Hari ni genap
satu tahun Hanis bekerja di Syarikat Berjaya Holdings, milik Tan Sri Syed
Hamka. Dalam setahun jugalah banyak juga tomahan yang diterima dari Syed Aiman.
Ikutkan hati memang tidak mahu lagi bekerja di sini. Tapi, apakan daya dia
tidak mahu menyusahkan ummi. Dia ingin membantu umi menjaga adik adik yang lain.
Memandangkan dia anak yang paling tua dirumah anak yatim itu, dia dengan rela
hati harus menggalas tanggungjawab tersebut.
Syed Aiman melulu masuk bangunan
tersebut. Matanya terarah pada Hanis yang masih lagi mengemop lantai. Cara
pemakaian Hanis memang berlainan sekali dengan orang lain. Dia memakai pakaian
yang besar besar semuanya. Nampak kuno dimata Syed Aiman. Hanis memang tidak pandai dalam cara
pemakaian. Syed Aiman tersentak apabila hanis memandangnya sekilas. Dia
bergegas masuk ke biliknya.
Jam sudah pukul 10 malam, Hanis masih lagi
bekerja. Dia didenda Syed Aiman kerana menumpahkan air kopi di atas kertas
kerjanya. Mengamuk habis Syed Aiman masa Hanis tidak sengaja menumpahkannya.
Masa tu kepala Hanis sakit. Dia tak dapat mengimbangkan badannya.
“Assalamualaikum,” dari dalam mereka terdengar orang memberi salam dari
luar. Syed Aiman memberi isyarat kepada Hanis agar dia membukakan pintu. Dari
luar beberapa orang memakai kopiah berdiri di hadapan pintu. Syed Aiman begegas
keluar.
“Ada apa ya encik?” Syed Aiman bertanya. “Adakah kalian berdua sahaja dalam
bilik ini?” pegawai itu bertanya, langsung tidak dijawab soalan Syed Aiman
tadi. “Ya, kami berdua, sememangnya kenapa encik?” Syed Aiman mula berasa tidak
sedap hati. Hanis mula hilang punca. Terasa dunia gelap gelita.
“Kami dari Jabatan Agama Islam, kami dapat berita bahawa anda berdua-duan
dalam bilik ini. Betul ke encik?”
“ memang kami berdua sahaja. Tapi kami tak buat apa apa. Kami tidak
berkhalwat encik, kenapa kami mesti ditangkap?”
“Kamu tahu bukan, berdua duan bukan muhrim adalah haram? Kamu bukan muhrim,
jadi timbul pelbagai syak wasangka pada orang awam.”
**************
“No papa, Iman takkan kahwin dengan perempuan ni. Kami tak buat apa apa.
Please papa...” Syed Aiman menggesa
papanya ketika papa dan mamanya tiba di JAI.
Kamu harus kawin juga Iman. Ingat, reputasi syarikat dan keluarga kita akan
tercemar jika orang lain tahu akan hal ini.. mahu atau tak, kamu mesti juga
kawin. Muktamad.” Perlahan tapi kedengaran tegas amaran dan arahan dari Tan Sri
Syed Hamka.
“Tapi...” Syed Aiman hanya tunduk. Akur dengan permintaan papanya. Akad
nikah berlangsung di pejabat kadi. Semua berjalan lancar. Semua yang hadir
***************
Suasana dalam kereta sunyi sepi sahaja. Hanis masih lagi dalam dilema.
Begitu juga Syed Aiman. “Hei perempuan, kau dengar sini baik baik. Kita bukan
suami isteri yang sah. Kau hanya isteri aku atas kertas sahaja. Ingat!! dari
dulu lagi aku tak suka kau dan selamanya aku tak suka kau! faham...!!”. Syed Aiman
tiba tiba bersuara lantang seperti orang yang hilang sabar.
Hanis hanya menundukkan wajah. Hatinya terasa seperti terkena belati.
Begitu tajam sekali kata kata Syed Aiman. Setitik air mata mula menitis diatas
pahanya. Pantas diseka. Dia tidak mahu Syed Aiman menyedari bahawa dirinya
menangis. Ya Allah, jika ini takdirnya kuatkanlah diri ini Ya Allah. Untuk aku
menghadapi segala ujian dari-Mu.
Encik, jika encik memang tidak mahukan saya. Saya reda encik. ini ujian
buat saya. Saya harus terima dengan ikhlas kerana Allah. saya akur degan
ketentuan dari-Nya. Semoga Allah berkati encik.
Kau dengar tak perempuan,aku bercakap dengan kau ni...!!!” tengking Syed Aiman
sambi menarik tudung yang dipakai Hanis. Hanis memegang tudungnya dengan kemas.
Tidak mahu tudung yang dipakainya tertanggal. “saya dengar encik...” lirih
suara Hanis. Terasa sakit rambutnya akibat ditarik.
Bagus...” Syed Aiman sambil tersenyum sinis. Siaplah kau pompuan, aku akan
buat kau menderita hidup bersama aku. Hatinya berbicara. Dalam otaknya sudah
ada rancangan untuk mengenakan Hanis untuk selamanya.
Kereta mula membelok ke kiri. Terpempam Hanis melihat rumah agam yang
begitu besar sekali. Memang patut Syed Aiman membencinya. Rupanya mereka memang
jauh berbeza darjat.
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini