Sep 14, 2014


Versus

*nak pusing bukannya mudah! perlukan skill yang cukup baik untuk terus berputar. yeah... versus 360' cukup payah. sekali terkena mohon masuk hospital.*

begitu juga kehidupan. untuk putar ke arah fitrah ianya adalah sukar. memerlukan didikan yang cukup kuat. terutama HATI...! hati raja segala kehidupan. akal adalah pembantu manakala anggota tubuh lain adalah hamba yang menurut. terkadang rasa sakit jiwa untuk kembali. itulah musuh utama. nafsu! dan iblis juga kalah dengannya. 

mencuba perlahan, apa salahnya. terkadang orang akan judge kita seolah kita ini tidak akan punya masa depan. sungguh angkuh mereka. seolah masa hadapan adalah milik mereka. 

To be judge of what you were just as unfair as a butterfly being judge while it was a caterpillar.

Sep 4, 2014

About Me


Name: Dani / Dini / Adi / OD

Age: 21

Birth: 9 - SEPTEMBER - 1993

Live: Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim, Malaysia

School: Sekolah Kebangsaan Kulim

High School: Part 1-3 = Maahad Saniah, P.Puteh
                    Part 4-5 = Kolej Vokasional, Tanah Merah

Education: Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Machang Kelantan.
                 Faculty Of Art and Design ( Fine Metal Department )

Sep 1, 2014

Cerita pengalaman seram aku

Violin bergema. 
sunyi. 
aku? dipinggiran dengan menaip diari untuk hari ini.



1 september 2014

seawal 3:30 pagi, mataku sudah bugar. dada degup tidak sekata. ya, hampir tiap malam barang-barang milikku jatuh bersepah ke lantai. perbuatan siapa? itu aku tidak tahu. dahulu, dalam lenaku. waktu itu aku tidur dilantai memandangkan bilikku waktu itu agak panas. dalam lelap, aku terjaga apabila terdengar seperti kaca-kaca pecah. 

serkastik.

ya, dikepalaku cermin solek berkecai. nasib baik tidak terkena kepalaku. perbuatan siapa? lagi aku tidak tahu. ingatkan ianya kerana angin. lama kelamaan rasanya bukan salah angin. seperti malam berikut, barang-barang di dalam almari jatuh ke bawah. 

kipas yang pada siangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, namun apabila malam dan waktu tidurku, ia berbunyi bising. seolah tidak mahu aku terlena. G.I.L.A...!!!

dan kakakku juga pernah berkata, dalam bilikku ada orang. tapi, siapa dia?


sebelum raya.

aku melepak di sawah padi. tiba-tiba terdengar bayi menangis. sahabatku bertanya. dan aku hanya diam membatu. aku sendiri takut! sebelum itu aku melihat sebuah kampung. gila! padang saujana mata memandang pada waktu siang, mana boleh adanya kampung waktu malam. anehnya lagi, aku melihat seorang lelaki mengangkat guni dan bayangnya langsung tiada!

==

ya, jam 2 pagi. aku tiba dirumah datukku. sedihnya, datukku tiada dirumah. dan aku terpaksa tidur ditepi tangga. jam 3.30 pagi. ketika mata ingin lelap. seperti manusia sedang berjalan. bila kuperahati betul-betul. hanya kepala sahaja yang melayang! aku terkaku waktu itu. bunga melur menyengat di hidung.

sedetik..
dua detik...

aku bertanya sahabatku. apakah dia melihat sama yang aku lihat? dan ternyata dia juga terdiam.

azan subuh berkumandang. dengan pecut aku membawa motor pulang ke rumah.

===

mata terkebil-kebil. aku kuak lentang diatas katil. aku cuba pejam mata. dan waktu itu, aku melihat seorang nenek tua sedang memandangku. matanya, merah dan tajam memandang aku. berambut putih mengerbang dan wajahnya cukup buruk sekali. di tangannya ada tongkat. seperti nenek kebayan.

lupa, sebelum itu aku pernah kata, datangkan semangat harimau.

===

darjah enam. waktu kelas malam. aku ingin ke tandas. segera berlari ke tandas. sebelum sampai ke tandas terdengar bunyi plastik. aku pandang ke arah dapur, ya, nenek sedang merangkak dibawah meja dan memandang aku! aku laung panggil ayah. dan waktu ayah datang aku masuk tandas. bila aku keluar, ayah tanya, mana? dan aku lihat hanya plastik yang bersepah dibawah meja.

sampai sekolah, bising yang pak guard aku kejar hantu. 

raya 2014



sengih tanpa paksa melebar sikit demi sikit. "woi nak g mane ni?" waktu ini baru bangun kut, nampak sangat tak pergi solat raya. terbabas. heheheh...
"pergi umah iwan." dia dengan selamba badak sahaja. "kau lambat aku sepak," sebiji tumbukan yang agak kuat terkana kepala.
"okey jap. nak pakai baju." terus berlari masuk kedalam bilik. amik seluar treck, T-Shirts dan kopiah. "okey dah siap," aku penuh rasa teruja.

rumah iwan-

bersalam-salaman. dalam segan kena bersalam jugak, nama pun beraya kan. terus duduk alah mau-malu kucing. parents dia panggil makan nasi dagang. 

siap.

so kemana lagi? pergi bachok pulak. kekeke...

"aku raya just pakai seluar trek dengan t shirt aje."

berangin sorang-sorang muka dorang. wakakka....

"jangan buat malu geng kita, semua pakat baju melayu, ko jangan nak ngada. aku lempang karang,"

kekek
kerana terpaksa aku relakan. mana tau Dato' buat rumah terbuka.

buat penat pakai baju melayu, Dato' awang adek tak buat umah terbuka la... last2 kat pantai gak..







Hello 2023