May 26, 2014

al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a bersama Atheis

RENUNG-RENUNGKAN 

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

- Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari

May 10, 2014

Adista lirik Cinta

"Dan baby... miss you damn mucho..." bahuku dipeluk kemas. Cap dikepalaku ditepuk membuatkan ia terlorot sedikit ke bawah.

"weh babies... miss you too..." Pelukan berbalas dan saling ketawa. Kami sama-sama duduk di atas tangga. Mana yang lain?" mata melilau sekeliling. "Takkan datang sorang?" lagi aku bertanya.

"Ada tu, tengah beli minuman. weh, kau buat apa kat sini? Bukan kau dah tak pernah datang lagikan kat sini?" Cap dikepalanya dibuka dan diletakkan di atas lantai. Rambut pacaknya dicacakkan lagi.

mengangguk perlahan. Cap dikepala juga turut dibuka. Rambutku yang leper sedia leper. Melekat habis kat kepala. "Saja, lama tak lepak dengan kau orang. hohoho... amcam sekarang? No changes?"

Steve sengih. "Bro, apa ni bro... what changes? me still me kay!"

"Hahaha... I though you were alien before and still alien? now?"

Keletuk!

"Woi, agak-agak ar, aku kau samakan dengan alien? haprak punya kawan!"

Kepala yang terasa sakit tadi diusap perlahan. "Heh! bukan tadi cakap nothing change kan? maknanya kau tak berubah rupa lah."

"Hahaha..." dia bantai gelak. "Im still myself kay, nothing be change. Huhuhu."

"weh, ang pun ada kat sini?" Dari jauh sudah kedengaran suara Kev melaung dengan gitar terselempang dibahu. Mataku berkalih ke arah belakang. Senyum tersungging dipinggir bibir. Kan betul, Kev, Seth, Stone. Masing-masing saling menjinjit beg plastik berisi makanan.

"Dah lama sampai?" Seth dan yang lain bertinggung disebelahku.

"Lama la gak, dalam 5 minit."

"Shit! five minute only? and you say it to long?" Stone dah buat muka.

"Bloody hell betul ang ni Dan." telingaku ditarik Kev. Aku mengaduh sakit.

Setelah lama kami berdiam diri. Kev mula bersuara. Menyuruhku untuk menyanyi. Rasa tercekik roti vanilla yang baru hendak ditelan. Manalah aku pandai menyanyi.

"Please... you can song. I know it. I miss to hear that. Please..." Fay cuba memujuk bila mana aku hanya mendiamkan diri.

"Kalau hujan jangan korang lari pulak. Aku ketuk pakai gitar ni la sorang-sorang." Gitar ditangan Kev diambil.

Gamat tawa kami ditangga Medan Ilmu.

Dawai gitar dipetik. Ting! suasana kedengaran agak sunyi.

Tak pernah terbayangkan 
semua ini terjadi
cinta kita kau khianati
yeah...... 

Tidak pernah kusangka dalam percintaan yang baru sahaja ingin berputik telah menjadi satu mimpi ngeri buat diriku. Dia curang! Sakitnya rasa dalam hati ini. Tapi aku cuba bertahan. Mengukir senyum walaupun jelas tiada gulanya.

mengapa kau hancurkan
kisahkan yang kita bina
berakhir tanpa ada kata, oooohhhh

Dia datang kepadaku waktu malam itu. Ingatkan hanya untuk melepak seperti biasa yang kami lakukan waktu dulu. Rupanya dia datang bersebab. Iaitu memutuskan hubungan yang sedia rapuh dan goyah. Dia  terlebih dahulu menyondol tiang yang sudah rapuh itu. Hancur berkecai!

apakah kekuranganku... yeah....
sampai kau begini....

Entahlah... aku sendiri buntu. Bila aku bertanya kenapa sampai buat aku jadi begini, jawapannya hanyalah tidak sanggup lagi untuk meneruskan hubungan ini. Tiada keserasian. Sabar kutahan dalam hati.

teganya kamu  menduakan cintaku
teganya kamu mengkhianatiku
sakit hati ini saat melihatmu
bersamanya....

Langkahku bagaikan tidak mahu bergerak. Terpasung ketat bagaikan digam di atas lantai. Mataku tepat memandang dihadapan. Dia sedang berpelukan dengan orang lain! Damn you! ingin sekali aku bertempik.

bodohnya aku yang mencintaimu,
egokah aku tuk memilikimu
perih hati ini kau buat begini
aku kecewa...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hubungan ini telah pun lama berlalu. Sekarang aku mampu berdiri lagi. Masih lagi dengan senyum. Tapi banyak yang berubah. Sikapku. Lebih kepada toya, buat seperti orang bodoh. Sebenarnya aku memberontak di dalam hati.

apakah kekuranganku... yeah....
sampai kau buat begini...

teganya kamu  menduakan cintaku
teganya kamu mengkhianatiku
sakit hati ini saat melihatmu
bersamanya....

bodohnya aku yang mencintaimu,
egokah aku tuk memilikimu
perih hati ini kau buat begini
aku kecewa...

Petikan terakhir berakhir juga. Sengih. Tangan kanan diangkat. Bracelet bertarah scorpion jelas terlihat.

"wooo... apa ni bro... lagu orang patah hati kut," Bahuku dipeluk.

"saje je Seth," Gumamku sambil tersenyum manis.

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...