Feb 18, 2013

Aku penghidap HIV positif


saat ini, tika ini. serasa dunia ini mula berputar dengan lajunya. tanpa sadar, air mata ini laju mengalir keluar membasahi pipiku. kelamnya dunia. kenapa harus aku yang kena? apa salah aku? apa dosa aku? hingga aku dihukum sebegini. aku hanya manusia. yang lemah dan yang tidak pernah kuat!

"saya harap anda banyak-banyak bersabar. kita hanya makhluk Tuhan. Dia yang telah merancang semuanya.  apa yang bakal saya katakan ini mungkin akan meluluhkan perasaan anda. anda didapati dijangkiti virus HIV positif."

jantungku seakan berhenti. dunia seperti sedang mengejek ketawakan aku. depan doktor aku bersikap tenang, walhal dalam diri ini pembuluh darah sudah pecah berkecai. depannya aku mengukir senyuman yang menunjukkan aku reda. walhal aku tidak pernah rela! tidak! tak mungkin najis ini sanggup mengalir dalam darahku.

bukan aku yang salah! bukan aku!!! ini semua kesalahan doktor! kenapa doktor sanggup memberi darah ini kepada aku? kenapa? aku menyesal! menyesal sangat-sangat... jika aku berhati-hati semasa memandu mungkin aku tidak perlu terima darah ini.

ahhh.... 

aku buntu. apa yang harus aku lakukan sekarang. aku benci untuk hidup. benci! aku tidak sanggup! hidup bersama najis ini. bagaimana jika ayah dan ibu tahu? apa yang akan mereka kata? arghh.. sudah tentu mereka akan buang aku. kerana najis ini aku dibuang keluarga? aku lebih rela mati! dari terus hidup.

ya Allah, kenapa nyawa aku kau tidak ambil terus? aku malu. malu dengan semua orang. apa tanggapan mereka tentang aku bila mereka tahu aku seorang pengidap HIV positif? 

bodoh! tentu la mereka akan menjauhi aku. 

orang ramai yang lalu-lalang dikawasan hospital aku tidak peduli. mereka tidak tahu perasaanku tika ini. ingin saja aku terjun dari bangunan tingkat 5 ini. biar mati terus. 

rambutku dibiarkan kusut. masalah ini lebih teruk dari kehilangan harta. 

Feb 15, 2013

Mayang


Suasana sudah menginjak pekat malam. Semua penduduk sudah terlena dibuai mimpi. Yang ada hanya kedengaran derupan ombak yang memecah kesunyian. Sesekali suara cengkerik melunakkan lagi kepekatan malam.

Tok Moh sedang membaca jampi serapah. Bunga pinang di selarnya dengan air jampi. Buah limau nipis dibelah olehnya, lalu diusap pada bunga pinang. Keris kecil juga tidak lepas ditangannya. Air jampi di tiupnya perlahan lahan terus diusap pada bunga pinang sekali lagi. Lalu dilibas pada tikar mengkuang. Berdesing bunyinya.

Tok Moh tersenyum. Dililitnya kain kuning pada kepala. Diikat kemas agar ia tidak tercabut. Langkah Tok Moh diteruskan lagi dengan membawa bunga pinang yang telah siap dijampi tadi.

“Asal tunjang penunjang bumi,
Asal akar raja bersilang, asal batang raja berdiri, asal kulit baju raja…..
 Berkat kalam La Ilaha Illallah..”

Pengikut Tok Moh mengusung Ajam keluar. Mereka semua memakai pakaian berwarna kuning terang. Seorang lagi membawa tikar mengkuang yang telah dijampi oleh Tok Moh.

Yang membawa tikar mengkuang tadi terus menghamparkan tikar bersebelahan dengan pantai. Lalu mereka yang mengusung Ajam tadi terus meletakkannya di atas tikar mengkuang yang telah dihampar.

Tok Moh berjalan menyusuri mereka dari belakang. Ditangan Tok Moh hanya bunga pinang yang telah dijampi. Tok Moh duduk disisi Ajam yang tengah meracau tidak menentu.

Kepekatan malam hanya di simbahi sinaran pelita.

******

“Izinkan kami tujuh beradik pergi dahulu Tuanku,” Puteri Sari meminta izin. Aku hanya membelakangi mereka. Hatiku masih lagi kecewa dengan sikap mereka. Aku mendesah, pening memikirkan perihal yang tiada kesudahan ini. Aku harus membuat sesuatu agar perkara ini tidak terjadi lagi.

Ketujuh mereka telah menghilang di sebalik pintu istana. Dayang dayang masih lagi melakukan tugas mereka. Pengawal pintu juga telah menutup pintu istana setelah kelibat mereka telah tidak kelihatan.

Orang tua kami telah pergi menghadap llahi. Sejak lama dahulu. Titah telah diperturunkan kepada aku selaku satu satunya putera lelaki mereka. Yang lain adalah tujuh puteri.

Aku berjalan ke dalam bilik persemadian. Langkahku di teruskan hingga ke satu tempat yang menempatkan balang Kristal. Jari telunjukku memutar mutar air di dalam balang Kristal itu.

Cahaya yang bersinar menerangi setiap ruang. Terpancar tujuh puteri yang sedang berjalan ke arah mereka yang sedang berkumpul. Aku hanya diam. Memerhati mereka melalui balang Kristal. Aku ingin lihat, sejauh mana kemampuan mereka. Berani buat, berani tanggung.

*****
Tok moh sedang menyelar bunga pinang pada Ajam. Ajam meracau tidak tentu pasal. Pengikut yang lain hanya duduk di samping ajam, bersedia jika perkara lain berlaku tanpa tidak diduga. Mereka semua kelihatan khusyuk sekali.

Tujuh puteri masuk perlahan lahan dalam kelompok mereka. Mereka mengulek sekeliling Ajam. Aku hanya memerhati dalam balang Kristal. Aku mengukir senyuman sinis.

Umbuk, mayang di umbuk, umbuk dengan jala jemala.
sambut, mayang disambut.. sambut puteri nya dua
Ulek, mayang diulek, ulek dengan tuannya puteri….
Puteri dua berbaju serong, puteri dua bersanggul sendeng
puteri dua bersubang gadeng, puteri dua berselendang kuning.

Ajam bertempik tak tentu. Tok Moh melibas badan Ajam menggunakan bunga pinang yang dijampi tadi. Ajam masih lagi meracau. “Ahhh… tolong hamba puteri.”
Ketujuh puteri masih lagi mengulek… tiada kesan pun pada si Ajam. Aku hanya melihat sahaja. Mereka tidak boleh lakukannya. Hanya dengan izin Nya sahaja ia dapat kembali.

“Kenapa ia tidak berhasil kekanda?” soal Mayang Delima kepada Mayang Seri.

“Kanda pun tidak tahu,” balas Mayang Seri.

sambut, mayang disambut.. sambut puteri nya empat..
Puteri empat berbaju serong, puteri empat bersanggul sendeng
puteri empat bersubang gadeng, puteri empat berselendang kuning.

Ajam semakin menjadi jadi. Seperti cacing kepanasan. Dia merengkot seperti ulat beluncas yang kena kacau. Dia cuba bangun berdiri tetapi bila tok moh melibasnya dengan bunga pinang, ia jatuh tersungkur kembali.

Ketujuh puteri masih lagi di situ. Mereka semakin mendesah. Air muka mereka keruh. Mungkin pelik kenapa ia tidak berhasil. Mereka mungkin kebinguan.

“Kita tidak boleh lakukannya. Nampaknya tuanku murka kepada kita.” Soal Mayang Mengurai menghampiri Mayang Delima.

“Mungkin, sedangkan tadi tuanku langsung tidak menoleh kepada kita.” Celah Mayang Anum.

Mereka masih lagi meneruskan tarian mereka. Tok moh juga masih lagi sibuk menyelar bunga pinang kepada Ajam.

Aku mendepangkan tangan. Terus menghilang dalam istana. Aku kembali bersila di atas batu tepian pantai membelakangi mereka semua.

Puteri enam berbaju serong, puteri enam bersanggul sendeng
puteri enam bersubang gadeng, puteri enam berselendang kuning.

“Itu bukannya tuanku?” salah seorang dari mereka bersuara. Aku hanya memejamkan mata. Aku harus memberi mereka pengajaran. Tungkasku.

“Tuanku, ampunkan patik tuanku, kasihani Ajam tuanku. Dia punya keluarga, jika tuanku tidak menolongnya bagaimana dia mampu menjaga keluarganya.” Dari suara seperti mayang seri. Kanda sulungku.

Aku masih lagi diam. Hatiku masih lagi murka kepada mereka. Jika bukan disebabkan mereka, pasti si Ajam tidak menjadi seperti ini. Mereka suka sangat keluar dari istana. Menunggu para nelayan yang sedang memunggah hasil tangkapan laut.

Mereka juga sering menyamar sebagai orang kampong, semata mata untuk mengorat anak anak kampong disitu. Sedangkan mereka sendiri sudah di beritahu akibat yang akan terjadi. Tapi, mereka masih lagi dengan kedegilannya.

Dengan rupa paras mereka. Mereka sering menyamar sebagai sang duyung. Semata mata untuk menguji para nelayan yang hensem dan tampan. Aku sendiri buntu dengan karenah kekanda ku tujuh beradik ini.

bersambung..... muahaha

Feb 14, 2013

Biodata Blogger


Hai hai hai… gueh Jackie. Hehehe… Jackie ni cute tau. Bila semua tengok Jackie mesti terpikat punya la. Tak caye? Cubalah. Baru tahu tau! Ni bukan Jackie Chan tau. Chin Chan pun bukan. Ni Jackie yang comel!

Okey! Hari ni Jackie nak skodeng satu benda ni. Hahaha… biar padan muka dia. Pergi makan tak nak ajak Jackie. Ingat Jackie ni apa? Ada hati dan perasaan jugak tau. ( mimik muka merajuk. )

Kejap ek, Jackie nak selongkar dulu barang-barang dalam ni. Nak cari harta karun. Hohoho… ( bertanduk dua )

Okey kita dah jumpa. Jom sama-sama tengok.

Nama: DINI
Befday: 9-9-93
Tinggal: Pasir Puteh Kelantan
Makanan kegemaran:   1- masakan mak
2- nasi goreng ayam,
3- nasi ayam
4- burger
5- snack plate

Minuman kegemaran:   1- tea ais
                                      2- tea
3- jus buah buahan
4- air 100% dan revive

Kesukaan semasa        :        1- bila keluar atau jalan-jalan di mall,saya lebih cenderung kepada tempat yang mempunyai buku. Bukan kerana suka membaca buku pelajaran. Tetapi lebih cenderung kepada NOVEL. Saya juga merupakan peminat NOVEL. Saya akan mengusir rakan-rakan saya bila mereka meminta untuk menemani membeli pakaian. SAYA TIDAK SUKA! Tujuan utama ke Mall pun adalah untuk mencari novel baru. Saya sanggup duduk berjam-jam dalam popular semata-mata memilih novel yang bermutu dan sedap untuk dibaca.

                                                Saya memang cerewet dalam memilih NOVEL. Bukan apa, jika satu karya yang dihasilkan itu tidak menarik. Rasanya tidak berbaloi lah kan. Baca satu dua muka surat, dah rasa boring. Sebab tu saya akan membaca sinopsis. Satu synopsis saya akan baca berulang kali hinggalah saya pasti yang mana best dan boleh dijadikan koleksi saya. Nama pena penulis juga saya akan lihat. bukan apa, dari nama pena kita dapat melihat atau dapat mengagak.

                                                Berkhemah dua tiga jam di kedai buku memang tiada apa la bagi saya. Saya kena memilih juga. Memilih novel terbaik untuk di baca. Jika berada di popular. Memang orang akan tahu, saya akan lama memilih novel. Hinggalah salah satu novel dapat mengikat hati saya untuk membeli membacanya. Nak membeli novel mana boleh main hentam je. Ia sama la macam nak cari calon isteri. Tak kan nak ambil yang cap ayam jer kan. Kena la pilih dahulu sampai kita betul-betul terpikat. Barulah apa yang kita nak baca tu rasa bersemangat.

2- saya lebih suka duduk dirumah je pada hari-hari minggu. Sebenarnya saya tidak suka bersosial. Hahaha,

3- orang mungkin akan menganggap yang saya ni sombong jika melihat saya langsung tidak bertegur sapa. Anda kena buang tanggapan seperti itu. Saya BUKAN SOMBONG. Tapi saya seorang yang PEMALU sedikit.
Orang akan kata apa cer, budak laki pemalu kan? Jawapan saya: ada aku kisah! Suka ati aku la!

4- jumpa saya di mana-mana, tegur lah ya! Saya pun nak kenal dengan ramai jugak. Hohoho.. boleh kan? Kalau tak boleh pun tak apa. L

“Nampak sangat yang dia ni cerewet kan? Hish, apa la nak jadi dengan manusia sekarang. Nasiblah. Dia makan nasik, kalau tak, adei, tak boleh deng nak bayang. Hohoho…..”

Uhuk2…. Aku terbatuk-batuk. Tanganku naik memegang dada. Pedih! Entah siapa la yang kutuk aku ni. Ewan di sebelahku sudah panik.

“Ko kenapa beb?” soalnya. Suaranya sudah kedengaran sedikit serius. Risau kat aku barangkali. Muahahaa.

“Tak ada apa la. Terbatuk sikit jer ni. Tah siapa la yang tengah mengutuk aku.” Jawabku mudah. Dadaku masih perit. Mataku sesekali terpejam menahan perih. Hish..

Aku dan Ewan berlalu masuk ke studio. Kat luar awan sudah mendung. Sekejap lagi ujan mesti turun. Alhamdulillah, hujan rahmat.

Mataku membulat. Ewan sudah masuk studio belakang.

“Jackie!!!” tempikku beroktaf-oktaf. Melihat Jackie sedang duduk di atas kertas di hadapan laptopku memang sengaja buat angin aku naik. Hangin betul!. Sesedap dia jer nak tidur atas kertas kerjaku.

Jackie memandangku. Dia  menjelir lidah. Eee… si Jackie ni, memang nak kena dengan aku agaknya.

“Dah kau jangan nak merajuk la Jackie. Ni, aku beli makanan untuk kau ni.”
Dia buat-buat tak tahu. Ciss! Jackie nak boikot ngan aku la tu.

“Jackie! Kau nak tak makanan ni? Karang aku makan untuk aku kang baru kau melopong!” tempikku. Jackie ni pantang sikit!
Dia berjalan ala lenggang lenggok. Cuak aku menengoknya.

“Kau ni Jackie. Dah la jantan, buat-buat sikit macam jantan. Ke nak aku hempuk guna buku ni?” Tegurku kepada Jackie sambil menunjukkan diari ku kepadanya.
Dia jalan strait jer. Langsung tak pandang aku. Sabar, sabar itu separuh daripada iman. Tanganku mengusap dada.

“Dah, ko jangan nak mengada Jackie. Kang aku letak kat luar tu. Kau tak Nampak? Hujan tu, kau kan sepsis takut hujan.” Ujarku lagi kepada Jackie.
Dia buat derk jer.

“Dah ko jangan nak boikot aku pulak. Ko tu sedar sikit, ko tu spesis berbulu. Mana boleh bawa masuk restoran. Karang aku kene halau, makan pun tah kemana. Alamatnya puasa la kau Jackie weh. Ko tuh kucing bukan manusia!”

Jackie pandang aku. Cis, baru nak pandang aku. Dia sengih jer.. hey, Jackie ni. Tak serupa bikin!

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...