Mar 26, 2014

Pray For MH370 amen...

Assalamualaikum....
kepada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali. setelah hampir 3 minggu misteri kehilangan MH370 menjadi perdebatan hebat seantero dunia kini. dan baru-baru ini PM malaysia telah mengumumkan bahawa MH370 berakhir di selatan laut hindi. 

gets pray for MH370 always...

surah 24 annur ayat 41 24:41 (12:41am) 
Adakah kamu melihat bahawa Allah Maha Tinggi oleh sesiapa yang berada di atas langit dan bumi dan [oleh] burung dengan sayap merebak [dalam penerbangan]? Setiap [mereka] telah dikenali [cara] beliau solat dan meninggikan [Nya], dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.

juz 3 (al baqarah) ayat 239
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

surah ( 3 ali imran) ayat 70
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, apabila kamu (kamu) menjadi saksi (kepada kebenaran)?

juz 8 al an'am ayat 3
Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

p/s: Al quran membuatkan saya suka kepada angka dan nombor tersirat mahupun tersurat. al quran adalah sains saya. sesuatu perkara saya suka merujuk kepada al quran. 

by: 
Dini Art

Mar 21, 2014

Kejadian aneh di Bermuda Triangle bab 4

unexplained mysteries: of Bermuda Triangle.

christopher Columbus pernah mengatakan kompas kapalnya berputar dan di hujung selatan lautan atlantik terdapat cahaya putih di atas airnya.

kapal Marie caleste - 1872 ditemui terapung tanpa penumpang. kapal dalam keadaan baik dan tidak ada yang hilang dan tidak menunjuk sebarang bukti kapal dirompak. hanya penumpang yang hilang.

Kapal perang atlanta - 1880, kapal tersebut  dan 290 dilaporkan hilang dan tiada jejak yang ditemui hingga kini.

santa maria - kapal milik portugal dan dilaporkan hilang. bertahun kehilangan ia dijumpai diperairan atlantik. anehnya kesemua penumbang kaku ditempat masing2 seolah patung. tiada kerosakan pada kapal. bahkan makanan langsung tidak terusik.

Flight 19 - 5 buah pesawat TBM3, 5/12/1945 dari pengkalan laut fort lauderdale ke bermuda. jam 3;15 minit petang, Lefternan charles taylor mengatakan kapal terbang akan menjunam, peralatan pesawat tidak berfungsi. apabila diminta ke arah barat oleh pusat kawalan, dia mengatakan kompas tidak berfungsi dan berputar. hinggalah ia menyatakan pesawat diatas sebuah pulau yang terletak di atas laut putih dan pesawat menghilang tanpa ada kesan.

Armada penyelamat - setelah kehilangan pesawat Flight 19, hari itu juga sebuah pesawat peninjau yang membawa juruterbang dan 13 orang anak kapal untuk menyiasat kesan kemalangan. walaubagaimanapun, mereka bernasib yang sama seperti flight 19 hilang tanpa jejak.

jet pengisi minyak - 1962, dua buah pesawat tersebut meletup diatas bermuda tanpa ada sebab yang jelas.

kapal perang auchcraft - 1967,hilang tanpa kesan walaupun pesawat boleh dilihat dari menara kawalan.

DC8 Branif airlines - penerbangan dari new york ke panama 25/12/1997. ketika menghampiri pulau panama kapal terbang bergoyang dan mula menjunam ke laut. para penumbang dapat melihat dengan jelas laut dan peralatan kapal ketika itu dalam keadaan baik. hampir 200 meter dari laut, kapal terbang berjaya dikawal dan mendarat dengan cemas ke miami.

san diego - 4/9/1945 dilaporkan hilang di lautan atlantik. 35 tahun kemudian, tepat 12/10/1980 dilaporkan mendarat di porto olegre brazil tanpa komunikasi dengan menara kawalan. 

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...