Jun 29, 2015

Kisah isteri Terpuji

gambar hiasan
"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.


Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan. 

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya. 

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur. 

Aku tengok dan tanya harga. 

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli. 

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku. 

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"

Dia jawab,

"Nak sangat. Tapi..."

Aku mencelah.

"Tapi?"

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

Aku terdiam. Senyum paksa.

"Abang tahu impian awak.."

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Menyintai kan tidak bermakna memiliki. Suka, tak bermakna nak beli. 

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat. 

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka. 

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia. 

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya."

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

Masuk balik kereta. Senyum. 

"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"

Isteri dan anak-anak serentak jawab,

"Nak!"

Jun 19, 2015

Apabila bumi dipenuhi dengan dosa

Dari Abu Hurairah ra berkata; bersabda Rasulullah saw “Apabila kekuasaan dianggap keuntungan, amanat dianggap ghanimah (rampasan), membayar zakat dianggap merugikan, belajar bukan karena agama (untuk meraih tujuan duniawi semata), suami tunduk pada istrinya, durhaka terhadap ibu, menta'ati kawan yang menyimpang dari kebenaran, membenci ayah, bersuara keras (menjerit jerit) di masjid, orang fasik menjadi pemimpin suatu bangsa, pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya, orang dihormati karena takut pada kejahatannya, para biduan dan musik (hiburan berbau maksiat) banyak digemari, minum keras/narkoba semakin meluas, umat akhir zaman ini sewenang-wenang mengutuk generasi pertama kaum Muslimin (termasuk para sahabat Nabi saw, tabi’in dan para imam muktabar). Maka hendaklah mereka waspada karena pada saat itu akan terjadi hawa panas, gempa, longsor(tanah jerlus/tanah runtuh) dan kemusnahan. Kemudian diikuti oleh tanda-tanda (kiamat) yang lain seperti untaian permata yang berjatuhan karena terputus talinya (semua tanda kiamat terjadi).”(HR. Tirmidzi)

dear diari

#merepek meraban

hati ni... jangan duk bagi mudah sangat kat orang. bila orang campak balik hati kita macam sampah kan terasa senok!

orang buat kita macam hell takkan kita nak buat heaven pulakkan? betul... dalam agama buat jahat dibalas baik. tapi... untuk menyedarkan 'dia' yang ego nak mampus tu kenalah ajar dengan cara kasar juga. memang... air boleh menghakis batu. tapi lama ambik masa bukan. baik guna tukul, sedas kt batang hidung dah cukup.

orang akan mempermainkan dan memperkotakkatikkan  kita. yup.... mereka buat kita seolah patung hidup/boneka. bila nak dibelainya bagai nak rak. tapi... bila tak nak.... dibuat kita seolah barang dagangan!

orang yang rapat dengan kita apabila mula-mula memang rapat... mendengar cerita dengan khusyuk. tapi... bila 'dia' terasa bosan, dia akan pandang sinis/mengejek kita melalui riak wajah. (ko tak payah la nak selindung. tengok muka kau pun dah tahu. ni budak art la siak. nak jugak bagi sedas dua pelempang. ingat aku ni patung ke?)

bila dia nak.... ayat macam madu. mahu sakit gigi hari-hari.... tapi bila taknak... macam kunyah jantung pisang. pahit! dalam kata-kata tak pernah ikhlas.

akhir kata.... kalau bercinta niat nak menyakiti baik jadi skandal aje. ko tak sakit aku pun tak sakit. ko bebas, aku pun bebas...

by:dinidani

Jun 16, 2015

Murka Allah SWT


 
selalu pergi surau masjid, imam2 atau ustaz akan sebut perkara ini sahaja.
"malaysia salah satu negara yang dikatakan paling selamat dari bencana. tapi bila kemaksiatan, kemungkaran mula berlaku. Maka Allah berfirman, tunggulah bala yang akan datang. waktu itu Allah suruh kita kembali kepada hukum Allah, tapi kita masih degil. kita kena ingat, bila Allah dah turunkan bala Dia, hubungan kita Allah dah putus. antara 4 bala yang diturunkan
1- banjir besar
2- gempa bumi
3- angin taufan
4- mati mengejut

Yahudi Orthodok




Gambar ini mungkin pelik bagi sesetengah dari kita. Jgn terkeliru, mereka bukanlan penganut islam sebaliknya mereka adalah Yahudi orthodok atau disebut juga sebagai yahudi naturei karta. Populasi mereka banyak terdapat di New York selain terdapat juga di England, Baghdad dan Jurusalem serta beberapa tempat lain. Di Jurusalem, mereka terasing dari Yahudi zionis. Para rabi Yahudi orthodok seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa bahawa Yahudi zionis telah murtad dan halal dibunuh. Mereka juga menentang penjajahan zionis ke atas bumi Palestin.

Cuba kita lihat cara pakaian mereka. Wanita Yahudi orthodok mirip kepada wanita muslim. Mereka diwajibkan menutup aurat sama seperti ajaran islam. Bagi kaum lelaki pula, cara paling mudah mengenali mereka ialah melalui topi "cow boy" dan side burn yg tersimpan panjang serta rapi. Lelaki mereka juga selalunya mengenakan sut hitam dgn baju berlengan panjang.

Apa yg lebih menarik tentang mereka ialah amalan hidup dan pemakanan mereka yg lebih hampir kepada sunnah. Mereka memakan haiwan yg disembelih, tidak merokok atau minum arak, tidak berjudi dan sebagainya. Susu segar adalah minuman kegemaran mereka selain buah tin dan kurma. Disamping itu, pergaulan bebas adalah haram bagi mereka.

Ingin juga saya sentuh disini bahawa Yahudi orthodok banyak juga mengutip dana bagi membantu pendududuk Palestin yg tertindas oleh kekejaman zionis. Mereka memulakan kempen ini di Manhattan.

Saya tak berniat menggelirukan... Saya hanya ingin berkongsi maklumat yg saya kumpul sejak sekian lama. Jika ada silap salah, harap sahabat yg lebih ariff sudi perbetulkan. Cuma satu pertanyaan saya....antara Yahudi orthodok dan atelit sukan sea kita, mana lebih sopan ?


credit: Zuhaimi Mustafa (facebook)

Jun 11, 2015

perjalanan hidup

Setiap orang, punya jalan hidup yang berbeza. ada perjalanannya mudah dan bagi orang lain jalan mereka payah.

setiap orang, itulah jalan yang mereka harus tempuhi. ada yang bergembira ketika melangkah tapi... mereka tidak perasan, masih ada yang menangis sewaktu melangkah.

bagi orang yang hidupnya senang, jangan mudah meletakkan kesalahan atau tuduhan melulu kepada orang yang susah.

dia susah kerana sebuah takdir, dan kamu senang juga kerana sebuah takdir.

ramai yang senang melangkah penuh sombong. mendongak langit yang bukan gapaian dan melupakan tanah merupakan asal usul.

dunia bila-bila boleh berubah. begitu juga sebuah takdir. jangan terlalu membina masa depan, takut runtuh.

yang senang mendapat susah, yang susah mendapat senang. bila Tuhan cakap 'كون' maka jadilah.

by:DiniDani

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...