Oct 22, 2014

my house design built by my self


ketika waktu lapang atau senggang. inilah yang aku godek buat. kekekke... mak aku pun asyik membebel tak kuar bilik. sorry ma, tengah buat bangunan la.

how you think? 
















Kebaikan Habbatussauda





Amalan pemakanan
Khasiat & Kabaikan Habbatus Sauda’
Erti Habbatus Sauda
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara    
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam


Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Hasil Kajian
Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.
Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.
Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.
Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.
Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Oct 21, 2014

Review: Krim Anna cosmetic 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat non muslim.





update! 2016

 aku feb 2016 
Sejak kuar university ni, muka aku penuh dengan jerawat T_T
sedih gile wase. huhuhu... orang duk kata aku; biasalah tu, baru nak matang kan... T_T
kakak aku suggest suruh pakai krim anna cosmetics 2009. Aku pakai, Alhamdulillah jerawat hilang. kalau cakap hilang full tu tipu lah kan. Hormon aku masih tak menentu, gatai sikit naik la jerawat. hahaha... aku pun muda lagi bawah 25 tahun kut. (mohon terjun lopak dengan statement aku nih.) 

Sekarang? 2016.


aku pakai lagi krim anna dengan krim polla. jerawat pun adala tumbuh lagi. wahaha.. bukan sebab tak berkesan tapi sila merujuk statement aku diatas. tapi sekarang tinggal parut jerawat aku aje. tu pun sikit. 

aku ada bagi bos aku pakai. sebab kulit dia berminyak. aku suruh pakai krim kunyit dengan krim buah aje. seminggu gak la, nampak putih. cis! masa ni rasa menyesal gila bagi dia try, huhu sebab makin ramai student mompan nak ngejas dia. haha kalau sebelum ni pun ramai gak yang tackle dia. ye lah, body sado. hensem lagi.

jeles weh aku..!!! 

makan hati la aku tengok student duk ngejas dia. 

okey, tu reveiw aku. sorry lau korang baca rasa tak best!

nota kaki: aku dah update link ni guna hp, tetiba yg aku update x kuar. hangin la. bukan sekali dah tiga kali x kuar. tu review ak yg ni tak berapa nak masuk sikit. 


kanan: krim polla. penutup ungu: krim buah penutup hijau: krim kunyit
pic: ehsan google

Amat berkesan untuk :-

-Menghilangkan jeragat, ‘white head’ and ‘black head’ di muka
- Menghilangkan kedutan dan garis halus di muka
-Menghalus dan menggebukan kulit muka
-Memberi Oksigen kepada kulit wajah
-Membuang sel-sel kulit mati
-Melembabkab kan kulit wajah
-Memutihkan kulit wajah agak tampil ayu
-Menghilangkan parut – parut jerawat pada wajah
-Menghalus dan menggebukan kulit muka
CARA PEMAKAIAN:



1)CUCI MUKA DENGAN SABUN MUKA
 (dia ada gak sabun muka anna. rm8 seketul. aku pakai okey aje, x de rasa gatal bagai. bau pun  sedap. tapi aku pakai sabun papaya aje dari dulu.)


2) SELEPAS TU BOLEH PAKAI KRIM POLA DAY 
(aku pakai sikit aje, karang  orang kata bapuk mana pula la ni)



3)MALAM HARI PULA BOLEH PAKAI KRIM BUAH, PAS TU BOLEH PAKAI KRIM KUNYIT (BOLEH JUGA GILIR2)
akak yang aku pergi beli tu, dia kata, mula-mula sapu krim buah dulu pastu krim kunyit. nak cepat hilang jerawat better sapu dua-dua dulu. dah nampak nak hilang sikit barulah boleh gilir-gilr krim tu.

sekian.

p/s: ak review aje, aku tak jual kay

Oct 11, 2014

Rasa hati 1

17:40 11-10-2014

kelmarin aku telah sampai ke sini. dia yang datang ambil. bukan itu yang ingin aku ceritakan. tetapi kisah hati yang kurasa saat ini terasa sakit.

biarlah aku menceritakan dahulu kisah sebelumnya. mengenalinya membuatkan aku lebih bahagia. aku ditatang bagai minyak yang penuh. rasanya kasih sayangnya melimpah ruah untukku.

dan lebih kurang sebulan berlalu. aku dihantar pulang ke kampung sebelum ini kerana dia outstation di Kuala Lumpur dan untuk menyambut hari raya qurban. setiap hari kami akan whatapp sahaja. 

sejak dua menjak ini, aku dapat rasakan kasih sayangnya untukku makin pudar. walaupun berkali-kali kalimah cinta tidak pernah lekang diucapkan kepadaku. mengapa aku rasakan perasaan seperti itu?

selalunya, dia tidak betah untuk berenggang denganku. tapi, sekarang... aku rasakan perangainya cukup lain walaupun hari-hari aku dapat melihatnya. adakah dia mula bosan denganku? atau dia sudah mempunyai orang lain? kalu benar itu, rasanya tersayat sekali. 

"sekiranya kamu bersedih kerana manusia mula menjauhimu, percayalah... hubunganmu dengan Tuhan telah lama jauh."

Hello 2023