Oct 11, 2014

Rasa hati 1

17:40 11-10-2014

kelmarin aku telah sampai ke sini. dia yang datang ambil. bukan itu yang ingin aku ceritakan. tetapi kisah hati yang kurasa saat ini terasa sakit.

biarlah aku menceritakan dahulu kisah sebelumnya. mengenalinya membuatkan aku lebih bahagia. aku ditatang bagai minyak yang penuh. rasanya kasih sayangnya melimpah ruah untukku.

dan lebih kurang sebulan berlalu. aku dihantar pulang ke kampung sebelum ini kerana dia outstation di Kuala Lumpur dan untuk menyambut hari raya qurban. setiap hari kami akan whatapp sahaja. 

sejak dua menjak ini, aku dapat rasakan kasih sayangnya untukku makin pudar. walaupun berkali-kali kalimah cinta tidak pernah lekang diucapkan kepadaku. mengapa aku rasakan perasaan seperti itu?

selalunya, dia tidak betah untuk berenggang denganku. tapi, sekarang... aku rasakan perangainya cukup lain walaupun hari-hari aku dapat melihatnya. adakah dia mula bosan denganku? atau dia sudah mempunyai orang lain? kalu benar itu, rasanya tersayat sekali. 

"sekiranya kamu bersedih kerana manusia mula menjauhimu, percayalah... hubunganmu dengan Tuhan telah lama jauh."

1 comment:

  1. Ini cerpen jugak ke atau kisah penulis?
    "Aku' tu macam perempuan..

    ReplyDelete

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023