Feb 25, 2012

aku dan kamu seni aku: perjalanan aku

aku dan kamu seni aku: perjalanan aku: Aku memasuki sebuah lurah yang agak bersemak… aku meneruskan perjalananku, suasana yang suram membuatkan aku terasa kedinginan. P...

perjalanan aku


        Aku memasuki sebuah lurah yang agak bersemak… aku meneruskan perjalananku, suasana yang suram membuatkan aku terasa kedinginan.  Perjalanan tetap aku teruskan.  Hampir penghujung jalan aku  terpaku, sebuah bangunan yang berkilauanmembuatkan mata aku bersilau. Rasa hati yang tidak tertahan, membuatkan aku terus berjalan. Aku terkejut, apabila disapa seorang pemuda yang tingginya lebih tinggi dari aku, dia memberikan salam kepada aku dengan penuh santun. Aku menjawabnya dengan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepadanya.. ku lihat pakaiannya, bukan sembarangan pakaian, pakaiannya yang penuh dengan kilauan emas dan permata, pakaiannya seperti sutera, tetapi bukan sutera, kerana ia lebih halus dari sutera.
      Pemuda itu mempelawa diri untuk menunjukkan jalan kepada aku, aku tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju. Dia membawa aku di satu arah yang mana kusangka ia sebidang cermin yang rata diatas tanah, rupanya ia adalah sebidang jalan, aku terpana dengan keajaiban tersebut. Kulihat disamping jalan, penuh dengan kilauan batu permata yang belum pernah aku lihat kat sini, ia seakan berlian, yang dijadikan sebagai penghadang jalan.
      Aku bertanyakan kepada pemuda tersebut, apakah benda itu? Dia tersenyum dan berkata, disini ia dipanggil “kalam”. Tidak pernah aku dengar nama ini sebelumnya. Perjalanan diteruskan lagi. Kulihat di simpang jalan, terdapat sebuah pondok yang beralaskan kayu, kayu itu kelihatan masih baru, aku geselkan tangan aku sedikit pada kayu tersebut, terkejut aku, tidak aku rasa seperti menyentuh kayu, terasa seperti aku menyentuh kayu yang telah dicalit, tapi kayu itu bukan dicalit, ia masih lagi kayu yang asal..
      Aku mendongakkan kepala  pada sebuah pintu yang terdapat pada pondok tersebut, kulihat, ramai kanak-kanak sedang duduk, tekun belajar dan membaca sebuah kitab. Wajah mereka berseri-seri. Aku lihat seorang lelaki yang memakai jubah dan berjanggut panjang sedang mengajar anak-anak kecil itu. Orang tua itu, kukira dalam lingkungan 60an. Orang tua itu tersenyum  kepada aku, aku tersenyum dan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.  Pada papan tanda tersebut kulihat tertulis kalimah jawi  yang bertatahkan delima bermaksud “baitul ilmi” mungkin ini tempat anak-anak belajar, seperti yang di panggil sebagai sekolah.
      Pemuda itu hanya tersenyum, wajahnya kelihatan amat tenang sekali. Sesiapa yang melihat, pasti terasa sejuk dihati. Aku meneruskan  perjalanan aku. Pohon-pohon yang menghijau dan merimbun membuatkan suasana teduh dan anginnya yang nyaman membuatkan aku terasa terlupa tentang perjalan aku. Di sepanjang jalan aku lihat banyak buah-buahan yang merimbun, buah tamar, buah delima semua bebas menghidup, seakan tidak pernah diterokai oleh manusia. Yang aku pelik, buah-buahan tersebut dapat hidup walaupun bukan ditempat asalnya.
      Sepanjang perjalanan, ramai kanak-kanak dan ibu bapa yang lalu lalang di kawasan tersebut. Seolah olah satu keluarga yang sedang membawa anaknya jalan-jalan. Keluarga yang bahagia bila aku melihatnya.
      Aku dibawa kedalam sebuah taman, terpana aku melihatnya. Sebuah taman yang meliputi gunung ganang bukit bukau, sedangkan apabila aku melihatnya dari luar, ia kelihatan seperti sebuah kotak yang kecil. Dalam taman tersebut aku lihat penuh dengan burung yang warna-warni, yang mana apabila ia berada dalam kawasan yang gelap, bulunya akan mengeluar cahaya. Banyak jenis burung yang terdapat di taman tersebut, yang aku kenal hanyalah, cenderawasih, kunyit, merak, bangau, unggas dan lain lagi. Taman tersebut dihiasi dengan cendilier yang berkilau, sesiapa yang memandang,  pasti terasa ingin tinggal di taman tersebut. Kemerduan suara burung, membuatkan aku terpaku.
        Penat aku berjalan, akhirnya jalan yang cantik tadi berahir dengan dihadapanku sebuah istana yang yang aku lihat sebelum aku memasuki kawasan tersebut. Indah tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.  Kubahnya yang diperbuat daripada emas membuatkan aku sangat teruja.  aku dibawa pemuda tersebut memasuki istana, pintunya yang agak besar yang aku kira setinggi bangunan lima tingkat yang diperbuat dari Kristal membuatkan aku terpana. Sekeliling pintu itu, dihiasi dengan pelbagai permata yang cantik. Pintu itu tertulis “lukluk”.
         Pemuda itu mengarahkan untuk  dibuka pintu, para pengawal membuka pintu tersebut. Lembaran pintu terbuka luas, pemuda itu mempersilakan aku untuk masuk. Dengan langkah kanan, aku memasuki istana tersebut, dihadapanku terbentang kolam yang dihiasi air pancut yang diperbuat dari mutiara. Didalam kolam tersebut terdapat berpuluh-puluh ekor ikan emas yang sedang berenang dengan bebasnya. Aku berjalan masuk kedalam lagi, sampai satu sudut, aku terlihat sebuah mimbar yang tiangnya diperbuat dari perak, alasnya dari sutera, corak batang pokok dari emas dan bunganya dari kilauan permata dan berlian. Ditengah-tengahnya terdapat mahkota yang diperbuat dari emas dan permata. Aku cuba memakainya di kepala aku, kelihatan memang secocok dengan aku.
       Pemuda itu datang menghampiriku dan berkata, aku memang sesuai dengan mahkota tersebut. Aku hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Dia membawa aku ke ruang makan, terhidang segala macam benda jenis makanan. Tanpa berlengah, aku duduk di kerusi yang tersedia. Para dayang masuk ke ruang makan sambil membawa peralatan untuk makan. Pemuda itu membaca doa makan. Aku makan dengan berselera sekali, Dayang-dayang aku lihat semuanya memakai pakaian yang berwarna-warni.
      Selesai makan, pemuda tersebut membawa aku ke jalan yang aku lalui tadi. Sepanjang perjalanan, pemuda itu hanya diam, sepatah kata tidak dia keluarkan. Akhirnya aku sampai di laluan asal aku dulu, sebelum aku menoleh kebelakang, aku sempat bertanya kepadanya, apakah nama tempat ini? Dia tersenyum dan memberitahu, nama ini sama seperti namamu. Aku kebinguan. Dia berkata nama tempat ini “dini” yang ku ertikan sebagai agama. Aku tersenyum dan memberikan salam aku kepadanya. Dia menyambut salam aku, dengan mengakhiri  kalimah “semoga Allah memberkatimu”. Aku teruskan perjalanku, hingga aku ter jumpa jalan yang aku lalui tadi. Aku toleh kebelakang, dan aku lihat, tempat itu tadi sudah tiada.. yang tinggal hanya sebuah surau.

Feb 23, 2012

wasiat buat kekanda ku


Dengan lafaz,
Bismillahirrahmanirrahim, la ilaha illallah.. Muhammad rasulullah,

Wahai kekandaku 7 puteri,
Ku perturunkan wasiat kepada kalian secara serentak. Untuk pengetahuan kalian, wasiat ini ku tulis dalam bentuk penulisan, ku tidak mampu untuk bertemu mu.. wasiat ini akan ku tulis untuk mencari kebenaran dalam dunia manusia. Wahai kekandaku… dunia kalian dan manusia jauh berbeda, kehidupan ini, telah di benteng antara manusia dan kamu. Tapi benteng itu ada pintunya sendiri.

Dengarlah wasiat yang ku perturunkan,

1-            Jangan kalian membuat perjanjian antara kalian dan manusia.
2-            Jangan khianati manusia walaupun sebesar mana kesalahan mereka.
3-            Perjanjian darah dan nyawa tidak ku benarkan sama sekali.
4-            Tolonglah manusia yang benar-benar dalam kesusahan, dan bukan untuk menghancurkan manusia.
5-            Bercinta antara kalian hendaklah berpada-pada, jangan binasakan cinta manusia terhadap kalian.
6-            Dalam kehidupan seharian hendaklah taat pada perintah Allah Yang Satu, jangan kederhakaan kalian buat, kalian sendiri yang tanggung.
7-            Berpegang pada kalimah Lailahaillallah… Muhammad rasulullah….
 
Wasiat ini aku perturunkan bukan untuk menghukum kalian, sebaliknya untuk menyatukan kalian dengan manusia.. 



Feb 16, 2012

bidadari kecil itu takkan keseorangan

     Seorang gadis kecil, sedang  bermain  berhampiran taman permainan. Gadis kecil ini, memakai sepasang baju dan blause  yang compang camping dan keadaannya yang berbau busuk. Dia bermain-main dengan tenang di sekeliling kawasan itu.. Orang ramai yang melalui berhampirannya pasti akan menekup hidung, kerana tidak tahan dengan bau yang ada pada gadis kecil itu. Orang ramai melihatnya dengan jijik sekali. Sesekali dia dimaki hamun apabila apabila mendekati gerai-gerai makan yang ada disitu, mereka mengherdik gadis kecil itu, dengan  berkata" hoi budak miskin dan busuk! berambusla kau dari kawasan ni, menyemak aja aku tengok, pergi mampos lah kau! baru aman dunia." si gadis kecil, yang tidak tahu apa-apa hanya memandang dan tidak berkata apa-apa.

     Gadis kecil itu berjalan menyusuri jalan untuk pulang kerumahnya, langkahnya terhenti apabila dia disekat oleh budak-budak nakal yang kebetulan berada disitu. "Budak miskin? apa yang kau buat kat sini? berambuslah kau? benci aku tengok muka engkau, dahla busuk.... miskin pulak tu..." budak nakal itu tiba-tiba menolak si gadis itu dengan kuat, sehingga menyebabkan si gadis kecil itu terhempap diatas jalan. budak-budak nakal itu terus mengherdik si gadis kecil itu. Dalam keadan yang sakit dan berdarah pada lututnya, dengan kudrat yang ada, si gadis itu cuba untuk bangun berdiri. Dengan keadaan yang terhinjut-hinjut itu, si gadis kecil berjalan meninggalkan budak nakal yang sedang ketawa melihat keadaannya. Si gadis itu berlalu, tanpa berkata  apa-apa dan tiada berdemdam di dalam hatinya.

    Oleh kerana menanggung sakit akibat ditolak tadi, si gadis kecil terjatuh tersungkur diatas jalan. Si gadis kecil cuba untuk berjalan dan meneruskan perjalannya, namun dia tidak mampu lagi untuk berdiri. Dia tersungkur diatas jalan buat kali keduanya. Dalam keadaan yang sejuk dan kedinginan, membuatkan si gadis kecil itu terketar-ketar menahan kesejukan. tanpa berbicara sepatah kata pun, dia terus memeluk tangannya..
 
    tiba-tiba datang sebuah kereta lalu berhenti disamping gadis kecil itu. Seorang lelaki turun lantas dia membangunkan gadis kecil itu dan memeluknya. Terasa sedikit hangat oleh gadis kecil itu. lelaki itu mendukung si gadis kecil tadi dan membawanya ke hospital. Dalam keadaan si gadis kecil itu yang berbau busuk, lelaki itu terus membawanya ke hospital. setibanya di hospital, si gadis kecil itu, terus dirawat. lekali itu, menitiskan airmata kerana tidak sanggup melihat si gadis kecil itu. dalam hatinya dia berbisik, "akan aku jagamu wahai bidadari, sampai engkau berjaya kelak.."



kini si gadis kecil itu terus hidup, tanpa ada duka dihati.....

by: dini

Feb 14, 2012

perkongsian membuat mood blog, dalam blog anda

hai semua.. harini dini nk kongsikan cara-cara nak buat bunga apt dalam blog, bagi sesiapa
yang ada blog boleh la amik ni..

1- kawan2 login blog korang....
2- pastu, tekan reka bentuk blog,
3-pastu korang tekan tambah alat, korang boleh pilih kat mana-mana korang suka,
4- korang tekan kat ( HTML/JAVA SCRIPT)
5- korang COPY link kat bawah ni..

==========================================================================

<div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 2px;"><br /><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" width="160" height="600" title="grab this widget @ widgetindex.blogspot" src="https://2713604333882420535-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/widgetindex11/fireworks.swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high"></embed></div>

==========================================================================

6- pastu korang PASTE dalam kandungan, tajuk tu.. suke ati korangla nk letak ke x nk..

7- korang tekan SAVE,

8- selepas save korang tengok dulu kat PRATONTON, lau ia keluar, maknanya korang berjaya,
     pastu baru korang tekan SIMPAN SUSUNAN, baru tekan LIHAT BLOG,

selamat mencuba (^_^)

Feb 10, 2012

ilusi seorang pelukis






















emosi seorang seni, memang sukar untuk kita capai , satu perkara yang dapat kita tahu, bagaimana emosi mereka,  iaitu melalui lukisan mereka, pelukis hanya melukis mengikut keadaan mereka, oleh kerana itulah, pelukis, menggambarkan perasaan mereka melalui lukisan.
lukisan mempunyai banyak maksud tersirat..
yang pelukis gambarkan melalui lukisan mereka..

jika kengkawan dapat lihat, gambar atas bernama
" illusion painting"
jika kengkawan perhatikan betul-betul, gambar ini bukan mempunyai satu watak, banyak watak yang memainkan peranan.
jika hanya sekilas pandang, kengkawan hanya dapat lihat satu wajah sahaja, jika diperhatikan betul-betul banyak wajah yang terdapat..
sesiapa yang guna otak kanan, memang dia berfikiran seni, dia akan sentiasa berimaginasi,
manakala sesiapa guna otak kiri, dia sentiasa berfikiran rasional,
pendapat seni, dia susah untuk terima..

lecturer dini pernah cakap, nak tahu kita guna otak kanan atau kiri, cuba tutup hidung kengkawan, yang mana lebih selesa tuk bernafas?
ok la kengkawan, dini ingin melabuhkan tirai dulu, kengkawan dini sume dah tdow, dini x nk menggangu mereka.....

Feb 7, 2012

ART N DESIGN






FAKULTI OF ART AND DESIGN



teknik hatching dan crosshatching...
( ton yang digunakan menggunakan garisan dari pen drawing )


wajah orang tua n kanak-kanak


pokok bunga 


burung di sungai bersama katak


alam semula jadi


gajah... dini tidak sempat menyiapkannya.. (^_^)




kanak-kanak sedang bermain buaian......
:)


Feb 6, 2012

nukilan sementara


ni pak abu.... dia la ahli dewan undangan berok-berok sedunia...


ko datang kat aku, aku tembak ko sampai bedebus.............
kata mimi dalam desusnya..

.
mas...... ayu ngak kite-kite ni?
seksi bangat kite tau,,,,,




come to papa- come to papa




owch!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kelas g2 lo................
ni mak sedara fix...... 
dari bulgaria...


Hello 2023