Aug 8, 2012

IZINKAN KU PART II




          Jam sudah menunjukkan pukul 8:15pagi. Hanis berlari keanakan memasuki bangunan Berjaya Holdings kerana dia sudah terlewat. Jika bukan kerana Akim yang memintanya menemani membuat kerja semalam. Sudah pasti dia tidak akan terlewat ketempat kerjanya. 
          “Auch buta ke?” Jekah Syed Aiman kepada Hanis sebaik mereka terlanggar antara satu sama lain. “awak ni memang buta yer? Awak ni selalu menyusahkan saya. Tak boleh ker sekali awak tidak mengganggu saya? Menyusahkan!” segala amarah tersembur pada Hanis. Luas matanya mencerlung Hanis. Bukan apa, sebelum datang kerja tadi Syed Aiman bergaduh dengan mamanya. Puan Sri Idayu.
        “Ma.. maafkan saya encik. Saya tak sengaja.” Tersekat sekat suara Hanis. Begitu gerun bila pandangan Syed Aiman tajam kepadanya. Seperti ingin ditelannya juga dia pada hari tu juga bahkan saat tu juga.
         “ Maaf.. maaf.. tak ada perkataan lain ker hah! Dah la miskin. Ada hati nak sentuh aku. Aku jijik kau tahu? Ben..ci aku pada orang miskin macam kau. Benci sangat sangat..”  herdik Syed Aiman kepada orang miskin iaitu Hanis. Syed Aiman berlalu pergi meninggalkan Hanis yang masih dalam keadaan diam menunduk.
        Hanis terkesima. Ya Allah, hinanya aku. Sabarkan ku Ya Allah. Kuatkan iman ku Ya Allah. Tidak ku pinta untuk lahir begini. Namun ini dugaan ku dari Mu Ya Allah. Aku reda kerana mu. Ikhlaskan hati ku Ya Allah. Hatinya begitu sedih sekali. Macam tusukan belati kejantungnya. Sampai hati Syed Aiman mengatakan begitu rupa padanya. Hanis berasa sungguh sedih sekali. Inilah dugaan yang paling besar baginya.
       Hanis berjalan menuju tasik. Hanis duduk disatu kerusi menghadap tasik. Indahnya ciptaan Ilahi. Dia terpaku, melihat raut wajah yang amat dikenalinya berhampiran kerusinya. Orang itu cukup gembira, bergurau senda dengan seorang perempuan. Tak ubah seperti orang yang sedang hangat bercinta. Pandangannya beralih, tidak mahu menatap lama lama drama free itu. Bimbang yang empunya diri itu tersedar bahawa aksi mereka sedang diperhatikan.
       Hanis mengorak langkah meninggalkan kawasan tasik. Hajat untuk menengkan diri terbantut begitu sahaja. Tiba tiba dia dicuit seorang anak kecil yang comel. Baju anak kecil itu lusuh sekali. Tangannya terketar ketar kerana kelaparan. Hanis memimpin tangan anak kecil itu ke sebuah kedai makan yang terdapat disitu. Dibelinya nasi dan berbagai makanan lain. Anak kecil itu makan dengan berselera sekali. Sesudah makan anak itu mencium tangan Hanis dan berlalu pergi setelah hanis membalas dengan kucupan kasih di dahi anak kecil itu. Hati hanis berbunga riang. Hilang segala masalah yang dihadapi.            
       Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Dari tadi lagi Syed Aiman memerhati gelagat Hanis. Tanpa disangka dapat bertemu hanis di tasik. Orang miskin memang patut berkawan dengan orang miskin, getus hatinya. 

bersambung..

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...