Jun 6, 2016

Cerpen: Flash

Aku memicit dahi yang terasa sakit. Aduh, cepat betul cerita tersebar. "Kau dengar dulu boleh tak?" Gumamku dengan pakaian solat terawih masih dibadan, tak menyempat. Kopiah hitam yang kupakai aku tanggalkan dan mengibas muka. Berbahang.

"Kau nak cakap apa?" Aku pandang orang didepanku dengan mata mencorot. Geram! "Semua dah jelas kan?" Sambung dia lagi dengan memeluk tubuh.

"Eh, yang kau nak cari salah aku aje kenapa hah?" Aku dah melenting. Sakit hati. "Kau dengar sebelah pihak aje. Belah aku kau tak nak dengar pulak!" Kopiah ditangan aku genggam erat. Melepaskan geram.

Orang didepanku tersungging senyuman sinis pada bibirnya. Aku getap bibir. "Apa lagi yang kau nak jelaskan kat aku lagi hah angah! Kalau takda angin, pokok takkan bergoyang!" Tengkingnya dan aku terhinjut kebelakang kerana terkejut.

Aku sengih hujung bibir. "Tak ada angin pun, pokok akan bergoyanglah kalau ada tangan yang menggoncang batang!" Terus aku berpaling untuk pulang.

👉👉👉👉

Ketukan bertalu-talu pada pintu memaksa aku untuk membuka. Belum pun sepenuhnya pintu kubuka selebarnya aku sudah terkebelakang kerana tolakan kuat dari luar. "Eh kau dah gila ke!" Aku sudah menjerit.

"Aku belum selesai dengan kau lagi la ngah! Yang kau menonog balik belum aku habis cakap lagi tu kenapa?" Along sudah bercekak pinggang memandang aku dengan suara yang memetir.

"Eh, kau nak cakap apa lagi dengan aku? Bukan kau dah nampak aku yang bersalah? Setan apa yang merasuk kau ni hah!" Aku bersentang mata dengannya. Tidak mahu kalah. Suaraku juga sama oktaf macam suara along.

Pang!

Terduduk aku diatas lantai. Mencerlung Mata aku memandang makhluk dihadapan. "Eh setan kau long!" Tempik aku sambil memegang pipi yang terasa perih.

Berkerut wajahku bila along mencekak kolar baju T milikku. "Eh setan! Kau nak bunuh aku ke hah!"

"Memang! Kalau aku boleh bunuh kau, memang aku bunuh!" Tempik along dekat dengan wajahku. Berdesing telingaku.

"Kalau kau nak sangat bunuh aku, kau bunuhlah!" Dugaku sambil mengesat bibir yang berdarah. Kepala dah rasa sakit semacam dengan mata yang dah berpinar.

Tunak along memandangku sebelum dia melepaskan tangannya bada kolar bajuku dan berlalu.

Aku terduduk sambil memejamkan mata. Sakit. Cecair merah pada hujung hidungku aku kesat kasar.

👉👉👉👉👉

"Aku keluar." Ucapku ketika pintu utama aku buka. Along sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Langsung muka itu tidak memandang ke arahku. Huh! Benci sungguh dia dengan aku.

"Aku keluar dengan El. Bye." Belum sempat aku menutup pintu wajah along sudah berkalih memandangku. Aku hanya sengih sinis pada hujung bibir. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Sakit pada pipiku akibat tamparan along masih lagi belum hilang. Baru fair and square. Sama-sama sakit hati.

Terus aku menutup pintu dan berlalu kearah motor EX5.

"Kau kalau tak keluar malam tak boleh ke hah." Terkejut aku diatas motor. Ingatkan siapa. Kecil mataku memandang along yang sedang memeluk tubuh dan bersandar pada pintu. Kalau baby aku tercalar tadi, memang aku ukir lah kereta kesayangan dia tu pakai paku.

"Aku keluar sebelum ni pun kau tak pernah ambik kisah pun?" Tanyaku. Motor EX5 aku tunda ke belakang untuk melepasi pagar.

"Salah ke kalau aku ambik kisah? Lagi pun lani bulan puasa. Kau tak reti hormatkan bulan ramadhan ke? Asyik nak berpeleser aje." Tanya dia pula.

Aku angkat bahu. "Tak salah, cuma aku pelik tetiba kau jadi perihatin. Aku keluar bukan dengan orang lain pun, dengan El aje." Bidasku geram.

Aku terdengar dia mendengus sebelum menutup pintu utama.

Poorah, kisah pasal aku konon. Kalau aku tak sebut nama El, tak adanya dia nak ambik kisah. Kalau aku jatuh dalam longkang depan sana pun aku rasa dia bersorak. Lantak kau lah long. Terus motor EX5 aku hidupkan.

El sayang... Tunggu aku datang.

👉👉👉👉

"Yang kau pergi lawan cakap dia tu kenapa ngah? Tengok, kembung sebelah dah pipi kau." Seraya dia habis berkata, tawa lepas lagi galak terhembur keluar.

Aku berdicit geram. "Kau dengan along sama aje! Menyakitkan hati!" Marahku. Ingatkan keluar dapat la release tension. Bandung sirap aku minum rakus.

"Rilek la ngah, tu pun nak sentap. Yang along kau marah sangat tu kenapa?" Kak Aleya menghabiskan sisa tawanya. Keningnya terangkat sambil memandang ke arahku.

Aku juling mata ke atas. "Dia kata aku ada affair dengan kau! Along tu dah gila sebenarnya. Rabun! Gila apa aku couple dengan kau! Dah la tua." Geram sungguh aku bila along menuduh aku seperti itu.

Serentak aku merasakan sakit pada bahu. Kebas dipipi akibat tamparan along pun masih belum hilang lagi. Kini ditambah pula dengan sakit yang lain. Aku ketap garham. Kuat!

Aku menggosok bahu yang terasa sakit. Aku pandang Kak Aleya yang tengah memegang handbag. Celakak punya bakal kakak ipar. Ada dipukulnya aku dengan handbag.

"Sedap kata aku tua, aku dengan kau beza 3 tahun jelah." Marahnya pula. Betulah, perempuan amat sensitif dengan umur. Tua pun tak nak mengaku. Heh!

"Sekurangnya aku muda lagi." Sengihku. "Weh kak, macamana plan kita? Masih berjalan ke?"

"Kenapa? Kau nak batalkan ke?" Tanya dia pula.

Aku sengih. "Gila kau nak batalkan, masa ni lah nak kenakan along tu cukup-cukup. Lusa aku gi jumpa babah, gitau plan kita."

👉👉👉👉👉

"Kau pergi mana semalam?"  Pertanyaan itu memaksa  Aku yang sedang mengunyah lauk untuk memandang along. Wajahnya langsung tidak memandang aku.

"Kenapa?" Tanya aku pula. Kunyahanku dilanjutkan,
Terdengar dia mendengus. "Kalau aku tanya soalan, kau bagi jawapan boleh tak? Jangan bagi aku soalan." Marahnya walaupun suara masih perlahan.

Aku jongket kening. "Aku tengah bersahur ni. Kau jangan nak cari pasal masa nilah long." Sungguh aku tiada mood nak bergaduh waktu ini.

"Dah tu, aku tanya soalan kau bagilah jawapan!" Tukas dia pula.

Aku dah naik hangin. Tulang ayam aku letak kasar diatas pinggan. Berdenting akibat berlaga. Wajahku lurus memandangnya. "Aku dah cakap semalam kan yang aku keluar dengan El. Maknanya aku lepak dengan dia lah." Terus aku berdiri dan berlalu ke sinki. Dah siap bersahur.

"Tak malu ke couple dengan orang lebih tua dari kau?" Aku yang sedang membasuh pinggan sudah berdecit apabila mendengar suara sumbang dari meja makan. Geram aku nak sumbat tulang paha ayam dimulutnya. Biar tak berbunyi terus. Bercakap menyakitkan hati aje.

"Alah, sekarang tak kisahlah tua ke muda ke, janji sayang menyayang." Aku bersuara tatkala ingin berlalu kebilik dan melepasi meja makan.

Terdengar sudu berdenting kuat. Huh! Marahlah tu. Ada wa kisah?

👉👉👉👉

Aku berdiri kaku disebalik dinding rumah. Suara along yang marah- marah sebenarnya yang menghentikan langkahku. Biasalah suara itu, kalau sudah memetir tak adanya macam bersuara dalam kelambu. Agaknya suara along mampu menembus dinding rumah sebelah. Buat malu aje. Jangan bab dia tampar aku semalam, jiran sebelah turut terdengar.

Aku mengintai sedikit. Nak kedepan, takut dia terperasan. Dari ayat-ayat along yang sedang bercakap ditelefon boleh kutebak. Siapa lagi kalau bukan dengan El. Huh, ingatkan perempuan itu, buat aku sakit hati aje. Sama macam along, menyakitkan hati! Ada ke patut apabila dia melihat muka aku bekas kena tampar dia gelak. Huh, nk seligi aku rasa. Nasib baik bukan muhrim.

Aku kedapur. Menghidangkan juadah berbuka sebentar lagi. Memandangkan hanya kami berdua, makanan aku beli ekpress dekat bazar. Tu pun ehsan duit along. Eh, dah aku adik dia, dia la yang kena tanggung. Betul tak?

Hari ni makan nasi lagi. Ceh, ayat macamlah aku jarang makan nasi. Nasi dengan aku berpisah tiada. Orang kata apa, perut berkerut, beras dalam guni terasa sakit. Ha...ha... Hebat tak ayat hiperbola aku. Nak gambarkan betapa kamcengnya aku dengan nasi. Cuma along aje, dia main gym. Jadi, makanan sehari-hari dia tentulah spageti. Bab masak spageti aku la yang tukang masak.

Walaupun aku dengan along macam kutub utara dengan kutub utara, aku masih lagi menjaga kebajikannya. Jika aku tak jaga, mahu dia tak bagi duit beli makanan sehari-hari aku. Memandangkan aku masih kagi memegang jawatan selaku penganggur terhormat. Tak sanggup aku berlapar sambil tengok dia makan spageti.

Dada ayam kupotong kecil-kecil sebelum aku menabur, lada sulah, lada putih, lada hitam, jintan putih, jintan hitam dan sedikit garam diatas tray. Kentang pula aku ambil dan memotongnya halus. Baru aku letak diatas tray bersama dada ayam tadi. Dah selesai, aku letak dalam ketuhar dan tunggu ia masak.

Sekarang giliran aku nak merebus batang spageti pulak.
Tak banyak, dalam 10 batang. Ha, sebab tu aku tak nak main gym, tengok la makanan along, dah macam orang tak ada makanan. Semua ciput. Tak sanggup aku nak berpantang makan semata nak main gym. Walaupun aku kurus, perut aku mampu menampung 10 tan makanan. Haha..

Sambal belacan kedai Mak Ani, aku letak dalam pinggan sementara menunggu spageti lembut. Ha, lupa nak bagitahu, along tak makan spageti dengan sos spageti, tapi makan dengan sambal belacan. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab lemak dengan kandungan gula dalam sos kut.

Orang gym kan, mengalahkan mak-mak yang sedang berpantang. Jangan tanya kenapa aku tak buat untuk along sambal belacan. Aku pernah buat, tapi dia kata tak sedap. Hampeh betul.

Sambil menunggu semua makanan masak, macam biasa aku akan mengadap laptop sekejap.

👉👉👉👉👉

"Orang kalau dah couple ni, asyik main dengan handphone aje!"

Suara yang jelas menyindir itu memaksa aku meletakkan handphone diatas dada. Selepas menutup aplikasi kukukube. Tak pernah nak dapat best score. Aku masih berbaring diatas sofa diruang tamu. TV langsung tidak aku pasang.

Aku mengeluh perlahan. Ni lah masalah kalau orang tak ada kerja ni. Asyik nak cari pasal aje kerjanya. Tadi elok-elok duduk dalam bilik keluar pulak. Bila dah keluar tak ada suara lain dah. Melainkan ayat super pedas tu. Agaknya mak aku termakan cili kut semasa mengandungkan along. Tu berasap aje kerjanya bila dah besar.

"Alah, kalau kau nak main HP macam aku ni, kau cari la jugak partner." Balasku sambil memejamkan mata. Sekilas aku melirik ke arahnya yang sedang mencebik. Cis. Mengata aku dalam hati la tu.

"Banyak lagi benda berfaedah aku nak buat dari cari couple macam kau ngah!" Tukas dia.

Alahai... Pedas betul ayat dia. Mentang-mentang aku menganggur. Ni mak la ni, yang suruh aku tinggal dengan along. Bukan aku tak tahu yang mak nak selamatkan beras kat rumah. Sampai aku tergadai hati kat sini. Asyik makan sindiran aje.

"Tak payah nak menyindir aku lah long." Gumamku perlahan. Mata dah mula rasa memberat. Ni yang best menganggur. Boleh tidur bila-bila sahaja. Aku menguap entah kali ke berapa.

Serentak bantal kecil terkena mukaku. Aku mendengus memandang along yang sedang bersilang kaki membaca majalah kereta.

"Tidur aje kerja kau." Marahnya.

Malas aku nak melayan. Terus mataku aku katup. Huargh...

👉👉👉👉👉

Nota kaki: aku akan update sikit² dalam link yang sama
Chow

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...