‘Ring... ring... ring...’ bunyi telefon begitu membingitkan. Minta si
pemiliknya mengangkat. Lantas tangannya
mencapai, lalu menekan butang hijau. Senyuman manis terbit diwajahnya. Kenal
benar siapakah si pemilik pemanggil itu.
“Sayang...”
“Yup, kenapa ni...” Mika bersoal tenang.
“Indula kat sayang...”
“Hehehehe... datang sini la.” Senyuman senang
meniti bibir Mika saat ini.
“sayang hujung minggu ni kita keluar ya. Nak
jumpa sayang...”
“Ok sayang... Mika pun tak sabar nak jumpa
sayang.” Ucap Mika keriangan.
“Ok lah sayang... ada kerja ni. Nanti kita
jumpa yer..”
“Ok.. bye.” Butang merah ditekan.
*****
Kejadian beberapa bulan dahulu menggamit
memori saat ini. Mika terbaring lesu di atas hamparan sawah. Tenangnya saat
ini. Bagaikan tidak mahu kembali ke masa lalu.
Kejadian masa lalu terimbau lagi. Perih
hatinya saat ini. Ya.. orang yang sangat dicintainya berlaku curang
dibelakangnya. Walaupun dia tidak melihat. Tapi semua bukti ada ditangannya.
Hatinya jenuh untuk memikirkan pasal ini.
Sudah puas hatinya memujuk, namun kesedihan
yang mendatang. Inilah dugaan dalam bercinta. Dia melihat buku adiknya yang
sedang leka melukis gambar bukit. Burung yang sedang duduk berehat di atas
pokok di tengah sawah juga turut dilukisnya. Mika tersenyum.
“Dik... abang nak pinjam buku kejap.” Pinta
Mika.
“Nah...” adiknya menghulurkan buku kepada
mika. Mika menyambut dengan tangan kanan. Mika mula menulis di atas buku
tersebut. Adiknya mula berlari lari bermain di tengah sawah. Mika ralit menulis,
kekadang matanya melirik ke arah adiknya yang sedang bermain.
Angin petang yang damai telah membawa segala
masalah ke tempat yang jauh darinya. Rambutnya yang kekadang menutupi mata
akibat tiupan angin pantas diseka ke atas semula. Ramai orang kata dirinya
hensem dan comel, namun tiada apa yang mampu membuat dirinya gah. Dia senang
keadaan dirinya kini.
Usai menulis, Mika mengoyak helaian tersebut
lalu dilipat segi empat dan di masukkan ke dalam poket seluarnya. “Adik.. dah
main, jom balik.” Laung Mika kepada adiknya. Mereka bermain kejar mengejar
ditengah sawah sampailah ke rumah. Tenangnya hati saat ini.
*****
“Tika.. aku dah nak pergi ni..” ucap Mika
saat pintu biliknya dikuak. Tika yang sedang berada di ruang tamu
memandangnya pelik.
“Kau nak ke mana ni?” soal Tika.
“Tak tahu, yang penting tempat yang jauh
sekali.” Ucap Mika sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Tika.
“Apa ni?” tika menyambut huluran dari Mika.
“Ermm... tu nanti bila kau jumpa dia, kau
bagi yer kat dia.” Ucap Mika sambil tersengih, walaupun hatinya kini sudah
hancur.
“Ok.. janji yer, nanti kau balik semula.”
Mereka berpelukan.
“InsyaAllah,” Mika turun dari rumahnya.
*****
Tika berdiri disampingnya. Wajahnya begitu
mendung sekali...Perlahan lahan surat pemberian Tika dibuka.
Untuk
awak,,,,,
Saya tidak pernah marahkan awak, saya tidak ambil hati dengan awak...
sejuta kali awak permainkan perasaan saya, saya tetap maafkan awak. Tapi awak
perlu sedar juga. Kemaafan saya pada awak, tak semestinya saya milik awak lagi.
Awak mungkin yang benar benar saya cintai. Tapi tak semestinya saya mampu
miliki awak selamanya dan... tak mungkin juga awak mencintai saya.
Setiap kali awak mesej, pasti
perkataan ‘I LOVE YOU’ yang awak ucapkan. Masa tu, hidup saya gembira sekali.
Kini, awak jarang berhubung dengan saya.
Saya masih ingat lagi. Saat dia menyatakan yang dia ‘teman’ awak... hati
saya masa tu, sangatlah lelah. Hati kecil saya kuat mengatakan, bahawa awak
bukan milik saya. Saya menangis, tapi air mata saya tidak keluar. Saya tahu,
sia sia sahaja air mata ini jika keluar. Awak bukan datang kepada saya lagi.
Bila dia cakap yang awak dah tak hubunginya lagi. Hati saya begitu marah,
setelah awak menyatakan cinta awak padanya senang senang saja awak tinggalkan
dirinya. Adakah awak tak tahu betapa hancurnya hatinya saat itu. Saya tahu, ia
sama seperti awak tinggalkan saya.
Bila tiba tiba awak telefon saya, saya tanya kenapa tiba tiba call saya?
Jawapan awak memang mudah.. ‘saya boring la, saya tak tahu nak buat apa’. Hati
saya tersentap. Saya tahu, saya hanya wujud tika awak rasa bosan sahaja. Bila
awak tidak kebosanan, sepatah pun awak tidak pernah bertanyakan khabar saya.
Hati saya memujuk, mungkin awak tengah sibuk. Walaupun saya tahu, saya tidak
pernah wujud pada awak...
Kemaafan kali kedua, tak akan pernah sama saatnya kemaafan pertama yang
diberikan. Andai kemaafan pertama itu ikhlas, mungkin kemaafan kedua itu adalah
sebaliknya. Tapi saya bukan begitu. Kemaafan kali kedua juga adalah ikhlas.
Tapi... ingat, saya bukan awak miliki lagi...
Hati saya yang hancur, saya mampu ubati lagi, tapi cinta saya yang hancur,
tidak akan pernah di ubati biarpun pembawa ubat itu adalah awak sendiri. Cinta
yang musnah, tak akan pernah kembali saat cinta dahulu.
Setiap kali perkataan sayang diucapkan kepada saya, saya hanya tersenyum...
bagi saya ia hanya dusta semata mata. Tak ada yang benar seorang pun.
Kini saya akan pergi jauh dari hidup awak... saya tak akan kembali lagi...
saya akan mengejar saat cinta saya dibalas dengan kesetiaan...,
Mika,,,
Rizka menekup muka. Rasa bersalah terhadap
Mika menyelubung hatinya. Dia tahu, Mika tidak akan kembali lagi... Mika,
maafkan aku... desis hatinya.
*******
Mika tersenyum senang saat ini. Dia akan
menjauh dari insan yang amat dicintainya. Biarlah insan yang dicintai itu
menemukan cinta yang bisa membuat dirinya setia. Cukuplah orang yang
dicintainya itu permainkan perasaan hatinya.
Suasana bingit sekali. Entah di mana dia
sendiri tidak tahu. Yang pasti tempat ini tenang sekali. Mika menari keriangan
di seberang tasik. Senyuman sentiasa menghiasi bibirnya. Cukup untuk dia
menghilangkan rasa kecewa dihati.
Nun jauh di sana, Mika tidak sedar. Orang
yang mencintainya sedang memerhati di bawah pohon yang amat rendangnya.
Menunggu masa untuk bersemuka dengannya dan mengucapkan taat setia kepadanya.
.....TAMAT.....
No comments:
Post a Comment
jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini