May 27, 2013

pengenalan The Bermuda Triangle

DIA membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu antara keduanya  ada sempadan yang tidak dilampaui oleh masing-masing
(surah Ar-Rahman: 9-10)

Walaupun dengan kecanggihan yang manusia ada masih belum mampu untuk meneroka alam ini seluruhnya. Ini diakui sendiri oleh para saintis yang setiap saat menemukan ke anehan dan keajaiban alam semesta. Tidak benar untuk kita mengatakan sesuatu itu tidak wujud hanya kerana kita belum menjumpainya. Orang barat sendiri menganggap dunia ini mendatar sebelum ianya dibuktikan bulat. 

Lautan Atlantik adalah kedua terbesar selepas Lautan Pasifik. Kawasanya meliputi 82 juta km persegi dan meliputi ke semua kawasan antara Amerika, Eropah dan Afrika. Lautan Atlantik berhubung dengan Lautan Pasifik melalui Terusan Panama dan bersambung dengan Laut Mediterraniaen melalui Selat Gibraltar. Dari pelabuhan Dakka, ibu negara Senegal di barat Afrika ke pantai Brazil adalah jalan terdekat menghubung Afrika dan Amerika.

Beribu-ribu sungai mengalir ke pantai-pantai Eropah, Afrika dan Amerika membentuk arus Lautan Atlantik dan yang terpenting ialah arus selat (Gulf Stream). Arus-arus ini menyebabkan kabus tebal yang menyelubungi udara lautan. Lautan ini merupakan laluan kapal yang paling popular di dunia dan menghubungkan antara 'dunia lama' Afirika dan Eropah 'tanah baru' Amerika.

May 22, 2013

Cerpen bersiri: Resepi dari TUHAN bhg 4


sebelumnya:



Bab 11

Dato’ Roslan membuka matanya perlahan-lahan. Terasa berdenyut dikepalanya. Dia memandang sekeliling. Dia sekarang bukan di dalam bilik tidur mewahnya. Tapi dia sekarang berada di tempat yang dipenuhi pokok-pokok. Kepalanya dipicit beberapa kali. Mungkin fikirnya ini hanyalah sebuah mimpi.  Mana mungkin dia tidur ditempat sebegini. Tiada class.

Angkuh sungguh dirinya. Dia lupa bahawa Tuhan yang memiliki kekayaan. Sekali Dia tarik nikmat dari lelaki itu baru dia tahu siapa berkuasa. Entah sedar entah tidak lelaki itu.

“Dah bangun?”

Dato’ Roslan menoleh. Wanita berpakaian jubah hijau dan bertudung putih sedang membelakanginya. Kening Dato’ Roslan sedikit terjongket. Mungkin pelik, siapa wanita itu atau entah dari mana wanita itu boleh masuk ke dalam mimpinya barangkali.

“Siapa kau?” Dato’ Roslan menjerkah. Jarinya lurus tepat ke arah wanita itu. Sikap sombong angkuh masih lagi wujud dalam diri manusia ini. Umur sudah menginjak tua. Wanita itu memusingkan badannya.

Dato’ Roslan terpana. Air liur ditelan beberapa kali. Rasa perih ditekak. Untuk lelaki ini seharusnya biar tercekik sampai mati. Tapi perancangan Tuhan melebihi segalanya.

“Kenapa? Terkejut Dato’ melihat saya?” Tanya wanita itu berbaur sinis. Dia masih berdiri di hadapan Dato’ Roslan yang masih lagi kelihatan terkejut. Sampaikan hendak terkeluar biji matanya.

“Sa...yang!” tergagap-gagap dia berkata. Entah bila penyakit gagapnya datang. Suaranya kedengaran lembut. Maklumlahlah orang kesayangan dihadapan mata sekarang. Wanita di hadapannya menjuihkan bibir. Mungkin rasa meluat.

“Rindunya abang kat sayang...,” Dato’ Roslan berdiri. Dia berjalan menghampiri Mariah. Tangannya didepakan untuk memeluk isterinya yang tercinta itu. Rindu yang tidak tertanggung.

Mariah menepis dengan tangannya. Dato’ Roslan terkedu sendiri. Dia terkaku ditempat tadi. Matanya redup memandang wajah suci si isteri. “Apa Dato ni hah?” marah sungguh nampaknya Mariah. Bahasa untuk suaminya juga sudah berubah.

“Kenapa ni sayang?” tanya Dato’ Roslan lembut. Mesti isteri aku sengaja nak mendera perasaanku je. Desis hati Dato’ Roslan sendirian. Bibirnya sudah tersenyum meleret. Dia berjalan menghapiri isterinya. Tangannya memaut pinggang isteri.

Pipi si isteri pula jadi mangsa. Bertalu pipi isteri dicium. Perkara itu membangkitkan perasaan marah dalam hati Mariah. Pantas ditepis dan ditolak tubuh itu. Laju Dato’ Roslan tersungkur di atas tanah.

“Aduh...,” adu Dato’ Roslan. Tangannya laju menyapu kesan tanah pada siku dan bajunya. Seluarnya juga di sapu membersihkan kotoran yang melekat. Tajam matanya memandang isterinya. Memberi amaran bahawa dia tengah marah.

“Uweks,” nak termuntah Dato’ Roslan menghidu bau tanah. Sangat meloyakan. Lupa lagi dia, bahawa dia juga berasal dari tanah. Sebagaimana dia loya melihat tanah macam tu juga tanah meludah setiap kali langkahnya di atas tanah.

Mariah ketawa sinis. Tiada langsung perasaan takut kepada jelingan tajan suaminya. Dia berdehem beberapa kali. Dia berjalan ke arah sungai. Dato Roslan berdiri semula. Wajahnya berkerut menahan sakit. Hati jahat berkata padan muka. Dia hanya ikut dari belakang isterinya.

Mata Dato’ Roslan tertancap pula pada dua orang kanak-kanak lelaki yang masih kecil sedang bermain sesama mereka. Comel kanak-kanak itu. Di sisi mereka terdapat seorang perempuan yang berjubah hijau dan bertudung labuh hijau. Kelihatan perempuan itu sedang membaca sebuah al-kitab.

Kanak-kanak itu sedang bermain dengan riang sekali. Sesekali tawa mereka meletus ceria bila mereka bergurau senda. Wajah keduanya terlalu polos. Comel, kata hati Dato’ Roslan. Hatinya sudah tertarik pada kedua kanak-kanak itu.

“Siapa tu?” tanya Dato’ Roslan. Matanya langsung tidak berkalih memandang kanak-kanak itu yang sedang berlari sesama mereka. ingin sekali dia pergi mendapatkan kanak-kanak itu. Tapi dikuburkan hasratnya kerana mereka terpisah dengan sungai.

“Cucu-cucu saya.” Balas Mariah selamba. Dia juga memandang kanak-kanak itu. Bibirnya menguntum senyum setiap kali melihat keletah cucunya yang tidak pernah kenal erti penat bermain.

Dato roslan memandang pelik. Cucu? Siapa yang berkahwin? “Siapa yang kahwin? Aiman, Madihah dan Hakimi belum kahwin lagi.” soalnya bodoh. Kepala yang sedia gatal digarunya. Matanya dapat melihat kelibat perempuan dan kanak-kanak itu menghilang di sebalik rimbunan pokok anggur. Pelik!

“Anak saya!” tukas Mariah. Langsung tidak memandang wajah suaminya.

“Siapa? Aisyah si bodoh tu?” berderau darah Mariah apabila anaknya dipanggil BODOH. Tubuhnya dipalingkan menghadap Dato’ Roslan. Wajah Dato’ Roslan beriak sinis. Terlalu sinis. Benci sungguh dia pada Aisyah.

“Hei Dato’, jangan Dato’ cuba mencabar kesabaran saya! Dato’ jangan ingat saya tak tahu apa yang telah Dato’ lakukan kepada anak saya! Dato nak ambik mereka, Dato’ ambiklah, tapi jangan Dato’ cuba rampas anak saya! Anak saya dunia akhirat! Aisyah dan Aisyah anak saya!” lantang suara Mariah menampar gegendang telinga Dato’ Roslan.

“Dato nak ambik Madihah, Kimi dan Aiman Dato’ ambiklah! Tapi Dato’ jangan cuba mengambil anak saya!” sambungnya lagi. nafasnya jelas menampakkan getaran yang maha hebat. Jika tidak difikirkan lelaki dihadapannya ini adalah suaminya, dah lama akan merasa penumbuk. Tangannya dikepal menahan amarah.

“Mereka juga anak sayang!” jerit Dato’ Roslan juga. Nafasnya sudah tercungap-cungap menahan marah. Matanya mencerun memandang wajah isterinya. “Ahhh...! semua pasal budak sial tukan?”

“Ha...ha...ha... hei Dato’, kalau mereka anak saya kenapa tak pernah sekali saya dengar diaorang doakan saya? Mana ajaran awak kepada mereka hah? Awak ajar anak-anak bersama syaitan. Hei, jangan sesekali Dato’ memanggil anak saya ‘sial’ sebab Dato’ lebih sial dari binatang!” tempik Mariah sekali lagi.

“Kau memang kurang ajar Mariah!” kesabaran Dato Roslan makin menipis. Tangannya sudah diangkat untuk menampar pipi mulus isterinya.

“Kenapa? Nak tampar? Tamparlah Dato’! Kau ingat aku tak tahu kau buat lebih teruk lagi pada anak aku! hei dayus! Kau ingat kau hebat membuat percaturan hingga anak aku kau buat macam binatang, sedang kau tak tahu kau yang sebenarnya binatang. Kau tahu? 
 BI...NA...TANG...!

Kau lupa Dato’, percaturan Allah lebih besar. Kau akan menyesal! Masa tu aku pasti anak aku jijik melihat kau!” perkatan binatang dikuatkan suaranya. Perkataan baik sudah tidak terkeluar dari bibirnya. Amarahnya terhadap suami telah meletus. Bagaikan gunung berapi melepaskan lava yang panas. Bulat matanya memandang suaminya.

Pang! Dato’ Roslan terkaku sendiri. Tidak menyangka dia akan menampar isterinya. Rambutnya dilurutkan kebelakang. Matanya terpejam rapat. Dadanya masih berombak kencang. “Ma... maafkan abang, abang tak sengaja.” Tergagap-gagap suaranya.

Mariah mengesat bibirnya yang berdarah. Tersungging senyuman sinis dibibirnya. 

“Syabas Dato’, syabas... ini baru sedikit nak dibandingkan sepak terajang kau pada anak aku. Anak aku merana barah otak disebabkan oleh perbuatan keji kau! anak aku akan mati disebabkan kau! ingat Dato’ tak selamanya kau akan selamat kat atas dunia ni.

Masa tu, baru kau tahu siapa Tuhan dan siapa kau! ingat Dato’ bertaubatlah sebelum kau merasa Bala Tuhan. Dan, berdoalah semoga ada kemaafan Aisyah untuk kau!” sehabis ayat itu, Mariah terus ghaib. Hilang terus dari pandangan mata Dato’ Roslan.

Dato’ Roslan masih berteleku di atas rumput. Tangannya mengehntak kuat pada rumput. Sakit hati! Sifat iblis masih belum goyah dalam diri dia. Berdoalah semoga lelaki ini sempat bertaubat.


p/s: ada terkurang harap dimaafkan. meluang masa sepanjang cuti sem amat menyeronokkan. menaip walaupun diri sendiri tidak tahu apa yang mahu dikarangkan.

Larangan memakai purdah di IPT malaysia

credit FACEBOOK



NiQab yg Menutup Wajah itu Satu Perjuangan

~ Sebuah perkongsian pengalaman seorang pelajar IPT

Dewan kuliah besar pauh putra tiba-tiba sunyi dan senyap setelah seorang professor menolak pintu.

Aku yang sedang membelek-belek jadual waktu mengangkat wajah.

Menyoroti langkah pensyarah ke bahagian hadapan dewan sambil membetulkan dudukku.

Aku capai buku nota kuliah di dalam beg galas yang berada dihujung kaki.

"Assalamualaikum dan selamat pagi..welcome back to a new semester.

Tahniah kerana anda menjadi pelajar saya dan selamat datang ke kuliah pertama untuk subjek thinking skill"

Ujar lelaki yang usianya dalam lingkungan 40-an.

Dia melemparkan senyum kepada seisi dewan.

Lontaran salam itu dijawab oleh pelajar yang hampir memenuhi dewan.

Aku menjawab perlahan yang tahap bunyinya hanya mampu didengar oleh diriku sendiri.

Ada senyuman yang megah meniti di bibirnya.

Aku mengerutkan dahi.

Cepat2 aku istighfar.

Tak mahu bersangka buruk kepada seseorang yang baru sahaja aku kenal.

"Ok class. My name is Professor Madya Dr Rashid Salleh.

I am your lecturer for this subject.

Hmmm..hari ini saya tidak bercadang untuk mengajar anda semua.

Kuliah kita yang sebenar akan bermula pada minggu depan.

Minta anda semua menanda kehadiran pada hari ini yaa.."

Prof Rashid menghulurkan beberapa helaian kertas yang terdapat senarai nama untuk ditanda kehadiran oleh pelajar-pelajar yang hadir pada hari itu.

"Ok....let's start ice breaking!!"

sambungnya sambil memandang ke arah tengah dewan.

Lebih tepat lagi ke arah tempat dudukku.

Anak matanya mati tepat ke arahku.

Waktu itu aku menundukkan pandanganku.

Sudah aku tahu apa yang bermain di fikiran lelaki hampir separuh usia itu.

Debaran mula dirasai.

Nafasku tidak menentu di sebalik cebisan kain yang menutupi wajahku.

"I want to start from right. Please introduce your name, hometown and your course."

Fuhhhhh!!..Aku melepaskan nafas lega.

Risau jika aku dipanggil ke depan dan diminta keluar dewan kerana penampilan aku sebegini..

ALhmdulillah...

Tidak seperti yang dijangkakan oleh fikiran.

Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan dirinya sehinggalah sampai kepada giliran aku.

"Saya Ummu Ummairah binti Abu Bakar. Berasal dari Kelantan.

Pelajar dari kejuruteraan kimia."

Aku merasakan dewan kuliah besar itu sunyi sepi.

Udara yang memasuki hidungku terasa dingin.

"Hmmm...kamu tahukah yang peraturan universiti di Malaysia ini tentang larangan berpurdah di dalam kawasan kampus..??"

Tanya Prof Rashid tenang.

Tiada terlalu kuat.

Tapi kedengarannya di telingaku cukup sinis.

Aku berdiri sambil menundukkan kepala.

Mataku pejam rapat2 seketika untuk mencari kekuatan.

Aku mengangguk perlahan.

Tidakku pasti samada pensyarah berjaket biru gelap itu melihat anggukanku kerana dia sudah mula mengatur langkah kembali ke depan dewan.

Sunyi.

Pelajar semua diam. Dan aku tersangat yakin yang semua mata sedang memandang ke arahku.

"Saya bagi kamu pilihan.....samada kamu ingin membuka purdah kamu atau kamu mahu meninggalkan dewan kuliah ini dan menggugurkan subjek saya.

Saya pantang jika pelajar melanggar peraturan."

Tersentak aku.

Tidakku sangka aku diberi pilihan yang sebegitu oleh seorang pensyarah yang beragama "ISLAM"

Seseorang yang hidupnya sebagai seorang Islam.

Ya ALLAH.....KAU berikanlah aku kekuatan!

"Untuk membuka purdah ini...itu jauh sekali.

Jika kehilangan nyawa sekalipun belum tentu saya akan membukanya.

Saya minta maaf prof....

Saya memilih untuk meninggalkan dewan sekarang.

Tapi saya tidak akan menggugurkan subjek ini.

Prof hanya perlu bagitau saya kelas thinking skill yang mana lagi selain kelas prof saya boleh ikuti jika prof tidak mahu saya menjadi pelajar prof."

Tenang dalam ketegasan aku saat itu.

Hanya pandangan mata yang redup yang mampu aku pamerkan.

Riak wajahku takkan mampu dibacanya.

Kelas sunyi dan terus sunyi.

Aku duduk dan megambil nota-notaku diatas meja dan memasukkannya ke dalam bag tanpa mempedulikan sesiapa.

Aku sedayanya cuba mengawal suaraku untuk mengelakkan diri dikatakan biadap.

"owh ya??...selalunya orang yang bersikap macam inilah yang menghancurkan organisasi.

Menghancurkan negara kerana keengganan untuk mematuhi peraturan.

Kamu pelajar dan kamu terikat dengan peraturan di sini."

sinis kata-kata itu.

Aku terkaku.

Ya ALLAH..sungguh..aku sedang diuji..

Dan aku harus pertahankannya.

Aku harus membuka mata hatinya tentang hakikat sebuah peraturan.

"Kenapa harus mematuhi peraturan yang digubal manusia yang mengikut kehendak dan kemahuan diri sedangkan manusia itu sendiri tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.???

Kenapa pelajar tidak boleh untuk berpurdah dan mengamalkan sunnah seperti yang telah diajar oleh Islam.???"

Soalku penuh kelembutan.

Begitulah sifat yang ada padaku.

Dalam marah dan tegas itu ada kelembutan yang aku sendiri tidak pasti dari mana lahirnya.

Prof Rashid memandang tepat ke arahku sambil membetulkan kaca matanya..

Disilang tangannya ke dada..

"Dan kenapa kamu memilih untuk berpurdah??

Apa tidak ada sunnah lain yang boleh kamu ikut selain berpurdah??

Banyak keburukannya untuk institusi pendidikan di Malaysia.

Apa wajah kamu terlalu cantik untuk dipamerkan??.."

Ada ketawa kecil dan sinis kedengaran memenuhi seisi dewan.

Ketawa yang dibuat-buat itu buat hati aku sedikit terusik.

Mungkin tercalar dan sakit..

Aku tarik nafas sedalamnya, cuba mencari ketenangan di dalam dada sebelum bersuara untuk sekelian kalinya.

"Maafkan saya sekali lagi prof.

Bukan saya mahu berlagak pandai dan bijak kerana saya tahu prof jauh lebih bijak dari saya.

Tapi satu perkara yang prof harus tahu yang ada 3 sebab untuk berniqab.

Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat.

Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah.

Kedua, diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik@ mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan, cacian dan hinaan.

Oleh sebab itu dia mahu menutup keaiban dirinya.

Yang ketiga, berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..

Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi.

Itu amat digalakkan.

Alhamdulillah..saya bukanlah dalam kategori perempuan yang csntik dan jelita paras rupa sehingga menjadi tarikan para lelaki.

Dan syukur pada ALLAH kerana saya juga bukan dalam golongan yang mempunyai kecacatan pada wajah yang menyebabkan saya untuk menutup keaiban itu..

Tapi saya memilih purdah itu kerana sebab yang ketiga.

Kerana ibadah ikhlas kerana ALLAH..

insyaALLAH.."

Dewan masih lagi sunyi saat aku menghabiskan kata-kata terakhirku.

Sungguh! Aku sudah tidak betah untuk terus berada di situ.

Aku sandang begku ke bahu dan terus melangkah menuruni tangga dewan menuju ke pintu keluar.

Aku memberhentikan langkah berhampiran prof Rashid.

"maafkan saya andai ada terkasar.

maafkan saya andai menyakitkan hati prof.

Prof harus tahu.

Kita hamba ALLAH..bukan hamba pada manusia....

assalamualaikum.."

Aku terus mengatur langkah keluar.

Waktu itu Prof kelihatan kematian kata.

Aku tidak tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas itu.

"Alhamdulillah.."

Terpancul lafaz yang mulia dan damai itu..

Benar..

Aku lega dan tenang kerana aku sudah lakukan sesuatu yang aku rasakan betul.

Rahmat ALLAH seperti bersamaku saat itu..

Kaki terus aku atur pulang ke kolej kediaman.

Dalam hati terdetik..'Akanku terus berjuang untuk secebis kain ini kerana cinta dan kasihku padaMU ya ALLAH.."


Nasihat untuk Prof tadi.

 menghina sunnah nabi adalah Kafir, walaupun menghina selipar nabi.

1- kau melarang seseorang yang berpurdah masuk kedalam kelas kau dan melarang untuk ambik subjek ni. sebagai orang islam, PhD lagi kau, mestilah bijakkan, takkan dalam hati kau tu tak ada sekelumit perasaan bangga melihat pelajar berpurdah. sebagai orang islam, kau bantulah dia belajar dalam kelas kau.  

2- kata-kata kau tu pun dah secara tak langsung kau menolak ajaran nabi, bermaksud kau menolak ajaran islam secara batil. tak perlu syirik ke apa, sebagai orang islam, jaga percakapan, sebab kerana percakapan, akidah seseorang boleh terpesong. dan membolehkan seseorang itu KAFIR dalam tidak sedar. kira rugilah kalau solat 5 waktu selepas peristiwa itu.

3- sikap kau tu nampaknya sombong dan angkuh. adakah macam tu juga sikap kau dengan  TUHAN? tidak hairan sebab kau dari awal menolak sunnah nabi. itu golongan murtad... mungkin kau bangga sebab pangkat PhD dan dipanggil prof madya. nak kira darjat tu, Ummu Umairah lagi hebat dari kau, dia rela mati dari melucutkan niqab. dia mempertahankan agama dan sunnah dikira syahid, kau tu kalau 'kong', x sempat bertaubat masa tu ko kene fikir balik semula masatu juga kau hina sunnah, tempat tinggalnya adalah neraka JAHANAM.

4- bertaubatlah sebelum terlambat Prof, bukan marahkan kau. tapi untuk menyelamat kau dari Azab Tuhan di padang Mahsyar. jgn kerana peraturan kau boleh kata macamtu. biarlah mereka yang membuat peraturan tu yang merasa azab, jangan kita yang jahil ni ikut sokong peraturan yang diorang buat. jangan menempah neraka dengan awal sebab, amal kita masih banyak yang berlubang.


May 21, 2013

cerpen bersiri: Resepi dari TUHAN bhg 3


sebelumnya-
Resepi dari TUHAN bhg 2 full edited

Bab 7

Dia bersandar lesu di hadapan pintu pagar rumah teres dua tingkat. Perut yang terasa senak diurut perlahan. Kepalanya pula berdenyut-denyut agak kuat.

Pintu pagar digugahnya berkali-kali. Untuk bersuara langsung tiada daya. “Mai, bukak pintu Mai. Aku sakit. Tolong aku Mai...” perlahan suaranya. Digagah juga badannya untuk berdiri ketika pintu pagar rumah Hasbul Wafiy ditutup. Orang yang memandang pelik padanya langsung dia tidak peduli. Orang hanya akan kata dia gila. Akhirnya sampai juga dia di hadapan rumah Maizara.

Maizara menguap beberapa kali. Tidurnya terganggu dek bunyi pagar besi berbunyi bising. Pintu rumah dikuak perlahan sebelum matanya terbuka luas. Hilang terus kantuknya.

“Hah, Aisyah!” jerit Maizara. Dia berlari mendapatkan batang tubuh yang terkulai di sisi pagar rumahnya.

Aisyah membuka matanya perlahan-lahan. Figura Maizara di sisinya dipandang sebelum dia bersuara. “Mai, dia dah halau aku. Tolong aku Mai, aku dah tak ada tempat berteduh. 
Tolong mai, sakit... anak aku...” adu Aisyah sambil tangannya mengusap perut. Akhirnya Aisyah terkulai layu dipangkuan Maizara.

“Aisyah...!” jerit Aisyah.

Bab 8

Baju ditangan dihentak ke sofa. Tubuhnya pula dihentak di atas katil empuk. Matanya terpejam rapat. Dia mendengus! Sakit hati masih bersisa dalam diri. Bebelan mama masih lagi kedengaran di cuping telinganya.

“Apa nak jadi dengan Wafiy ni hah! Apa yang dah Wafiy buat pada Aisyah sampai dia lari dari rumah?” marah Datin Rubiah. Sakit hati betul dengan perangai anak yang langsung tidak matang.

“Mana ada Wafiy buat apa-apa.” Bela Wafiy, dia yang sedari tadi diam mula bersuara.
“Mana boleh tak ada apa-apa, Wafiy ingat mama tak tahu? Wafiy tak pernah berlembut dengan dia pun, yang Wafiy tahu cakap kasar dan kesat.

Wafiy tak kasihan kat dia ke hah? Dari dulu lagi dia cukup dibenci keluarga sendiri, tak kan Wafiy pun nak jadi macam keluarga mereka?” tekan Datin Rabiah lagi. matanya mencerun memandang anak teruna yang duduk dihadapannya.

“Pak Cik Lan sendiri yang suruh Wafiy dera dia!” suara Wafiy juga sedikit tegang. Marah sungguh bila mama membela perempuan itu. Entah apa yang ada pada perempuan itu pun dia tidak tahu.

“Allah, kenapa Wafiy ikut kata dia? Apa nak jadi dengan Wafiy ni hah! Dia tu bukan manusia tahu! dia tu bapa berhati binatang!” tengking Datin Rabiah. Terasa hati bila anaknya meninggikan suara kepadanya lebih lagi anaknya menurut perangai binatang bapa mertua merangkap besannya.

“Kat mana dia sekarang?” tanya Datin Rabiah lagi. matanya tepat memandang anak teruna yang sedang menunduk itu.

“Entah, Wafiy dah halau dia.” Balas Wafiy selamba.

“Apa!!! Anak kurang ajar. Aku tak ajar kau jadi dayus.” Naik oktaf suara Datin Rabiah.

Pang!

“Aku ingat bila aku kahwinkan kau dengan dia, kau boleh jaga dia. Rupanya kau ni sama je berhati binatang dengan mereka!” amuk Datin Rabiah lagi. Dadanya tercungap-cungap menahan getaran.

Terasa perih di pipi Wafiy. Dia memandang tajam mata mamanya. Sakit hati. Tanpa menunggu dia berlalu ke bilik.

“Argh...!”

Tempiknya.

Bilik yang kalis bunyi memungkinkan orang luar mendengar tempikannya. Bantal peluk disisinya seperti raut wajah itu. Bantal peluk dihentam kuat menggunakan tangan. Ibarat dirinya sedang menumpuk wajah itu.

Bibirnya menguntum senyuman sinis. Hatinya puas. Puas melepaskan amarah di dada.

“Siap kau kalau aku jumpa kau pompuan, memang takkan hidup lama kau aku kerjakan!” dengusnya kuat. Dia berlalu ke bilik air.

Bab 9

“Aisyah kau tak rasa sedih ke bila keluarga kau buat kau macam tu? Lebih lagi suami kau?”

Aisyah mengeleng. Bibirnya dipaksa supaya terbuka untuk senyum. Walaupun cukup terasa hambarnya. Tangannya diletakkan di atas meja batu.

“Itu resepi dari Tuhan untuk aku Mai. Resepi yang tiada tara nilainya. Besar sungguh anugerah Allah itu, hingga dengan nyawa aku sendiri pun aku tak dapat nak balas. Kau tahu, aku malu sangat-sangat pada Allah.

Aku ni iman cukup rapuh lagi. Tapi Dia menghadiahkan aku resepi yang cukup istimewa. Aku malu. Allah... mana aku nak letak muka aku ni.”

“Tu keseksaan kau kata resepi? Kau ni kenapa Aisyah, kalau pun nak sedapkan hati aku kau tak payahlah, nak cakap macam tu.” Sanggah Maizara keras. Matanya membulat memandang Aisyah di sisinya.

“Astaqfirullah, kenapa dengan kau ni Mai? Betul apa yang aku cakap tu. Dengar sini Mai. ‘Seandainya ujian yang Allah titipkan kepada hambanya itulah resepi cinta Tuhan untuk hambanya. Hadiah yang berupa kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.’ Ujian yang Allah bagi kat aku, aku tak pernah anggap ianya satu bala. Aku terima dengan reda. Aku ikhlas.

Kau tahu, dalam dunia ni aku tidak pernah terima kasih sayang dari sesiapa. Bapak aku pun sekali tak pernah bagi kat aku selama aku hidup. Nak sentuh hujung kukupun dia jijik tahu. Yang dia bagi, hanya caci maki. Abang dan kakak aku? aku mati pun belum tentu diorang bagi aku kasih sayang tu. Suami aku? cukuplah dia terseksa kerana mengahwini aku.” balas Aisyah lagi. Nada sedaya upaya supaya bersahaja.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirirmu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Al-Hadid: 22-23)

“Bapak kau tu aku tak faham lah, kenapa benci sangat dia kat kau hah.” Marah Maizara tiba-tiba. Hatinya menjadi panas tiba-tiba. Sakit hati dengan perlakuan Dato’ Roslan. Orang yang cukup disegani di bandar, tapi perangai dengan anak macam setan.

Aisyah diam. Nafas ditarik perlahan-lahan. Dia menghembus kembali nafasnya. Kepalanya berdenyut. Sakit.

“Dia kata aku ni pembunuh. Aku bunuh ibu aku. tapi, ibu kata, aku bukan pembunuh. Memang patut pembunuh macam aku ni dipinggir. Kalau ibu tak mati, pasti Madiha, Aiman dan Kimi gembira sekarang. Besarkan dosa aku? sanggup bunuh ibu sendiri.”

“ Ya Allah, tak baik Aisyah kau cakap macamtu. Tu takdir Tuhan untuk ibu kau. Cuma bapak kau tu yang salahkan Tuhan. Aku yakin satu hari nanti, orang yang buat jahat kat kau akan terima padah. Masa tu, aku boleh bayang betapa puasnya hati aku melihat diaorang terseksa.

Betul ke kau nak pergi Aisyah? Jauh sangat tu.” Maizara memegang kedua belah tangan Aisyah lalu menggenggam lembut. Diusap tangan itu dengan sopan.

“Aku kena pergi Mai. Suami aku dah halau aku. Keluarga aku pun benci kat aku. takkan aku nak balik kepada diaorang? Mak Yam pun dah lama pergi tinggalkan Aku. Aku ni yatim piatu Mai. Aku tak ada sesiapa. Hanya kau je yang aku ada kat atas dunia ni.” Jernih mata Aisyah memandang ke arah Maizara.

“Kenapa kau nak pergi Aisyah? Kau sakit sekarang. Aku tak nak apa-apa terjadi pada kau. Perlu ke kau nak pergi jugak Aisyah? Tapi aku tak nak kau pergi...,” serak-serak sedikit kedengaran suara Maizara.

“Tak boleh Mai. Aku kena pergi. Aku perlu ketenangan untuk hidup sendiri. Aku kena cari pengalaman. Dulu aku terlalu bergantung hidup pada Mak Yam. Sekarang aku kena biasakan diri aku. Lagi pula, aku membawa nyawa lain sekarang ni. Kau kena tahu satu perkara bahawa, aku sayang kau sangat-sangat...,” air mata dipaksa supaya tidak keluar.

Maizara sudah teresak-esak menangis.

“Aku sayang kau jugak Aisyah. Aku sayang kau. Ingat, kalau ada apa-apa yang terjadi, kau jangan lupa telefon aku. Aku tunggu kau Aisyah. Pesan kat Zam supaya jaga kau elok-elok.”

Mereka berpelukan, Aisyah gagal menahan air mata. Perlahan-lahan tubir matanya turut basah membasahi pipinya.

“Kau janji dengan aku boleh?” pinta Aisyah lembut.
Maizara mengangguk. Mereka masih lagi berpelukan.

“Andai umur aku sudah tidak panjang lagi, kau tolong jagakan anak aku ye? Kau sayanglah dia sama macam dia anak kau sendiri. Kalau kau tak mampu dan tak boleh jaganya, kau hantarlah anak aku ke pusat asuhan anak yatim. In Sya Allah, satu hari nanti akan ada yang sanggup menjaganya.” Sapa Aisyah lembut. Pelupuk matanya yang basah dikesat.

Maizara mengeleng laju. Jantungnya bergetar hebat. Sedih dan kecewa terhadap manusia binatang. Hujung hidung disapu sebelum dia bersuara. “Tak, tak..., dia anak aku. Aku takkan serahkan dia pada orang lain. Bagaimana kau sayang dia, begitulah aku akan sayangkan dia. Sama seperti aku sayangkan kau Aisyah...”

“Terima kasih sahabat, terima kasih... hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kau. Jika dikira mulut aku masin, aku akan berdoa, Ya Allah, letakkan sahabat aku di dalam syurga-Mu.

Bila umurnya dah besar. Kau khabarkan kepadanya bahawa, ibunya sangat menyayanginya dan sangat menyintainya. Katakanlah, bahawa sampai hujung nyawa ibunya menyayanginya walaupun tidak akan ada peluang untuk bertemu dengannya.” Ada sendu pada ayat yang terakhir itu. Pelukan semakin erat.

Bab 10

Hasbul Wafiy bagikan orang gila. Sudah  lima bulan dia mencari Aisyah. Selama itu juga pencariannya gagal. Pernah juga dia mencari di rumah bapa mertuanya. Seperti biasa orang tua itu mana pernah ambil tahu. Apa yang diperdengarkan,

“Eloklah kalau dia dah hilang. Mampus cepat lagi bagus.” Mengeleng hasbul Wafiy. Bukan dulu dia bencikan Aisyah? Kenapa sekarang lain?

Itulah kuasa Tuhan. Dia melabuh punggungnya di sisi katil milik Aisyah. Matanya paku pada sebuah buku hitam yang berada di bawah katil. Tangannya dipanjangkan untuk mengambil buku tersebut. Helai demi helai kertas itu di belek.

21 MAY 2011
Hari ni aku menangis lagi. Tuan memukulku agak kuat sekali. Air tertumpah atas kertas Tuan. Bila aku masuk bilik Tuan untuk mengambil baju kotornya, tuan tidak ada disana. Aku berjalan ke arah meja. Aku ingat Tuan ada di sana.

Belum sempat aku ke sana aku disergah dari belakang. Rupanya Tuan baru siap mandi. Aku mengambil baju yang kotor. Belum sempat aku keluar, dia memukul aku menggunakan kayu bestball di kepalaku. Ya Allah, sakit rasanya. Dia marah aku! katanya aku yang menumpahkan airnya. Sanggup dia menghukum aku atas bukan kesalahanku. Bukan salah aku! Bukan! Kenapa Tuan selalu mencari  salahku. Apa dosa aku padanya.

Malam ni aku diam tidak berkutik. Aku takut. Bila mata garang Tuan menusuk mataku aku jadi kecut. Aku tidak berani. Aku takut. Bagai aku pesalah yang besar. Aku hanya mampu menikus.
Mereka makan dengan riang di meja makan. Bergelak ketawa. Langsung tidak memandang kepadaku. Mereka makan di meja, sedang aku hanya berlapikkan lantai. Kenapa aku selalu disisihkan.

28 MAY 2011

Tuan merentap kasar rambutku hari ini. Kesalahan yang aku lakukan kerana bajunya ada sedikit kedut. Ya Allah... seminggu sakit akibat dipukul Tuan belum hilang, kini dia menambah lagi perisa dalam sakitku.

Aku meraung. Meminta sedikit belas ehsan. Tahu apa yang dia lakukan pada aku? dia tampar aku! dia pukul lagi aku! aku sakit. Dia tidak pernah tanya. Yang dia tahu, setiap kali jumpa aku, aku akan jadi mangsanya.

Aku sayang Tuan. Aku sayang sangat-sangat kat dia. Kenapa dia tidak pernah memberikan walau secebis kasihnya kepadaku. Apa salah aku. hingga aku tidak layak untuk mendapat kasih sayangnya.
Kepala aku sakit. Semakin hari semakin sakit. Aku tidak sanggup lagi untuk menanggung. Aku berdoa, jika sakit ini boleh ditukarkan kepada kasih sayang Tuan, aku sanggup menanggungnya. Tapi itu mustahil bukan? Siapalah aku untuk dirinya.

1 JULY 2011

Ibu selalu berpesan, doa Aisyah... doa... jangan kamu pernah berhenti dari berdoa nak, ALLAH akan makbulkan doamu.

Walaupun berkali aku mengeleng. Ibu tetap menyuruhku berdoa.

Aku menangis. Setiap kali aku disakiti, Ibu pasti datang. Ibu akan peluk aku. nyaman sekali rasanya berada dalam pelukan ibu. Pelukan yang aku tidak pernah rasa dari sesiapa pun. Melainkan hanya Mak Yam. Aku sayang ibu, aku sayang Mak Yam.

Walaupun dalam dunia ini kedudukan aku tidak pernah diiktiraf. Aku reda. Sekurangnya tiada manusia yang akan mengganggu ku. Aku takut. Takut sekali. Jika aku tiada satu hari nanti, aku tidak bersama ibu. Aku mahu ibu. Aku mahukan ibu!

21 JULY 2011

Orang kata wajahku cukup cantik. Betul ke? Aku hanya mampu senyum. Aku bukan sesiapa. Aku tidak cantik.  

Kecantikan itu milik Allah. tidak akan kekal. Siapalah aku jika cantik sekali pun, bukan orang akan berkawan denganku. Dah lama aku dipinggirkan, sejak aku mula mengenal dunia ini. Hanya Mak Yam tempat aku mengadu dan ibu tempat aku mencurah perasaan. Biarpun hanya dalam mimpi sahaja.

6 OGOS 2011

PEMBUNUH

Itulah tuduhan kepadaku. Betul ke aku ni pembunuh? Aku pernah bertanya ibu pasal ni. Ibu menangis. Adakah salah jawapan aku? kenapa mereka sanggup mengatakan aku ini pembunuh?
Puas aku mencari jawapannya, baru kini aku tahu, ibu mati ketika melahirkan aku. ibu tumpah darah. Patutlah Tuan marah sangat dengan aku.

Tuan, aku tidak pernah minta untuk lahir ke dunia ni. Tapi itu takdir Tuhan kepada kau dan aku. Tuan, cukup seksa hidup dibenci. Bagaikan ketika itu aku bakal dihukum sampai mati. Kau tidak pernah merasainya, kerana kau orang yang dihormati.

Tapi aku? aku makhluk yang paling dibenci di dunia ni. Aku tidak pernah rasa bahagia walau sedikit sebagai anak kau. Aku barat anak haram. Langsung tidak diiktiraf.
Besarkan dosa aku? hingga kau sanggup kau membenciku sampai hujung nyawa.

1 JANUARI 2012

Air mata aku bagaikan tiada makna pada mereka. puas aku menangis. Rupanya tiada ihsan sedikit pun untukku dari mereka. sanggup mereka memperlakukan aku begini. Sanggup menjual aku!
Aku bantah. Mereka tampar aku. kata, aku tidak kenang budi.

Adakah itu kesudahan hidup aku?

16 APRIL 2012

Memang patut aku selalu rasa sakit kepala. Rupanya Tuhan ingin menemukan aku dengan ibu. Rupanya, Allah memberi jalan pintas kepadaku. Ya Allah, aku bersyukur sekali.
Sedih? Sudah tentu tidak jawapanku. Untuk apa aku sedih? Sedang di dunia ini aku cukup terseksa, sedang, itu adalah jalanku untuk bertemu Tuhanku. Aku seharusnya gembira.

Mata Hasbul Wafiy terpaku pada helaian yang terakhir. Sekeping gambar terlorot jatuh di atas lantai. Perlahan-lahan tangannya mencapai gambar tersebut. Sekali lagi dia terpana. Gambar janin dalam perut yang di scanning.

Lama dia menatap gambar itu. Bagaikan dirinya masih lagi bermimpi. Ditepuk pipinya beberapa kali. Terasa sakit. Dia memerhati sekali lagi gambar itu. Jelas terlihat dua janin yang mula menunjukkan sifatnya.

Anak siapa pulak ni? desis hati kecilnya. Gambar itu diletakkan di atas ribanya. Perlahan-lahan  dia mula membaca ayat tersebut.

25 APRIL 2012
Untuk anak-anakku permata hati ibu selamanya, dengarkanlah bisikan dari seorang ibu yang tidak pernah kenal erti kebahagiaan.

Anak ibu, engkaulah satu-satunya harapan ibu. Satu-satunya yang ibu punya dalam dunia ini.
Anakku, walaupun kita tidak pernah ketemu, ketahuilah, bahawa ibu sangat mencintaimu. Cinta ibu untuk anak ibu tidak akan pernah padam walaupun pada masa itu jasad ibu sudah di mamah bumi.

Anakku yang paling ibu sayangi.

Kalian dua beradik,
Allah, tiada kata yang mampu ibu ungkapkan melainkan rasa syukur yang tidak terperi. Tahu tak anakku, saat ibu mengetahui yang ibu mengandungkan kalian kembar, rasanya baru saat itu ibu tahu, erti kebahagiaan.

Segala kasih ibu, telah tumpah untuk kalian berdua ketika itu juga. Kasih sayang ibu gantinya adalah nyawa ibu sendiri.

Anakku yang ku kasihi, satu hari nanti ibu tahu, kalian akan mempersoalkan siapa ayahmu. Ketahuilah anakku, ayahmu adalah seorang yang cukup baik, sempurna dimata ibu. Ayahmu seorang yang cukup sifatnya, kacak sama seperti anak ibu. Tiada siapa yang menandingi ayahmu.

Anakku, ingat pesan ibumu, jangan sesekali dirimu mencari siapa ayahmu. Anakku, bukan ibu melarang untukmu. Tapi, ibu takut, takut sekiranya ayahmu terluka untuk kali yang keberapa.

Cukuplah ibu yang membuat ayahmu terluka, sekarang biarkanlah ayahmu dengan kebahagiannya. Ibu tidak menuntut sedikit pun anakku. Kebahagiaan ayah adalah yang lebih penting. Itulah apa yang arwah nenekmu selalu ajarkan kepada ibu di dalam mimpi.
Anakku, jangan menyalahkan takdir, sekiranya satu hari nanti ibu sudah tiada di atas muka bumi ini. Ingatlah anakku,

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai kematian ( Ali-Imran: 185)

Anakku, sedih sekali hati ibu. Bila difikirkan masa ibu untukmu sudah tidak mencukupi. Allah, ingin sekali ibu meraung ketika ini juga. Ingin sekali ibu terus hidup bersama anak ibu. Melihat anak-anak ibu membesar dihadapan ibu, melihat anak-anak ibu ke sekolah. Pasti comelkan anak-anak ibu berpakaian seragam sekolah.

Tapi, siapalah ibu anakku, untuk menyalahi takdir Allah ini. Tak apa la anakku, melihat dirimu membesar dalam perut ibu pun sudah cukup mengembirakan hati ibu.

Sekiranya ibu juga mampu berjumpa denganmu sama seperti ibu selalu berjumpa nenek di dalam mimpi cukup rasa bersyukurnya. Dapatlah ibu melihat anak ibu membesar di hadapan ibu. Anakku, sayang mama Mai dan papa Azam seperti ibu dan bapa kandungmu. Sedikitpun ibu tidak terasa.

Akhir kata dari ibu yang terlalu menyayangi dirimu, jagalah diri kalian baik-baik. Jadi anak-anak yang soleh buat ibu dan ayahmu. Doakanlah kesejahteraan ibu di alam sana anakku. Ibu sayang anak ibu lebih luasnya tujuh lautan di atas dunia ini.

Setitik demi setitik airmatanya tumpah di atas buku itu. Anak aku? Allah, banyaknya dosa aku. Rintih hati seorang yang bergelar bapa. Kepingan gambar itu dibawa ke bibirnya. Ciuman hinggap disitu. Gambar itu dibawa pula ke dalam pelukannya. Akhirnya dia terlena bersama air mata yang masih bersisa.

cerpen bersiri : Resepi dari TUHAN bhg 2 full edited




Bab 6

Dari dalam sangkar, mata Aisyah menangkap kelibat suaminya yang ke hulu ke hilir di dapur. Kadang-kadang lelaki itu tersengguk di sinki. Dah berapa kali lelaki itu ulang alik dari sinki.

Aisyah memegang perutnya yang terasa lapar. Sekarang dia mudah cepat lapar. Perutnya pula terasa membulat. Bibirnya tiba-tiba senyum sendiri. Perutnya diusap penuh rasa kasih. Baju kurung yang dipakai nasib baik agak longgar. Jika tidak sudah tentu sukar untuk dia bernafas.

Wafiy memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia bersandar pada peti sejuk. Dah beberapa kali dia ulang alik ke sinki. Pagi ini sudah sepuluh kali dia ke sinki untuk muntah. Tekaknya tiba-tiba terasa loya. Tidak pernah dia mengalami situasi seperti ini. Pening. Semua kelihatan berputar sahaja.

Dia membuka peti sejuk. Melihat apa yang dimakan olehnya semalam. Ayam masak madu. Itupun dia beli dari kedai makan. Mungkin aku keracunan makanan kot, hatinya merumus sendiri. Kotak First Aid dicapai.

Dari dapur sempat dia melihat kelibat Aisyah yang duduk di dalam sangkar sambil membelai arnab-arnab mamanya. Bibirnya mencebik. Meluat. Benci! Semuanya bergabung untuk wanita itu. Dia berlalu ke ruang tamu.

Aisyah mengaduh lapar. Matanya melilau mencari makanan di dalam sangkar. Kot-kot ada yang boleh dimakan. Matanya terarah pada pokok guava hasil tanaman Dato’ Arman. Bibirnya terlukis senyuman gembira. Perlahan-lahan dia ke hujung sangkar.

Tangannya mencapai buah guava pada pokok yang tertanam di tepi sangkar. Tersepit tangannya memandangkan lubang sangatlah kecil, namun digagahi juga olehnya. Dapat! Jerit batinnya.

“Alhamdulillah, ada juga makanan untuk dimakan. Bismillahirrahmanirrahim min awwalin wal akhirin...,” dia mula menguyah buah guava yang sedang-sedang masak itu. Begitu berselera Aisyah memakannya.

Bibirnya masih lagi dengan senyuman gembira. Akhirnya perutnya dapat diisi juga. Tanpa dia sedar, dari tingkat atas ada mata terbias wajah garang sedang menahan nafas. Bibirnya terketar-ketar menahan rasa marah. Merah padam wajahnya tika ini.

Supaya mereka makan  dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan 
mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? (Yaasiin: 35)

Hasbul Wafiy datang menghampiri Aisyah. Matanya jelas menampakkan sirna garang. Semakin lama, semakin dekat dia menghampiri. Pintu sangkar dibuka dengan kasar. Terpelanting pintu sangkar. Arnab-arnab bertempiaran lari.

“Kau sini!” jerkah Hasbul Wafiy. Matanya tajam memandang susuk tubuh di dalam sangkar. Dadanya sedari tadi berombak kencang.

Aisyah tersentak. Kunyahan terakhir ditelannya. Terketar-ketar badannya menghampiri suaminya. Hatinya tiba-tiba berdebar. Allah, apa pula kali ini. Desis hati yang lemah itu.

Buk! “Argh...!!!”

Belum apa-apa Aisyah sudah meraung kuat. Matanya terpejam rapat. Senak! Sakit, perit! Perutnya dipegang erat. Ya Allah, na’uzubillah,  jangan terjadi apa-apa Ya Allah, sakitnya. Rintihnya. Aisyah mengongoi lemah di atas tanah.

“Tu padahnya bila mengambil harta aku tanpa kebenaran. Hei perempuan! kau dengar sini, ada aku suruh kau ambil harta aku sesuka hati hah! Ambil harta bukan milik kita hukumnya haram! Dan untuk kau, aku tak pernah halalkan apa yang kau makan tadi. Ingat tu!” marah Hasbul Wafiy dengan mata yang membulat. Dadanya ditepuk beberapa kali untuk melampiaskan rasa marah.

“Kau tunggu sini.” Hasbul Wafiy berlalu masuk ke dalam rumah. Pintu dapur pula yang ditendangnya. Nampak benci sungguh Hasbul Wafiy terhadap Aisyah. Entah apa dosa si yatim ini kepadanya.

“Hei bagunlah!” tempik Hasbul Wafiy. Kini dia sudah berada di hadapan Aisyah. Matanya tajam menikam wajah lembut yang terbaring kaku di atas tanah. Huh! Dengusnya kasar. Semestinya dengusan kebencian yang makin menggunung.

Aisyah cuba mendongak memandang wajah suaminya. Wajah yang tiada perasaan kasihan belas itu ditenung dengan perasaan sayu. Suaminya pula bagaikan sedang mengejeknya hanya memandang dengan muka yang garang.

Memang! Memang Hasbul Wafiy sedang mengejeknya. Kalau boleh ikutkan hatinya, dah lama dia bunuh wanita itu! Tapi mengenangkan besar dosa membunuh dia membatalkan hasratnya.

Syaitan bersorak riang. Yahoo, yahoo... seorang lagi anak Adam aku berjaya bawa masuk neraka. Hasbul Wafiy lupa, dalam dia hebat mencipta perkara itu,  percaturan Allah lagi yang Maha Hebat. Demi nafsu dia ketepikan segalanya.

Lama, Aisyah masih dalam keadaan yang tadi.

Hasbul Wafiy menjadi baran tiba-tiba apabila melihat Aisyah yang hanya diam tidak berkutik. Naik meluat melihat rupa itu lama-lama. Tubuhnya ditundukkan sedikit supaya membongkok. Dengan kasar, rambut Aisyah disebalik tudung dicengkamnya kemas.

“Argh... Encik, tolong jangan apa-apakan saya Encik. tolong kasihankan saya. Apa dosa saya kepada Encik...,” rayu Aisyah dengan linangan air mata yang tidak berhenti mengalir. Aku pinta sedikit belas, kasihankanlah aku. aku tidak minta banyak, cukuplah berhenti sekejap menyakiti aku. Hasbul Wafiy ketawa kuat.

“Hei bodoh! Buat apa aku kasihankan engkau hah! Kalau kau nak MAMPUS sekalipun, ada aku kisah...!!! kau ingat dengan air mata kau ni aku akan kesian? ha...ha...ha... rasa nak bagi penyepak aje!” tempiknya lagi ditelinga Aisyah. Pijar mata Aisyah mendengar tempikan itu. Dia menolak kasar kepala Aisyah sehingga menyebabkan Aisyah terpelanting agak kuat di atas tanah yang keras itu. Sekali lagi Aisyah menjadi barang buruk kepada Hasbul Wafiy.

“Allah...,” hanya itu yang mampu diungkapkannya. Kepalanya terhantuk kuat di atas tanah. Sakit bukan main lagi. sakit dalam kepala. Rasa macam otak mahu terkeluar dari celah mata. Senak rasanya mata itu. dia sudah tiada kudrat. Perlahan-lahan, cecair merah mengalir keluar melalui rongga pernafasannya termasuk matanya.

Hasbul wafiy mendengus untuk seketika. Rambutnya diramas kasar. Darah yang mengalir dari hidung Aisyah dipandang sepi. Seakan tidak wujud kesakitan yang ditanggung Aisyah. Yang ada sekarang, hatinya belum puas menyakiti insan itu!

“Ptuihhh...” Hasbul Wafiy meludah air liurnya. Tepat terkena muka Aisyah. Aisyah hanya diam tidak berkutik. Ludah di mukanya langsung tidak dikesat. Fikirannya merawang jauh. Hanya ibu yang dia mahukan saat ini.

Tubuh Aisyah dipaksa supaya berdiri. Tapi Aisyah masih membatu diri. Dengan perasaan marah yang menggunung tubuh Aisyah diseret. Sekali pandang Aisyah diperlakukan tak ubah seperti bangkai haiwan berat yang diseret.

Walaupun terasa sakit yang amat sangat pada bahagian pergelangan tangan, dia tiada daya untuk membantah perlakuan binatang suaminya itu. Dia hanya mampu membiarkan sahaja.
Pintu automatik terbuka. Tubuh Aisyah dilambung kasar di atas jalan raya. Sakit Ya Allah, sampai hati abang. Saya bukan boneka bang, saya ada hati, saya juga ada perasaan!

“Ni, kau ambil barang kau semua ni dan mulai hari ni aku tak nak tengok muka kau lagi. Sekali lagi aku nampak kau, nahas kau aku kerjakan. Aku boleh buat yang lebih teruk dari ni!” tegas suara Hasbul Wafiy. Dia berdiri dihadapan Aisyah.

Beg pakaian yang lusuh ditangannya itu  dibaling ke arah Aisyah. Tepat terkena perutnya. Senak. Terpejam mata Aisyah. Makin kuat darah mengalir dari mata. Aisyah masih lagi diam. Hasbul Wafiy berlalu. Pintu automatik tertutup rapat.

“Dari Allah aku datang, kepadanya aku akan kembali. Tunggu Aisyah, ibu kat sana...,” terketar-ketar bibirnya mengungkap perkataan itu sebelum matanya tertutup rapat.

Iaitu orang-orang yang di timpa musibah mereka mengucapkan” sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 156-157)

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...