Hujan turun renyai renyai membasahi bumi. Suasana petang berubah menjadi kelam akibat dari cuaca yang mendung. Semendung hatinya kini. Perlahan dia memandang di luar jendela. Pandangannya kosong. Sekosong jiwanya. Dia pusing memikirkan masalah yang dihadapinya. Petir sambar menyambar. Sebuah pohon yang besar tiba tiba tumbang. Maha Suci Allah, dia bisa melihat keagungan Tuhan. Hatinya tenang kini.
Mungkin ini
suratan buatnya. Orang kata takdir mampu diubah dengan berdoa. Mengapa satu pun
doanya tidak dimakbulkan? Apakah silapnya ini. Orang lain semua bahagia.
Mengapa dia tidak? Dentuman kuat membuatnya kembali semula kealam realiti.
Astaqfirullah.. mengucap panjang dirinya. Allah sedang berbicara dengannya.
Siapa tidak ingin melihat keluarga bahagia. Namun kenapa berkahwin sedangkan
seperti orang bujang.
Munirah Alia
menyeka air mata yang membasahi pipinya. Mengeluh bererti tidak bersyukur pada
Ilahi. Sedangkan kini Tuhan telah kurniakan segala nikmat kepadanya. Dari
bergelar orang susah kini berubah kepada menantu orang kaya. Keluarga kerabat pulak tu. Menjadi kaya dalam sekelip mata. Namun perasaannya tidak mampu berbohong. Hanya satu yang
diimpikan, iaitu ingin bahagia bersama suaminya Ku Fahri Razman. Adakah tinggi
benar cita citanya untuk bersama seorang suami?
“Abang.. abang
nak keluar?” soal munirah sambil memandang ke arah suaminya. Dia yang sedang
memasak di dapur terserentak. Diperhatikan kelibat suaminya di muka pintu. Ku Fahri
hanya buat tidak tahu. Bukannya hendak menjawab soalan Munirah, tapi ingin
melarikan diri pula dari Munirah.
“Abang… jawablah
soalan Irah. Abang nak kemana ni? Kan hari ni hari minggu? Apalah salahnya
abang rehat dirumah. Irah rindu nak berbual dengan abang…” lirih suaranya
memujuk Ku Fahri.
“Hei Munirah. Apa
lagi yang tak kena dengan awak ni hah? Apa, semua yang saya bagi ni tak cukup
lagi ke buat awak? Rumah banglo ni, kereta, duit semuanya saya sudah bagi. Apa
lagi yang tak cukup? Sampai awak nak mengatur hidup saya pulak?” kasar suara Ku Fahri memarahi isterinya. Memang sedari dulu lagi kasihnya tidak pernah
tertumpah buat insan yang bernama Munirah Alia. Dia tidak pernah sayang pada
Munirah. Malah perkahwinan ini hanya sekadar ingin mengambil hati mama. Jika
bukan kerana mama, tak ingin dirinya tidur sekatil dengan anak orang gaji di rumahnya.
Perlahan lahan Munirah tersungkur dihadapan suaminya. Tangannya menggemgam erat kaki suaminya.
“Aa… abang, Irah merayu pada abang tolong jangan buat Irah macam ni. Tiap hari Irah tunggu abang balik dari ofis semata mata untuk bertemu dengan abang. Irah rindu sangat kat abang… Irah masak yang sedap sedap buat abang.. tapi abang balik lewat. Kadang kadang abang tak balik langsung. Irah risaukan abang…”
"Ha.. kalau awak
rasa perlukan saya dan nak lebih lama tinggal dengan saya, baik awak jangan
campuri urusan saya. Saya tak sukaaa….” Tempik Ku Fahri dihadapan isterinya sambil
melulu keluar. Pintu dihempas dengan kuat.
Munirah bungkam
tanpa sepatah kata.
******
"Ehh.. Irah,
Fahri!! Dah sampai pun anak mak. Masuklah..” pelawa Ku Zah kepada anak
menantunya itu. Disambut mesra salam menantu, pipi Munirah dicium kasih. Sayang
benar dia pada menantunya itu. Makin lebar senyumannya tatkala terpandang Ku Fahri
dan Munirah berpegangan tangan. Alhamdulillah ucapnya syukur.
Munirah duduk
disisi Ku Fahri. Mereka masih lagi berpegangan tangan. Makin lebar senyuman Ku
Zah.
"Mana papa… mama?" Ujar Ku Fahri Razman. Selalunya petang petang begini papa akan bersantai dirumah.
Dia senang melihat keadaan papa dan mamanya.
“Papa kau keluar
kejap. Jumpa kawan katanya. Haa… Irah ni dah masuk setengah tahun dah ni, bila
mama dapat main dengan cucu?” ujar Ku Zah berseloroh.
Munirah
tersentak. Hampir tumpah air yang di minumnya.
“Belum tahu lagi
mama…, belum ada rezeki…” jawab Ku Fahri berpura pura senyum. Biar mama tak tahu.
Dia tak mahu mama sedih dan kecewa.
Munirah tunduk.
Mama… macam mana la Irah nak hamil mama, kalau abang tidak sayang Irah. Kalau
adapun kami bersama, semuanya seperti terpaksa. Dia sayang Irah hanya kerana
nafsu. Bukan dari hatinya… mama!! Bisik hati Munirah. Kesal dengan sikap Ku Fahri
yang pandai berlakon. Di hadapan mama mereka berpegangan tangan. Itu kerana
arahan dari Ku Fahri Razman. Di luar, nak sentuh kuku pun amat susah. Dia menahan
air mata dari tumpah.
“Tak apalah kalau
belum rezeki lagi. Hmm… malam ni makan kat sini yer.” Ujar Ku Zah ceria. Irah..
jom tolong mama memasak. Ajak Ku Zah berlalu ke dapur.
******
Suasana di
Frasser Hills memang sejuk. Kelihatan kuntuman bunga ros mekar berkembang. Nun
jauh disana kelihatan sepasang kekasih yang sedang memadu asmara.
“Abang… Su sayang
abang, tapi Su tak boleh terima keputusan ni. Abangkan dah beristeri. Apa kata
kak Munirah nanti?” ujar Suraya sambil memandang ke arah Fahri Razman. Lelaki
yang dicintainya.
“Sayang… dia tak
boleh buat apa apa. Abang ada hak!! Abang kahwin dengan dia sebab abang kasihan
dia yang sebatang kara itu. Tu pun sebab mama yang pujuk abang.. Kan ke mak dia
jugak yang banyak berkorban kepada keluarga abang. Percayalah sayang… abang
sikit pun tidak mencintainya. Abangkan ada Su. Sekarang abang nak Su terima lamaran
abang ini.” Ucap Fahri sambil mata mereka bertentangan.
bersambung....
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini