Jam sudah
menunjukkan pukul 8:15pagi. Hanis berlari keanakan memasuki bangunan Berjaya
Holdings kerana dia sudah terlewat. Jika bukan kerana Akim yang memintanya
menemani membuat kerja semalam. Sudah pasti dia tidak akan terlewat ketempat
kerjanya.
“Auch buta
ke?” Jekah Syed Aiman kepada Hanis sebaik mereka terlanggar antara satu sama
lain. “awak ni memang buta yer? Awak ni selalu menyusahkan saya. Tak boleh ker
sekali awak tidak mengganggu saya? Menyusahkan!” segala amarah tersembur pada Hanis.
Luas matanya mencerlung Hanis. Bukan apa, sebelum datang kerja tadi Syed Aiman
bergaduh dengan mamanya. Puan Sri Idayu.
“Ma.. maafkan
saya encik. Saya tak sengaja.” Tersekat sekat suara Hanis. Begitu gerun bila pandangan
Syed Aiman tajam kepadanya. Seperti ingin ditelannya juga dia pada hari tu juga
bahkan saat tu juga.
“ Maaf..
maaf.. tak ada perkataan lain ker hah! Dah la miskin. Ada hati nak sentuh aku.
Aku jijik kau tahu? Ben..ci aku pada orang miskin macam kau. Benci sangat
sangat..” herdik Syed Aiman kepada orang
miskin iaitu Hanis. Syed Aiman berlalu pergi meninggalkan Hanis yang masih
dalam keadaan diam menunduk.
Hanis terkesima. Ya Allah, hinanya aku.
Sabarkan ku Ya Allah. Kuatkan iman ku Ya Allah. Tidak ku pinta untuk lahir
begini. Namun ini dugaan ku dari Mu Ya Allah. Aku reda kerana mu. Ikhlaskan
hati ku Ya Allah. Hatinya begitu sedih sekali. Macam tusukan belati
kejantungnya. Sampai hati Syed Aiman mengatakan begitu rupa padanya. Hanis
berasa sungguh sedih sekali. Inilah dugaan yang paling besar baginya.
Hanis berjalan menuju tasik. Hanis duduk
disatu kerusi menghadap tasik. Indahnya ciptaan Ilahi. Dia terpaku, melihat
raut wajah yang amat dikenalinya berhampiran kerusinya. Orang itu cukup
gembira, bergurau senda dengan seorang perempuan. Tak ubah seperti orang yang
sedang hangat bercinta. Pandangannya beralih, tidak mahu menatap lama lama
drama free itu. Bimbang yang empunya diri itu tersedar bahawa aksi mereka
sedang diperhatikan.
Hanis mengorak langkah meninggalkan
kawasan tasik. Hajat untuk menengkan diri terbantut begitu sahaja. Tiba tiba
dia dicuit seorang anak kecil yang comel. Baju anak kecil itu lusuh sekali. Tangannya
terketar ketar kerana kelaparan. Hanis memimpin tangan anak kecil itu ke sebuah
kedai makan yang terdapat disitu. Dibelinya nasi dan berbagai makanan lain. Anak
kecil itu makan dengan berselera sekali. Sesudah makan anak itu mencium tangan
Hanis dan berlalu pergi setelah hanis membalas dengan kucupan kasih di dahi
anak kecil itu. Hati hanis berbunga riang. Hilang segala masalah yang dihadapi.
Tanpa disedari, ada sepasang mata yang
sedang memerhatikannya. Dari tadi lagi Syed Aiman memerhati gelagat Hanis. Tanpa
disangka dapat bertemu hanis di tasik. Orang miskin memang patut berkawan
dengan orang miskin, getus hatinya.
bersambung..