Suasana tika ini
begitu pekat sekali. Dari kejauhan masih terdengar dentuman dentuman yang bisa
menggegarkan jantungku ini. Aku masih lagi bersandar pada tembok bangunan yang
ku kira bila bila masa sahaja akan roboh menyembah bumi yang berdarah ini.
Tanganku masih lagi
lincah menulis kisah tentang di sini, dalam sebuah buku yang tersemat kuat
dalam pelukanku. Aku tidak berpeluang untuk menggapai sebarang alat canggih
memandangkan semuanya telah hancur disebabkan mereka yang durjana itu.
Masih ku ingat
lagi. Hari itu aku berada di kem kem yang menempatkan para mujahidin dan orang
awam yang tercedera dalam peperangan itu. Terkocoh kocoh Aimi datang
menghampiriku. “Rumah kita telah hancur. Sebentar tadi baru terkena bom dari
pesawat.” Riak kecewa menyelubunginya. Aku tahu, Aimi sedih sekali.
“Semua barang kita
tak sempat nak ambil. Semua berlaku sekelip mata. Laptop ko juga aku tak sempat
nak ambil beb.”
Aku memandangnya.
“Tak apala Mi,
bukan rezeki kita. Dah, pergi sana. Kita kat sini punya tanggungjawab. Barang
tu musnah tak apa. Janji kita jalankan tanggungjawab kita.” Aku harus
menenangkan hati Aimi. Kalau bukan aku siapa lagi. hanya aku dan dia sahaja
negara ini. Dia mengangguk lemah sambil berlalu pergi.
Tanganku masih
lincah membalut tangan seorang lelaki tua yang mungkin berumur lewat 80 an.
Teruk sekali lukanya hingga menampakkan cebisan isi yang terkoyak teruk.
Sesekali mukanya
berkerut menahan sakit. Ahh, kasihan sekali aku melihatnya. Pasti sakit yang
amat ditanggung tika ini. Wajahnya kelihatan tenang. Jelas terlihat nur pada
wajahnya yang bening itu. Sekali pandang seperti tiada kegusaran yang terlahir
dalam dirinya. Melainkan hanya bertenang sahaja.
“Pak cik sakit?” Soalku
kepadanya. Aku cuba berbasi dengannya untuk menghilangkan rasa sakit yang
ditanggung. Dia hanya mengeleng sambil tersenyum.
“Tak sakit pun. Pak
cik dah terbiasa begini. Pak cik dah lali dengan semua ini.” Ucapnya dengan
senyuman yang masih bersisa. Sesekali dia mengusap lembut kepalaku. Sementara
tanganku masih lagi ligat membalut luka pada tangan sebelah kirinya.
“Pak cik tak takut
semua ni? Mana keluarga pak cik yang lain?” soalku lagi. Terasa tenang sekali
bersama dengannya. Dapat ku rasa belaian kasih sayang dari mereka yang jauh
berjuta batu dengan ku saat ini. Bila teringat kembali pada mereka yang jauh di
sana, hatiku dipagut rasa sebak sekali. Dalamnya perasaan rindu pada mereka di
sana. Ku lihat matanya berkaca. Pasti sesuatu telah berlaku pada ahli
keluarganya. Perasaan bersalah menguasai diriku.
******
“Zarif dah fikir
masak masak ker?” Tengking mama sewaktu aku meluahkan hasrat hatiku. Jelas
terpancar pada wajahnya yang tidak bersetuju dengan tindakanku ini.
“Ma… bagi Zarif
peluang ma. Zarif teringin sangat ke sana ma. Zarif nak bantu mereka yang dalam
kesusahan tu ma. Tolong Zarif ma…” mendayu dayu suaraku. Bukan apa, aku hanya
meminta sedikit ihsan dari orang tuaku. Mama merenungku tajam sambil bercekak
pinggang. Aku tahu keluar air mata darah sekalipun, pasti mama tidak akan
bersetuju terhadap permintaanku ini.
“Izah…” papa yang
sedari tadi berdiam melihat persengketaan kami mula bersuara. Aku dan mama
menoleh sekilas ke arah papa. Surat khabar yang di baca tadi dilipat dan
diletakkan di atas meja kaca di sisi kerusi. Cermin mata juga ditanggalkan. Papa
menenyeh matanya berberapa kali. Papa bangun dan menghampiri mama dan di gosok
belakang mama beberapa kali. Papa mesti sedang menengangkan mama.
“Apa salahnya kita
bagi peluang buat Zarif. Zarif kan sudah besar, dia mampu memilih yang mana
baik dan mana yang buruk. Abang yakin Zarif sudah tahu itu yang terbaik
buatnya. Apa salahnya jika dia memilih jalan hidupnya sendiri.” Panjang lebar
papa meluahkan kata katanya. Aku yang sedari tadi hanya mendengar turut
tertegun. Hanya papa yang mengerti perasaan aku tika ini.
“Tapi bang, Zarif
satu satunya anak lelaki kita. Saya tak sanggup kehilangan dia bang.” Ucap mama
yang tersedu sedan menangis memeluk papa. Papa hanya membiarkan sahaja
perlakuan mama. Tangannya naik menggosok lembut bahu mama. Aku yang melihat
hanya mampu menundukkan wajah sahaja. Berdosa mengingkari arahan orang tua. Aku
tidak mahu hidupku tidak diredai oleh Allah.
“Abang tahu Zah, abang
pun sedar Zarif satu satunya anak lelaki kita. Tapi kita sebagai orang tua,
harus menghormati pendirian anak kita. Dia bukan pergi kemana pun, dia hanya
ingin berjuang menolong saudara seagama dengannya. Kita harus meredainya Zah.
Tanpa reda sia sia sahaja perbuatannya itu.” Ucap papa lagi. Kali ini bertambah
kuat esakan mama. Semakin kemas pelukan mama terhadap papa. Papa memandang sekilas
kepadaku. Aku tahu apa keputusan papa.
“Ma, jika mama tidak
izinkan Zarif untuk pergi Zarif tak akan pergi ma. Zarif tak nak Tuhan marahkan
Zarif kerana derhaka pada orang tua Zarif. Zarif sedar, berbakti kepada orang
tua adalah yang utama ma. Zarif sentiasa ingat pesanan Rasulullah itu ma.”
Ucapku lirih. Ya, aku tidak boleh derhaka. Aku harus reda jika itu permintaan
orang tuaku. Aku tak mahu dilaknat. Aku mahu hidup aman atas dunia ini. Aku
berkira kira untuk bangun melangkah pergi. Biarpun hati ini merintih kuat.
“Zarif…” langkahku
terhenti. Aku menoleh kebelakang. Kelihatan mama sedang mengesat pelupuk
matanya dengan kedua belah tangannya. Dia menghampiriku lantas memeluk tubuhku
erat. Aku terpinga pinga.
“Mama izinkan Zarif.
Mama tahu Zarif anak yang paling baik. Janji dengan mama, Zarif akan jaga
keselamatan Zarif kat sana ya. Jangan risaukan kami kat sini. Kami di sini
boleh menjaga diri. Kami hanya bimbangkan zarif sahaja. Janji ya.” Ucap mama.
Aku membalas pelukannya. Terasa ini adalah pelukan buat kali terakhirku untuk
mereka.
“Zarif janji ma.
Zarif sayang mama, papa dan adik. Terima kasih ma kerana sudi memberi peluang
ini untuk Zarif. Tak menyesal andai Zarif mati di sana nanti. ” ucapku. Dalam
hati betapa gembiranya aku. Ya, aku akan menghampiri dia satu saat nanti.
Tunggu aku wahai kekasihku.
“Jangan cakap macam
tu Zarif, mama tak nak dengar.” Terasa baju basah. Mama sudah teresak esak
dalam pelukanku. Ya Allah, kuatkan hati mamaku ini. Doaku dalam hati. Aku
mengucup lembut pipi mama. Dia membalasnya dengan mengucup lama dahiku. Terasa
sebak pula hatiku ini. Seperti tidak sanggup untuk berpisah. Tapi apakan daya,
aku amat merinduinya. Aku harus menetapkan hatiku padanya.
Selepas aku
melepaskan pelukan mama, aku mendapatkan papa yang lama melihat telatah kami
anak beranak. Aku memeluk papa. Pipinya ku cium untuk kali yang keberapa. “Terima
kasih papa.” Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Tiada apa yang bisa terucap
melainkan hatiku sudah berbunga riang.
“Janji dengan papa,
kamu akan menjaga diri kamu baik baik. Papa sayang kamu. Kamu telah membuat
keputusan yang terbaik dalam hidup kamu. Oh ya, adakah dia yang kamu maksudkan
selalu rindukan itu?” soal papa sebaik pelukan itu di lepaskan. Aku mengukir
senyum sambil mengangguk. Papa turut tersenyum kepadaku.
“Jika dia yang kamu maksudkan. Papa tidak risau. Papa yakin
dia akan sentiasa bersama kamu di sana nanti. Maafkan mama, dia tidak bermaksud
begitu. Dia hanya mahu yang terbaik buat anaknya.”
******
Bunyi rengetan
kecil mematikan lamunanku saat aku meminta izin dari kedua orang tuaku. Aku
bangun dan menghampiri Ammar. Kanak kanak yang baru berusia tiga tahun.
Polosnya wajah ini. Berkening lebat dan bermata biru. Sekali pandang tak ubah
seperti anak mak saleh.
“Ummi, abi…” kata
kata itu terluah dalam lena Ammar. Sungguh, hati ku sayu mendengarnya. Budak
sekecil ini yang tidak berdosa menanggung beban yang paling berat. Tubuhnya
menggigil menandakan dirinya dalam kesejukan.
Aku membuka jaketku
lalu menyelimut tubuh kecil itu. Dia merengek lagi menyebut nama orang tuanya.
Ya Allah, besarnya dugaanmu untuk budak sekecil itu. Aku berbaring menghadapnya
lalu aku rangkul dengan kemas tubuh kecil itu. Hatiku sudah lama jatuh sayang
kepadanya. Ayat tiga Kul aku baca. Perlahan lahan ku tiup pada ubun ubunya.
Mudahan Allah menenangkan jiwanya.
“Ummi… abi…” aku
yang baru sampai di tempat kejadian hanya melihat sekilas ke arah kanak kanak
yang sedang duduk menangis tersedu sedan di sisi mayat. Tanpa kata, aku terus
melangkah menghampirinya.
“Kenapa ni.” Soalku
kepada budak itu. Dia masih lagi menangis teresak esak. Dia memelukku erat. Aku
termanggu.
“Umi, abi…” dia
menunjukku kepada sekujur mayat berpasangan yang terbaring lesu di atas jalan
raya. Berdekatannya terdapat sebuah kereta yang rentung. Yang tinggal hanya
rangka. Aku pasti itu adalah ibu bapanya. Aku membalas pelukannya. Dia masih
lagi teresak di sampingku.
Aimi datang
menghampiriku. “Itu mangsa yang terkorban. Dari maklumat orang ramai, mereka
kata kedua pasangan itu menghampiri ke kereta mereka. Tiba tiba tanpa sedar
sebuah bom dilancarkan berhampiran mereka dan terkena kereta itu dan terus
meletup.” Ucap Aimi sambil tangannya menunjukkan ke kereta yang telah hancur
itu. Aku hanya mengangguk. Sedangkan budak kecil itu masih lagi menangis.
“Mungkin ini
anaknya.” Ucap Aimi lagi sambil berlalu menghampiri mangsa lain yang turut sama
tercedera.
“Walid…” aku terasa
seseorang sedang memanggilku. Perlahan lahan aku membuka mataku. Ammar sedang
duduk di sampingku sambil tersenyum manis. Aku menggosok mataku sambil untuk
bangun. Setelah berdiri, Ammar memimpinku ke arah ruang solat yang telah di
khaskan dalam kem itu.
Aku hanya mengambil
wuduk dengan debu sahaja. Memandangkan untuk mendapatkan air di sini amat susah
sekali. Dapat aku rasa betapa menderitanya mereka di sini. Usai mengambil bertayamum
aku berjalan ke arah satu ruang untuk menunaikan solat. Langkah ku terhenti
melihat Ammar berada dihadapanku dengan sunyuman sambil menghulur kain sejadah
buatku. Aku menyambutnya dengan satu kucupan di dahinya sebagai ucapan terima
kasih.
“Walid jadi imam
ya. Ammar ikut walid kat sini.” Ucap Ammar setelah aku mula membentangkan kain
sejadah. Dia berdiri dengan kain sejadah yang lain di belakangku. Aku hanya
mengangguk. Bertuah kedua orang tua Ammar mempunyai anak yang sudah terdidik
dengan baik walaupun baru berumur tiga tahun.
Usai memberi salam.
Aku mula mengangkat tangan untuk berdoa.
“Ya Allah, hamba
bersyukur kerana diberi kenikmatan yang tidak terhingga.” Hatiku terasa perit
bila mengenangkan rakyat di sini yang serba kekurangan sedangkan aku di
Malaysia dahulu mempunyai kehidupan yang mewah.
“Ya Allah,
ampunilah dosa hamba, dosa kedua ibu bapa hamba yang jauh di sana. Ya Allah,
limpahkanlah rahmatMu kepada mereka dan kurniakanlah kepada mereka
kesejahteraan dunia dan akhirat. Ya Rabbana, andai di takdir kepadaku untuk
terus hidup di sini, hamba bersyukur sekali. Kurniakan kepada hamba sedikit
kekuatan untuk mengharungi dan meneruskan ke arah jalan ini. Selamatkanlah
warga di sini. Lindungilah mereka itu Ya Allah…
Ya Muhaimin, hamba
bersyukur sesungguhnya Engkau telah memakbulkan doa hamba yang satu ini.
Sesungguhnya, hamba berasa begitu dekat sekali dengannya. Setiap masa dia ada
bersama hamba. Terima kasih Ya Allah… kerana Engkau, hamba tidak pernah
berputus asa untuk memilikinya biarpun dia masih belum datang kepada hamba.
Sekurangnya, Engkau tahu betapa aku amat merinduinya. Amin, Ya Rabbal Alamin…”
Usai berdoa Ammar
datang menghampiriku. setelah bersalam dia duduk di atas ribaku. “Walid, abi
pernah cakap. Kalau kita mati syahid kita akan masuk syurgakan? Abi dengan umi
mati syahid kan walid?”
Aku memandangnya
sambil tersenyum. Lantas ku peluk tubuhnya dan mengangguk. Walid, adalah
perkataan yang ku minta Ammar untuk memanggilku. Aku sayangkan Ammar. Terlalu
sayang. Dia adalah anakku setelah kedua orang tuanya telah meninggal dunia.
Hidupku bagaikan telah terisi dengan kehadirannya.
Orang yang cukup
petah dan cerdik. Itulah salah satu penyebab aku sayangkannya. Walaupun dia
berseorangan di atas dunia ini, sesekali dia tidak pernah mengeluh. Malah
sentiasa tersenyum. Ungkapan yang tidak pernah aku lupa dari mulut kecilnya, “Yang
pergi tetap akan pergi. Yang hidup kena teruskan kehidupan.” Itu selalu yang
dipesan oleh kedua orang tuanya.
*******
Dalam diam aku
mencintai dirinya. Kapan pun aku mencintainya aku sendiri tidak pasti. Yang pasti bila mereka bercerita tentangnya,
aku pasti akan terasa ingin tahu. Hatiku bagaikan bersemangat saat mendengar
kisah tentangnya.
Setiap hari aku pasti
bertanya sahabatku tentang dirinya. Sahabatku selalu bercerita tentang
kelebihannya, hati ku mula diterpa rasa bangga mencintai dirinya itu. Hati ku
berbunga riang saat ini. Hingga dulu sampai sekarang aku tidak pernah berhenti
mencintainya.
“Ko dah ada teman
hidup ker beb?” tanya sahabatku yang seorang ni.
“Tak ada lagi,
kenapa yer?” sajer aku nak bermain tali dengannya. Senyuman diwajahku aku
sembunyikan.
“Tak kan tak ada
yang berkenan kot...” lirik matanya memandangku. Ketawa aku meletus juga akhirnya.
“Ko ni, aku tanya
ni...” mencerlung dia memandangku. Aku masih dengan saki baki tawaku. Sahabatku
sorang ni memang terlebih prihatin. Hahaha.. aku bersyukur punya sahabat
sepertinya.
“Ader la.. mane
boleh gitau ko, tak pekdah (berfaedah) pun...” panjang muncungnya saat aku
berkata begitu.
“Bila tiba masanya
ko akan tahu jugak..” wajah tidak puas hati selalu ditonjolnya.
“Ermm” aku tahu dia
merajuk. Biarlah, asalkan hati aku berbunga riang saat ini.
Dah bertahun aku
mencintai dirinya, dan bertahun juga lah aku terpaksa menanggung rindu buatnya.
Aku tidak pernah sekalipun meluahkan rasa cintaku padanya. Bermakna, bertahun
jugalah aku pendam rasa cintaku padanya.
Bila la agaknya aku
akan dipertemukan dengannya. Rasa rindu yang menebal, aku rasa sudah tidak
tertahan lagi. Aku ingin luahkan cintaku padanya. Biar dia tahu, betapa aku
menginginkannya.
Selalu aku hanya
melihatnya dari jauh... bila aku lihat ramai yang rapat dengannya, hati aku
jadi iri. Cemburu tak menentu aku jadinya. Bila sahabatku bercerita tentangnya,
pasti aku akan jadi
pendengar yang setia.
Sahabat ku sendiri
pelik dengan tingkahku, aku hanya tersenyum. Senyuman yang cukup membuatkan
sahabatku tenang.
“Razif jom pergi
makan, aku laparlah..” aku hanya mengangguk.
“Kita nak makan apa
yer?” soalku kepadanya.
“Kita makan nasi
kukus la, lama kita tak makan.”
“Memang aku nak
ajak ko makan tu sebenarnya,” ujarku kepadanya. Bertambah lebar senyumanku.
Makanan kegemaranku akan dimakan kejap lagi.
“Ko ni memang..”
sambil menepuk lembut bahuku.
“Biasalah, aku kan,
hahaha” tawaku meletus. Walaupun perlahan cukup didengar olehnya sahaja. Aku
memang malu untuk ketawa di tempat umum.Kami beratur untuk membeli makanan.
Sesudah itu kami ke meja makan.
“Ko tak rasa pelik
ker? Ramai yang tengah pandang ko.” Ucapnya sambil memandang sekeliling.
“Apasal pulak?” Aku
menjongketkan bahuku..
“Untung la ko ramai
peminat dalam diam,” tambahnya lagi. Aku tahu dia iri lihat aku begini. Tapi
apakan daya. Perasaan cintaku pada dia masih tetap utuh di hatiku.
“Apa la ko ni...”
aku ni kekadang tak faham jugak dengan sikap sahabat ni seorang.
“Eh, cam mane ngan
awek yang nak kat ko dulu tu?” Soalnya padaku.
“Aku tak minat kat
diorang. Cintaku hanya untuk si dia sahaja.” Ungkapku dengan spontan. Ya, aku
memang mencinta si dia. Senyuman diwajahku tidak lekang akhirnya. Betapa
bertuah mencintainya walaupun cintaku tidak pernah terbalas.
“Siapa? Gitau la
aku, takkan ngan aku pun ko nak berkira kot...” hahaha, sahabatku ini memang
pandai dalam bab pujuk rayu. Pasti cair la aku kejap lagi.
“Syahidah..”
jawabku ringkas. Malas nak layan sahabat ku ini. Nasi ku suap kemulut.. hmm..
bestnyer.
“Untungla..” aku
menjongketkan kening. Tanda tidak faham apa yang di tutur olehnya.
“Ye lah, dah la
ramai peminat, dah tu ada teman hati pulak...” ucapnya sambil menggosok bahuku.
Aku hanya tertawa
dengan gelagat sahabatku seorang ni.. macam macam karenahnya.
Lagu nasyid di
corong radio menggamit perasaan ku ketika ini. Lagu ini menambahkan lagi
kerinduan aku padanya. Ya Allah, pertemukanlah aku dengannya. Hatiku merintih.
Meminta moga ada jodoh antara kami berdua.
“Apa yang ko
menungkan tu beb?” Aimi sahabatku mendekatiku.
“Aku rindu dia la
beb... tak tertahan rasanya.” Ucapku lembut sambil memeluk lutut di beranda.
Yup, memang aku merinduinya saat dan ketika ini.
"Ko ni beb, kemaruk
cinta betulla. Tak faham aku dengan ko ni,” Aimi menjengkelkan mata. Aku tahu
dia pelik dengan perasaanku. Aku menguntum senyuman paling manis buatnya.
“Sumpah, aku memang
merinduinya.” Ucapku sambil bangun untuk ke katil, rasa mengantuk yang amat
sangat. Aimi kulihat hanya menggelengkan kepala sahaja. Mungkin bingung
agaknya.
Hari ni, hari
terasa sungguh memenatkan bagiku. Badanku terasa penat. Banyak asignment yang
harus aku siapkan. Untung pelajar fakulti lain. Mereka tak perlu bersusah payah
seperti aku.
Sebagai seorang
pelajar Art and Design, memang banyak cabarannya. Kini ini merupakan minggu
terakhir untuk semester ini. Hatiku mengucap syukur.
“Jom balik Zif,”
Aimi menyapaku dari belakang. Aku pandang sekilas kearahnya. Kami menuruni
curam untuk ketempat parking motor.
“Ko ni beb, asyik
termenung jer, kuat betul penangan si Syahidah tu yer. Sampai sampai ko boleh
jadi angau macam ni.” Aku hanya tersenyum. Yer, memang hebat penangannya hingga
aku sangat mencintainya.
“Ko ni Mi, ader
ader jer la...” aku menepuk bahu Aimi.
“Sejak bile lagi ko
kenal dia beb?” soal Aimi kepadaku. Aku tersenyum. Aku mendekatinya.
“Sejak pertama kali
aku mendengar kisah tentangnya. Pada saat tu lah, aku mula jatuh cinta padanya.
Aku hanya melihatnya dari jauh. Untuk mendekatinya aku tidak mampu Mi. Aku
mencintainya dalam diam.” Ucapku tenang. Segala isi hati aku curahkan juga
akhirnya. Jatuh rahang si Aimi mendengar ceritaku. Mungkin pelik kot.
“Abis tu, kira dia
tak tahu la ko cintakan dia beb?” aku hanya mengangguk laju.
“Yup, dia tak tahu
pun yang aku cintakan dia. Sebab aku tak pernah gitau dia.” Ucapku selamba. Aku
lihat Aimi menggaru kepalanya. Entah apa yang difikirkan pun aku tak tahu.
Mungkin dalam hatinyan sedang mengatakan aku sedang biul agaknya. Tapi tak apa
la. Janji aku setia dengan cintaku itu.
*******
Kenangan lalu masih
lagi bermain dalam benakku. Siapa sangka aku telah hampir dengan si dia. Takdir
telah menentukan segalanya. Dulu aku hanya berharap akan meluahkan rasa cintaku
padanya melaui kata kata. Kini bukan lagi. Tapi aku masih belum mengungkapkan
rasa cintaku kepadanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku mencintai
dirinya.
Ammar datang
kepadaku. Ditarik tanganku untuk berdiri. Hari ni, semua mangsa kelihatan
sihat. Alhamdulillah, berkat bantuan orang ramai. Walaupun masih ramai yang
kritikal, namun tidak menunjukkan sebarang negatif, semuanya masih normal.
Tuhan masih menyayangi diri mereka. Ya, aku harap Tuhan panjangkan umur mereka
untuk meneruskan perjuangan murni ini.
Aku mapir kepada
ahli sukarelawan yang lain. Mereka kelihatan tak menang tangan membantu dan
merawat mangsa yang terbaru. Langkahku pegun bila aku manghampiri pak cik
Muhammad. Mangsa yang terluka teruk di tangan beberapa hari lalu. Dia kelihatan
masih lagi khusyuk dengan membaca al Quran. Satu persatu di beleknya. Aku duduk
di kerusi disampingnya. Ammar ku letak di atas ribaku. “Assalamualaikum pak
cik”
Dia memandangku.
Senyuman di hadiahkan kepadaku. Dia masih lagi murah dengan senyumannya.
“Waalaikumsalam.” Ucapnya sambil menutup pembacaan buku al Quran. “Anak sihat?”
sambungnya lagi.
Aku hanya
mengangguk. Malu pula diriku. Sepatutnya aku yang bertanya khabar kepadanya,
bukan dia yang bertanya khabar kepadaku. “Saya sihat, pak cik pula macamana? Masih
lagi sakit kat tangan tu pak cik?”
Dia mengeleng
kepalanya. “Semua ini atas kebaikan anak. Jika tiada kamu, tak tahu la apa yang
akan jadi kepada pakcik, mungkin dah mati di tembak oleh zionis itu.” Selanya
sambil ketawa.
Aku hanya
tersenyum. “Tak perlu berterima kasih kepada saya pak cik, ini tanggungjawab
saya sebagai orang islam. Saya wajib membantu saudara seagama saya. Cuma saya
kesal, masih ramai lagi di luar sana yang alpha dengan kehidupan mereka.
Langsung tidak mahu membantu saudara seagama mereka.” Memang kesal sekali.
Sikap manusia yang memandang remeh tentang perkara ini. Aku hanya mengeluh
lemah.
“Tak baik mengeluh
nak, anak ada di sini pun kami dah bersyukur. Sekurangnya ada juga Malaikat
yang dikirim Allah untuk membantu kami. Anak nak dengar tak kisah menarik
tentang di sini?” aku hanya mengangguk.
“Beberapa hari
lepas, orang yahudi telah masuk ke dalam kawasa kita. Komander kita mengarahkan
agar kita tidak menembak mereka. Tetapi tiba tiba senjata kita berfungsi dan
menembak ke arah mereka. Semua kelihatan terkejut. Bila habis sahaja adegan
itu, askar kita kelihatan terkejut kerana peluru tiada satu pun yang tersentuh.
Itulah kebesaran Allah kepada kita nak. Dia akan membantu kita biarpun dengan
apa cara sekalipun.”
Aku yang mendengar
bertambah semangat. Allahuakhbar! Besarnya keagunganNya. Terasa kerdil aku
sebagai seorang manusia yang memiliki banyak kekurangan. Ammar juga kelihatan
bersemangat. Pelbagai keletah yang ditunjukkan olehnya, di buat tangannya seolah
senapang untuk menembak orang yahudi. Kami hanya ketawa melihat telahnya.
“Itulah, kita pun
tahukan. Allah sendiri telah berfirman, bahawa baitul maqdis adalah kawasan
yang terpelihara. Kita sendiri tahu bukan, di sini nabi sulaiman memerintah
segala macam benda termasuklah jin. Kita tidak tahu siapa yang menolong kita
hari itu. Yang pasti mereka ada bersama kita.” Sambungnya lagi setelah habis
kami bergelak ketawa.
“Betul tu pak cik.
Kita sepatutnya bersyukur pada Allah.” Dia mengangguk setuju dengan kata
kataku.
******
Aku memimpin tangan
Ammar. Kasian dirinya. Seharian terperuk dalam kem mungkin terlalu bosan. Aku
berjalan melalui lurah lurah di Tebing Barat. Kelihatan banyak kemusnahan yang
terjadi di sini. Bukit bukit juga di penuhi dengan cebisan batu bata yang
musnah. Kelihatan seperti padang jarak padang terkukur. Tiada satu pun yang
kelihatan. Masjid juga kelihatan hancur di bom oleh zionis tempoh hari.
Kawasan ini agak
lengang. Tiada sesiapa pun yang berada di sini. Hanya aku dan Ammar sahaja.
Selalunya ramai yang bermain di sini. Tapi kenapa hari ini tiada sesiapa ya.
Pelik. Serpihan serpihan bom aku pegang dan aku lempar ke arah benteng tinggi
yang terletak agak jauh dari sini. Benteng yang memisahkan antara Israel dan
Palastin. Kasian rakyat Palastin, kesemua tanah mereka di rampas oleh kaum yang
kejam. Tengoklah, ladang sayur sekarang sudah menjadi tembok milik zionis.
Kejamnya mereka!
Ammar melepaskan
tangannya dari genggamanku. Dia berlari ke arah celah celah bangunan yang
runtuh. “Ammar!!!” belum sempat aku berlari ke arahnya bunyi dentuman yang
begitu kuat di cuping telingaku. Dapp! Jantungku seakan berhenti. Ya Allah.
Aku melilau mencari
kelibat Ammar. Ya Allah, bimbangnya aku tentang Ammar. Bunyi dentuman semakin
hampir denganku. Aku harus mencari Ammar! Bantu aku Ya Allah... Dalam leka aku
mencari kelibat Ammar tiba tiba terasa satu hentakan kuat di kepalaku. Mataku
terasa berbalam saat ini. Adakah ajalku telah tiba! Bagaimana dengan Ammar!
Aku jatuh
tersungkur. “Walid!!!” kedengaran suara ammar sayup sayup memanggil namaku.
Sebelum semuanya gelap gelita.
“Aku tahu kau amat
rindukanku, aku tahu kau amat mencintaiku. Oleh itu kuatkan semangat kau untuk
bersamaku. Aku menantimu wahai kekasih.”
******
Aku membuka mata
perlahan lahan. Kepala yang masih sakit aku tahan juga. Ammar! Mataku terbuka
luas. Aku memandang keadaan sekeliling. Semuanya kelihatan asing buatku. Aku
kat mana? Mataku melilau mencari kelibat Ammar. Tiada. Wajahku mula terasa
panas. Aku berada dalam sangkar yang bergerigi. Suasana begitu gelap di
dalamnya. Aku cuba menutup mata perlahan lahan. Sakit pada kepala memaksa aku
berbuat begitu.
Aku membuka mata
ketika terdengar suara orang sedang berjalan. Aku cuba menutup mataku, tidak
mahu jika orang perasan aku sudah sedar. Aku mahu melihat dulu siapa mereka
yang sebenarnya. Kelihatan dua orang lengkap berpakaian askar menghampiriku.
Mereka membuka kunci sangkar lalu menapak ke arahku.
“Hoi! Bangun!”
seorang dari mereka mengejutkan aku. aku masih lagi berpura pura tidak sedarkan
diri. Ketika itu aku merasakan sakit yang amat sangat pada bahagian perutku.
Mereka menyepak diriku seperti sedang menendang bola.
“Arghh...” aku
mengerang kesakitan yang amat sangat. Terasa senak membuak buak dalam tubuhku.
Ya Allah, sakitnya. Mereka mengheret tanganku supaya aku mengikutnya. Dalam
keadaan kepala yang masih lagi sakit aku cuba gagahkan juga. Mereka mengheretku
tak ubah seperti binatang ternakan yang di cucuk tali.
Aku menuruti
langkah mereka beriringan. Dapat ku lihat masih ramai lagi yang berada dalam
sangkar ini. Bukan hanya aku seorang. Wajah mereka sorang sorang penuh dengan
riak terseksa. Pintu besar dibuka. Suasana begitu panas terik sekali.
Mereka mengheretku
hingga ke tengah kawasan lapang. Ramai tahanan yang berada di sana ada yang
diikat tangan, ada yang diikat kepala dengan tali. Memang dahsyat sekali
penyeksaan mereka terhadap tahanan. Kejam sungguh!
Aku ditolak dengan
kasar hingga tersungkur di atas pasir. Mereka menghampiriku dengan penuh gelak
ketawa. Tali dicapai dan diikat kedua belah tanganku. Aku cuba meronta tetapi
di tepis kasar tepat mengenai pipiku. Ahh... sakit yang tidak terperi. Aku
hanya diam. Sakit di kepala bertampah sakit dengan satu tamparan kuat hinggap
di pipi.
Mereka berlalu
meninggalkan aku. mataku memandang mereka sehingga mereka hilang dari pandangan
mata. Aku menoleh ke kiri. Ramai yang bernasib sama sepertiku.
“Aku tahu kau amat
rindukanku, aku tahu kau amat mencintaiku. Oleh itu kuatkan semangat kau untuk
bersamaku. Aku menantimu wahai kekasih.”
Kata kata itu masih
lagi terngiang dalam kepalaku. Siapa yang bercakap denganku sebentar tadi. Ammar,
ya aku amat risaukan Ammar. Ke mana dia menghilang. Adakah dia selamat. Baru
aku teringat bunyi letupan kuat sebelum aku jatuh? Tidak! Tak mungkin, tak
mungkin ammar sudah... aku terbaring di atas pasir sambil meronta ronta. Air
mata makin deras membasahi pipiku. Aku tidak sanggup kehilangan ammar! Aku
sayang anakku.
Seorang lelaki
datang menghampiriku. Aku menangis teresak esak disampingnya. Dia cuba
menenangkan diriku. Aku tidak sanggup. Ammar satu satunya insan yang aku miliki
tika ini.
“Hey! Bagitahu kami
di mana muhammad!” Aku dibawa masuk setelah lima jam aku dijemur di tengah
panas. Aku yang sedang duduk berlutut mendongak sedikit ke atas. Muhammad siapa
Muhammad? Aku tidak kenal. Dia memandang tepat ke arah mataku.
“Aku tak kenal
siapa dia lah.” Aku cuba menentang pandangannya itu. Merah padam wajahnya
menahan marah. Pangg! Satu tamparan hinggap di pipiku. Pedih yang amat ku rasa.
Lagi kuat matanya memandang ke arahku. Dia tersenyum sinis.
“Kau ingat aku
bodoh! Kau jangan nak tipu aku la budak! Cepat bagitahu aku di mana dia?” Askar
itu mula menengking kepadaku. Aku tersentak. Ya Allah, siapa Muhammad. Aku
tidak kenal nama itu. Wajahku tunduk kebawah. Jantungku sudah berdetak agak
laju. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku ini.
“Hoi, kau pekak ke
hah!” Makin kuat dia menengking kepadaku. Kepalaku ditunjal beberapa kali. Dia
merenggus kasar. Lalu duduk di atas kerusi dihadapanku. Aku masih lagi diam
membatu.
“Aku memang tak
kenal la siapa Muhammad.” Ucapku lemah. Sakit dalam kepala, makin hari makin
kuat. Entah kenapa aku sendiri tidak tahu. Sejak dipukul hari tu ia makin
menjadi jadi.
Pangg!! Sekali lagi
pipiku menjadi mangsanya. Dapat ku rasa cecair pekat mula membasahi pipiku.
Terasa pedih yang amat sangat pada bahagian pipi. Aku menyentuh pipi kiriku. Ahh...
sakit sekali rasanya. Kepalaku mula terasa pusing.
“Ehh, lelaki yang
kau selamat hari tu bukankah dia Muhammad? Kau jangan ingat aku tak tahu. Dah
lama aku perhatikan dia kau tahu tak! Kerana dia ramai orang orang aku dah
mati!” bentaknya kuat. Aku yang mendengar masih lagi blurr, dia pak cik
Muhammad!
“Arghh...” aku
bertempik. Sakit dalam kepala menyerang lagi. Aku sempat tersenyum sinis
sebelum jatuh tersungkur. Aku takkan bagitahu di mana pak cik Muhammad.
*****
Aku duduk termenung
di sisi gerigi besi. Cahaya bulan waktu malam ini tidak kelihatan kerana
temboknya yang terlalu tinggi. Sebentar tadi, aku sempat mendengar mereka baru
berbincang untuk memusnahkan bangunan kerajaan Hamas di sana sewaktu aku di
usung masuk ke sini. Kejam sekali mereka.
Tanganku menyeluk
saku dan mengeluarkan satu buku kecil. Buku yang aku simpan sejak dari hari
pertama aku datang lagi. Semua yang di pesan oleh papa dan mama aku tulis dalam
buku ini. Dah lama aku jangkakannya. Papa sendiri pernah cakap buku lah barang
yang paling selamat sewaktu berada di
sana. Sebab itu, segala macam aku menulis di dalam buku ini. Ia ibarat diari
aku. helaian demi helaian aku selak. Helaian terhenti pada muka surat yang ke
seratus.
Fadilat membaca dan amalan membaca surah surah pilihan.
Surah Al Falaq dan An Nas
Ingatlah saya beritahu kepada kamu tentang ta’awuz (doa
perlindungan) ialah qul a’u zu birabbi
Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari
kekejaman orang yang memegang kuasa, orang orang jahat bacalah kedua surah ini
100 kali.
Surah An Nasr
Bacalah surah ini apabila hendak melakukan kerja kerja
yang rumit atau berat ataupun hendak keluar rumah, insyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.
Surah Al Khautsar
Menurut hadis rasulullah, sesiapa yang membaca surah al
Khautsar maka Allah akan memberikan minuman dari syurga.
Sesiapa yang membaca surah al khautsar 7 kali semasa
dalam keadaan ketakutan, Allah s.w.t akan memberikan perlindungan terhadapnya.
Pen yang terletak
di celah buku aku tarik keluar. Muka surat yang ke seterusnya aku belek. Masa
ni jiwa ku kosong ya, kosong sekali. Aku bersandar pada dinding batu. Aku
teringatkan Ammar. Suara Ammar memanggil namaku masih lagi terngiang ngiang
dalam kepalaku. Perlahan lahan tanpa aku sedar air mata mengalir lagi. aku terlalu
rindukan Ammar. Di mana dia sekarang. Papa, mama... Zarif sayang kalian. Ya
Allah, lindungi anakku.
Tika ini hatiku
mula merasa pasrah. Aku tidak kisah jika waktu ini juga aku terpaksa mati. Aku
sudah mengalah. Tiada apa yang dapat aku lakukan sekarang. Aku menghentakkan
kaki ku di atas lantai. Aku tidak sanggup menanggung lagi.
“Kau kata kau
cintakan aku, mana janji kau untuk bersama aku? kau terlalu naif Zarif, Allah
berikan kepada engkau sedikit cubaan kau sudah mengalah? Aku tidak sangka sikap
kau begini yang sebenarnya.”
Satu suara mendayu
dayu di cuping telingaku. Aku mengelengkan kepalaku. Siapa yang sedang
berbicara denganku saat ini.
“Dulu, kau cemburu
melihat orang ramai datang kepadaku. Kini bila aku telah datang kepada kau, kau
sanggup mengalah? Kau dah lupa janji kau pada papa dan mama? Mana janji kau
itu?”
Aku masih lagi
tersengguk sengguk di atas lantai ini. Aku memeluk kemas lututku. Kepalaku
sembamkan di atas kepala lutut. Aku mengeleng beberapa kali. Aku tidak kuat!
“Hey, aku sedang
bercakap dengan kau ni. Mana janji kau? aku mahu tuntut janji kau dengan aku.
Wahai Muhammad Zarif Al Zikry, sesungguhnya ujian itu hanya sementara sedangkan
kebaikan itu adalah yang paling manis. Allah mendatangkan kepada engkau musibah
supaya engkau terus kuat menghadapi dugaanya yang bakal mendatang. Sesungguhnya
Allah itu bersama engkau. Dia melihat atas apa yang telah engkau lakukan dan Dia
menilik kembali sejauh mana hati mu terus ikhlas menerima semuanya.”
“Siapa engkau?” aku
berani bertanya.
Senyap.
“Aku yang kamu
selalu rindukan itu. Jom bersama aku memerangi mereka. Kau sudah lupa apa yang
telah mereka lakukan kepada engkau saban hari? Kau tak rasa diri kau hina di
hadapan Allah? kau dah lupa apa yang mereka telah lakukan pada saudara engkau?
Datanglah bersama aku.” Bertubi tubi soalan yang di aju kepada aku. Aku masih
lagi tersengguk memeluk lutut. Lama aku berdiam diri. Suara itu mula hilang
dari pendengaranku.
Aku memang hina,
terasa jijik untukku menyembah Tuhan dengan keadaanku yang kotor ini. Malu aku
rasa untuk berdepan dengan Tuhan. Ini semua gara gara jahanam itu.
Sedang leka aku
bertayamum, mereka datang menghampiriku. Jelas terpancar di wajah mereka raut
muka yang bengis. Ditangan mereka terdapat beberapa botol arak. Kehadiran mereka
aku buat tidak tahu. Tanganku masih lagi lincah bertayamum. Tanpa aku sedar
mereka menyimbahi tubuhku dengan menggunakan air kencing setan yang di bawa
tadi.
Ketawa mereka makin
menjadi jadi. Ikutkan hati yang panas. Ingin saja aku pukul mereka satu
persatu. Tapi aku tidak boleh melakukannya memandangkan kelompok mereka lebih
ramai berbanding hanya aku seorang.
“Inilah dia orang
islam. Yang lemah! hanya mampu berdiam diri bila di hina! Mereka memang kaum
yang lemah!”
Aku mengetap bibir.
Bukan tak mampu melawan. Aku hanyaseorang! Bentak hatiku.
Makin galak mereka
mentertawakan aku. Sebotol demi sebotol mereka mencurahkan najis itu ke mukaku.
Salah seorang dari mereka mencengkam kuat kedua belah pipiku dan memaksa aku
untuk mendongak ke atas. Tangannya kuat mencengkam pipiku supaya aku membuka
mulut. Terasa perit yang amat sangat.
Botol arak di tarah
pada bibirku. Aku cuba menepis tetapi gagal apabila seorang lagi memegang
kepalaku. Bibir ku ketap kuat. Tak mahu najis itu masuk ke dalam tubuhku.
Cukuplah terkena pada badan sahaja. Apalah dayaku. Dengan kudrat aku yang makin
lemah, mereka berjaya membuka mulutku.
“Nah aku tahu kau
tak pernah rasakan? Sekarang kau rasalah puas puas. Biar Tuhan kau murka pada
kau!”
Terasa air arak
tersekat sekat dalam kerongkongku. Baunya yang busuk amat meloyakan aku. Aku
ludah beberapa kali air yang masuk ke dalam mulutku. Makin aku melawan, makin
banyak air setan itu mereka masukkan ke dalam mulutku. Dunia ini, aku rasa
seakan berputar. Inilah kali pertama aku meminum najis ini. Dengan paksaan!
Terasa duniaku
kelam. Mudahan hari esok ada nikmat yang bakal menjelang.
******
Aku membuka mataku
apabila terdengar bunyi bising dari luar. Berdas das tembakan yang kedengaran.
Suasana kelihatan agak gamak sekali. Aku cuba untuk bangun. Mataku masih lagi
rasa berpinar. Bau busuk pada badanku masih lagi membuak. Tekakku terasa loya.
Derapan orang
sedang berjalan kedengaran makin kuat. Suara orang sedang mengucapkan syukur
masih lagi berbunyi. Pintu gerigi dibuka. Aku mendongak. Askar Hamas! Adakah
aku sudah...? terima kasih ya Allah. Dua orang datang menghampiriku lalu
memapah aku untuk keluar.
Kepalaku masih lagi
sakit. Aku akhirnya rebah.
Bunyi seperti orang
sedang mengaji menguatkan lagi mataku untuk terbuka. Aku memandang keadaan
sekeliling. Wajah pak cik Muhammad tersenyum kepadaku. Dia menutup al Quran
yang selalu dibacanya.
“Dah sedar?
Alhamdulillah.” Pak cik Muhammad menadah kedua belah tangannya seperti sedang
mengucapkan syukur.
Soalan mengapa
Israel mencarinya, yang ingin aku tanyakan kepada pak cik Muhammad aku
pendamkan sahaja. Bukan masa yang sesuai buat masa ini. Wajah yang gembira yang
ditunjukkan olehnya cukup membuat perasaanku damai.
“Walid!” aku
menoleh kebelakang. Ammar berlari lari menghampiriku. Ammarku masih lagi hidup.
Aku bersyukur sangat sangat Ya Allah. Ammar memelukku erat. Tangisan jelas
kedengaran pada tubuhnya. Aku membalas pelukannya. Rasa rindu aku padanya
akhirnya dapat aku lepaskan melihat dirinya masih lagi selamat.
“Alhamdulillah ko
dah sedar beb, bimbang aku tau.” Aimi mendekatiku. “Badan ko panas lagi ni, jom
kita makan ubat.” Aku menggeleng lemah. Dia mendengus, mungkin geram dengan
sikap ku ini.
“Apa yang ko tulis
tu beb?” Soalnya lagi sambil menunjuk buku di sisi ku. Aku cuba bangun, namun
kudrat ku saat ini begitu lemah sekali.
Namanya Syahid,
setiap hari bayanganku hanyalah ingin bersamanya.
aku sangat mencintainya,
aku sangat merinduinya,
Ya Allah,pertemukanlah jodohku dengannya,
izinkan aku mati bersamanya.
betapa nikmatnya saat mati bersamanya.
setiap hari bayanganku hanyalah ingin bersamanya.
aku sangat mencintainya,
aku sangat merinduinya,
Ya Allah,pertemukanlah jodohku dengannya,
izinkan aku mati bersamanya.
betapa nikmatnya saat mati bersamanya.
“Ko nak tahu, ni
lah Syahidah, nama sebenarnya Syahid.” Ucapku lemah. Segala sendiku menggeletar
saat ini. “Aku mencintainya sejak dahulu lagi. Aku selalu merinduinya Mi, aku ingin
sangat mati bersamanya. Aku mahu mati bersamanya.” Air mata terasa mahu keluar.
Kerana Syahid, aku rela jika air mata ku keluar.
“Apa yang ko cakap
ni...” ucapnya lagi.
“Mi, dah lama aku
meminta dari Tuhan mi, agar aku dijodohkan dengan syahid. Hati aku sakit bila
melihat orang yang tidak berdosa mati. Perih sangat sangat. Aku mahu membantu
mereka mi. Aku nak tegakkan agama Allah.” air mata ku akhirnya mengalir jua.
Aimi pantas memeluk aku.
“Aku faham perasaan
ko beb, dah dah jangan menangis.” Aimi mengusap lembut bahuku. Dialah sahabat
susah dan senang aku. terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku padanya.
“Mi, doakan semoga
aku bertemu jodoh dengan Syahid.” Ucapku lemah.
“InsyaAllah beb, ko
akan bertemu dengannya.” Aku dapat rasa baju dibelakangku basah. Aku tahu Aimi
juga sedang menangis. Ya Allah, jika itu rinduku, cintailah aku kepadanya agar
aku bisa bertanggungjawab dalam menjalankan amanahmu sebagai para mujahid.
p/s: cerpen ni hasil gabungan dengan rindu padamu. cerpen ini dini buat bertujuan untuk menghantar sebagai sumbangan ikhlas kepada menduduk GAZA... harap ia di terima pakai.
orang yg bnyak membantu dini hanna aleeya sedang menyemak balik manuskrip ini. :) (:
orang yg bnyak membantu dini hanna aleeya sedang menyemak balik manuskrip ini. :) (:
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini