Nov 28, 2012

Walaupun kita tidak serupa, aku tetap mencintaimu


Walaupun kita tidak serupa, aku tetap mencintaimu…




Aku memandang kawasan sekeliling. Tanganku naik memegang dadaku. Masih lagi berdetak kencang. Sekali lagi aku cuba menoleh ke arah pintu. Yess, walid tiada. Bibirku mengukir senyum. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah…

Dengan langkah berhati hati aku menuju ke pintu utama. Pengawal walid tiada. Lagi bertambah senyumanku tika ini. Aku berjalan berjengket menuju ke pintu. Sudah seminggu aku di kurung walid di Istana megah ini.

Seminggu berada dalam istana menambahkan lagi kebosanan dalam jiwaku. Aku ingin hidup bebas sama seperti yang lain. Kenapa hidupku tidak pernah sama dengan mereka. Aku hanya mampu berkawan dengan pengawal, dayang dan juga mereka yang ada dalam istana.

Kehidupanku sangat terbatas. Aku hanya didedahkan soal pengurusan istana sahaja. Untuk keluar istana pun mesti ada pengawal yang berada di sampingku. Itu membuatkan bertambah kuno bagi aku. Ye lah, tidak sekali aku dibenarkan berjalan seorang diri.

Kaki masih ku atur ke pintu istana. “ adinda Indera!” satu suara kedengaran begitu lantang di belakang aku. Pantas aku menoleh kebelakang. Kelihatan kakanda sulungku sedang bercekak pinggang dari arah tangga.

“Adinda mahu ke mana?” soalnya lagi setelah lama aku membatu diri. Suara kakanda ku ini boleh membuat semua haiwan mati terkejut. Lantang mengalahkan suara lembu di kandang. Aku masih termagu magu. Memikirkan cara untuk melepaskan diri.

“Er… adinda mahu ke taman kakanda. Mahu menghirup udara segar.” Jawabku dengan tergagap gagap. Kakanda ku tidak boleh tahu kemana aku ingin pergi sebenarnya. Bertambah rumit jika dia melaporkan kepada walid. Kakanda sulungku tidak sama seperti kakandaku yang lain. Dia lebih rapat dengan walid.

“Adinda tidak berbohong?” dia menghampiriku. lagaknya tidak seperti kebiasaan. Raut wajahnya masih lagi merenung ke arahku. Tanda tidak percaya. Lama dia memandangku, seperti sedang mencari rahsia yang terselit dalam hatiku. Kalau dadaku boleh dibelah, pasti dia akan melakukannya.

“Yup, betulla.” Aku cuba menghalang dirinya dari terus mengorek rahsia. Aku hanya memandangnya dengan senyuman. Senyuman yang manis buat kakandaku ini seorang yang bawel atau lebih dikenali sebagai menjengkelkan.

“Adinda jangan ulang perkara yang sama. Adinda masih ingat lagi pesan walid?” soalnya lagi. Pesan walid? Apa yer? Aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat, masa walid marahkan aku, aku hanya buat endah tak endah sahaja. Otakku masih lagi ligat memikirkan perkara yang disampaikan oleh walid tempoh hari. Hai otak, cepatla berfungsi.

“Ingat… walid mana?”

“Walid ke Roman dua hari lepas, ada urusan yang nak di selesaikan kat sana. Malam nanti baru balik. Kenapa?”

“Tak ada apa la. Patutla tak Nampak walid. Okeyla, Indera keluar dulu. Assalamualaiku.” Hati ku melonjak kegembiraan. Maknanya aku boleh la keluar sampai petang. Walid balik malam. Yeah…

=========

“Lagi sekali walid dengar kamu keluar dari istana sesuka hati, walid tidak teragak agak untuk menghalau kamu keluar dari sini. Biar kamu hidup sendirian di luar sana. Lagi pula umur kamu bukan muda lagi, sudah menjangkau 24 tahun.” Lantang sekali suara walid.

Aku yang masih lagi bertenggek di atas sofa lembut hanya memandang sepi ke arah lantai marmar yang di hampar karpet berbunga. Otakku masih lagi cuba mencerna apa yang di ungkapkan walid sebentar tadi. Halau? Halau apa pulak walid ni.

“Dengar tak ni Indera Faiq Qawwim? Kamu jangan sesekali cuba keluar lagi dari istana. Ni bukan sekali walid dengar kamu keluar dari istana. Tetapi hampir setiap hari kamu keluar. Betul tak? Cuba bagi tahu walid ke mana kamu pergi yang sebenarnya?”
Aku menelan liur. Walid tahu aku keluar istana setiap hari? Compress Indera, bertenang. Walid tak kan berani menghalau kau la dari istana. Walid hanya bergurau sahaja tu. Jantungku berdegup tak sekata. Bimbang jika walid benar benar mengotakan janjinya itu.

“Faham.” Ucapku sepatah. Walid yang masih lagi bercekak pinggang sudah tidak dihiraukan lagi. Aku ingin berehat dahulu. Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Sampai di bilik, pintu ku buka dengan hati yang sebal. Aku menghempaskan tubuhku di atas sofa lembut milikku. Mataku pejam rapat.

======

Seorang perempuan yang cantik sekali. Dia sedang berjalan menuju ke arah tasik. Lembutnya wajah, putih. Yang paling aku kagum, ada nur di wajahnya. Ahh, tanganku memegang dada. Kenapa la kau berdebar hai jantung.

Mataku dari tadi lagi memerhatikannya. Cantik sangat, dengan berjubah labuh dan tudung labuh, fuhh, memang ini la wanita yang ku idamkan sedari dahulu lagi. Dia sedang duduk di kerusi. Di tangannya terdapat sebuah buku. Kelihatan dirinya begitu khusyuk membaca. Membaca novel barangkali.

Aku yang juga sedang duduk di kerusi tidak jauh darinya hanya mampu melihat sahaja. Selalunya aku akan melepak disini sahaja bila aku memboloskan diri dari istana. Nak berkawan, dengan siapalah aku nak berkawan. Langsung aku tidak kenal mereka di luar. Memang katak di bawah tempurung la kau Indera! Desis hati kecilku.

Mana taknya, setiap hari istana la tempat aku melihat. Nasib baik ada internet. Dapat juga aku merujuk dunia luar melaluinya. Aku memang berterima kasih sangat pada internet. Kerana dia la aku tahu tempat yang menarik di luar salah satunya tasik ini. Berkat bantuan google image dan google maps. Lagi pula ia tidak jauh dari istana. Sebab itu aku hanya berjalan kaki sahaja.

Owh ya, aku keluar istana pun ikut lubang yang aku buat masa umur aku 17 tahun melalui taman istana. Hehehe, masa tu aku teringin sangat nak keluar istana sebab ada Expo bersebelahan istana. Sampai sekarang aku masih lagi keluar melalui lubang itu. Lubang itu banyak berjasa untuk aku seorang ini.

Kelihatan perempuan itu senang berjalan ke arahku. Opss, bukan ke arahku sebenarnya tetapi berjalan ikut jalan kebetulan arah dia berjalan dari arahku. Memang cantik perempuan ni.

Sedang leka aku memerhatikannya atas kerusi. Seorang budak kecil sedang menangis dihadapanku. Aku hanya buat buat tak tahu sahaja. Lagi pula aku tidak pandai bergaul dengan budak kecil. Mataku pula memerhati apabila perempuan itu berhenti di hadapan budak kecil itu. Dia mengusap ngusap kepala budak kecil itu. Apa yang diperkatakan oleh perempuan itu aku tidak dengar kerana kedudukan yang agak jauh sedikit dariku.
Perempuan itu memimpin tangan budak kecil itu ke arah pakcik yang sedang menjual aiskrim. Mataku terus memandang seraut wajah itu. Ingin sekali rasanya untukku menghampirinya. Namun aku takut, jika dirinya sudah berpunya.

Seusai membeli aiskrim, perempuan itu memimpin anak kecil itu ke arah kerusi. Dalam hati aku berdoa, semoga dia duduk di kerusi berhampiran denganku. dengan itu aku bisa memandang dirinya sepuas puasnya.

Aku mengucap syukur, dia duduk di kerusi berhadapan denganku. tanpa sedar aku mengukir senyuman. Ralit aku memandangnya. Tiba tiba, sepasang suami isteri menghampiri mereka. Entah siapa aku tidak tahu. Mungkin ibu bapanya atau bukan. Owh hati, sudah tidak tertahan mahu menghampiri mereka. Namun ku tahan juga..
Pasangan itu membawa anak kecil pergi dari situ. ‘Terima kasih kerana menjaga anak kami’ itu yang aku dengar. Jadi, mereka itu bukan orang tua perempuan itu lah yer? Hatiku berbunga riang.

Mataku masih tidak puas memandang raut itu. Dia bangun dari kerusi untuk berlalu pergi. Dia menghampiriku. dia sempat berhenti didepanku. Dia mengukir senyuman yang cukup manis sekali.

Merah padam rasanya mukaku. Kantoi… ahh, senyumannya, bisa membuat aku tidak bisa tidur dengan lena malam ini.. aku cinta kamu!!! Owh, ingin sekali aku bertempik memberitahunya… dadaku berdegup makin kencang. Seperti kejap lagi aku terpaksa pergi ke hospital membuat pemerikasaan jantungku.


bersambung.. 

Nov 25, 2012

tinta dari Istana



dengan lafaz

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

Ku berikan kepadamu sebuah lagu yang indah. Untukku menyanyikan kepadamu, sesungguhnya aku tidak pandai dalam berkata kata. Buat permata ku, hayatilah lagu ini, kerana sesungguhnya banyak pengajaran yang dapat di ambil daripadanya. :) 

Maafkan aku, andai aku terlebih. sesungguhnya, mendengar lagu ini bisa menyadarkan aku tentang erti cinta yang sebenarnya. Bagi ku, kamu cukup sempurna hingga aku merasa diri ini amat kerdil sekali untuk mencintai dirimu.

Sesungguhnya, kepada Allah aku datang, dan kepadanya aku menghulur cinta ini kepadamu. atas niatku kepada Tuhanku dan juga merupakan Tuhanmu. Aku mengaku bahawa cintaku untukkmu adalah kerana lahir dari hati yang suci. Ianya kerana Allah jua.

Sama seperti yang aku katakan tadi. Aku tidak pandai dalam berkata kata. Untuk menyusun patah perkataan untuk ditulis amatlah susah berbanding berbicara secara spontan denganmu. sekali lagi maafkan aku.

p/s: Sudilah terima cintaku ini... :) 


*INDERA  FAIQ QAWWIM*

Nov 13, 2012

ISTIKHARAH CINTA





Mahfuz ilmy

Kawasan shopping complex KB Mall begitu padat. Mana taknya hari ni hari mingggu, ramai manusia yang bertandang. Aku melangkah menghampiri askulator di hadapanku. Kakiku melangkah naik ke atas askulator. Aku hanya memandang terus di atas askulator. Akhirnya aku sampai juga ke food court. Langkah ku terhenti saat terpandang susuk tubuh yang sedang bergurau senda di dalam food court. Aku terkesima. Jantungku berdegup tidak sekata saat ini. Diam. Lama aku membatukan diri. Akhirnya aku putuskan untuk melangkah turun semula. Aku berpaling semula kebelakang menghadap eskulator Mungkin pasangan itu tidak perasan aku di sini. Langkah kuatur semula turun ke bawah. Tidak betah berlama di situ. Perut yang mendendangkan irama kebulur tidak kuhiraukan. Sabar ya, nanti aku isi untuk kau.

“Awak!”

Satu suara bergendang pada telingaku ini. Aku kenal suara ini. Aku tidak berpaling, aku memalu langkah berlari keanakan turun dari askulator. Tidak usah dilayan, getus hatiku. tiba di tingkat bawah aku menoleh ke atas. Dia sedang berdiri betul betul di tepi askulator. Aku tersenyum kepadanya sambil berlalu pergi.

Dengan hati yang masih bersisa sedikit kedukaan aku berlegar dalam shopping complex. Mahu hilangkan dulu rasa kecewa yang bertandang dalam hati. Biar hati surut dahulu baru aku boleh blah dari sini. Dengan melihat suasana seperti pasar malam ini cukup membuat hati ku rasa sedikit tenang. Hilang sikit muka si dia.

Langkah ku atur ke dalam butik Jefferson. Tanganku lincah membelek belek mafla di situ. Mafla yang bercorak petak petak berwarna kelabu dan hitam itu ku ambil. Aku bernyanyi kecil sambil tangan lincah pula memilih necktie. Tie warna hitam berjalur putih itu ku ambil pula. Lalala… nyanyian kecilku tidak dihiraukan kepada pekerjanya yang memandang aku. ‘Tak penat ke dari tadi ikut aku’. Aku ke situ, pekerjanya ke situ. Aku ke sana, dia juga ke sana. Ingat aku bak bawa lari ker?

Nada dering istikharah cinta kesukaanku menghentikan tanganku yang sedang sibuk membelek baju. Laju tanganku menyeluk poket seluar mencapai telefon. Tertera nama ‘minah’ tu pada screen telefon. Punat merah ku tekan. Malas nak layan. Lalu ku masukkan kembali ke dalam poket seluarku.

Sekali lagi ia berbunyi. Aku menyumpah sendirian. Tanganku masih lagi sibuk memilih baju t shirt. Masih tiada yang berkenan di hati. Nada dering senyap. Selang beberapa saat mati ia berbunyi kembali. Aku buat buat tak tahu sahaja. Tanganku sibuk memilih tshirt sambil aku bernyanyi kecil. Kelihatan pekerja sedang memandang aku. Aku menjongket kening kepadanya. Dia terkebil kebil memandang aku sambil tersengih. Aku tahu la aku hensom. Cehh, melaram Nampak.

Ni la susah kalau datang kat butik Jefferson ni. Tak ada yang aku berkenan dengan baju dia. Semuanya warna kelabu hitam putih. Warna lain kalau ada pun untuk corak sahaja. Naik jenuh aku memilihnya. Tanganku gapai sehelai tshirt hitam berjalur biru. Langkah ku atur ke kaunter pembayaran. Aku letak pakaian yang aku ambil tadi di kaunter.

“Berapa yer?” Baju sahelai RM 80. Mafla RM 55, Tie RM 35 aku mencongak dalam otak.

“Semuanya RM 170 ringgit.” Aku hulur kepadanya duit.

“Terima kasih.” Ucapku ketika mengambil duit baki. Langkah ku atur keluar dari situ. Jam ku kerling sekilas, dah pukul 3 petang. Maknanya dah 2 jam la aku melepak dalam butik Jefferson ni. Mesti pekerja pekerja kat dalam tu dah muak tengok muka aku. Padan muka.

“Adus… aku memegang lenganku. Sakitnya. Siapa la yang langgar aku pulak ni. Aku menggosok lembut tanganku. Entah besi apa la yang menghempap aku ni. Aku membebel sendirian. Baru jer nak rilek, masalah lain pulak yang timbul. Adoi.. penat penat… malang sungguh hari ni.

“Err maaf encik, saya tak sengaja.” Aku memadang ke belakang. Terkesima sekejap. Cantiknyer… aku memadangnya tidak berkelip. Jantung pula sedang berirama indah. Lagu romantic menjalar dalam hati. Oh, bahagianya hati ku rasa.

“Maafla encik, kakak saya ni bila berjalan memang tak ingat dunia. Lebih lebih lagi bila bawa troli ni. Macam bawak kete je la dia. Dia sedang mengamuk tadi tu encik, semua benda dia nak rempuh. Saya suruh racing kat ampang tak nak. Kat dalam KB Mall ni jugak la dia nak berlumba.” Tiba tiba budak di tepinya berbicara. Aku berdehem. Tak Nampak pulak ada orang kat tepi dia. Malu.

“Betul ker?” aku memandang wajah itu. Dia mencubit lengan budak yang berada di sebelahnya. Budak itu terjerit kecil sambil ketawa mengekek. Dia menundukkan wajah. Wajahnya berona merah. Mungkin malu atau marah pada budak disebelahnya. Fuhhh, bertambah cantik pulak aku tengok.

“Err, kami pergi dulu yer encik.” Dia berlalu meninggalkan aku. Baru ingin bertanyakan namanya dia sudah menghilang di sebalik manusia manusia. Aku memegang kejap dada ku. Kau jangan buat hal cik jantung. Berdegup kencang bagai. Jangan bagi aku sakit jantung sudah. Bagi aku kenal dulu siapa si dia tadi tu. Aku berlalu meninggalkan shopping itu.
 

============================================================

Nurul Izzah Izzati

“Kau ni kenapa kak? Dari tadi kau diam lepas jumpa mamat tu! Pelik, sebelum ni kau membebel sakan bila keluar shopping. Tak faham la aku dengan kau ni kak.” Hafiz berjalan beriringan denganku. Matanya tak lepas memandang keadaan sekeliling. Dia hanya diam setelah lama aku membisu.

“Asal! Ada aku kisah!” aku lempang juga budak ni karang. Dari tadi lagi membebel. Tak habis habis nak kenakan aku. Paling memalukan bila dia kenakan aku depan orang yang aku tak kenal. Balik nanti siap la kau wahai adikku yang menjengkelkan. Dia mencebik kepadaku. Aku lempang mulut karang tu baru tahu. Aku menjongketkan kening kepadanya.

“Ala kau ni kak, aku ajak teman beli barang dapur pun nak berkira. Kau jugak kan yang nak makan. Apa salahnya tolong aku sikit. Kau ni, pantang aku ajak keluar, mesti nak membebel.” Makin panjang lebar pulak la si Hafiz ni membebel. Mak aih, boleh hancus la tahi telinga aku ni. Dia mengambil troli dari tanganku. Pantas ditolaknya. “Lembab.” Bebelnya lagi. Aku merenggus. Tak ikhlas langsung.

“Ehh, umi suruh kau yang datang, umi tak suruh aku. Yang kau ni sibuk nak aku teman ni kenapa? Dah tu asyik nak membebel jer kerja. Dah la tolong umi tak ikhlas. Apa la nak jadi dengan kau ni dik.” Marah sakan aku padanya. Aku melajukan langkah mengejar Hafiz yang makin menjauh ke depan. Tak guna punya adik. Kakak sendiri pun ditinggalkan. Bebelku dalam hati.

“Apa?” aku memandang Hafiz di depanku. Dia menjuihkan mulutnya pada troli. Aku mendangnya pelik. apa lagi la budak ni nak. “Apa? Aku tak faham lah…” aku meninggikan sedikit suara. Keadaan yang panas ini memaksa aku berbuat begitu.

“Tak reti reti nak letak dalam bonet ker barang barang tu? Aku penat penat tolak troli tu. Takkan kau tak nak tolong aku pulak.” Rasa mahu terjelepok jatuh ke lantai jer. Hangin satu badan aku rasa. Aku yang memilih barang yang umi pesan dalam Pacific, dia sedap jer landing kat tempat menunggu. Aku yang tolak troli, tup tup aku yang kena masuk dalam bonet? Tak guna betolla budak bertuah ni. Belum sempat aku menarik telinganya dia sudah membolos diri dalam perut kereta.

Aku medenguh, segala barang yang dibeli tadi aku letak dalam bonet. Cuaca yang makin panas ni boleh buat aku panas baran jer. Satu persatu aku check, takut ada yang tertinggal, karang membebel pulak mak kat rumah nak memasak barang tak cukup. Hitam la aku hari ni. Aku membelek tangan ku yang terkena cuaca panas ni.

“Kau buat apa lagi tu kak? Lambat betul!” ee… nak jer aku pulas telinganya tu. Dia sedap sedap  jer landing dalam kereta sambil melayan lagu. Haih, merana la sape jadi bini kau nanti dik, cerewet tak bertempat. Kalau kahwin pun aku rasa tak sampai dua hari, bini terus lari rumah. Kekeke.. padan muka kau dik.

Kereta meluncur laju keluar dari kawasan parking KB Mall. Mak ai, laju giler dia bawak, boleh tercabut nyawa la aku macam ni. “Dik!! Kau ni tak reti nak bawa slow ker hah? Dah la kereta aku yang kau bawak. Minyak tak pernah nak taruk. Aku jer yang kena taruk sendiri.”

“Dah kereta kau, tak kan aku pulak yang kena bank in minyak. Ala, tadi kau bawa troli laju jer. Takkan aku nak bawa kereta laju pun salah. Ok apa laju macam ni. Baru rasa feel racing kereta dari racing pakai troli.” Cehh, perli aku nampak. Aku mengetam perutnya. Dia ketawa berdekah dekah tak ingat dunia. Amboi, bab ketawakan aku nombor satu.

“Umi…” aku menyalami umi ketika membolos keluar dari perut kereta. Malas berlama dalam kereta tu. Makin bernanah telinga aku ni. Langkah ku atur ke dalam rumah. “Kak!” aku berpaling ke belakang. “Apa?”

“Tu… takkan nak letak dalam bonet tu jer kot.” Dia menjuihkan bibirnya kepada barang barang yang baru di beli tadi.

“Angah la yang angkat naik. Along kau tu penat. Dari tadi lagi dia yang beli semua tu. Angah jangan ingat umi tak tahu, umi dah masak dengan perangai angah tu. Angah mesti lepak kat mana mana masa along tengah pilih barang kan?” bebel umi kepada Hafiz. Umi backup aku. Aku peluk umi dari belakang. Sayang umi. Yeah.. Aku ketawa berdekah dekah kepadanya. Aku menjelir lidah kepadanya. Dia merenungku tajam. Marah la tu!

“Mana ada mi…” Hafiz masih lagi tidak mahu mengalah. Mukanya merah menahan marah. Comel pulak muka adik aku ni. “Angah jangan nak bantah, cepat angkat naik ke atas semua barang tu!” umi masih lagi bercekak pinggang. 

“Ye la mi… orang angkat la ni.” Muncung sedepa si Hafiz ni. Tangannya lincah mengangkat barang barang dapur. Tak puas hati Nampak. Hati ku berbunga riang kena juga adik aku ni. Tu la cerewet sangat…

=============================================================

                                                                                                                                                           
Mahfuz Ilmy

Aku mengurut lembut dadaku ini yang sedari tadi lagi berkocak hebat. Nak pandu kereta tadi pun dah tak sanngup. Nasib baik tak eksiden. Aku tersenyum sendiri bila mengenangkan wajah yang baru berjumpa tadi. Boleh jadi gila aku bila melihatnya. Tak pernah aku lihat wanita secantiknya. Berbaju kurung labuh dan bertudung labuh. Fuhh, memang lengkap la pakej nak buat isteri.

“Termenung jauh Nampak anak mak ni. Teringat kat saper pulak tu?” mak datang menghampiri ku. Aku memberikan senyuman yang manis untuknya. Memang pun mak, teringatkan pada sang bidadari yang jatuh dari langit tadi.

“Tak ada la mak, berehat jer ni. Penat sangat hari ni berjalan jalan. Ika tak balik lagi ker mak? Tak Nampak batang hidung dia pun.” Ceh.. berehat. Padahal jantung dah macam nak tercabut jer nak pergi kepada perempuan tadi. Haih… bila la dapat jumpa dengan dia lagi yer.

“Ada tu, kat dalam bilik. Tak lain tak bukan tido jer la keje dia hari minggu macam ni. Ajak masuk dapur hampeh,” aku mengeleng kepala sahaja. Apa la nak jadi dengan adik aku sorang ni. Pemalas betul nak masuk dapur. Makan jer yang dia reti bila masuk dapur.

“Runsing mak dengan anak dara sorang tu. Kot nanti berkahwin, dia bagi suami dia makan apa la agaknya. Kompom kebulur suami dia kat rumah. Haih, melaram la nampaknya.” Mak meluahkan isi hatinya itu.  Ai mak, Ika baru jer setahun jagung dah pikir pasal kawin. Anak mak yang dah lama membujang ni tak nak tanya  pulak. Apa la mak aku ni.

Pap! Aduss.. aku menggosok pahaku. Perit yang amat sangat aku rasa. Sakit terkena troli bidadariku belum hilang lagi kat lengan dah kena yang baru. Tangan kasar mak memang kuat penangannya. Biarpun perlahan jer dia menepuk tapi berbirat kat paha aku ni.  Haih, untung la ayah dapat isteri macam mak ni. Kompom tak cari lain. “Kamu bila nak kahwinnya Miy?” soal mak kepadaku. Aku memandang tepat kewajahnya.

Aku tersengih sengih kepada mak. “Dah ada mak, orangnya cantik. Baik pulak tu.” Ujarku. Bila la aku dapat jumpa dia lagi agaknya. Ya Allah, aku sudah jatuh cinta padanya.

“Siapa? Anak siapa? Dah berapa lama kenal?” bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut mak. Dia tersenyum. Pasti bahagia anaknya akan kahwin lepas ni. Maklumlah, aku dua beradik jer dalam rumah ni. Gembira sakan pulak mak aku ni. Bahagialah bini aku nanti dapat mertua macam ni.

“Erk… Miy baru terjumpa dia tadi mak, nama dia Miy tak tahu lagi. Tak sempat nak tanya tadi, dia dah pergi macam tu jer.” Jawabku kepada mak. Mak memandangku tajam kali ini. Aku menjongketkan kening, apahal pulak mak aku ni. Tadi happy jer, sekarang moody pulak. Tak faham betulla. “Kenapa mak?”

Pap! Waduh waduh buk, sakit bangat… sekali lagi paha ku terkena tamparan dari mak. Kali ni lebih kuat dari yang tadi. Tempat yang sama pulak tu. Mak aku ni.. habis sebotol minyak TYT kat bilik nanti. “Kau jangan buat lawak bodoh Miy dengan mak. Baru kenal dah jatuh cinta? Apa nak jadi dengan kau ni? Kan tak pasal pasal bini orang yang kau jatuh cinta. Jangan buat hal. Mak tak mengaku anak karang.” Bebel mak.

“Mak ni, betul apa? Miy memang dah jatuh cinta kat dia la. Pasal status dia Miy tak tahu. Nanti miy selidik. Mak doakan lah yang dia tak kawin lagi ek, senang sikit mak datang merisik.” Ujarku kepada mak. Kali ini tangan mak ingin mendarat lagi ke pehaku. Pantas aku melarikannya. Tak sanggup. Patutla paha ayah selalu lebam. Ni mesti kena buli kat mak tiap malam. Mak… mak…

“Dah la, malas mak layan kamu ni. Makin di layan, makin menjadi pulak. Panggil Ika turun Miy, suruh dia bantu mak kat dapur nuh. Dah naik jenuh mak mengejutkannya. Tak bangun bangun jugak anak dara tuh. Haih…” mak berlalu ke dapur. Nampak runsing benar mak aku ni dengan anak daranya.

“Ika!!! Ooo Ika!!! Membuta jer kerja kau ni. Bangun cepat! Tolong mak kat dapur tuh. Kau ni entah mandi ke tak ni? Apa la nak jadi dengan kau ni. Dah besar panjang, berat tulang mengalahkan aku!” aku menjerit dari bawah. Malas nak naik ke atas. Karang kalau aku naik tak pasal pasal kena simbah air satu baldi kat biliknya. Malas nak menyusahkan mak, tetiba pulak kena jemur tilam kat bawah. Nak harapkan minah sorang ni. Sampai ke tua tak la.

Aku berlalu ke sofa semula. Ingin melihat apa yang aku beli tadi. Nak buat melaram untuk pagi esok. Tie yang aku beli untuk sesi temuduga bagi pemilihan setiausahaku yang baru memandangkan si Gina nak kahwin. Terus letak jawatan. Satu persatu pakaian yang aku beli tadi ku belek. Cantik pulak, tadi tak cantik masa aku tengok kat butik Jefferson. Bunyi derapan langkah dari tangga membuat mata ku beralih pada tangga.

“Apa abang ni, bising jer memanjang. Bagi la kat Ika masa untuk rilek sikit. Ni kan cuti minggu. Tak spotting langsung.” Ika menggaru garu kepalanya. Rambutnya kusut masai dengan pajama tidur. Aku merenungnya tajam. Budak ni nak makan pelempang free nampak.

“Apa yang tak spotting? Kau ni tidur jer. Tu mak suruh kau tolong dia kat dapur. Kau ni besar panjang. Pemalas!!!”

Dah abang tahu ika tengah tidur, kenapa abang jer yang  tak pergi dapur tolong mak?” melawan nampak budak ni? Aku  menunjuk tapak tanganku kepadanya. Dia tersengih sengih memandang aku dari tangga. Rambutnya di garu entah kali yang keberapa. Dah macam mak jin pulak aku tengok adik aku ni. “Yela yela, ika pergi la ni. Huargh….” Dia menguap pula kali ni. Anak  dara ni, kuat bebenor tidurnya. Dia menghilang disebalik dapur.

Kedengaran mak pula tengah membebel kat dapur. Pasti sedang marahkan si ika ni. Tak ingat dunia, kan dah kena. Tu la, lain kali jangan emosional sangat. Dah kene membebel, lama la nak kena tunggu. Mak kalau dah membebel, bukan pandai berhenti. Pot pet pot pet sampai la sejam dua. Padan muka Ika ni. Baru dia matang sikit.

Tanganku naik memegang dadaku. Terbayang wajah tadi terus membuat jantungku berdegup kencang. Ohh, cantiknya dia. Manis orangnya. Kalau dapat bini macam dia kompom tak keluar rumah. Adoi, kuat betul aku berangan.
Telefon bimbit ku berbunyi. Pantas ku capainya. Tertulis nama Fiona. Nama dah macam bini Shrek pulak. Cuma kulit jer putih, kalau tak dah lama jadi bini Shrek. Aku menekan butang hijau. “Awak, saya minta maaf. Saya janji tak akan curang lagi. Please.” Eh pompuan ni, aku tak kata pun dia curang. Tadi aku ingat dia dengan kawan dia jer. Baguslah kalau dah mengaku. Tak payah aku nak bersusah pula. Aku tesenyum puas.

“Kita dah tak ada apa apa lagi. Kita putus mulai sekarang dan aku tak nak kau ganggu hidup aku lagi. Faham!!!” aku menekan butang merah. Terus ku campak telefon bimbitku ke sofa. Nak campak kat lantai tak pasal pasal kena beli yang baru. Dah la mahal. Baik campak kat sofa. Tak payah nak bersusah cari kat kedai lagi. Hati ku puas.

“Aik bang? Bila masa pula abang ada makwe ni. Setahu Ika abang sibuk memanjang je kat pejabat. Sekarang ika dengar dah clash? Pelik?” ika baru keluar dari dapur. Pasti mak dah berhenti membebel tak pun ika lari keluar. Budak ni ada je yang dia nak tahu. Menyibuk betul.

“Suka hati aku la budak kecik. Kau duduk diam tolong mak masak kat dapur sudah. Hal orang tua jangan nak bantah.” Dia mecebik bibirnya. Aku gunting karang baru tahu. Tak pasal pasal pergi kampus dengan bibir itik. Dia duduk di sofa dengan menyilangkan kakinya. Air yang dibawa tadi terus di sua ke mulutnya.

“Eleh, abang ngan Ika beza lima tahun jer kot. Sesedap jer nak panggil kita ni budak kecik. Dia yang budak kecik, tak matang langsung! Perangai tak pernah nak berubah. Memang patut pun makwe abang tinggalkan abang.” Ewah, sedapnya mengata aku. Aku letak lada burung karang baru tahu. Aku bangun menghampirinya.

“Yang kau tu, bila nak kahwinnya? Mak dah sibuk nak cari suami untuk kau. Kau tu masuk dapur pun tak pernah. Nak memasak lagi la jauh api dari panggang. Apa la nak jadi dengan kau ni dik.” Aku duduk disampingnya. Matanya kelihatan terbeliak. Terkejut beruk Nampak. Tu la pemalas sangat.

“Betul ker bang? Mak ni, sesedap dia jer nak jodohkan Ika. Ika masih belajar lagi la. Nak kahwin? Ika tak pernah terfikir pun. Yang Ika tahu nak single dulu. Cari pengalaman. Mak ni.” Marah sakan si Ika ni. Nak tergelak pun ada aku tengok dia. Tahu takut nak kahwin.

“Kalau mak tak jumpa cari, biar aku jer yang tolong mak carikan untuk kau. Senang sikit. Tahun depan terus nikah. Tahun sekali lagi, tentu aku dah peluk anak sedara. Bestnyer…” aku semakin menggiat si Ika ni. Dia melalak. Aku ketawa berdekah dekah kepadanya.

“Amboi, bab ika no satu. Abang tu? Bila nak cari yang lain? Umur dah tua.”  Dia tersenyum sinis kepada aku. Cehh, perli umur aku nampak budak ni? Aku menepuk bahunya dengan kuat. Dia tersedak terbatuk batuk. Aku ketawa sinis.

================================================


Nur Izzah Izzati

“Along dah cari kerja ker?” Tanya abah sebaik sahaja aku melabuhkan duduk di meja makan. Aku hanya mengangguk.

“Dah bah, esok along nak pergi temuduga.” Aku mencedok nasi ke dalam pinggan abah. Lauk juga ku taruk atas pinggan abah. Mudah mudahan berjalan lancar la esok pagi.

“Baguslah macam tu. Tak ada la bosan duduk kat rumah ni kan. Abah harap anak abah lulus temuduga.” umi yang melihat hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Hafiz pula mencebik denganku. ewah, budak ni masih merajuk lagi denganku rupanya.

“InsyaAllah bah…” ucapku sambil menyuap nasi ke mulutku. Abah mengangguk kepalanya. Untung dapat abah yang spotting macam Encik Haris ni. Tak ada la naik pening kepala aku kalau perangai abah macam si Hafiz ni. Entah gen mana la yang tersangkut kat rahim umi ni, keluar jer, perangai menjengkelkan. Aku memandang sekilas kepada Hafiz yang duduk di hujung meja.

“Along kalau kerja konfom tak sampai seminggu, mesti dah kene buang. Mana taknya, perangai mengalahkan budak kecik.” Hafiz tiba tiba bersuara. Budak ni, ada je benda yang nak menyakitkan hati aku. Aku menjelir lidah kepadanya. Dia menjongketkan keningnya.

“Tengok la tu, perangai macam kanak kanak umur dua tahun! Tak matang langsung!” sambungnya lagi. Kalau ikutkan hati dah lama aku ketam perutnya itu. Nasib baik kedudukan kaki agak jauh. Kalau tak dah lama kena. Kekeke. Dia menyambung mengunyah lauk yang ada dalam mulutnya.

“Korang ni, kalau tak bergaduh sehari tak boleh ker!” jerkah Umi. Aku hanya menunduk, Hafiz pula aku lihat dia buat buat tak tahu jer. Abah hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah kami. Dia membetulkan kopiah yang sedikit senget di kepala. Hensem abah aku ni. Muka si Hafiz ni pun sama macam abah.

“Mana ada mi, Along yang mulakan dulu. Lau kawin nanti mesti pening kepala suami dia nak jaga bini yang perangai macam budak kecik ni. Tak tahu la.” Hafiz masih lagi tidak mahu mengalah. Lauk kari ayam diceduknya ke dalam pinggannya. Bab kawin pula la yang dibangkitnya. Macam tak ada modal lain.

“Along dah ada calon ker?” abah tiba tiba bersuara kembali setelah lama berdiam diri. Aku tersentak. Kepala ku didongak  mengadap abah. Aku menggelengkan kepalaku.

“Mana ada bah. Along tak fikir lagi sal kahwin ni. Along nak kerja dulu. Simpan duit banyak banyak.” Ucap ku selamba. Abah hanya tersenyum dengan alasanku. Alasan yang cukup kukuh bagi ku. Kawin? Adus, tak pernah terfikir pun. Ni Hafiz punya pasal la. Kelihatan hafiz yang sedang mengekek ketawakan aku. Siap kau nanti dik!

Ehem, aku pura pura berdehem. Lapan pasang mata termasuk dengan cermin mata abah memadang kepada aku. Bermulalah aksi ku. “Akak dengar kau dah ada calon isteri dik, betul ker?” dalam hati adoi, nak terkeluar air mata aku masa ni. Aku perlu cover sikit. Biar Nampak serius. Adoi, padan muka kau dik! Tarbus yang senget ku betulkan sedikit.

Dia tersedak masa ni. Air di telannya buat kali yang keberapa. Mukanya merah padam. Ikutkan hati nak jer aku gelak kat mulut. Memandangkan umi dan abah ada, tak boleh. Tak pasal pasal kena tibai kat umi. Aku memandangnya dengan perasaan yang lucu. Dia masih lagi mengurut ngurut dadanya. Dia hanya tunduk. Ker betul dia ada kapel? Nampak macam malu jer.

“Mana ada, akak ni”. Ucapnya malu malu. Cehh, malu konon!

“Ye ker? Hari tu akak Nampak kau dengan sorang pompuan. Mesra sangat. Tak macam kawan pun. Siap tolong lagi. Akak confuse sebenarnya ni. Tak kan kawan jer kot.” Sengaja aku menambah perisa. Memang aku pernah Nampak dia dengan budak pompuan kat taman. Masa tu tak silap aku diorang tengah buat assighment.

“Betul along? Angah jangan buat benda bukan bukan. Umi tak mengaku anak la. Jangan nak rosakkan masa depan angah dan anak dara orang. Karang umi pancung guna parang buat kopek kelapa pulak kat tengkuk tu.” Ucap umi. Suaranya pula kedengaran sedikit tegas. Masalah ni. Aku main acah je.

"Eh, kami kawan jer mi. Mana ada buat apa apa. Kami buat assighment je mi.” eh, betulla tekaan ku ni? Hahahah, kena jugak adik aku sorang ni. Memang masin la mulut aku. Tak payah letak garam time masak.


bersambung..... 

Nov 10, 2012

DIA TIDAK BERDOSA



Pang!!! Dia tersungkur. Aku mendesah geram. Aku menarik tudung labuhnya, mukanya ku tarik menghadap aku. Dia terketar ketar memandang aku. Pang!!! Satu lagi tamparan kuat mengenai pipinya. Dia tersungkur jatuh ke lantai. Dia terpisat pisat untuk bangun. Airmatanya semakin kuat meleleh jatuh membasahi pipi.
“Abang, jangan pukul saya lagi. Sakit.” Dia memegang perutnya. Aku tersenyum sinis kepadanya.
“Aku benci kau!” bentakku.
Aku marah, kerana mama dan papa menjodohkan aku dengannya. Dia masih lagi terpisat pisat untuk bangun. Kaki ku dengan kuat menghentak perutnya. Kali ini dia meraung.
“Abang, sakit.” Kali ini dia sudah tidak berdaya lagi. Hanya terbaring lesu di atas lantai marmar ini. Air matanya masih lagi tumpah. Kedengaran esakan halus dari bibirnya. Aku meraup beberapa kali mukaku.
Aku memalu langkah ke pintu. Pintu dihempas kuat. Kereta ku pandu laju meninggalkan rumah hadiah papa dan mama sempena perkahwinanku. Aku meninggalkannya yang masih lagi terbaring di lantai.

******

“Sayang…” aku memeluk Tina yang masih lagi dengan pakaian tidurnya. Aku mencium pipinya. Dia juga membalas ciuman dariku. Aku memeluknya erat. Lalu di baringkannya di atas katil kondo milik aku.
“Bi… U pergi mana, I rindu sangat kat U. Kenapa U tak datang ke sini semalam?” Soal Tina sambil tangannya lincah merungkai satu persatu butang baju kemeja ku.
“Sorry sayang. I ada hal semalam.” Jawab ku. Tanganku mencubit lembut pipinya yang putih gebu itu. Malas untuk memberi jawapan kepada Tina. Hati ku sekarang panas membara.
“U tak pergi rumah U ker Bi? Kasian kat wife U.” Tina melentokkan badannya di atas badanku. Terus kurangkul badannya itu.
“Malas lah!” terus bibirku merapat ke arah bibir Tina. Bibirnya yang ranum itu bisa menggetarkan jiwa lelaki ku.
“Bi, bangun dah lewat ni. Nanti papa U cari pulak.” Tina mengejutkan ku dari lena. Aku terpisat pisat bangun. Dia tersenyum kepadaku. Satu kucupan singgah di pipinya yang putih itu.
“Sayang, tolong ambilkan pakaian I.” dia menghulur pakaian kepada ku. Aku dengan pantas mencapai dan memakai pakaianku. Lewat sikit, pasti papa akan membebel sakan.

*****

“Nazrin! Irah apa khabar? Lama papa tidak bertemu dengannya. Mama kamu rindu sangat dengan menantunya itu.” Soal papa sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik papa.
“Err… dia sihat. Ada tu kat rumah.” Jawabku tergagap gagap. Terlintas pula aku pada Syahirah. Selepas peristiwa itu, aku langsung tidak pulang ke rumah. Kalau di ikutkan sudah seminggu.
“Nanti bawa la Irah jumpa papa dan mama.” Suara papa mematikan lamunanku. Aku hanya mengangguk. Bawa Irah? Nanti jika papa dan mama lihat luka dan lebam pada Irah macammana? Mati aku kena pancung kat papa. Desis hatiku.
“Bila la agaknya papa dan mama akan dapat mendukung cucu yer? Dah lama kami tunggu. Bukan apa Nazrin. Papa dan mama ni dah tua. Nak jugak, sebelum mati dapat mendukung cucu. Kamu tahukan, kamu satu satunya anak kami.”
Sambung papa. Aku hanya memandangnya. Jelas kelihatan wajah sugul pada riak papa. Mungkin ingin sangat mendapatkan cucu. Kesian pula aku tengok papa.
“insyaAllah pa. ada la tu.” Jawapan yang cukup memberi papa kelihatan senang. Dia tersenyum kepada aku lalu mengangguk. Aku membalas senyumannya.
“Okey lah Nazrin. Papa ada meeting ni.” Dia berlalu meninggalkan aku di bilik. Aku masih lagi setia duduk di atas kerusi.


*****


Malam itu cukup memenatkan. Mana taknya, seharian aku harus bertungkus lumus dipejabat kerana papa terpaksa pergi outstation. Untuk menghilangkan rasa stressku, aku mengambil keputusan untuk pergi tenangkan fikiran di club.
Agak lama dalam club, aku pun dah agak mabuk, Nazmi terpaksa menghantarku kerumah memandangkan aku tidak mampu untuk membawa kereta sendiri disebabkan terlalu mabuk.
Nazmin hanya menghantarku diluar pagar sahaja. Keretanya meluncur laju meninggalkan aku yang masih mamai dalam kemabukan. Dengan kudrat yang ada aku gagahkan juga untuk menekan bell. Tak lama pintu terbuka.
Aku melangkah masuk dengan langkah yang terhuyung hayang masuk ke dalam rumah. Pintu utama dibuka. Terpacul seraut tubuh yang tak pernah aku lihat. aku menjongketkan kening. Lama aku memerhatikannya.
Berani betul dia memakai pakaian yang begini malam ni. Dari atas ke bawah aku memandangnya. Dia juga seperti terkejut. Dia hanya membatu sahaja. Malam ni dia hanya mengenakan pijama satin berwarna pink separas lutut dan tidak berlengan hanya bertali.
Aku meneguk air liur. Aku cuba mengawal perasaanku. Aku berjalan untuk naik ke atas. Terasa lemah sendiku akhirnya aku merasakan seperti mahu jatuh. Pap! Sebelum aku jatuh ada tangan yang sedang menyambut aku. Semakin lama aku melihatnya, semakin gelodak jiwaku. Dia memimpinku naik ke bilik.
Tak tahan melihat akan dirinya. Gelodak nafsuku semakin memuncak. Dia membaringkan aku ke atas katil. Tangannya terketar ketar ingin menanggalkan stoking yang aku pakai.
Selesai menanggalkan stoking, dia menghampiri badanku. Dapat ku lihat wajahnya yang pucat tika ini. Dalam keadaan mabuk aku sempat mengukir senyum sinis. Takut konon. Bentakku.
Dengan perlahan lahan dia menanggalkan satu persatu butang baju yang di pakai aku. Saat diangkat bajuku melepasi bahagian dada, dia lekas memejamkan matanya. Aku mengukir senyum buas.
Kini badanku sudah tiadak berbaju. Hanya separuh berbogel dengan memakai seluar. Dia masih lagi terketar ketar untuk menghabiskan kerjanya. Comforter ditarik hingga separas dada ku. Lama aku memerhati tingkahnya.
Dia berkira kira untuk meninggalkan bilik tidurku. Dalam keadaan jarak satu meter dia berjalan, aku bingkas bangun menyebabkan comforter yang membaluti tubuh ku tersingkap hingga ke paras pinggang.
Dalam keadaan yang masih mamai lagi, terus aku sambar lengan miliknya. Oleh kerana tidak dapat imbangkan badannya, dia terjatuh di atas badan milikku. Tepat jatuh di atas dada bidang milikku.
Dengan pantas terus ku rangkul badannya dengan kemas. Dirinya cuba melepaskan rangkulanku. Tetapi aku masih lagi dengan kemas merangkulnya. Dia masih lagi cuba melepaskan diri.
Aku dengan pantas mendekatkan bibir ku ke arah bibirnya yang kemerahan itu. Dia cuba menepis tetapi gagal.
Kerana tidak tahan gelodak nafsuku, semakin buas aku mencumbui dirinya. Air matanya tubir ke pipi. Namun aku tidak endahkannya. Dia halal untukku. Tak akan aku lepaskan begitu sahaja.
Nafsuku semakin memuncak. Dalam keadaan suasana suram, aku mencumbui dirinya. Dia kelihatan akur dengan perlakuanku. Mungkin kerana tidak dapat melepaskan dirinya dariku.
Terasa malam ini malam yang paling indah sekali buatku. Tidak seperti malam malam aku bersama Tina. Mungkin kerana Irah masih lagi dara. Aku tersenyum puas.
Malam itu, aku memperlakukan dirinya sesuka hatiku.
“Hoi!” jerkah Wahid, seraya mematikan lamuananku terhadap peristiwa itu. Sudah tiga bulan ia berlaku. Setelah peristiwa itu. Langsung aku tidak bertegur sapa dengannya. Hanya sekali aku bercakap dengannya, disebabkan dia tertumpah air pada baju kemeja ku pada minggu lepas. Kerana terlalu baran, aku bertindak memukulnya.
“Apa?” soalku sepatah.
“Teringat kat wife ker?”
Cehh… serkap jarang Nampak. “Tak ada lah. Jom lah keluar lunch, aku lapar ni.” Ucapku sambil menapak keluar dari ruang pejabat. Dia membututiku dari belakang.


*******


Aku dan wahid berjalan masuk ke Mid Valley. Kereta ku palirkan di luar sahaja. Malas nak nak berlama kat tempat parking atas. Langkah ku atur terus ke Noodles Station.
Lebih kurang sejam kami di situ. Setelah membuat pembayaran, kami melangkah keluar untuk masuk semula ke ofis. Memandangkan waktu sekarang sudah berginjak angka dua petang.
Langkah ku terhenti sebaik melihat kelibat Tina bersama seorang lelaki berjalan masuk beriringan ke dalam sebuah butik. Lagak mereka begitu manja sekali. Panas terasa hatiku tika ini.
Langkah ku atur mendekati mereka berdua. Wahid dari tadi hanya kebinguan turut melangkah mengikut aku dari belakang.
Owhh, jadi betulla selama ni yer? Kau simpan jantan dalam kondo aku!” jerkah ku kepada Tina ketika masuk ke tempat fitting room. Dia juga kelihatan terkejut. Mukanya kelihatan pucat. Mungkin tembelangnya sudah pecah.
Memang aku bodoh la kan, bukan seorang yang kata kau ni keluar dengan ramai jantan. Tapi dah berpuluh yang kata begitu. Aku pekakkan jer telinga aku selama ni. And for your information, we are over!!!” jerkah ku lagi. Panas hati mengatasi segalanya.
“Bi, sorry… I janji I akan setia dengan U. please…” dia merengek manja. Aku merenungnya tajam. Ikutkan hati aku yang panas ni. Dah lama aku campaknya ke bawah.
“Kau tak faham ker hah! We are over!!!” bentakku sambil menunding jari ke mukanya. Mata mata yang memandang sudah ku tidak hiraukan lagi. Lelaki yang di sebelah Tina hanya terkebil kebil melihat kami berdua. Aku tersenyum sinis kepada lelaki itu sambil berlalu keluar.
“Satu lagi. Aku nak kau serahkan kunci kondo dan kunci kereta yang aku bagi kau dulu. Malam ni, aku nak kau dah tak ada kat kondo tu. Kalau aku Nampak kau ada lagi, aku tak teragak agak nak bunuh kau!”
Kelihatan Tina sedang mengejar lelaki tadi dari arah pintu keluar. Mungkin lelaki itu juga tidak percaya atas apa yang berlaku tadi. Wajah lelaki itu juga kelihatan bangang. Mungkin tembelang dia dah diketahui. Aku mengekek ketawa kepadanya. Lelaki itu langsung tidak menghiraukan Tina yang terkedek kedek mengejarnya.
Hati aku tersenyum puas. Padan muka kau Tina. Dasar wanita murahan.
“Siapa tu beb?” soal wahid yang sedari tadi lagi berdiam diri. Aku memandangnya sinis.
“Tu perempuan TAK GUNA!” sengaja perkataan tak guna aku tekan. Marah yang amat sangat pada Tina. Kerana ramai yang mengatakan Tina banyak simpan lelaki, ramai juga aku putus kawan kerana sebab itu. Aku terduduk. Menyesal atas apa yang berlaku.
Wahid hanya diam.

******

Sudah dua minggu aku tidak pulang ke rumah. Entah mengapa hatiku bagai di jerut rasa bimbang. Tiba tiba perasaanku teringat pada rumah dan Irah. Ya, sejak peristiwa itu aku langsung tidak bertemu dengannya.
Tanganku mencapai kunci kereta. Dengan langkah cepat, aku melangkah keluar dari ofis. “Encik nak kemana, kita ada meeting jam dua nanti.” Laung setiausahaku.
“Cancel semua. I ada hal.” Ucapku tanpa menoleh ke belakang.
Kereta ku pakirkan betul betul di halaman rumah. Pagar tidak berkunci. Semakin kuat rasa bimbangku. Aku melulu ke pintu rumah. Baru ingin mengambil kunci rumah, pintu sudah terbuka. Pelik, pintu juga tidak berkunci.
Aku melangkah masuk kedalam rumah. Mencari kelibat Irah. Namun hampa, dia tiada. Mataku tertancap pada darah kering yang melekat pada lantai marmar. Aku mencangkung dan aku usap tanganku pada darah itu. Jantungku berdegup kencang.
Rumah juga kelihatan berdebu. Mungkinkah irah telah lari? Aku berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik Irah. Habis semuanya aku geledah. Dia tiada. Bajunya juga masih ada dalam almari. Tapi ke mana dia? Jika ke rumah mama, pasti mama akan beritahu aku.
Aku duduk disisi katil. Kepala kuramas ramas. Kusutnya kepalaku saat ini. Aku merebahkan diriku atas katil. Lama aku termenung, hingga tidak terasa aku terlelap.
Kosong. Itulah yang bisa aku ungkapkan. Jiwa ku kosong saat dia tiada. Walaupun aku tidak pernah bersikap baik dengannya. Sekurangnya aku tahu dia ada dirumah ini. Kini ia kosong… sekosong hatiku.

******
Aku bangun dari pembaringan. Suasana begitu panas sekali. “Aku kat mama ni!” tempikku.
Aku bangun mencari tempat berteduh. Hampa. Tiada satu pun pokok di situ. Kaki ku juga melecek teruk. Aku menggulupur kesakitan. Padang apa pulak ni. Semuanya berpasir. Aku jatuh tersungkur kebawah.
“Mama, papa! Tolong Nazrin. Sakit. Ahh…” wajah mama dan papa menghilang di sebalik kabus tebal. “Mama, papa!!!” tempikku.
Aku menunduk. Panas mentari semakin memuncak. Aku dahaga. Ya dahaga yang amat sangat. Aku nak air… aku cuba untuk bangun, eh, kenapa tak boleh bangun ni! Aku mendongak ke bawah. Rantai besi telah mengunci kakiku. Ah… tak nak!
Kedengaran sayup sayup suara bayi sedang menangis. Kekadang suara itu ketawa. Semakin lama semakin hampir dengan ku suara itu. Aku melilau mencari arah suara itu. Mata ku terpaku. Seorang bayi sedang membawa balang air.
“Tolong… saya nak air.” Dengan suara yang serak aku cuba memanggil anak kecil itu.
Lama aku memerhatikan anak kecil itu. Berharap agar dia membawa air tadi kepada aku. Mata anak kecil itu melilau kerah situ sini. Tiba tiba anak kecil itu menangis teresak esak. Aku buntu. Tiba tiba dia ketawa lagi. Tertelan air liur aku. Pelik dengan apa yang aku lihat.
Dek rasa dahaga yang tidak tertahan, aku melambai tangan kepadanya. Mudahan dia akan melihat aku. Tekaanku benar, dia melihat aku. Dengan tawanya dia berlari kepada ku. Dihulur kepada aku air berwarna jernih tersebut. Sedapnya. Walaupun warna seperti air masak, namun ia terasa asing. Tidak pernah aku merasainya sebelum ini.
Usai meminum air itu. Anak kecil itu mengambil semula balangnya. Dia tersenyum manis kepadaku. Lama aku memerhatikan wajahnya. Sama seperti aku. Matanya pula seperti Irah! Siapa budak ini sebenarnya.
“Papa… tolong jaga mama yer?” dapp, jantungku seakan seperti berhenti berdegup. Belum sempat aku bertanya lebih lanjut, dia sudah menghilang disebalik kabus halus. Aku buntu.
Aku tersedar dari tidur. Peluh merenek jatuh membasahi tubuhku. Aku menelan air liurku. Kenapa rasa tadi masih ada? Sedangkan ia Cuma mimpi? Aku mengelap peluh yang jatuh menggunakan belakang tapak tanganku.
‘Papa… tolong jaga mama yer?’
Kata kata itu terngiang dalam kepalaku.

*****

Lama aku memerhati dirinya yang sedang terbaring lesu diatas katil. Wayar berselirat. Dia mampu bernafas dengan alat pembantu pernafasan sahaja. Dia tidak ubah seperti patung cendana. Diam tanpa kata.
Aku memeraup beberapa kali mukaku lantas memalu langkah ke arah kerusi. Aku duduk di sampingnya. Wajahnya yang mulus ku elus lembut. Mukanya yang putih melepak tak ubah seperti kapas.
Hidungnya mancung terletak elok. Bulu mata aslinya seperti memakai balu mata palsu. Biarpun ia seratus peratus asli. Matanya juga seperti orang memakai celak, walaupun dia tidak memakainya. Jelas kelihatan wajahnya yang cantik dan mulus walaupun matanya tertutup. Bodohnya kau nazrin.
Wajahnya yang tenang itu, seolah orang yang tidak ada masalah membuat hatiku lama menatap ketenangan di wajahnya dan terpegun dengan keindahan dan kenikmatan ciptaan Allah SWT.
Mataku beralih pula pada bahagian perutnya yang kelihatan sedikit buncit. Aku mengucap syukur. Kerana anakku masih hidup lagi. Lama aku menatapnya. “Maafkan papa sayang. Papa janji akan jaga mama…”
Segala kesalahanku pada Irah seperti diulang tayang. Aku meraup wajahku beberapa kali. Banyaknya dosa aku padanya. Tanpa sedar air mataku mengalir laju. Aku tersengguk sengguk disisinya. Tangannya tidak lepas dari peganganku.
“Maafkan abang Irah. Abang banyak dosa pada Irah.” Lirihku. Ku kucup lembut jari jemarinya. Kepala ku lentokkan disisinya. Aku terlena bersama perasaan bersalah.
Aku tersedar ketika terasa ada pergerakan di kepalaku. Mata ku genyeh beberapa kali. Buntang mataku melihat badannya yang naik turun naik turun.  Nafasnya juga sudah tidak teratur.
Alat bantuan pernafasan juga berbunyi bising sedari tadi. “Doctor!!!” jeritku dengan air mata yang tak tertahan. Beberapa kali aku menjerit, barulah doctor datang bersama dengan beberapa orang jururawat.
“Encik boleh keluar dahulu?” soalnya cemas. Aku mengeleng.
“Saya nak teman isteri saya doc. Please.” Pintaku. Dia mengeleng. Dia menyuruh beberapa orang jururawat menghantarku keluar dari bilik itu. Aku terduduk. “Jangan tinggalkan abang Irah.” Makin laju air mataku mengalir. Fasha yang baru sampai juga sedang menangis. Ditepuk tepuk bahuku agar aku bertenang. Aku mengeleng. Aku tak mahu berpisah dengan Irah.

******

Tanah yang masih merah itu aku aku usap lembut. Surah yaasin aku tutup. Dicuim surah yaasin dengan ikhlas hati. Mohon pada Allah agar di beri kekuatan untukku. Tanganku mencapai bekas air mawar lalu di siram di atas kubur itu.
Air mata yang ingin keluar, kutahan juga. Tidak mahu menambahkan lagi suasana suram. “Maafkan saya.” Ucapku sambil mengusap lembut batu nisan itu. Usai menyiramnya, aku mengulung tikar mengkuang.
“Nanti saya datang lagi jenguk awak.” Ucapku sambil berlalu pergi. Langkah kuatur ke kereta. Kereta di hidupkan, meninggalkan kawasan perkuburan.
“Takziah untuk encik, harap encik banyak banyak  bersabar. Semua yang hidup pasti akan kembali di sisi-Nya.” Setiausahaku memberi ucapan takziah buatku. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum manis untuknya. Biarpun hatiku terasa perit.
Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Suram terasa suasana ini. Aku duduk termenung di dalam bilik pejabat. Kejap lagi aku harus melawat seseorang. Hatiku berbunga riang. Hilang sedikit rasa sedihku.
Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Waktu pejabat juga sudah tamat. Hatiku tidak sabar untuk bertemu dengannya. Langkah kuatur menuju ketempat yang sepatutnya menggunakan kereta milikku.
“Assalamualaikum,” aku mendongak ke dalam ketika sampai di sana. Tiada sesiapa. Pelik. aku melangkah masuk ke dalam.
Waalaikumussalam. Dah lama sampai? Maafla, tadi kat tandas.” ucapnya sambil mengukir senyuman manis. Berdegup kencang jantungku dengan senyuman yang diberi. Dia berjalan naik ke katil.
Baru jer, kenapa tak bagi tahu nak ke tandas. Boleh tolong.” Aku mendapatkannya. Aku peluk pinggangnya dengan erat. Dia hanya tersenyum. Kasih sayangku tumpah kepadanya.
Abangkan baru sampai…” meleret suaranya. Ku cuit hidung mancungnya. Dia mengekek. Dia melentokkan kepalanya pada bahuku. Aku mencium ubun ubunnya.
“Sayang cepat sembuh tau. Nanti kita pergi rumah mama. Mama dan papa rindu sangat kat sayang.”
“Pasti mereka gembira bila dapat tahu yang sayang mengandung.”  Ucapku lagi.
“InsyaAllah abang… abang dah makan?” soalnya kembali. Aku mengangguk. “Abang…”
Aku memandangnya.
“Bagaimana abang tahu Irah masuk hospital?” aku mengukir senyum untuknya.
“Masa tu, abang balik ke rumah. Abang cari Irah, tak jumpa jumpa. Hati abang bimbang sangat masa tu. Perasaan bersalah menguasai abang. Abang selongkar laci meja sayang, abang jumpa alamat rumah Fasha.
Terus abang datang ke sana. Sampai jer kat sana, abang kena maki pulak kat Fasha. Abang menyesal sangat. Kat situ baru abang sedar yang abang cintakan sayang sebenarnya.”
Aku memeluknya kemas. “Irah pun sayangkan abang jugak..” dia membalas pelukanku. Terasa sesuatu yang bergerak gerak pada perut Irah. Aku bahagia. Papa dah dapat mama sayang. Ucapku.
Betul Irah mengandung?” soal mama. Aku hanya mengangguk. Mama bertempik gembira. Tak habis mengucap syukur pada Ilahi. Papa pula mengangkat ibu jari kepadaku. Aku membalas dengan ketawa. Irah pula hanya tersenyum. Wajahnya pula berona merah, pasti malu. Aku memeluk pinggangnya.
Sejak tadi lagi, mama berbincang untuk mengadakan kenduri kesyukuran. Aku hanya mengangguk. Tak ada apa yang nak dibantah.

******

“Papa,” Muhammad Haikal Hafidz bin Muhammad Nazrin datang memelukku. Dicium pipiku berkali kali. Aku membalasnya lalu mendukungnya untuk masuk ke dalam rumah.
“Abang dah balik?” soal Irah yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air dan kuih muih kesukaanku. Diletakkannya di atas meja lalu datang menyalami tanganku. Aku membalasnya dengan sebuah kucupan hinggap di dahinya.
“Meh dekat mama sayang, papa penat tu.” Di hulur tangan kepada Hafidz. Anakku menyambutnya lalu beralih kepada ibunya. Aku hanya tersenyum. Sedangkan dalam hati, betapa gembiranya aku rasa.
“Sedapnya sayang.” Aku mengunyah kuih yang dibuatnya. Semua makanan buatan tangan isteriku akan menjadi kesukaanku. Bahkan akan menjadi terlebih sedap.
Dia hanya tersenyum sambil diribanya Hafidz yang sedang menyusu.
Anakku sorang ni sama seperti dalam mimpiku dahulu. Tak ubah langsung wajahnya. Comel dan genius. Hafidz berlari kepadaku setelah siap menyusu.
“Terima kasih papa…” ucapnya. Aku kebinguan. Untuk apa yer? Baru umur setahun setengah dah pandai cakap macam ni. Dia memelukku lalu mencium pipiku. Aku mendakapnya penuh kasih.
“Sayang terima kasih.” Ucapku kepada Irah dihadapanku. Dia tersyum lagi. Senyuman yang boleh membuat jantungku terlompat keluar.
Kasih abang diterima.” Dia memicit bahuku. Rasa lenguh terus hilang. Ajaibkan. Ini lah dikatakan SYURGA CINTA. Kekeke…  terima kasih Tuhan.

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...