Aug 28, 2016

Dia

"Tempoh yang saya berikan kepada awak rasanya dah seminggu tamat."

Kunyahannya terhenti. Tiba-tiba perutnya terasa sebu. Wajahnya diangkat dan memandang wajah tidak beriak itu. "Saya tahu bang." Perlahan, kerana merasa sedih.

"Nah." Helaian kertas dihulurkan kepadanya. "Awak isi betul-betul. Saya mahu hantar di mahkamah esok." Terus membawa tubuh berlalu dari meja makan.

Dia memerhati helaian kertas tanpa riak di muka. Surat kebenaran berpoligami. Nafasnya dihembus perlahan.

----

"Nah, saya dah isi bang. Tengoklah kalau ada yang tersilap. Boleh saya betulkan sekarang." Borang itu diletakkan diatas meja kerja suaminya.

Lelaki itu hanya mangangkat muka dan mengangguk. "Okey." Sepatah.

Dia ukir senyum tipis. Dulu... Bagaikan belangkas. Sekarang seolah orang asing. Liurnya ditelan kesat. Cuba menyusun kata. "Bang, saya ada syarat jika abang mahu berkahwin lagi."

Wajah tampan itu terus memandangnya.

Dia sengih tipis. "Ceraikan saya bang. Saya tak mampu nak hidup bermadu. Maafkan saya bang jika permintaan saya ini keterlaluan. Tapi saya harap abang boleh tunaikannya." Terus dia membawa tubuh berlalu dengan hati terluka.

------

Sudah seminggu dia pulang ke kampung. Dia duduk termenung diatas pangkin. Memerhati anak-anak kampung yang sedang bermain di padang dihadapan rumahnya. Terasa bahunya disentuh. Wajahnya dipalingkan. Senyuman tipis menghiasi bibirnya. 

"Jauh termenung nak." Mak Kiah mengambil tempat disebelahnya. Wajah tua itu merenung wajah suram anaknya. Bibir tuanya senyum senget. "Rindukan orang KL ya." Tebak Mak Kiah.

Wajahnya memandang wajah tua ibunya. Sengih masih tidak hilang pada ulah bibirnya. "Ana okey mak. Mak tak payahla bimbang." Jemarinya mengusap tangan tua emaknya. Jelas terasa urat yang timbul pada tangan emaknya.

"Kenapa tak bagitahu perkara sebenar pada Syed?" Mak Kiah turut juga mengusap tangan halus anaknya. 

Wajahnya berkerut. Tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh emaknya. "Ana tak faham mak."

"Mak terlebih dahulu makan garam Ana. Ni..." Tangan Mak Kiah jatuh pada perut anaknya. Jelas riak anaknya berubah.

"Mak..." Tak mampu dia hendak berkata-kata.

"Perkara elok macam ni, tak patut disembunyikan Ana." Ujar Mak Kiah dengan senyum tipis pada bibir. "Sampai bila perkara ni nak disorokkan? Lambat laun dia akan tahu juga." Sambung Mak Kiah lagi.

Dia mengeluh perlahan. "Biarlah abang gembira dengan pilihan hatinya mak. Ana reda."

Terdengar pula Mak Kiah mengeluh.

------

Jemarinya mengusap pelipis. Pening. Dengan kerja yang tak pernah nak sudah. Dia duduk bersandar pada kerusi kulitnya. Jiwanya tiba-tiba terasa kosong. Sejak pemergian Ana. Dia mengeluh perlahan. Abang rindukan Ana. 

Dalam dia melamun, dia dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Laju tangannya mengambil telefon tersebut. Keningnya bertaut tatkala melihat nama si pemanggil. Punat hijau terus ditekan.

Belum pun sempat dia memberi salam, suara ibu mertuanya lebih dahulu memberi salam dalam keadaan suara cemas.

"Assalamualaikum Syed. Mak ni. Syed cepat pulang nak. Ana, dia jatuh tangga. Ya Allah, berdarah habis kainnya. Mak takut ni, kalau jadi apa-apa pada Ana dengan cucu mak. Pak cik Karim dah datang ni nak hantar Anak ke hospital. Syed pulang ya, mak nak letak dulu. Nak papah Ana masuk kereta." 

Belum sempat dia menjawab ibu mertuanya sudah mematikan talian. Dia terngadah. Ana jatuh? Cucu?

---

Dia cuba membuka mata. Silau. Terus matanya dipejamkan semula. Sekali lagi dia mencuba. Putih. Semuanya putih. Kepalanya terasa berdenyut. Terasa lenguh pada tangan kanannya. Kepalanya cuba berpaling. Sekali lagi matanya terpejam dan celik. Abang?

Terasa Pergerakan pada tangan itu membuatnya membuka mata. Melihat wajah itu yang sedang memandangnya membuatkan dia terus mengangkat wajah. "Ya Allah, sayang dah sedar? Alhamdulillah." Ceria wajah itu. Gembira isteri tersayang sudah sedar. Butang dihujung katil ditekan.

"Sayang nak apa-apa tak?" Soalan dari lelaki itu dia sambut dengan hanya gelengan. Dan bibir lelaki itu masih setia dengan senyuman manis.

"A..abang datang bila? Mak mana?" Soalnya. Dia cuba untuk bangun. Lenguh.

Cepat-cepat dia memegang isterinya yang nampak susah untuk duduk. "Abang sampai semalam. Mak kat rumah. Abang yang suruh mak balik. Abang boleh jaga sayang kat sini." 

Senyuman tipis menghiasi bibirnya. "Abang nak balik KL bila?" Soalnya setelah dia duduk bersandar pada hujung katil.

Keningnya terangkat. "Sayang halau abang?" 

Belum sempat dia menjawab, pintu dikuak dari luar. Kelihatan doktor dan jururawat masuk ke dalam. "Alhamdulillah puan dah sedar." Doktor kacak itu tersenyum manis. Ana membalas senyuman doktor itu seadanya.

"Alhamdulillah, Man yang rawat, mestilah Ana cepat sembuh." Guraunya. Dan mereka sama-sama gelak. Tak sedar, seseorang dihujung katil sudah mencuka. Cemburu!

Syed hanya beku melihat isterinya dan doktor itu yang sedang ketawa. Apabila matanya berpampasan dengan mata jururawat, senyuman plastik dilepaskan. "Ehem..." Berdehem. Hati dah panas ni. Sayang!


Nota kaki: aku akan update sikit-sikit ye. Huhu.., aku menulis time aku bosan atau time xada mood. Time aku ada mood, xde feel plak nak menulis. Kakaka. 


4 comments:

  1. Hehehe.. Tak dk sambungan ke bro?.. Nak sambungan..

    ReplyDelete
  2. annoy- hee, nanti saya sambung. idea kelaut sekarang. 😁

    ReplyDelete
  3. shana shah- hee okey wak. tunggu idea datang. selalu saya tulis dalam wechat. lupa pulak nak upload dalam blog. 😁

    ReplyDelete

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Labels

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...