Jul 12, 2012

IZINKAN KU part 1


IZINKAN KU



HANIS MUSFIRA= ampukan diriku, jika telah banyak berdosa padamu.
izinkan untukku menjadi wanita solehah, walaupun diriku tidak pernah merasai bahagia.
cukuplah bagiku, sudah Tuhan. saya yakin Dia tidak akan meninggalkan saya..



 hei.. kau perempuan sundal.. ntah mana kau datang.. tiba-tiba muncul dalam hidup aku. tak puas lagi ke kau musnahkan hidup aku, hah pompuan!! akulah manusia paling malang yang terpaksa berkahwin dengan kau.. aku nak pandang kau pun jijik..


=======================================================================

       Hanis sedang sibuk mengemop lantai dalam Berjaya Holdings. Siapa tidak tahu, sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia. Sedang asyik mengemop lantai. " auch.. buta ke?" jerkah satu suara dari depan Hanis. 
"maaf encik, saya tak sengaja". perlahan suaranya takut dimarahi bosnya.
"lain kali tengok depan." bicaranya berlalu pergi.
"menyusahkan.. " omel lelaki itu lagi.

      Jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Sekarang masanya untuk Hanis pulang ke rumah. Inilah masa yang di tunggu tunggunya. Kelibat kereta Lamborghini mematikan langkah Hanis untuk terus berjalan. Hensemnya, jerit Hanis melihat kelibat bosnya berlalu sebentar tadi. jeritan itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.

       Sudah masuk waktu magrib, namun kelibat teksi tiada pun yang lalu. Semakin mendesah Hanis. Bimbang dalam keadaan yang berangkat malam. Penat menunggu, hanis membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Walaupun jarak rumahnya dari pejabat tempatnya bekerja hanya 5km, tetapi umi nya lebih suka menyuruh dirinya menaiki kenderaan awam. Katanya tak elok perempuan berjalan kaki.

       Umi..... desusnya dalam hati sebaik sampai di pintu pagar rumahnya. 'RUMAH BAKTI AL BARAKAH' yer.. inilah rumahnya yang mana sejak kecil lagi dibesarkan di sini. Kata umi, dia dijumpai di tepi pintu pagar ini sewaktu menjelang subuh. Bunyi nyaring tangisan bayi, menyedarkan umi dari sembahyang tahajjudnya. Umi bergegas turun ke bawah dan lihat seorang bayi comel yang diletakkan didalam kotak. Disisinya terdapat surat kelahiran bayi. Namanya Hanis Musfira bt Mohd Mustafa. sejak itulah dirinya dipelihara oleh umi.

        "Anak umi dah balik yer.. kenapa tak masuk lagi tu?" umi yang baru keluar dari rumah segera menjerkahnya. lamunan Hanis padam serta merta.

        "Eh.. lupa pulak nak masuk.. Assalamualaikum umi.." Hanis menyalami wanita yang dianggap sebagai ibunya. sambil tersenyum "Terima kasih umi.. Hanis sayang umi.. Hanis nak merasai syurga Tuhan, umi.. Izinkan Hanis merasainya." sambil memeluk lama Puan Khalsom.

        "Apa yang anak umi cakap ni.. umi sayang anak anak umi ni.. dahla.. jom masuk, adik adik tengah tunggu tu kat dalam." terasa hati juga umi bila anaknya mengucapkan kata kata itu.

         Hanis dan Puan Khalsom berjalan beriringan memasuki rumah anak anak yatim itu. Ya Allah, terima kasih kerana sudi memberikanku sedikit erti kehidupan di dunia.. rintih Hanis dalam hatinya. bersyukur yang tidak amat kerana dirinya masih hidup lagi.

        Selesai makan, Hanis meminta diri untuk melakukan solat isyak. Selesai solat Hanis turun semula ke bawah untuk membantu adik adiknya dalam masalah pembelajaran. adik adiknya yang baru memasuki sekolah rendah dan menengah ini kesemuanya manja manja belaka dengan Hanis. maklumlah Hanis merupakan yang paling tua dalam pati asuhan ini.

       "Kak Anis, esok Akim dah start kelas tambahan pada waktu malam. maklumlah exam kan dah nak dekat" bicara Akim sambil tersenyum. Adik lelakinya yang akan memasuki SPM nanti.
 "Baguslah, Akim dah siapkan semuanya ke untuk exam nanti?" tanya hanis sambil mengajar adik adik yang lain. 
"Dah.. akim nak jadi macam akak, baik, pandai dan wanita sejati.. " tingkahnya sambil mengenyitkan mata pada Hanis.
" Amboi amboi amboi.. sejak bila pula Akim suka kenyitkan mata yer?" sambil ketawa tekekeh kekeh melihat keletah adiknya yang tidak habis habis suka mengenakannya.
"sejak ada kakak yang cantik macam akak, hahahahahaha.." ketawa sakan Akim bila dapat lepas dari cubitan maut dari kakaknya.

       "Apa yang kecoh kecoh sangat ni.. umi kat dapur pun dapat dengar." celah Puan Khalsom yang baru keluar dari dapur sambil membawa air minuman di tangan. belum sempat sampai di ruang tamu. Hanis terus bangun dan mendapatkan air yang ada ditangan Puan Khalsom. akhirnya air pun bertukar tangan.
"Tak ada apa la umi, Akim ni suka sangat kenakan Hanis.." sambil menuang air kedalam gelas.
"seronok umi, dapat kenakan Kak Hanis" sampuk Akim yang masih ketawa mengekeh.

      Puan Khalsom menggelengkan kepala. Telatah dua permata hatinya begitu mencuit hatinya.
Gembira sangat sebab punya anak anak yang telah memberinya kegembiraan buat dirinya ini. Masih ingat lagi, bagaimana susahnya sewaktu untuk membangun pati asuhan ini. Berbagai cemuhan dan dugaan dari orang sekeliling tentang hasratnya untuk membuka pati asuhan. Nasib baik beliau mampu juga membuka. Jika tidak, pasti anak anak ini hidup merana atau merempat.

    "Jauh umi mengelamun ya?" sampuk Hanis sambil menepuk bahu uminya.
puan khalsom tersedar dari lamunan. Dia memerhatikan setiap wajah anaknya. Hampir 20 orang kesemuanya. Setitik demi setitik air mata berjujuran ke pipi. Tidak dapat menaggung sebak.
" kenapa umi menangis? umi sakit? dah makan ubat?" betalu ayat yang keluar dari mulut Hanis. Hatinya tidak keruan melihat uminya menangis.

     "Tak la, umi tak sakit. Umi gembira tengok anak anak umi berjaya." sambil mengusap lembut tangan Hanis. "Hanis tak nak cari kerja lain? kan hanis ada diploma." tanya Puan Khalsom kepada hanis.

      "Ntahla umi.. dengan sijil diploma, ramai yang tak ambil bekerja. Dia hanya ambil pun paling kurang ijazah." terang Hanis kepada Puan Khalsom. Tangannya sibuk mengemas.
*******************

sambungan untuk part 2

cerpen hasil tangan dini sendiri. penat belajar, dini akan menulis apa yang dini rasa nak tulis. kalau ada salah, harap maaf. dini bukan novelis.

Hello 2023