Instagram : Expires on 2021-06-04
Twitter : Expires on 2020-01-21
Microsoft : Expires on 2021-05-03
Apple : Expires on 2021-02-20
Zenithgolds : Expires on 2021-07-21
Yg masih nak kaji teruskan mengkaji..
Yg dah abis kaji, meh buka acc..hehe
Rasulullah saw bersabda: "hai abdur rahman bin auf, engkau akan masuk syurga dalam keadaan merangkak!"
"Kenapa ya rasulullah?"
"Duniamu kebanyakan. (Harta melimpah ruah)
Mendengar itu, takutlah abdur rahman bin auf. Ditanya lagi, "bagaimana cara untukku masuk syurga dengan cepat?"
Jawab baginda. "Lepaskan hartamu."
Setelah itu abdur rahman bin auf menjadi ahli sedekah, tapi kekayaannya makin melimpah ruah.
Berkatalah Rasulullah: "kau orang yang paling cepat masuk syurga dengan harta kekayaanmu."
---
Harta dan duit banyak, tapi tak sedar, dalam banyak harta itu masih ada milik orang lain.
Harta yang kita punya sekarang belum menjamin boleh membeli akhirat.
Saat Rasulullah sakit ketika itu, baginda keluar dari rumah beliau dipimpin oleh saidina Ali dan fadl ibnu abbas. Ketika itu saidina abu bakar menjadi imam. Saat rasulullah datang, saidina abu bakar mengundur kebelakang tetapi ditahan rasulullah saw.
Setelah melakukan solat, Rasulullah berdiri dan berkhutbah dan bercerita tentang banyak perkara.
Rasulullah saw berkata "seorang hamba disuruh memilih antara dua hal, iaitu abadi di dunia atau bertemu Allah disyurga. Hamba yang mengerti akan hal itu memilih Allah."
Ketika itu para sahabat dan para jemaah tiada yang faham.
Saidina Abu Bakar yang mendengar telah menghambur tangis beliau. Setelah melihat Saidina Abu Bakar menangis, dikiri dan kanan beliau turut sama menangis.
Ketahuilah mereka, sesungguhnya Rasulullah akan dipanggil menghadap Allah.
Rasulullah saw menyambung khutbahnya, "siapa pun diantara kalian, siapa pun diantara kalian, yang pernah aku sakiti, atau aku ambil haknya ataupun aku zalimi kalau ingin mengqisas menuntutlah sekarang saat ini. Aku tidak mahu bertemu Allah dalam keadaan aku menzalimi."
Para sahabat terdiam. Tiada seorang pun yang ingin menuntut qisas. Ketika rasulullah saw ingin menyambung khutbahnya tiba-tiba terdengar suara dari belakang. "Aku yang akan menuntut qisas keatasmu ya Rasulullah."
Para sahabat tercengang. Siapa yang berani menuntut qisas kepada rasulullah. Rasulullah meminta orang itu maju ke depan. Setelah pemuda itu ke depan ternyata semua orang begitu terkejut. Bagaimana mungkin seorang yang didoakan rasulullah yang akan masuk syurga tanpa hisab akan menuntut qisas. Dialah ukasyah.
Ukasyah berkata "aku akan menuntut Ya Rasulullah."
Rasulullah menjawab "silakan."
Saidina Ali yang berada dikanan nabi berkata, "biar aku yang menanggung ya rasulullah."
Fadl ibnu abbas yang berada dikiri nabi juga berkata, "biar aku yang tanggung."
Nabi saw berkata "tidak, ini urusanku dengan ukasyah. Ukasyah apa yang engkau ingin menuntut keatas ku?"
Ukasyah berkata, "ya Rasulullah, masihkah engkau ingat, disaat perang badar, ketika engkau meminta meluruskan barisan perang, engkau telah memukulku dengan tongkat dan ketahuilah pinggangku sakit sekali ya Raaulullah dan sampai ke hari ini aku masih merasakan sakit. Aku akan membalas keatasmu ya rasulullah."
Nabi berkata, "balaslah jika engkau ingin membalas."
Ukasyah berkata, " ya rasulullah, saat engkau memukulku aku tidak memakai baju tapi sekarang engkau memakai baju. Tanggalkan bajumu itu."
Lalu rasulullah menanggalkan baju beliau.
Ukasyah berkata lagi, "saat engkau memukulku engkau mempunyai tongkat. Tapi sekarang aku tidak ada tongkat."
Lalu diberilah tongkat rasulullah saw kepada ukasyah.
Sekali....
Dua kali... Tongkat itu dihayun. Setelah itu dia membuang tongkat itu dan memeluk tubuh rasulullah saw.
Rasulullah berkata, "uksyah apa yang engkau lakukan ini?"
Jawab ukasyah, "ya rasulullah , aku merasakan ini saat akhir kehidupanmu ya rasulullah, izinkan untuk aku menyentuh kulitmu saat engkau masih hidup ya rasulullah..."
Note: sahabat nabi begitu mencintai rasulullah. Bagaimana kita?
عليگ السلام يا رسول الله...
عليگ السلام يا رسول الله...
عليگ السلام يا رسول الله...
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد...
Dimana pada hari kiamat, manusia manusia yang duduk dibawah matahari panas, mereka akan gelisah mencari siapakah nabi-nabi yang boleh memberikan syafaat untuk mereka. Maka mereka berduyun-duyun pergi kepada nabi Adam alaihissalam.
Nabi adam berkata: " diriku, diriku, pergilah kamu kepada nabi nuh."
Maka manusia pun pergi kepada nabi nuh. Jawapan nabi nuh juga sama seperti nabi adam as "diriku diriku, pergilah kamu kepada nabi ibrahim alaihissalam."
Maka manusia pun pergi kepada nabi ibrahim as. Jawapannya tetap sama. "Diriku diriku, pergilah kamu kepada nabi musa alaihissalam."
Jawapan nabi musa as juga sama seperti nabi yang lain, "diriku-diriku, pergilah kamu kepada nabi isa alaihissalam."
Akhirnya nabi isa as menjawab, "pergilah kamu kepada nabi muhammad saw."
Semua nabi menolak tidak mampu memberi syafaat kepada umat manusia seluruhnya. Melainkan nabi Muhammad saw.
09-12-2014
---
"Aku dah buat keputusan."
Aku yang sedang mengunyah nasi goreng terhenti. Tunak mataku memandang wajah dihadapan. "Keputusan apa bang?"
"Aku nak kahwin satu lagi. Kau tahukan yang kau tak boleh nak mengandung?" Suara itu tetap dingin. Bercakap pun langsung tak memandang wajahku.
Aku angguk kepala perlahan. Pedih rasanya kat hati bila soal anak disebut.
"Aku bosan hidup macam ni, dah dekat 2½ tahun kita nikah, tapi macam tak ada petanda yang kau nak beranak. Aku perlukan anak sebab senang aku nak wariskan syarikat aku nanti bila dah tua." Sambungnya sambil mengunyah nasi goreng.
Biasalah, dari dulu bahasa suamiku semenangnya kasar bila bercakap. Dah nama pun kahwin sebab bukan cinta, tapi perlukan waris untuk sambung delegasi business keluarga.
Hari tu aku terdengar. Kalau tidak sampai bila-bila aku kena tipu hidup-hidup.
"Abang dah jumpa ke calon yang sesuai." Tanyaku.
Dia angguk. "Dah. Kalau boleh aku nak bawa dia jumpa umi hujung minggu ni." Terus dia bangun. Briefcase dicapai dan dia berlalu ke pintu utama.
"Bang!"
"Apa?" Dia kalih badan pandang aku. Aku hulur tangan untuk menyalam tangannya.
"Ampunkan saya sebab tak dapat bagi abang zuriat." Ucapku setelah aku mencium tangannya. Aku ukir senyum yang manis walaupun pahit sebenarnya.
13-12-2014
--
Perasan. Wajah ibu mertuaku tersenyum sinis memandang ke arahku.
"Tu lah, umi dah cakap awal-awal, nak pilih bini ni kena pilih betul-betul. Tengok sekarang apa dah jadi? Habuk pun tak ada!" Sindir ibu mertuaku khas ditujukan kepada aku.
Terdengar suamiku mengeluh nafasnya. "Macam mana ni umi? Dalam wasiat abah limit 3 tahun aje. Ni dah nak masuk 3 tahun."
Aku hanya diam membatu. "Abang cakap dah ada calon kan?" Akhirnya aku bersuara.
"Ye ke Mal?" Ibu mertuaku kelihatan terkejut.
Melihat suamiku mengangguk, ibu mertuaku tayang sengih. "Memang yakin ke dia boleh mengandung?"
"Mal dah pergi checkup hari tu, doktor cakap dia subur."
Aku tahan hati mendengarnya.
15-12-2014
--
Aku tarik sengih yang panjang. Wajah-wajah dihadapan aku pandang. Tangan laju mencapai marker whiteboard. Laju tangan menulis.
'Adakah poligami sunnah Rasululullah saw?'
Aku bertanya soalan kepada para pelajarku. Yang lelaki ada yang mengatakan sunah. Yang perempuan ada yang membangkang.
Aku hanya senyum sahaja. Setelah reda baru aku bersuara.
"Poligami dalam islam bukanlah sunnah Rasulullah saw. Ramai yang mengatakan ianya sunnah. Salah sama sekali. Poligami memang digalakkan dalam islam. Tapi mestilah kerana sebab tertentu seperti isteri tidak dapat menjalankan tanggung jawab terhadap suami kerana sakit, tidak dapat melahirkan zuriat atau isteri nusyuz."
"Hukum poligami sunat jika isteri pertama tidak dapat memberi zuriat atau mandul, sakit berpanjangan dan bermacam lagi seperti sentiasa bermusafir.
Sedangkan hukum makhruh adalah berpoligami kerana tuntutan hawa nafsu sahaja.
Dan haram poligami sekiranya ia tidak mampu berlaku adil."
Melihat pelajarku yang mengangguk aku tarik sengih lagi. "Saya harap awak semua faham. Nak poligami boleh, tapi biarlah bersebab. Jangan kerana tuntutan hawa nafsu semata-mata."
20-12-2014
"Nah, aku nak kau sain borang ni."
Kertas yang dihulurkan kepadaku aku capai. Pantas aku membelek dan membaca. Surat kebenaran poligami rupanya. Aku tarik nafas. "Nanti dah sain saya bagi kat abang."
Terus suamiku berlalu ke tingkat atas tanpa berkata apa-apa. Aku hanya memandang dari bawah.
29-12-2014
Aku mengepal jari jemariku. Gementar sedikit. Suamiku disebelah hanya beriak biasa sahaja. Mataku memandang pelanggan yang semakin ramai di dalam restoran KFC.
"Abang sorry lambat." Aku angkat kepala. Seorang gadis cantik molek berdiri dengan senyuman manis.
"Eh tak ada apa lah, abang baru sampai aje ni. Duduk lah. Nak pesan apa-apa tak?" Suami ku berlalu ke kaunter setelah kami memilih menu.
"Kak Ana ke ni?"
Aku angguk kepala dan senyum.
"Cantik kak Ana, tenang aje muka." Ramah gadis dihadapanku.
Kami berbual. Semakin lama, aku makin selesa bersama bakal maduku. Banyak yang kami bertukar cerita dan pendapat.
3-1-2015
--
Aku bersandar pada dinding. Perut yang masih kempis ku usap lembut. Tak percaya! Aku bakal jadi ibu. Makin melebar senyum aku.
Alhamdulillah!
17-1-2015
--
"Kenapa tak bagitahu aku?"
Aku yang sedang mengunyah mangga terhenti. "Bagitahu apa bang?" Tanyaku pelik.
"Ni," gambar hitam putih dilayang dihadapan aku. "Kenapa tak cakap yang kau mengandung?" Wajah itu tidak beriak.
Aku tarik nafas. Senyum. "Abangkan dah nak kahwin dengan Lia. Ana Tak nak la ganggu nanti."
"Tapi kau mengandung." Ucapnya perlahan.
"Tak apa bang, Ana pastikan anak Ana tak mintak sesen pun harta abang." Bahunya aku usap perlahan. Menenangkannya. "Biarlah harta tu anak abang dengan Lia yang dapat. Ana tak kisah. Dapat tengok anak Ana membesar depan Ana pun dah cukup."
3-2-2015
---
"Saya tak boleh nak teruskan pernikahan ni." Aku lihat Lia dah berdiri. Aku ikut berdiri. Suamiku pun sama.
"Kenapa Lia?" Tanyaku.
Wajah Lia memerah. "Lia tak sayangkan abang Zimal."
Jelas suamiku juga ikut terkejut.
"Allah... Apa Lia cakap ni?" Terkejut juga aku.
"Lia... Lia... Rapat dengan abang Zimal sebab nak buat Ari cemburu. Lia mintak maaf sebab buat abang dengan kakak macam ni. Lia berdosa dengan abang dengan kakak." Gadis itu sudah melutut dan menangis.
Aku kelu.
8-2-2016
--
Aku hanya tersenyum melihat suamiku yang sedang mendodoikan anak kami, Muhammad di atas sofa.
The end
Nota kaki -wakakaka... Sori kalau rasa boring baca cerita aku. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis. Layan mata yang tak nak lelap.
عليكم سلم.
صباح النور
ARIGATO TERIMA KASIH PADA YANG PERNAH HADIR SINGGAH & BERLALU SESUNGGUHNYA ANDA LAH PENGUNJUNG BLOG SAYA. ...