Pang!!!
Dia tersungkur. Aku mendesah geram. Aku menarik tudung labuhnya, mukanya ku
tarik menghadap aku. Dia terketar ketar memandang aku. Pang!!! Satu lagi
tamparan kuat mengenai pipinya. Dia tersungkur jatuh ke lantai. Dia terpisat pisat
untuk bangun. Airmatanya semakin kuat meleleh jatuh membasahi pipi.
“Abang,
jangan pukul saya lagi. Sakit.” Dia memegang perutnya. Aku tersenyum sinis
kepadanya.
“Aku
benci kau!” bentakku.
Aku
marah, kerana mama dan papa menjodohkan aku dengannya. Dia masih lagi terpisat
pisat untuk bangun. Kaki ku dengan kuat menghentak perutnya. Kali ini dia
meraung.
“Abang,
sakit.” Kali ini dia sudah tidak berdaya lagi. Hanya terbaring lesu di atas
lantai marmar ini. Air matanya masih lagi tumpah. Kedengaran esakan halus dari
bibirnya. Aku meraup beberapa kali mukaku.
Aku
memalu langkah ke pintu. Pintu dihempas kuat. Kereta ku pandu laju meninggalkan
rumah hadiah papa dan mama sempena perkahwinanku. Aku meninggalkannya yang
masih lagi terbaring di lantai.
******
“Sayang…”
aku memeluk Tina yang masih lagi dengan pakaian tidurnya. Aku mencium pipinya.
Dia juga membalas ciuman dariku. Aku memeluknya erat. Lalu di baringkannya di
atas katil kondo milik aku.
“Bi…
U pergi mana, I rindu sangat kat U. Kenapa U tak datang ke sini semalam?” Soal
Tina sambil tangannya lincah merungkai satu persatu butang baju kemeja ku.
“Sorry
sayang. I ada hal semalam.” Jawab ku. Tanganku mencubit lembut pipinya yang
putih gebu itu. Malas untuk memberi jawapan kepada Tina. Hati ku sekarang panas
membara.
“U
tak pergi rumah U ker Bi? Kasian kat wife U.” Tina melentokkan badannya di atas
badanku. Terus kurangkul badannya itu.
“Malas
lah!” terus bibirku merapat ke arah bibir Tina. Bibirnya yang ranum itu bisa
menggetarkan jiwa lelaki ku.
“Bi,
bangun dah lewat ni. Nanti papa U cari pulak.” Tina mengejutkan ku dari lena.
Aku terpisat pisat bangun. Dia tersenyum kepadaku. Satu kucupan singgah di
pipinya yang putih itu.
“Sayang,
tolong ambilkan pakaian I.” dia menghulur pakaian kepada ku. Aku dengan pantas
mencapai dan memakai pakaianku. Lewat sikit, pasti papa akan membebel sakan.
*****
“Nazrin!
Irah apa khabar? Lama papa tidak bertemu dengannya. Mama kamu rindu sangat
dengan menantunya itu.” Soal papa sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam
bilik papa.
“Err…
dia sihat. Ada tu kat rumah.” Jawabku tergagap gagap. Terlintas pula aku pada
Syahirah. Selepas peristiwa itu, aku langsung tidak pulang ke rumah. Kalau di ikutkan
sudah seminggu.
“Nanti
bawa la Irah jumpa papa dan mama.” Suara papa mematikan lamunanku. Aku hanya
mengangguk. Bawa Irah? Nanti jika papa dan mama lihat luka dan lebam pada Irah
macammana? Mati aku kena pancung kat papa. Desis hatiku.
“Bila
la agaknya papa dan mama akan dapat mendukung cucu yer? Dah lama kami tunggu.
Bukan apa Nazrin. Papa dan mama ni dah tua. Nak jugak, sebelum mati dapat
mendukung cucu. Kamu tahukan, kamu satu satunya anak kami.”
Sambung
papa. Aku hanya memandangnya. Jelas kelihatan wajah sugul pada riak papa.
Mungkin ingin sangat mendapatkan cucu. Kesian pula aku tengok papa.
“insyaAllah
pa. ada la tu.” Jawapan yang cukup memberi papa kelihatan senang. Dia tersenyum
kepada aku lalu mengangguk. Aku membalas senyumannya.
“Okey
lah Nazrin. Papa ada meeting ni.” Dia berlalu meninggalkan aku di bilik. Aku
masih lagi setia duduk di atas kerusi.
*****
Malam
itu cukup memenatkan. Mana taknya, seharian aku harus bertungkus lumus
dipejabat kerana papa terpaksa pergi outstation. Untuk menghilangkan rasa
stressku, aku mengambil keputusan untuk pergi tenangkan fikiran di club.
Agak
lama dalam club, aku pun dah agak mabuk, Nazmi terpaksa menghantarku kerumah
memandangkan aku tidak mampu untuk membawa kereta sendiri disebabkan terlalu
mabuk.
Nazmin
hanya menghantarku diluar pagar sahaja. Keretanya meluncur laju meninggalkan
aku yang masih mamai dalam kemabukan. Dengan kudrat yang ada aku gagahkan juga
untuk menekan bell. Tak lama pintu terbuka.
Aku
melangkah masuk dengan langkah yang terhuyung hayang masuk ke dalam rumah. Pintu
utama dibuka. Terpacul seraut tubuh yang tak pernah aku lihat. aku
menjongketkan kening. Lama aku memerhatikannya.
Berani
betul dia memakai pakaian yang begini malam ni. Dari atas ke bawah aku
memandangnya. Dia juga seperti terkejut. Dia hanya membatu sahaja. Malam ni dia
hanya mengenakan pijama satin berwarna pink separas lutut dan tidak berlengan
hanya bertali.
Aku
meneguk air liur. Aku cuba mengawal perasaanku. Aku berjalan untuk naik ke atas.
Terasa lemah sendiku akhirnya aku merasakan seperti mahu jatuh. Pap! Sebelum aku
jatuh ada tangan yang sedang menyambut aku. Semakin lama aku melihatnya,
semakin gelodak jiwaku. Dia memimpinku naik ke bilik.
Tak
tahan melihat akan dirinya. Gelodak nafsuku semakin memuncak. Dia membaringkan
aku ke atas katil. Tangannya terketar ketar ingin menanggalkan stoking yang aku
pakai.
Selesai
menanggalkan stoking, dia menghampiri badanku. Dapat ku lihat wajahnya yang
pucat tika ini. Dalam keadaan mabuk aku sempat mengukir senyum sinis. Takut
konon. Bentakku.
Dengan
perlahan lahan dia menanggalkan satu persatu butang baju yang di pakai aku. Saat
diangkat bajuku melepasi bahagian dada, dia lekas memejamkan matanya. Aku
mengukir senyum buas.
Kini
badanku sudah tiadak berbaju. Hanya separuh berbogel dengan memakai seluar. Dia
masih lagi terketar ketar untuk menghabiskan kerjanya. Comforter ditarik hingga
separas dada ku. Lama aku memerhati tingkahnya.
Dia
berkira kira untuk meninggalkan bilik tidurku. Dalam keadaan jarak satu meter
dia berjalan, aku bingkas bangun menyebabkan comforter yang membaluti tubuh ku
tersingkap hingga ke paras pinggang.
Dalam
keadaan yang masih mamai lagi, terus aku sambar lengan miliknya. Oleh kerana
tidak dapat imbangkan badannya, dia terjatuh di atas badan milikku. Tepat jatuh
di atas dada bidang milikku.
Dengan
pantas terus ku rangkul badannya dengan kemas. Dirinya cuba melepaskan
rangkulanku. Tetapi aku masih lagi dengan kemas merangkulnya. Dia masih lagi
cuba melepaskan diri.
Aku
dengan pantas mendekatkan bibir ku ke arah bibirnya yang kemerahan itu. Dia
cuba menepis tetapi gagal.
Kerana
tidak tahan gelodak nafsuku, semakin buas aku mencumbui dirinya. Air matanya
tubir ke pipi. Namun aku tidak endahkannya. Dia halal untukku. Tak akan aku
lepaskan begitu sahaja.
Nafsuku
semakin memuncak. Dalam keadaan suasana suram, aku mencumbui dirinya. Dia
kelihatan akur dengan perlakuanku. Mungkin kerana tidak dapat melepaskan
dirinya dariku.
Terasa
malam ini malam yang paling indah sekali buatku. Tidak seperti malam malam aku
bersama Tina. Mungkin kerana Irah masih lagi dara. Aku tersenyum puas.
Malam
itu, aku memperlakukan dirinya sesuka hatiku.
“Hoi!”
jerkah Wahid, seraya mematikan lamuananku terhadap peristiwa itu. Sudah tiga
bulan ia berlaku. Setelah peristiwa itu. Langsung aku tidak bertegur sapa
dengannya. Hanya sekali aku bercakap dengannya, disebabkan dia tertumpah air
pada baju kemeja ku pada minggu lepas. Kerana terlalu baran, aku bertindak
memukulnya.
“Apa?”
soalku sepatah.
“Teringat
kat wife ker?”
Cehh…
serkap jarang Nampak. “Tak ada lah. Jom lah keluar lunch, aku lapar ni.” Ucapku
sambil menapak keluar dari ruang pejabat. Dia membututiku dari belakang.
*******
Aku
dan wahid berjalan masuk ke Mid Valley. Kereta ku palirkan di luar sahaja.
Malas nak nak berlama kat tempat parking atas. Langkah ku atur terus ke Noodles
Station.
Lebih
kurang sejam kami di situ. Setelah membuat pembayaran, kami melangkah keluar
untuk masuk semula ke ofis. Memandangkan waktu sekarang sudah berginjak angka
dua petang.
Langkah
ku terhenti sebaik melihat kelibat Tina bersama seorang lelaki berjalan masuk
beriringan ke dalam sebuah butik. Lagak mereka begitu manja sekali. Panas
terasa hatiku tika ini.
Langkah
ku atur mendekati mereka berdua. Wahid dari tadi hanya kebinguan turut
melangkah mengikut aku dari belakang.
Owhh,
jadi betulla selama ni yer? Kau simpan jantan dalam kondo aku!” jerkah ku kepada
Tina ketika masuk ke tempat fitting room. Dia juga kelihatan terkejut. Mukanya
kelihatan pucat. Mungkin tembelangnya sudah pecah.
Memang
aku bodoh la kan, bukan seorang yang kata kau ni keluar dengan ramai jantan.
Tapi dah berpuluh yang kata begitu. Aku pekakkan jer telinga aku selama ni. And
for your information, we are over!!!” jerkah ku lagi. Panas hati mengatasi
segalanya.
“Bi,
sorry… I janji I akan setia dengan U. please…” dia merengek manja. Aku
merenungnya tajam. Ikutkan hati aku yang panas ni. Dah lama aku campaknya ke
bawah.
“Kau
tak faham ker hah! We are over!!!” bentakku sambil menunding jari ke mukanya.
Mata mata yang memandang sudah ku tidak hiraukan lagi. Lelaki yang di sebelah
Tina hanya terkebil kebil melihat kami berdua. Aku tersenyum sinis kepada
lelaki itu sambil berlalu keluar.
“Satu
lagi. Aku nak kau serahkan kunci kondo dan kunci kereta yang aku bagi kau dulu.
Malam ni, aku nak kau dah tak ada kat kondo tu. Kalau aku Nampak kau ada lagi,
aku tak teragak agak nak bunuh kau!”
Kelihatan
Tina sedang mengejar lelaki tadi dari arah pintu keluar. Mungkin lelaki itu
juga tidak percaya atas apa yang berlaku tadi. Wajah lelaki itu juga kelihatan
bangang. Mungkin tembelang dia dah diketahui. Aku mengekek ketawa kepadanya.
Lelaki itu langsung tidak menghiraukan Tina yang terkedek kedek mengejarnya.
Hati
aku tersenyum puas. Padan muka kau Tina. Dasar wanita murahan.
“Siapa
tu beb?” soal wahid yang sedari tadi lagi berdiam diri. Aku memandangnya sinis.
“Tu
perempuan TAK GUNA!” sengaja perkataan tak guna aku tekan. Marah yang amat
sangat pada Tina. Kerana ramai yang mengatakan Tina banyak simpan lelaki, ramai
juga aku putus kawan kerana sebab itu. Aku terduduk. Menyesal atas apa yang
berlaku.
Wahid
hanya diam.
******
Sudah
dua minggu aku tidak pulang ke rumah. Entah mengapa hatiku bagai di jerut rasa bimbang.
Tiba tiba perasaanku teringat pada rumah dan Irah. Ya, sejak peristiwa itu aku
langsung tidak bertemu dengannya.
Tanganku
mencapai kunci kereta. Dengan langkah cepat, aku melangkah keluar dari ofis.
“Encik nak kemana, kita ada meeting jam dua nanti.” Laung setiausahaku.
“Cancel
semua. I ada hal.” Ucapku tanpa menoleh ke belakang.
Kereta
ku pakirkan betul betul di halaman rumah. Pagar tidak berkunci. Semakin kuat
rasa bimbangku. Aku melulu ke pintu rumah. Baru ingin mengambil kunci rumah,
pintu sudah terbuka. Pelik, pintu juga tidak berkunci.
Aku
melangkah masuk kedalam rumah. Mencari kelibat Irah. Namun hampa, dia tiada.
Mataku tertancap pada darah kering yang melekat pada lantai marmar. Aku
mencangkung dan aku usap tanganku pada darah itu. Jantungku berdegup kencang.
Rumah
juga kelihatan berdebu. Mungkinkah irah telah lari? Aku berlari naik ke tingkat
atas menuju ke bilik Irah. Habis semuanya aku geledah. Dia tiada. Bajunya juga
masih ada dalam almari. Tapi ke mana dia? Jika ke rumah mama, pasti mama akan
beritahu aku.
Aku
duduk disisi katil. Kepala kuramas ramas. Kusutnya kepalaku saat ini. Aku
merebahkan diriku atas katil. Lama aku termenung, hingga tidak terasa aku
terlelap.
Kosong.
Itulah yang bisa aku ungkapkan. Jiwa ku kosong saat dia tiada. Walaupun aku
tidak pernah bersikap baik dengannya. Sekurangnya aku tahu dia ada dirumah ini.
Kini ia kosong… sekosong hatiku.
******
Aku
bangun dari pembaringan. Suasana begitu panas sekali. “Aku kat mama ni!”
tempikku.
Aku
bangun mencari tempat berteduh. Hampa. Tiada satu pun pokok di situ. Kaki ku
juga melecek teruk. Aku menggulupur kesakitan. Padang apa pulak ni. Semuanya
berpasir. Aku jatuh tersungkur kebawah.
“Mama,
papa! Tolong Nazrin. Sakit. Ahh…” wajah mama dan papa menghilang di sebalik
kabus tebal. “Mama, papa!!!” tempikku.
Aku
menunduk. Panas mentari semakin memuncak. Aku dahaga. Ya dahaga yang amat
sangat. Aku nak air… aku cuba untuk bangun, eh, kenapa tak boleh bangun ni! Aku
mendongak ke bawah. Rantai besi telah mengunci kakiku. Ah… tak nak!
Kedengaran
sayup sayup suara bayi sedang menangis. Kekadang suara itu ketawa. Semakin lama
semakin hampir dengan ku suara itu. Aku melilau mencari arah suara itu. Mata ku
terpaku. Seorang bayi sedang membawa balang air.
“Tolong…
saya nak air.” Dengan suara yang serak aku cuba memanggil anak kecil itu.
Lama
aku memerhatikan anak kecil itu. Berharap agar dia membawa air tadi kepada aku.
Mata anak kecil itu melilau kerah situ sini. Tiba tiba anak kecil itu menangis
teresak esak. Aku buntu. Tiba tiba dia ketawa lagi. Tertelan air liur aku.
Pelik dengan apa yang aku lihat.
Dek
rasa dahaga yang tidak tertahan, aku melambai tangan kepadanya. Mudahan dia
akan melihat aku. Tekaanku benar, dia melihat aku. Dengan tawanya dia berlari
kepada ku. Dihulur kepada aku air berwarna jernih tersebut. Sedapnya. Walaupun
warna seperti air masak, namun ia terasa asing. Tidak pernah aku merasainya
sebelum ini.
Usai
meminum air itu. Anak kecil itu mengambil semula balangnya. Dia tersenyum manis
kepadaku. Lama aku memerhatikan wajahnya. Sama seperti aku. Matanya pula
seperti Irah! Siapa budak ini sebenarnya.
“Papa…
tolong jaga mama yer?” dapp, jantungku seakan seperti berhenti berdegup. Belum
sempat aku bertanya lebih lanjut, dia sudah menghilang disebalik kabus halus.
Aku buntu.
Aku
tersedar dari tidur. Peluh merenek jatuh membasahi tubuhku. Aku menelan air
liurku. Kenapa rasa tadi masih ada? Sedangkan ia Cuma mimpi? Aku mengelap peluh
yang jatuh menggunakan belakang tapak tanganku.
‘Papa…
tolong jaga mama yer?’
Kata
kata itu terngiang dalam kepalaku.
*****
Lama
aku memerhati dirinya yang sedang terbaring lesu diatas katil. Wayar
berselirat. Dia mampu bernafas dengan alat pembantu pernafasan sahaja. Dia
tidak ubah seperti patung cendana. Diam tanpa kata.
Aku
memeraup beberapa kali mukaku lantas memalu langkah ke arah kerusi. Aku duduk
di sampingnya. Wajahnya yang mulus ku elus lembut. Mukanya yang putih melepak
tak ubah seperti kapas.
Hidungnya
mancung terletak elok. Bulu mata aslinya seperti memakai balu mata palsu.
Biarpun ia seratus peratus asli. Matanya juga seperti orang memakai celak,
walaupun dia tidak memakainya. Jelas kelihatan wajahnya yang cantik dan mulus
walaupun matanya tertutup. Bodohnya kau nazrin.
Wajahnya
yang tenang itu, seolah orang yang tidak ada masalah membuat hatiku lama
menatap ketenangan di wajahnya dan terpegun dengan keindahan dan kenikmatan
ciptaan Allah SWT.
Mataku
beralih pula pada bahagian perutnya yang kelihatan sedikit buncit. Aku mengucap
syukur. Kerana anakku masih hidup lagi. Lama aku menatapnya. “Maafkan papa
sayang. Papa janji akan jaga mama…”
Segala
kesalahanku pada Irah seperti diulang tayang. Aku meraup wajahku beberapa kali.
Banyaknya dosa aku padanya. Tanpa sedar air mataku mengalir laju. Aku
tersengguk sengguk disisinya. Tangannya tidak lepas dari peganganku.
“Maafkan
abang Irah. Abang banyak dosa pada Irah.” Lirihku. Ku kucup lembut jari
jemarinya. Kepala ku lentokkan disisinya. Aku terlena bersama perasaan
bersalah.
Aku
tersedar ketika terasa ada pergerakan di kepalaku. Mata ku genyeh beberapa
kali. Buntang mataku melihat badannya yang naik turun naik turun. Nafasnya juga sudah tidak teratur.
Alat
bantuan pernafasan juga berbunyi bising sedari tadi. “Doctor!!!” jeritku dengan
air mata yang tak tertahan. Beberapa kali aku menjerit, barulah doctor datang
bersama dengan beberapa orang jururawat.
“Encik
boleh keluar dahulu?” soalnya cemas. Aku mengeleng.
“Saya
nak teman isteri saya doc. Please.” Pintaku. Dia mengeleng. Dia menyuruh
beberapa orang jururawat menghantarku keluar dari bilik itu. Aku terduduk.
“Jangan tinggalkan abang Irah.” Makin laju air mataku mengalir. Fasha yang baru
sampai juga sedang menangis. Ditepuk tepuk bahuku agar aku bertenang. Aku
mengeleng. Aku tak mahu berpisah dengan Irah.
******
Tanah
yang masih merah itu aku aku usap lembut. Surah yaasin aku tutup. Dicuim surah
yaasin dengan ikhlas hati. Mohon pada Allah agar di beri kekuatan untukku.
Tanganku mencapai bekas air mawar lalu di siram di atas kubur itu.
Air
mata yang ingin keluar, kutahan juga. Tidak mahu menambahkan lagi suasana
suram. “Maafkan saya.” Ucapku sambil mengusap lembut batu nisan itu. Usai
menyiramnya, aku mengulung tikar mengkuang.
“Nanti
saya datang lagi jenguk awak.” Ucapku sambil berlalu pergi. Langkah kuatur ke
kereta. Kereta di hidupkan, meninggalkan kawasan perkuburan.
“Takziah
untuk encik, harap encik banyak banyak
bersabar. Semua yang hidup pasti akan kembali di sisi-Nya.” Setiausahaku
memberi ucapan takziah buatku. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum
manis untuknya. Biarpun hatiku terasa perit.
Aku
melangkah masuk ke dalam pejabat. Suram terasa suasana ini. Aku duduk termenung
di dalam bilik pejabat. Kejap lagi aku harus melawat seseorang. Hatiku berbunga
riang. Hilang sedikit rasa sedihku.
Jam
sudah menunjukkan pukul lima petang. Waktu pejabat juga sudah tamat. Hatiku
tidak sabar untuk bertemu dengannya. Langkah kuatur menuju ketempat yang
sepatutnya menggunakan kereta milikku.
“Assalamualaikum,”
aku mendongak ke dalam ketika sampai di sana. Tiada sesiapa. Pelik. aku
melangkah masuk ke dalam.
Waalaikumussalam.
Dah lama sampai? Maafla, tadi kat tandas.” ucapnya sambil mengukir senyuman
manis. Berdegup kencang jantungku dengan senyuman yang diberi. Dia berjalan
naik ke katil.
Baru
jer, kenapa tak bagi tahu nak ke tandas. Boleh tolong.” Aku mendapatkannya. Aku
peluk pinggangnya dengan erat. Dia hanya tersenyum. Kasih sayangku tumpah
kepadanya.
Abangkan
baru sampai…” meleret suaranya. Ku cuit hidung mancungnya. Dia mengekek. Dia
melentokkan kepalanya pada bahuku. Aku mencium ubun ubunnya.
“Sayang
cepat sembuh tau. Nanti kita pergi rumah mama. Mama dan papa rindu sangat kat
sayang.”
“Pasti
mereka gembira bila dapat tahu yang sayang mengandung.” Ucapku lagi.
“InsyaAllah
abang… abang dah makan?” soalnya kembali. Aku mengangguk. “Abang…”
Aku
memandangnya.
“Bagaimana
abang tahu Irah masuk hospital?” aku mengukir senyum untuknya.
“Masa
tu, abang balik ke rumah. Abang cari Irah, tak jumpa jumpa. Hati abang bimbang
sangat masa tu. Perasaan bersalah menguasai abang. Abang selongkar laci meja
sayang, abang jumpa alamat rumah Fasha.
Terus
abang datang ke sana. Sampai jer kat sana, abang kena maki pulak kat Fasha. Abang
menyesal sangat. Kat situ baru abang sedar yang abang cintakan sayang
sebenarnya.”
Aku
memeluknya kemas. “Irah pun sayangkan abang jugak..” dia membalas pelukanku. Terasa
sesuatu yang bergerak gerak pada perut Irah. Aku bahagia. Papa dah dapat mama
sayang. Ucapku.
Betul
Irah mengandung?” soal mama. Aku hanya mengangguk. Mama bertempik gembira. Tak habis
mengucap syukur pada Ilahi. Papa pula mengangkat ibu jari kepadaku. Aku membalas
dengan ketawa. Irah pula hanya tersenyum. Wajahnya pula berona merah, pasti
malu. Aku memeluk pinggangnya.
Sejak
tadi lagi, mama berbincang untuk mengadakan kenduri kesyukuran. Aku hanya
mengangguk. Tak ada apa yang nak dibantah.
******
“Papa,”
Muhammad Haikal Hafidz bin Muhammad Nazrin datang memelukku. Dicium pipiku
berkali kali. Aku membalasnya lalu mendukungnya untuk masuk ke dalam rumah.
“Abang
dah balik?” soal Irah yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang yang
berisi air dan kuih muih kesukaanku. Diletakkannya di atas meja lalu datang
menyalami tanganku. Aku membalasnya dengan sebuah kucupan hinggap di dahinya.
“Meh
dekat mama sayang, papa penat tu.” Di hulur tangan kepada Hafidz. Anakku menyambutnya
lalu beralih kepada ibunya. Aku hanya tersenyum. Sedangkan dalam hati, betapa
gembiranya aku rasa.
“Sedapnya
sayang.” Aku mengunyah kuih yang dibuatnya. Semua makanan buatan tangan
isteriku akan menjadi kesukaanku. Bahkan akan menjadi terlebih sedap.
Dia
hanya tersenyum sambil diribanya Hafidz yang sedang menyusu.
Anakku
sorang ni sama seperti dalam mimpiku dahulu. Tak ubah langsung wajahnya. Comel dan
genius. Hafidz berlari kepadaku setelah siap menyusu.
“Terima
kasih papa…” ucapnya. Aku kebinguan. Untuk apa yer? Baru umur setahun setengah
dah pandai cakap macam ni. Dia memelukku lalu mencium pipiku. Aku mendakapnya
penuh kasih.
“Sayang
terima kasih.” Ucapku kepada Irah dihadapanku. Dia tersyum lagi. Senyuman yang
boleh membuat jantungku terlompat keluar.
Kasih
abang diterima.” Dia memicit bahuku. Rasa lenguh terus hilang. Ajaibkan. Ini lah
dikatakan SYURGA CINTA. Kekeke… terima
kasih Tuhan.
best tapi klu bole ade byk part yg bole huraikan lgi. best ;)
ReplyDeletehhehe, x sempat nak buat la dik, abg kn student IPT.. keje banyak. :) tq utk komennya dik.
ReplyDeletenice.. keep it up kay!
ReplyDeleteNazrin pergi kubur sapa??
ReplyDeleteCurious.. huhu
ReplyDelete