Apr 6, 2017

TERIMA KASIH



TERIMA KASIH PADA YANG PERNAH

HADIR

SINGGAH

&

BERLALU

SESUNGGUHNYA ANDA LAH PENGUNJUNG BLOG SAYA.


SELAMAT MALAM

DINI DANI

Oct 26, 2016

Fasa kehidupan akhir zaman

Dari ibnu mas'ud: "Tatkala kami berada disisi Rasulullah saw, tiba-tiba datang sekelompok pemuda bani hasyim. Melihat akan mereka, tiba-tiba wajah baginda berlinang air mata dan berubahlah roman wajahnya. Maka aku katakan; "pada wajahmu, kami tetap melihat sesuatu yang tidak kami sukai." Baginda menjawab; "kami ahlul bait, Allah telah pilihkan akhirat untuk kami dari dunia. Dan Sesungguhnya sepeninggalanku, kaum keluargaku akan menemui bencana-bencana dan pengusiran. Hingga datang sebuah kaum dari timur, bersama mereka ada bendera berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan namun mereka tidak diberi lalu mereka memerangi dan mendapat apa yang mereka minta, tetapi mereka tidak menerimanya. Hingga mereka menyerahkan kepimpinan kepada seorang dari keluargaku. Lalu ia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman seperti sebelumnya. Barang siapa yang mendapatinya maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak diatas ais. Sesungguhnya dia adalah khalifatullah al mahdi." (Hr Ibu Majah)

Timeline kehidupan akhir zaman

FASA PERTAMA adalah zaman kehidupan dan kepimpinan rasulullah saw.

Setelah kematian Rasulullah saw, dunia mula memasuki FASA KE DUA iaitu pimpinan dibawah pemerintah khulafah ar rasyidin.

Dunia memasuki fasa ketiga setelah kematian saidina Ali. Sebenarnya pada zaman pemerintahan Ali, angin² akan datangnya fasa ketiga sudah dirasai. Tampak pemerintahan hanya akan diwarisi oleh anak-anak.

Masuk FASA KETIGA iaitu kerajaan menggigit sudah tiba. Fasa ketiga bermulanya pengkhianatan terhadap kaum keluarga rasulullah seperti yang dinyatakan dalam al hadis. Kematian saidina hussain cucu kesayangan rasulullah di karbala dengan kepala dipancung dan penindasan dan pengusiran kaum keluarga rasulullah. Mereka diperlaku seolah binatang oleh kaum yang zalim. Hanya satu sebab. Dendam dan tampuk pemerintahan hanya layak diwarisi anaknya walaupun penduduk khufah mengundi saidina hussain.

FASA KEEMPAT adalah zaman fitnah al masih ad dajjal bermula. Bermula disini dalam kata erti sebenar, peluasan kuasanya mula diperluas ke seantero dunia. Jika zaman nabi² dajjal hanya mengganggu kaum mereka sahaja. Fasa keempat kezaliman berleluasa seperti yang dinyatakan dalam hadis. Meminta kebaikan namun tidak diberi. Perang saudara yang tidak pernah selesai hasil campur tangan amerika.
Sehingga turunnya isa al masih dan imam mahdi.

FASA KELIMA adalah zaman khalifah yang memerintah seperti nabi. Iaitu zaman Al mahdi. Seprti yang dinyatakan dalam hadis. Zaman ini penganut agama kristian memeluk agama islam.

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...