Feb 7, 2015

cerpen pendek: kaki langit

ASSALAMUALAIKUM KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM
DAN
SELAMAT SEJAHTERA KEPADA BUKAN BERAGAMA ISLAM

THE BERMUDA TRIANGLE
the horizon

jam 7 petang waktu tempatan. aku memulakan perjalanan ke Puerto Rico melalui Bahamas. udaranya yang nyaman, cahaya matahari yang masih cantik keperangan dihujung laut atlantik sana. lebih kurang tiga puluh minit dalam kapal terbang, waktu siang tadi mula bertukar malam.

suasana dibawah adalah laut atlantik yang terbentang luas. jam sudah menginjak angka 8 malam. dalam kapal terbang suasana agak sunyi. mungkin kebanyakan dari penumpang yang lain sedang tidur atau membaca buku.

keadaan tenang tadi aku mula perasan akan sesuatu yang cukup aneh. sayap pesawat bercahaya. mulanya aku kira ia dari pantulan lampu pesawat, tapi lama kelamaan cahaya tadi bertukar bertambah terang. cahaya yang berwarna hijau mula menerang seolah menembusi kapal terbang.

suasana mulai kaget. segelintir penumpang mula menjerit ketakutan. begitu juga aku. dalam keriuhan itu, terasa kepala kapal terbang hendak menjunam ke bawah dengan alat-alat elektronik berbunyi agak bising. cahaya hijau tadi semakin menembusi pesawat. silau ada dimana-mana. kami diarah untuk memakai tali pinggang.

dari arah tingkap aku dapat melihat air laut berwarna putih terang! dan laut itu sangat bercahaya dengan silau yang makin memaksa mata untuk merasa perih. anehnya, sebuah pulau kecil dalam lingkaran air laut berwarna putih itu!

emergency

emergency!

emergency!

alert semakin kuat. tali pinggang kugenggam erat. rasanya waktu ini segalanya bakal berakhir. kapal terbang berputar ligat. cahaya semakin menusuk mata. rasanya nyawa kami bakal melayang sebentar lagi.

dalam kami ketakutaan dan kebinguan, terasa badan kapal terbang kembali seperti sedia kala. dari arah tingkap aku dapat melihat dengan jelas, lautan atlantik dan tentunya lautan yang terbentang luas . bibir ini tidak sudah mengungkap kata selawat dan istiqfar.

kapal terbang terbang semakin meninggi. lebih kurang pada jarak 300 kaki dari laut kapal terbang mula seimbang semula.  kapal terbang terpaksa mendarat cemas di Santiago.

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...