cerpen: pesona zulaikha menggamit hati yusuf
Apalah malang
nasib ku hari ni. Dah la terlewat masuk ke kelas. Lepas tu boleh pula aku kena
halau oleh lecturer. Semalam aku
terpaksa tidur lewat semata-mata nak siapkan esighment yang diberi. Last
last, aku yang terlewat. Parah aku hari ni.
Aku mengambil keputusan untuk
terus ke kafe. Turun tangga yang berputar ni memang satu kerja. Habis pusing
kepala aku. “Auchh” aku terlanggar seseorang. Semua buku aku terhempas kat
tangga. Semua mata sedang memandang aku. Aku hanya tunduk. Rasa sebal pula
dalam hati.
“Are you blind hah!” suara itu sedang menengking aku. Aku mendongak.
Ya Allah mamat ni aku langgar. Mati aku kena maki kat dia. Aku lihat matanya
sedang mecerlung ke arahku. Aku hanya
diam seribu bahasa. Haikal.. satu nama yang tidak asing bagiku. Orangnya cukup
tampan, tapi sayang sombong berlagak. “Lain kali kalau you jalan, tak boleh ke
pandang depan hah! Tu la, lain kali jangan pakai penapis habuk you tu kalau dah
tahu buta.” Dari nada suaranya, aku tahu dia sedang mengejek aku. Aku
hanya tunduk. Nak melawan apalah sangat,
aku juga yang kalah nanti. Dia berlalu tanpa membantu aku mengutip buku buku
yang jatuh. Biasalah dah anak orang kaya, memang berlagak. Getus hatiku. Dalam London School of Economics and Political
Science ni, hanya aku seorang sahaja yang memakai niqab.
Asal aku memang dari sekolah agama. Orang tuaku juga seorang guru agama.
Aku suka memakai niqab, kerana aku tidak mahu jadi bahan umpatan orang lain. Lagipun aku selesa memakainya. Ramai orang tidak tahu akan rupaku bagaimana.
Mereka fikir rupaku hodoh, sebab tu aku berniqab. Bagi aku ia tidak penting.
Aku duduk dibirai katil, penat sangat rasanya. “Assalamualaikum Medina” kelihatan Asha yang
baru pulang dari kuliah. Wajahnya nampak ceria semacam jer. “Waalaikum salam
Asha.” Aku bangun lalu bersalam dengannya.
“Murung semacam jer ni, kenapa Medina.” Asha memandang pelik. Aku duduk
berhadapan dengannya. “Hari ni Medina tak masuk kelas. Mediana lewat. Mr Wilson
halau Dina.” Aku berterus terang. “lepas tu Dina terlanggar budak sombong tu.
Marah habis dia kat Dina. Dina tak faham la kenapa dia benci sangat kat Dina.”
Aku lontarkan rasa tak puas hati aku. Asha hanya ketawa. Aku mencubit pahanya.
Berteriak kecil dirinya terkena sepitan ketam dariku.
Inilah semester terakhir buatku. Dan ini juga tahun terakhir aku di bumi
asing. Terasa rindu yang mendalam pada keluargaku. Hatiku berbunga riang saat
ini. Aku dan Asha berjalan kaki membeli
buah tangan buat orang tersayang di pusat beli belah.
Penat berjalan kami singgah di Starkbucks. Mataku teralih pada susuk tubuh
yang sedang enak menjamu selera di hadapanku. Mereka sedang bergurau senda.
Kadang kadang terdengar ketawa kecil dari perempuan itu. Siapa lagi kalau bukan
Haikal Dato Rasyid seorang jutawan yang Berjaya di Malaysia bersama teman
wanitanya kot, kukira begitu. Ye lah kan.. bergurau senda tak macam sebagai
seorang kawan.
************
Namaku dipanggil. Dengan penuh debaran aku berjalan dengan penuh santun.
Semua hadirin bertepuk tangan. Aku naik ke pentas. Kini ditanganku terdapat
segenggam sijil. Aku bersyukur panjang kepada Ilahi, akhirnya aku bisa
menggapai master. Semua yang hadir tersenyum. Aku hanya menundukkan wajah. Aku
dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang dalam university tersebut.
“Tahniah Dina.” Asha memeluk erat badanku.” Asha pun sama, tahniah jugak..”
aku tersenyum senang hati. Akhirnya kami dapat pulang juga ke Malaysia. Kami
bersalaman dengan rakan rakan sekelas. Kesemua mereka di temani ibu bapa masing-
masing. Aku tidak kisah, asalkan aku bisa menggapai segulung master untuk aku
bawa balik ke sana.
Aku dan Asha bertungkus lumus membersihkan bilik.
Sakit habis badan rasanya. Tapi hati cukup gembira. Esok aku dan Asha akan naik
kapal terbang. Hati sudah melonjak lonjak girang. Ramai dari sahabatku yang
sudah pulang. Maklumlah, tak sabar nak hidup bebas katanya. Dalam Hostel, hanya
ada aku dan Asha sahaja.
Jam sudah menunjukkan 12 tengahari. Aku dan Asha sudah berada di balai berlepas.
Kejap lagi kami akan bertolak pulang. Sedang ralit aku dan Asha berbual, kami
dikejutkan dengan suara riuh rendah.
Kami berpaling kebelakang, ternyata Haikal bersama kawan kawanya sedang
masuk ke sini.
“Tengok tu, budak kolot ada juga la.” Salah
seorang dari mereka bersuara sambil menunding jari ke arahku. Dia nak balik
jumpa mak bapak dia la. Boleh la dia berbungkus macam hantu bungkus kat sana,”
hilaian mereka semakin menjadi jadi. Aku hanya tunduk. Malu bila aku
diperlakukan begitu. Asha yang dari tadi hanya mendengar menggenggam erat
tanganku. Aku hanya diam. Malas hendak melayan. Hatiku juga sakit. Aku hanya
menjalankan suruhan Allah semata mata.
Sepanjang dalam kapal terbang, aku hanya membaca
majalah sahaja. Asha disampingku sudah lama terlelap. Aku memandang lelaki di
sebelahku. Haikal sedang duduk membaca majalah juga. Haikal memang seorang yang
hensem, tidak dinafikan akan wajah tampannya. Sebab itulah dia jadi rebutan
ramai wanita. Aku juga tidak mampu menipu, kerana aku juga ada rasa minat
kepadanya. Tapi untuk berkahwin dengannya jauh panggang dari api. Aku sedar
siapa aku.
**********
Kepulanganku ini amat mengejutkan diri aku. Walid
dan ummi menyatakan hasrat untuk mengahwinkan aku. Aku kelu seribu bahasa. Aku
tidak pernah kenal siapa bakal suamiku. Yang aku tahu, ummi cakap aku akan
dikahwinkan dengan anak sahabat walid.
Aku tidak mampu membantah, melainkan melihat orang tuaku bahagia.
Tinggal sebulan lagi aku akan berkahwin. Hatiku
tidak keruan saat ini. Aku baru sahaja lepas menamatkan pelajaran, mengapa tiba tiba aku akan berkahwin. Aku menggenggam
erat penjuru pangkin. Udara nyaman yang menyapa membuatkan aku terleka dengan
masalah yang dihadapi.
“Dina kena kuat. Ingat, ni mungkin ujian Allah
buat Dina.” Asha memeluk ku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku bersyukur kerana
dikurniakan seorang sahabat seperti Asha. “Terima kasih Asha. Jika Asha tiada,
mungkin Dina tak dapat harungi semua ni.” Nasihat asha semalam membuatkan aku
kuat sedikit. Ya, demi seorang sahabatku. Aku akan tempuhi dengan reda. Aku
yakin aku mampu.
“Ummi, Medina keluar dulu ya,” aku memakai selipar
di tangga.
“Nak kemana ni Dina,” ummi yang sedang memasak
didapur berteriak.
“Nak ke rumah Asha... nak suruh Asha teman Dina
beli barang kat pekan.”
“Jalan elok elok...”
Hampir lima ratus meter sahaja rumah aku dan asha.
“Assalamualaikum asha..”
“Waalaikum salam medina. Masuklah, aku tengah
mengemas sikit ni. Kejap lagi kita pergi ok...” Asha yang sudah siap semuanya.
Siap memakai pakaian yang cantik lagi, lain benar dia hari ni. Aku tersenyum sendirian.
Aku membeli beberapa barang untuk barang hantaran
nanti. Aku singgah sebentar di kedai yang menjual al quran yang terletak dalam
pusat beli belah. Untuk buat hantaran juga nanti. Aku pun tak tahu, kenapa
semangat sangat nak beli semua tu. Hati mula berlagu girang..
Mataku tertancap pada susuk tubuh yang sedang
berjalan sambil berpelukan. Haikal rupanya. Kenapa la dunia ni kecil sangat,
kemana pergi mesti ada dia. Benci betul. Aku buat tak tahu je.. lintas di
depannya pun aku buat tak kenal. aku sempat menoleh, rupanya perempuan yang
sama kolej dulu dengannya di US. Seksi jugak perempuan ni walaupun dah balik ke
Malaysia. Anak siapa la. Mungkin mak bapaknya pun orang kaya jugak. Getus
hatiku.
*******
Hari yang ditunggu telah tiba akhirnya. Tak sangka
cepat betul masa berlalu. Terasa macam semalam aku diputuskan untuk berkahwin.
Huhuhu.. tak nak la.. aku tak kenal pun siapa suami ku. “Mediana keluar cepat,
bakal suami dah sampai tu...” walid baru masuk ke dalam bilikku. Walid
tersenyum kepadaku. Aku hanya diam. “Medina.. cepat sayang, semua orang dah
tunggu tu. Cepat sikit ya..” walid bersuara lagi. Mungkin sebab aku diam kot.
Perlahan lahan aku anggukkan kepala ku, “baik walid.” Aku bangun.
Wah.. lain benar aku hari ni. Walaupun memakai
niqab masih jelas kelihatan akan keayuanku. Haha masih nak riak lagi kau dina.
Bakal suami kau dah tunggu tu. Aku mengikut ummi dari belakang. Asha
disampingku sambil memeluk bahuku. Saat aku sedang duduk. Mataku tertancap pada
seorang yang amat kukenali. Dia juga memakai pakaian yang sama warna denganku.
Ku lihat dia juga sedang menatap wajahku. Wajahnya masam mencuka. Berdegup
kencang jantungku saat ni. Macam nak tercabut jer. Huwa... dalam ramai ramai
lelaki dalam dunia ni, kenapa la dia juga yang jadi suami aku. Dah la dirinya tak pernah sukakan aku.
Aku berjalan lesu masuk ke bilik, bad mood aku rasa. Perlahan lahan pintu
ku buka. Kelibat haikal tiada di bilik.
Kemana yer dia pergi? Bagus juga dia tiada. Boleh la aku buka niqab aku. Baru
nak buka niqab, pintu bilik air dikuak. Alamak.. mati aku, cepat cepat aku
pinkan kembali niqab pada pashmina ku.
Haikal langsung tidak menoleh kearahku, selamba
dia jer pakai tuala sahaja dalam bilik. Tak nampak ker aku kat sini? Dengan
spontan dia memakai pakaiannya. Terasa panas setiap ruang mukaku. Aku cepat
cepat menundukkan wajah.
“Tak sangka, kau perempuan tu.” Haikal yang baru
siap mengenakan pakaian.
“Hah” aku termanggu mangu.
“Hei pompuan, dengar sini baik baik, aku kahwin
dengan kau sebab aku kasiankan parents aku. Kalau kau fikir aku cintakan kau,
kau silap. Aku tak pernah sukakan engkau. dan tak akan pernah aku sukakan kau
faham!!” suaranya memang perlahan tapi cukup keras. Mugkin tak mahu orang kat
luar dengar kot.
Aku hanya diam, apalah nasib aku. “Jika kerana tak
kesiankan parents aku, dah lama aku kahwin dengan Lina.” Jantungku berdegup
kencang bila dia kata begitu. Pelik betul. “Aku akan ceraikan kau bila tiba
masa yang sesuai.”tambahnya lagi. Huhuhu... belum tukar baju pengantin lagi,
aku akan diceraikan. Hatiku terasa sakit. Nafas seakan terhenti. Tabah lah kau
wahai hati..
Dah seminggu aku duduk di rumah papa dan mama
haikal merangkap orang tuaku. Sepanjang minggu tu juga la, aku terpaksa berhadapan
cacian dan makian darinya. Penatnya hari ni, baik aku turun kat bawah tolong
mama. Baru jer nak turun tangga...
“Papa, mama.. Haikal nak pindah kondo Haikal boleh
tak? Dah lama kami tinggal disini. Kami nak hidup berdikari. Macam suami isteri
yang lain.” Aku lihat Haikal dan papa serta mamanya sedang duduk di ruang tamu.
Aku pura pura tak dengar, sambil berlalu ke dapur.
“Dina..” mama memanggilku. Tak jadi aku ke dapur. “Yer
mama” aku berjalan ke arah ruang tamu. “Haikal cakap nak pindah, apa pandangan Dina?”
“ Dina ikut abang jer mama..” “okey lah kalau macam tu..” mama seperti tidak
bersetuju. Tapi apa boleh buat, Haikal suamiku. Sebagai isteri aku harus patuh.
********
“Tingkat atas tu bilik aku, kau boleh pilih bilik
mana kat bawah ni.” “okey..” jawabku sepatah. Aku memilih bilik yang paling
dekat dengan dapur. Senangla sikit kerja aku untuk menyediakan keperluan kat
‘singa kuning’ tu. Tombol pintu bilik ku buka, besarnya bilik. Malam ni boleh
la aku tidur tanpa memakai tudung dan niqab. Hehehe.. Alhamdulillah..
“Dina..!!” aku yang baru selesai solat terkejut.
Ada apa lagi la singa kuning ni.. “yer saya..” “buatkan aku nasi goreng ayam”
arahnya. “Okey.. kejap saya nak salin pakaian.” “Kau ni tak panas ke hah! Pakai
penapis habuk kau tu? Dari dulu sampai sekarang tak tanggal tanggal benda tu.”
Alahai panjang betul leternya malam ni. Suka hati saya la Encik Haikal.. saya
punya suka. Geram betul. pintu ku tutup dengan perlahan. Jika kuat melenting
lagi la singa ni. Berdosa boleh la kat aku. ingkar arahan suami.
Siap menggoreng nasi aku lantas hulurkan kepadanya.
Haikal dari tadi lagi sedang duduk di meja makan. “Kau ni goreng nasi ke buat
nasi?” jerkahnya. Aku hanya diam. Dah rasa kebal hati aku ini, bukan sekali
dua. Setiap masa kena jerkah olehnya. Aku berkira kira nak masuk bilik. Tak nak
la makan dengan orang yang tak sukakan kita.
“Esok aku nak kau masak sedap sedap sikit. Aku nak
bawa Lina datang makan malam kat sini esok.” “Baik lah awak..” tanpa menoleh
lagi aku terus masuk bilik. Air mata tak dapat dibendung lagi rasanya.
Pedihhh.. itu yang bisa aku katakan. Ya, dia bukan milik aku dan aku bukan
milknya. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
*******
Ting tong.. bell berbunyi. “kejap..” Aku yang sedang menyenduk nasi kedalam
pinggan hanya memerhati. Lain benar suami ku malam ni. Memang bergaya. Untungla
jika dia buat macam tu kat aku.
“masuk sayang..” bergetar gegendang telingaku saat ini. Aku buat buat tenang.
“Dina.. mana nasi ni...!!” air mata yang mengalir pantas ku seka. Ya Allah,
hancurnya hati ku. Aku membawa nasi ke maja makan.
“Hensem la you
sayang malam ni..” aku lihat Lina yang sedang memeluk suami ku dari belakang.
Bertambah hancurnya hati aku. “mesti la, demi orang yang tersayang” balas
suamiku sambil mencuit hidung Lina. Aku rasa macam dah tak larat nak berjalan
saat ni.
“Dina, for
your information, aku akan nikah dengan Lina sebaik aku ceraikan engkau tak
lama lagi.” Aku yang sedang menuang air kedalam gelas Lina tersentak. Tanpa
sengaja tertumpah diatas paha Lina. “Sayang!! Tengok apa yang wife you dh buat kat i ni..” rengek Lina sambil berlari keluar
dari kondo. “Jahanam kau perempuan!!” panggg... tamparan hinggap di pipiku. Aku
terjatuh lalu terkena bucu meja. Rasa perih kat dahi ku pegang, Ya Allah..
darah. Mengucap panjang aku dalam hati.
Aku berlari masuk kedalam bilik. Aku kunci pintu
rapat rapat. Aku hemburkan segala duka di hati diatas katil. Aku menangis
sepuas puasnya. Rasa dihati sudah tidak
tertanggung lagi. Mungkin aku perlu keluar dari sini.
Jam menunjukan pukul 3 pagi. Aku tidak mampu
melelapkan mata lagi saat ini. Mataku sudah bengkak akibat menangis. Aku
mengambil keputusan untuk solat tahajjud. Muda mudahan hati aku bisa tenang.
Langkah ku atur ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Diatas tikar sejadah, ku
luahkan segala isi hati. Hati ku saat ini benar benar tenang. Alhamdulillah.
*******
Sejak peristiwa itu, aku langsung tak bercakap
dengannya. Ketika dia dibilik, aku keluar memasak untuknya. Bila dia keluar aku
masuk kebilik aku. macam tu lah rutin harian ku yang terbaru. Hatiku sudah
tidak sanggup lagi menatap wajahnya. Entah mengapa, terasa benci apabila
melihatnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Haikal masih
belum pulang lagi. Kemana ya dia pergi. Selalunya dia tidak pernah pulang lewat
begini. Bunyi deruman enjin kereta mempercepatkan langkah ku ke bilik. Aku
tidak mahu bertembung dengannya.
“Arghh pergi
jahanam lah kau pompuan!!” Aku yang sedang menyandar pada pintu hanya
diam. Rasa takut sangat. Apa yang tak kena lagi ni agaknya. Dia marah kat aku
ker? Perlahan lahan aku buka pintu. Dia sedang duduk di sofa.
Kebelakangan ni, haikal nampak lain sangat. Kerja
pun dah jarang. Asyik terperap dalam bilik. Aku sedang membasuh pinggan di
dapur. Bunyi orang sedang turun tangga mengalihkan perhatianku. Dia rupanya.
Sambil duduk di sofa. Tidak bermaya semacam jer dia ni.. sakit ker?
Tetibe jer hati aku tergerak untuk membuat air kepadanya.
Pantas aku mengambil gelas dan membancuh air oren untuknya. Aku membawa air
yang ku buat tadi dengan sedikit kek batik yang ku buat semalam.sampai di ruang
tamu aku menundukkan sedikit badanku untuk meletak air dan kek. Tiba tiba..
niqab ku tertanggal. Beku pergerakan ku. Mak aihh.. masa ni jugak la kau nak
tercabut. Aku rasa macam ada mata yang sedang memerhatiku.
Memang benar, Haikal sedang memandangku. Tak
berkelip matanya. Huwa.. malunya.. aku pantas berdiri dan berlalu kedapur. Aku
meraup beberapa kali muka ku. Peristiwa tadi membuatkan aku malu untuk
berhadapan dengannya.
Kerja dapur semuanya dah selesai. Aku mahu masuk
bilik la sekejap, nak rehat. Penat sangat hari ni. Aku memulas tombol pintu.
“Medina..” satu suara dibelakangku. “yer awak,” “jom kita berbual kat ruang
tamu sebentar”. Haikal berlalu. Aku mengikutinya dari belakang. Aku duduk di hujung sofa, manakala dia duduk
di hujung sebelah satu lagi.
“Medina.. aku nak minta maaf, aku dah banyak buat
salah dengan kau. aku benar benar khilaf sekarang. Hubungan aku dengan Lina dah
berakhir. Dia curang.”
“Awak tak ada buat salah la, dah lama saya maafkan
awak..” ucapku jujur. Alhamdulillah, akhirnya dia berubah juga.
“Aku benar benar minta maaf sangat sangat..”
sambil mencium tanganku. Berdegup kencang jantungku. Hati terasa tenang sangat
saat ni.
*******
“Sayang.. mana Damia dan Darwin?” haikal yang baru
pulang dari tempat kerja.
“Tu, tengah main dengan kucing.” Ucapku sambil
mencium tangannya. “Abang penat tu, pergilah berehat dulu. Kejap lagi turunlah
balik.”
“Tak nak lah, nak duduk sini, rindu sangat kat
sayang..” sambil mengucup lembut pipiku. Merah rasanya mukaku saat ni.
“Abang nak buat macamana yer, isteri abang ni
asyik malu jer dengan abang.” Ucapnya sambil tertawa. “sayang tahu tak, abang
tak pernah jumpa orang secantik sayang dalam hidup abang. Kenapa sayang pakai
niqab ya.” Soalnya kepadaku.
“Abang ni, abang nak tahu kenapa?” Soalku. Dia mengangguk.
“Sebab Dina hanya milik suami Dina seorang. Tiada siapa yang layak melihat
wajah Dina selain suami Dina, iaitu abang.” Ucapku sambil mencubit lembut
pipinya. Dia tersenyum. “Kalau macam tu, abang tak nak sayang buka niqab depan
orang ramai. Abang tak nak kongsi isteri abang ni.” Ucapnya pula. Aku hanya
mampu tersenyum bahagia.
“Sayang papa, meh sini.” Haikal memanggil anak
kami. Damia dan Darwin merupakan anugerah yang terindah dalam hidupku. Si kembar
yang baru boleh berjalan, berlari terkedek kedek mendapatkan papanya. Suamiku mencium
penuh kasih anak anaknya.
“Terima kasih sayang.” Ucapnya di telingaku. “Untuk
apa?” “sebab hadir dalam hidup abang..”
“Sama sama kasih abang.. Dina cintakan abang.”
ucapku sambil mengucu lembut pipinya. Haikal tersenyum bahagia. “Abang pun
cintakan sayang..” Terima kasih Ya Allah..
===========================================================
penulisan agak kerek sedikit maaf.. ni cerpen kedua saya.. by dini09art@yahoo.com
selamat membaca.