Sep 30, 2013

Santapan Rohani- Antara sahabat dan Ikhwan



Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Nabi saw dengan Abu Bakar Sidiq. Sahabat-sahabat lain pun ada yang mendengarkannya.

“Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu saudara-saudaraku (ikhwan),” berkata Nabi saw.

“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” Jawab Abu Bakar.
“Bukan!” jawab Nabi.

“Kamu ini adalah sahabat-sahabatku,” selanjutnya Nabi berkata, dan menegaskannya.
Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan  Abu Bakar, juga sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Nabi itu dengan penuh kerinduan? Demikian persoalan  yang bermain dalam fikiran mereka dan suasana percakapan menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya, malahan ini persoalan yang belum pernah mereka dengar dari Nabi saw.
Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikannya.

“Ikhwan (saudara-saudara)ku.”

"Mereka belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang orang tua mereka.”

"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?” bertanya sahabat baginda. Mereka masih merasa hairan dan ingin tahu penjelasan Nabi saw selanjutnya.

"Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku,” jelas Nabi.

Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?” demikian Nabi menjelaskan perkara itu.

Begitulah Nabi saw menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasulnya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca AlQuran dan hadith dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar Sidiq dan sahabat-sahabat Nabi yang berjuang menegakkan islam.

Dalam suatu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabat tentang kemurnian iman ikhwan dan sekali lagi mereka kehairanan.

“Siapakah makhluk Allah   yang paling ajaib  imannya?” demikian Nabi saw. Bertanya kepada sahabat.

“Malaikat,” jawab mereka.

“Bagaimana Malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah?” jawab baginda.

“Para Nabi,” jawapan mereka lagi.

“Bagaimana para Nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?” Nabi saw membantah jawapan mereka.

“Kami,” jawab sahabat lagi.

“Bagaimana kamu tidak beriman  sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu?” jawab Nabi saw.

Betapa hairannya para sahabat mendengarkan jawapan jawapan Nabi saw itu dan mereka sudah cukup dapat memahaminya. Manakala Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini yang paling ajaib imannya.
“Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca Quran dan beriman dengan semua isinya.”

Nabi saw pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dalam sabdanya: “berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tapi,  tidak pernah berjumpa dengan aku.”


Demikian Nabi saw mencintai ikhwan itu.

Sep 23, 2013

Ramalan Nabi saw dan Pahlawan Neraka ( jihad fi sabilillah )

Suatu pertempuran telah terjadi di antara golongan islam dengan kaum musyrik. Masing-masing berjuang dengan cekap dan berani. Apabila pertempuran berhenti, mereka kembali ke markas dan begitu juga Nabi dan sahabat telah berkumpul.

Sahabat-sahabat duduk berbincang mengenai pertempuran itu serta menceritakan kejadian-kejadian yang mereka lihat. Di antaranya mengenai seorang yang bernama Qozman yang telah bertempur dengan hebat dan cekap. Setiap musuh di hadapannya dapat dikalahkan.

“Tidak seorang pun di antara kita yang berharga jasanya lebih dari Qozman,” demikan katanya salah seorang dari mereka.

Mendengarkan itu Nabi menjawab, “sebenarnya dia itu golongan  penduduk neraka.”

Jawapan Nabi itu telah menarik perhatian mereka.  Bagaimana seorang yang berjuang dengan  gagah bernai akan masuk neraka? Seorang yang bernama Aktsam El Khuza’ie segera menawarkan diri untuk menyelidiki kebenaran kata-kata Nabi sebentar tadi. Beliau akan menemani Qozman bertempur.

Keesokan harinya Qozman dan Aktsam keluar ke medan pertempuran bersama-sama. Pertempuran berjalan terus dan Aktsam terus bersama Qozman walau di mana Qozman berada. Akhirnya Qozman terkena pedang lawan dan luka parah. Dengan tiba-tiba Qozman meletakkan  tangkai pedangnya di tanah dan mata pedang dihalakan ke dadanya. Beliau membunuh diri dengan pedangnya sendiri. Kejadian itu disaksikan Aktsam , dan dalam keadaan tenat beliau mendengar mendengar Qozman berkata.

“Demi Allah! AKU BERPERANG BUKAN KERANA AGAMA, TETAPI KERANA MENJAGA KEHORMATAN KOTA MADINAH supaya  jangan dihancurkan oleh Quraisy. Aku berperang kerana membela kehormatan kaumku.”

Begitulah pengakuan Qozman sendiri!

Setelah perang berhenti, Aktsam segera menemui Nabi.

“Asyahdu, engkau sebenarnya Rasul Allah,” demikian Akstam memulakan bicaranya di depan Nabi dan para sahabat lainnya.
“Ada apa?” Nabi saw bertanya.

“Tentang Qozman, bahawa engkau katakan beliau di antara penduduk neraka,” jawab aktsam.

Sekalian yang ada segera berkumpul untuk mendengar dan merasa tertarik untuk mengetahui peristiwa itu. Maka Aktsam pun menceritakan  semua perkara yang  disaksikannya dari mula beliau mengikuti Qozman hingga akhirnya beliau membunuh diri.
Setelah mendengarkan itu, Nabi tampil lalu memberikan beberapa nasihat:

“Seorang yang beramal sebagai amalan penduduk syurga pada penglihatan orang ramai, sebenarnya beliau adalah penduduk neraka. Begitu juga penduduk yang kelihatannya melakukan amalan penduduk neraka, sebenarnya adalah penduduk syurga.”

Demikianlah Nabi memperingatkan umatnya. Qzman yang berani berjuang, tapi keberaniannya hanya untuk mengharumkan nama, bukan kerana Allah, bukan hendak mendapatkan pujian dan sanjungan orang ramai. Amalan kerana Allah tidak akan terhenti kerana dicela orang, atau menjadi bertambah kerana pujian. Ikhlas itu adalah suatu tanda kesucian hati, khususnya hati seorang islam. Jangan sesekali anda berlagak angkuh dan sombong dari amalannya yang ada kerana semuanya ditangan Allah.

Berhati-hatilah dalam berjuang. 

Sep 20, 2013

review

kepada sesiapa yang mampu melahirkan sebuah novel berdasarkan review yang diberi ( dalam gambar ) akan mendapat ganjaran. ganjarannya adalah rahsia. tahun ni datin nak ajak pergi paris semua ditanggung, 


to all the people please take your attention





review

kepada sesiapa yang mampu melahirkan sebuah novel berdasarkan review yang diberi ( dalam gambar ) akan mendapat ganjaran. ganjarannya adalah rahsia. tahun ni datin nak ajak pergi paris semua ditanggung, 


to all the people please take your attention





Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...