Feb 10, 2016

Cerpen

09-12-2014
---

"Aku dah buat keputusan."

Aku yang sedang mengunyah nasi goreng terhenti. Tunak mataku memandang wajah dihadapan. "Keputusan apa bang?"

"Aku nak kahwin satu lagi. Kau tahukan yang kau tak boleh nak mengandung?" Suara itu tetap dingin. Bercakap pun langsung tak memandang wajahku.

Aku angguk kepala perlahan. Pedih rasanya kat hati bila soal anak disebut.

"Aku bosan hidup macam ni, dah dekat 2½ tahun kita nikah, tapi macam tak ada petanda yang kau nak beranak. Aku perlukan anak sebab senang aku nak wariskan syarikat aku nanti bila dah tua." Sambungnya sambil mengunyah nasi goreng.

Biasalah, dari dulu bahasa suamiku semenangnya kasar bila bercakap. Dah nama pun kahwin sebab bukan cinta, tapi perlukan waris untuk sambung delegasi business keluarga.

Hari tu aku terdengar. Kalau tidak sampai bila-bila aku kena tipu hidup-hidup.

"Abang dah jumpa ke calon yang sesuai." Tanyaku.

Dia angguk. "Dah. Kalau boleh aku nak bawa dia jumpa umi hujung minggu ni." Terus dia bangun. Briefcase dicapai dan dia berlalu ke pintu utama.

"Bang!"

"Apa?" Dia kalih badan pandang aku. Aku hulur tangan untuk menyalam tangannya.

"Ampunkan saya sebab tak dapat bagi abang zuriat." Ucapku setelah aku mencium tangannya. Aku ukir senyum yang manis walaupun pahit sebenarnya.

13-12-2014
--

Perasan. Wajah ibu mertuaku tersenyum sinis memandang ke arahku.

"Tu lah, umi dah cakap awal-awal, nak pilih bini ni kena pilih betul-betul. Tengok sekarang apa dah jadi? Habuk pun tak ada!" Sindir ibu mertuaku khas ditujukan kepada aku.

Terdengar suamiku mengeluh nafasnya. "Macam mana ni umi? Dalam wasiat abah limit 3 tahun aje. Ni dah nak masuk 3 tahun."

Aku hanya diam membatu. "Abang cakap dah ada calon kan?" Akhirnya aku bersuara.

"Ye ke Mal?" Ibu mertuaku kelihatan terkejut.

Melihat suamiku mengangguk, ibu mertuaku tayang sengih. "Memang yakin ke dia boleh mengandung?"

"Mal dah pergi checkup hari tu, doktor cakap dia subur."

Aku tahan hati mendengarnya.

15-12-2014
--
Aku tarik sengih yang panjang. Wajah-wajah dihadapan aku pandang. Tangan laju mencapai marker whiteboard. Laju tangan menulis.

'Adakah poligami sunnah Rasululullah saw?'

Aku bertanya soalan kepada para pelajarku. Yang lelaki ada yang mengatakan sunah. Yang perempuan ada yang membangkang.

Aku hanya senyum sahaja. Setelah reda baru aku bersuara.

"Poligami dalam islam bukanlah sunnah Rasulullah saw. Ramai yang mengatakan ianya sunnah. Salah sama sekali. Poligami memang digalakkan dalam islam. Tapi mestilah kerana sebab tertentu seperti isteri tidak dapat menjalankan tanggung jawab terhadap suami kerana sakit, tidak dapat melahirkan zuriat atau isteri nusyuz."

"Hukum poligami sunat jika isteri pertama tidak dapat memberi zuriat atau mandul, sakit berpanjangan dan bermacam lagi seperti sentiasa bermusafir.
Sedangkan hukum makhruh adalah berpoligami kerana tuntutan hawa nafsu sahaja.
Dan haram poligami sekiranya ia tidak mampu berlaku adil."

Melihat pelajarku yang mengangguk aku tarik sengih lagi. "Saya harap awak semua faham. Nak poligami boleh, tapi biarlah bersebab. Jangan kerana tuntutan hawa nafsu semata-mata."

20-12-2014

"Nah, aku nak kau sain borang ni."

Kertas yang dihulurkan kepadaku aku capai. Pantas aku membelek dan membaca. Surat kebenaran poligami rupanya. Aku tarik nafas. "Nanti dah sain saya bagi kat abang."

Terus suamiku berlalu ke tingkat atas tanpa berkata apa-apa. Aku hanya memandang dari bawah.

29-12-2014

Aku mengepal jari jemariku. Gementar sedikit. Suamiku disebelah hanya beriak biasa sahaja. Mataku memandang pelanggan yang semakin ramai di dalam restoran KFC.

"Abang sorry lambat." Aku angkat kepala. Seorang gadis cantik molek berdiri dengan senyuman manis.

"Eh tak ada apa lah, abang baru sampai aje ni. Duduk lah. Nak pesan apa-apa tak?" Suami ku berlalu ke kaunter setelah kami memilih menu.

"Kak Ana ke ni?"

Aku angguk kepala dan senyum.

"Cantik kak Ana, tenang aje muka." Ramah gadis dihadapanku.

Kami berbual. Semakin lama, aku makin selesa bersama bakal maduku. Banyak yang kami bertukar cerita dan pendapat.

3-1-2015
--

Aku bersandar pada dinding. Perut yang masih kempis ku usap lembut. Tak percaya! Aku bakal jadi ibu. Makin melebar senyum aku.

Alhamdulillah!

17-1-2015
--

"Kenapa tak bagitahu aku?"

Aku yang sedang mengunyah mangga terhenti. "Bagitahu apa bang?" Tanyaku pelik.

"Ni," gambar hitam putih dilayang dihadapan aku. "Kenapa tak cakap yang kau mengandung?" Wajah itu tidak beriak.

Aku tarik nafas. Senyum. "Abangkan dah nak kahwin dengan Lia. Ana Tak nak la ganggu nanti."

"Tapi kau mengandung." Ucapnya perlahan.

"Tak apa bang, Ana pastikan anak Ana tak mintak sesen pun harta abang." Bahunya aku usap perlahan. Menenangkannya. "Biarlah harta tu anak abang dengan Lia yang dapat. Ana tak kisah. Dapat tengok anak Ana membesar depan Ana pun dah cukup."

3-2-2015
---

"Saya tak boleh nak teruskan pernikahan ni." Aku lihat Lia dah berdiri. Aku ikut berdiri. Suamiku pun sama.

"Kenapa Lia?" Tanyaku.

Wajah Lia memerah. "Lia tak sayangkan abang Zimal."

Jelas suamiku juga ikut terkejut.

"Allah... Apa Lia cakap ni?" Terkejut juga aku.

"Lia... Lia... Rapat dengan abang Zimal sebab nak buat Ari cemburu. Lia mintak maaf sebab buat abang dengan kakak macam ni. Lia berdosa dengan abang dengan kakak." Gadis itu sudah melutut dan menangis.

Aku kelu.

8-2-2016
--
Aku hanya tersenyum melihat suamiku yang sedang mendodoikan anak kami, Muhammad di atas sofa.

The end

Nota kaki -wakakaka... Sori kalau rasa boring baca cerita aku. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis. Layan mata yang tak nak lelap.
عليكم سلم.
صباح النور

5 comments:

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023