Oct 20, 2015

Aku si blogger


sekali sekala nak menyengau jugakkan..
dari duk berhabuk blog,
walaupun x de faedah, paling kurang takdela sawang. 
mohon muntah hijau tengok pic dibawah.













Oct 1, 2015

Pilihan

Jemari ini saling mengetuk meja. Daftpunk  sedang berlagu rancak dicorong telinga. Macamana rancaknya lagu punk, macam tu juga pen ditangan kanan laju menari diatas helaian kertas kajang.

Can and can't

Terkaku sekejap menulis. Apa punya soalan da... Kepala yang tidak gatal digaru. Boleh dan tidak boleh. Apa ye? Mati kutu rasanya. Mata memerhati soalan kedua.

U-turn or stright

Lagi tidak faham. Mood menulis rasanya dah kelaut dengan soalan yang pelik-pelik. Aerodymatic dah bertukar kepada around the world. Tapi soalan tetap tidak terjawab juga.

Kertas kajang diambil sehelai lagi.

Can and can't

Dua pilihan yang berbeza. Sama ada  boleh lakukan atau tidak. Kata kunci, istiqamah. Berpegang teguh. InsyaAllah ada jalannya. Mudah dan senang.

U-turn or stright

Juga masih pilihan. Sama ada nak patah balik atau move on. Rasanya tidak boleh patah balik, tapi harus berjalan ke depan.

Sengih pinggir bibir. Masa lalu tak boleh diundur apatah lagi untuk kemasa lalu. Pilihan apa lagi yang ada? Sesuram mana pun kehidupan silam hidup kena terus melangkah. Hakikat sakit, pedih, nak tak nak kena hadap. Masa depan kita tak tahu macamana.

Dan terhenti jemari ini dari menulis. Pilihan sentiasa ada...

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...