Oct 9, 2012

Biarkan Ia Berlalu...





Air mata yang hendak mengalir pantas diseka. Mana mungkin menangisi pada mereka yang tidak sudi.

Mika sedang leka melayan perasaannya sendiri. Rupanya begitu sukar juga untuk melupakan orang yang sangat dicintai. Fresh orange disedutnya perlahan lahan. Hilang segala mood untuk tenangkan fikiran hari ini.

Sudah sebulan lebih dia membawa diri ke tempat orang. Rupanya melarikan diri dari masalah menambahkan lagi kekusutan yang dihadapi. Dia memandu langkah ke tasik yang berdekatan restoran tadi.

“Arghhh… mengapa kau selalu menghantui aku. Tolong jangan ganggu aku lagi. Aku benci kau… pergi!!” Mika melontar batu yang besar ke dalam tasik. Hatinya terasa sakit sangat saat ini. Benci dengan apa yang dihadapi.

Terasa begitu bodoh dirinya. Di permainkan insan itu.

Nada dering perfect two membuatnya tersentak. Lantas tangannya menekan touch screen.

‘Salam, tengah wat pe2?’

Bertambah sakit hatinya tika ini. Kau masih tak serik lagi ker? Cemuh hatinya.
Mika terus menekan butang delete. Tak sudi untuk membalas. Memang benar. Insan itu hanya akan mesej atau call bila dia rasa kebosanan. Memang benar pun. Sakit hatinya.

Kalau boleh, dia tidak mahu ada apa apa hubungan lagi dengan insan itu. Cukuplah hatinya hancur saat itu hingga kini. Dia hanya lah seperti boneka hidup yang selalu dipermainkan.

Bila kesunyian, mereka akan mencari. Bila tidak, akan dibuang jauh jauh.. bodohnya aku. Aku benci kau... air mata bergenang lagi.







******

“Hai..” sapa satu suara dari arah belakang.

Mika yang sedang bersandar pada pokok tualang pantas berpaling.

“Hai jugak...” Mika hanya tersenyum sahaja. Langsung tidak dikenali wajah itu.

“Awak buat apa kat sini.” Soal lelaki itu lagi.

“Hurmm, tak ada apa la. Saya nak tenangkan fikiran jer.” Mika tersenyum lagi.

“Banyak yer masalah awak, kongsi la dengan saya. Mana tahu saya boleh bantu awak..” lelaki itu masih lagi dengan senyumannya. Senyuman yang mampu membuat hati mika terasa lapang.

“Eh.. ke situ pulak, tak apa la awak. Saya tak nak menyusahkan orang lain.” Bahagianya rasa bila berbicara dengan lelaki ini.

“Ala lupa pulak nak kenalkan diri, saya Raffi, awak?” lelaki itu memperkenalkan diri.

“Saya Mika. Umur 19. Hehehhe...”

“Owh, abang 24.”
Mika boleh panggil abang kan?” soal Mika.

“Boleh, abang pun senang dapat adik macam Mika. Yang comel, hensem.. baik pulak tu.” Abang Raffi masih lagi dengan senyumannya.

“Abang ni, tak ada la. Abang lagi la hensem dan lagi baik tau.. Mika senang punya abang seperti abang. Mika tak ada abang. Mika hanya ada kakak ajer.” Ucap Mika tenang.

Ketawa meletus dari mulut Abang Raffi. Apa yang lucu Mika pun tak tahu. Yang pasti. Senyuman Abang Raffi membawa segala masalah berlalu pergi. Betapa tenangnya hati tika ini. Tanpa sedar Mika tersenyum sendiri.

“Hurmm apa yang adik abang senyum sorang ni?” Abang Raffi sedikit pelik.

“Tak ada la abang. Adik suka tengok abang senyum. Terasa lapang hati adik. Manis sangat senyuman abang, sampaikan adik lupa segala masalah yang adik hadapi.” Mika berterus terang.

Abang Raffi hanya menggelengkan kepala. Ada ada jer budak ni.

“Abang tinggal kat mana?” soal Mika.

“Dekat dekat sini jer, sebab tu abang selalu perhatikan adik abang ni.”

“Owh.. yer ker? Bila tu?” Mika terasa malu pula.

*******

“Abang...” sejak mika kenal abang Raffi, Mika di ajak tinggal bersamanya. Mika bersyukur punya abang seperti Raffi.

“Yer sayang...” Abang Raffi menenyeh kedua matanya.

“Bangun.. dah lewat ni. Kata nak kerja kan...” Mika cuba membangunkan Abang Raffi. Kedua tangannya memegang kedua tangan Abang Raffi. Usahanya berhasil. Abang Raffi bangun dari perbaringan.

“Ok, jap abang nak mandi jap yer...” ucap Abang Raffi. Dia berlalu ke tandas. Sebelum itu sempat digeletek Mika yang masih berdiri dihadapannya. Mika bergelak sakan.

Sepanjang perkenalan bersama Abang Raffi, hidupnya bertambah tenang. Abang raffi banyak membantunya tika masalah. Dan Mika sendiri sedia membantu Abang Raffi bila abang ada masalah.

“Adik sayang sangat kat abang...” tanpa sedari Mika melaungkan ayatnya dalam bilik abang Raffi.

“Abang pun sayang sangat kat adik abang...” Abang Raffi melaung dari dalam bilik mandi.

Oppss.. abang terdengar. Pantas dia menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi mereka berdua.

Terima kasih abang.. ucapnya dalam hati.

No comments:

Post a Comment

jika ada yang tidak berbuas hati, komen atau pandangan silakan tinggalkan jejak anda di sini

Hello 2023