Sep 1, 2014

Cerita pengalaman seram aku

Violin bergema. 
sunyi. 
aku? dipinggiran dengan menaip diari untuk hari ini.



1 september 2014

seawal 3:30 pagi, mataku sudah bugar. dada degup tidak sekata. ya, hampir tiap malam barang-barang milikku jatuh bersepah ke lantai. perbuatan siapa? itu aku tidak tahu. dahulu, dalam lenaku. waktu itu aku tidur dilantai memandangkan bilikku waktu itu agak panas. dalam lelap, aku terjaga apabila terdengar seperti kaca-kaca pecah. 

serkastik.

ya, dikepalaku cermin solek berkecai. nasib baik tidak terkena kepalaku. perbuatan siapa? lagi aku tidak tahu. ingatkan ianya kerana angin. lama kelamaan rasanya bukan salah angin. seperti malam berikut, barang-barang di dalam almari jatuh ke bawah. 

kipas yang pada siangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, namun apabila malam dan waktu tidurku, ia berbunyi bising. seolah tidak mahu aku terlena. G.I.L.A...!!!

dan kakakku juga pernah berkata, dalam bilikku ada orang. tapi, siapa dia?


sebelum raya.

aku melepak di sawah padi. tiba-tiba terdengar bayi menangis. sahabatku bertanya. dan aku hanya diam membatu. aku sendiri takut! sebelum itu aku melihat sebuah kampung. gila! padang saujana mata memandang pada waktu siang, mana boleh adanya kampung waktu malam. anehnya lagi, aku melihat seorang lelaki mengangkat guni dan bayangnya langsung tiada!

==

ya, jam 2 pagi. aku tiba dirumah datukku. sedihnya, datukku tiada dirumah. dan aku terpaksa tidur ditepi tangga. jam 3.30 pagi. ketika mata ingin lelap. seperti manusia sedang berjalan. bila kuperahati betul-betul. hanya kepala sahaja yang melayang! aku terkaku waktu itu. bunga melur menyengat di hidung.

sedetik..
dua detik...

aku bertanya sahabatku. apakah dia melihat sama yang aku lihat? dan ternyata dia juga terdiam.

azan subuh berkumandang. dengan pecut aku membawa motor pulang ke rumah.

===

mata terkebil-kebil. aku kuak lentang diatas katil. aku cuba pejam mata. dan waktu itu, aku melihat seorang nenek tua sedang memandangku. matanya, merah dan tajam memandang aku. berambut putih mengerbang dan wajahnya cukup buruk sekali. di tangannya ada tongkat. seperti nenek kebayan.

lupa, sebelum itu aku pernah kata, datangkan semangat harimau.

===

darjah enam. waktu kelas malam. aku ingin ke tandas. segera berlari ke tandas. sebelum sampai ke tandas terdengar bunyi plastik. aku pandang ke arah dapur, ya, nenek sedang merangkak dibawah meja dan memandang aku! aku laung panggil ayah. dan waktu ayah datang aku masuk tandas. bila aku keluar, ayah tanya, mana? dan aku lihat hanya plastik yang bersepah dibawah meja.

sampai sekolah, bising yang pak guard aku kejar hantu. 

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023