kepalanya dipicit
beberapa kali. Mungkin fikirnya ini hanyalah sebuah mimpi. Mana mungkin dia tidur ditempat sebegini.
Tiada class.
Angkuh
sungguh dirinya. Dia lupa bahawa Tuhan yang memiliki kekayaan. Sekali Dia tarik
nikmat dari lelaki itu baru dia tahu siapa berkuasa. Entah sedar entah tidak
lelaki itu.
“Dah
bangun?”
Dato’
Roslan menoleh. Wanita berpakaian jubah hijau dan bertudung putih sedang
membelakanginya. Kening Dato’ Roslan sedikit terjongket. Mungkin pelik, siapa
wanita itu atau entah dari mana wanita itu boleh masuk ke dalam mimpinya
barangkali.
“Siapa
kau?” Dato’ Roslan menjerkah. Jarinya lurus tepat ke arah wanita itu. Sikap
sombong angkuh masih lagi wujud dalam diri manusia ini. Umur sudah menginjak
tua. Wanita itu memusingkan badannya.
Dato’
Roslan terpana. Air liur ditelan beberapa kali. Rasa perih ditekak. Untuk
lelaki ini seharusnya biar tercekik sampai mati. Tapi perancangan Tuhan
melebihi segalanya.
“Kenapa?
Terkejut Dato’ melihat saya?” Tanya wanita itu berbaur sinis. Dia masih berdiri
di hadapan Dato’ Roslan yang masih lagi kelihatan terkejut. Sampaikan hendak
terkeluar biji matanya.
“Sa...yang!”
tergagap-gagap dia berkata. Entah bila penyakit gagapnya datang. Suaranya
kedengaran lembut. Maklumlahlah orang kesayangan dihadapan mata sekarang. Wanita
di hadapannya menjuihkan bibir. Mungkin rasa meluat.
“Rindunya
abang kat sayang...,” Dato’ Roslan berdiri. Dia berjalan menghampiri Mariah.
Tangannya didepakan untuk memeluk isterinya yang tercinta itu. Rindu yang tidak
tertanggung.
Mariah
menepis dengan tangannya. Dato’ Roslan terkedu sendiri. Dia terkaku ditempat
tadi. Matanya redup memandang wajah suci si isteri. “Apa Dato ni hah?” marah
sungguh nampaknya Mariah. Bahasa untuk suaminya juga sudah berubah.
“Kenapa
ni sayang?” tanya Dato’ Roslan lembut. Mesti isteri aku sengaja nak mendera
perasaanku je. Desis hati Dato’ Roslan sendirian. Bibirnya sudah tersenyum
meleret. Dia berjalan menghapiri isterinya. Tangannya memaut pinggang isteri.
Pipi
si isteri pula jadi mangsa. Bertalu pipi isteri dicium. Perkara itu
membangkitkan perasaan marah dalam hati Mariah. Pantas ditepis dan ditolak
tubuh itu. Laju Dato’ Roslan tersungkur di atas tanah.
“Aduh...,”
adu Dato’ Roslan. Tangannya laju menyapu kesan tanah pada siku dan bajunya.
Seluarnya juga di sapu membersihkan kotoran yang melekat. Tajam matanya
memandang isterinya. Memberi amaran bahawa dia tengah marah.
“Uweks,”
nak termuntah Dato’ Roslan menghidu bau tanah. Sangat meloyakan. Lupa lagi dia,
bahawa dia juga berasal dari tanah. Sebagaimana dia loya melihat tanah macam tu
juga tanah meludah setiap kali langkahnya di atas tanah.
Mariah
ketawa sinis. Tiada langsung perasaan takut kepada jelingan tajan suaminya. Dia
berdehem beberapa kali. Dia berjalan ke arah sungai. Dato Roslan berdiri
semula. Wajahnya berkerut menahan sakit. Hati jahat berkata padan muka. Dia hanya
ikut dari belakang isterinya.
Mata
Dato’ Roslan tertancap pula pada dua orang kanak-kanak lelaki yang masih kecil
sedang bermain sesama mereka. Comel kanak-kanak itu. Di sisi mereka terdapat
seorang perempuan yang berjubah hijau dan bertudung labuh hijau. Kelihatan
perempuan itu sedang membaca sebuah al-kitab.
Kanak-kanak
itu sedang bermain dengan riang sekali. Sesekali tawa mereka meletus ceria bila
mereka bergurau senda. Wajah keduanya terlalu polos. Comel, kata hati Dato’
Roslan. Hatinya sudah tertarik pada kedua kanak-kanak itu.
“Siapa
tu?” tanya Dato’ Roslan. Matanya langsung tidak berkalih memandang kanak-kanak
itu yang sedang berlari sesama mereka. ingin sekali dia pergi mendapatkan
kanak-kanak itu. Tapi dikuburkan hasratnya kerana mereka terpisah dengan
sungai.
“Cucu-cucu
saya.” Balas Mariah selamba. Dia juga memandang kanak-kanak itu. Bibirnya
menguntum senyum setiap kali melihat keletah cucunya yang tidak pernah kenal
erti penat bermain.
Dato
roslan memandang pelik. Cucu? Siapa yang berkahwin? “Siapa yang kahwin? Aiman,
Madihah dan Hakimi belum kahwin lagi.” soalnya bodoh. Kepala yang sedia gatal
digarunya. Matanya dapat melihat kelibat perempuan dan kanak-kanak itu
menghilang di sebalik rimbunan pokok anggur. Pelik!
“Anak
saya!” tukas Mariah. Langsung tidak memandang wajah suaminya.
“Siapa?
Aisyah si bodoh tu?” berderau darah Mariah apabila anaknya dipanggil BODOH.
Tubuhnya dipalingkan menghadap Dato’ Roslan. Wajah Dato’ Roslan beriak sinis.
Terlalu sinis. Benci sungguh dia pada Aisyah.
“Hei
Dato’, jangan Dato’ cuba mencabar kesabaran saya! Dato’ jangan ingat saya tak
tahu apa yang telah Dato’ lakukan kepada anak saya! Dato nak ambik mereka,
Dato’ ambiklah, tapi jangan Dato’ cuba rampas anak saya! Anak saya dunia
akhirat! Aisyah dan Aisyah anak saya!” lantang suara Mariah menampar gegendang
telinga Dato’ Roslan.
“Dato
nak ambik Madihah, Kimi dan Aiman Dato’ ambiklah! Tapi Dato’ jangan cuba
mengambil anak saya!” sambungnya lagi. nafasnya jelas menampakkan getaran yang
maha hebat. Jika tidak difikirkan lelaki dihadapannya ini adalah suaminya, dah
lama akan merasa penumbuk. Tangannya dikepal menahan amarah.
“Mereka
juga anak sayang!” jerit Dato’ Roslan juga. Nafasnya sudah tercungap-cungap
menahan marah. Matanya mencerun memandang wajah isterinya. “Ahhh...! semua
pasal budak sial tukan?”
“Ha...ha...ha...
hei Dato’, kalau mereka anak saya kenapa tak pernah sekali saya dengar diaorang
doakan saya? Mana ajaran awak kepada mereka hah? Awak ajar anak-anak bersama
syaitan. Hei, jangan sesekali Dato’ memanggil anak saya ‘sial’ sebab Dato’
lebih sial dari binatang!” tempik Mariah sekali lagi.
“Kau
memang kurang ajar Mariah!” kesabaran Dato Roslan makin menipis. Tangannya sudah
diangkat untuk menampar pipi mulus isterinya.
“Kenapa?
Nak tampar? Tamparlah Dato’! Kau ingat aku tak tahu kau buat lebih teruk lagi
pada anak aku! hei dayus! Kau ingat kau hebat membuat percaturan hingga anak
aku kau buat macam binatang, sedang kau tak tahu kau yang sebenarnya binatang.
Kau tahu?
BI...NA...TANG...!
Kau
lupa Dato’, percaturan Allah lebih besar. Kau akan menyesal! Masa tu aku pasti
anak aku jijik melihat kau!” perkatan binatang dikuatkan suaranya. Perkataan
baik sudah tidak terkeluar dari bibirnya. Amarahnya terhadap suami telah
meletus. Bagaikan gunung berapi melepaskan lava yang panas. Bulat matanya
memandang suaminya.
Pang!
Dato’ Roslan terkaku sendiri. Tidak menyangka dia akan menampar isterinya.
Rambutnya dilurutkan kebelakang. Matanya terpejam rapat. Dadanya masih berombak
kencang. “Ma... maafkan abang, abang tak sengaja.” Tergagap-gagap suaranya.
Mariah
mengesat bibirnya yang berdarah. Tersungging senyuman sinis dibibirnya.
“Syabas
Dato’, syabas... ini baru sedikit nak dibandingkan sepak terajang kau pada anak
aku. Anak aku merana barah otak disebabkan oleh perbuatan keji kau! anak aku
akan mati disebabkan kau! ingat Dato’ tak selamanya kau akan selamat kat atas
dunia ni.
Masa
tu, baru kau tahu siapa Tuhan dan siapa kau! ingat Dato’ bertaubatlah sebelum
kau merasa Bala Tuhan. Dan, berdoalah semoga ada kemaafan Aisyah untuk kau!”
sehabis ayat itu, Mariah terus ghaib. Hilang terus dari pandangan mata Dato’
Roslan.
Dato’
Roslan masih berteleku di atas rumput. Tangannya mengehntak kuat pada rumput.
Sakit hati! Sifat iblis masih belum goyah dalam diri dia. Berdoalah semoga
lelaki ini sempat bertaubat.
p/s: ada terkurang harap dimaafkan. meluang masa sepanjang cuti sem amat menyeronokkan. menaip walaupun diri sendiri tidak tahu apa yang mahu dikarangkan.